Selasa, 12 April 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 12 Apr 2011 01:21 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Keselamatan pengguna terancam

Posted:

Keselamatan pengguna terancam

Keselamatan pengguna terancam

Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN



PADA Jun 2003, negara digemparkan dengan kes pembunuhan dan rogol ke atas seorang penganalisis teknologi maklumat (IT) Canny Ong Lay Kian, 29.

Kejadian menyayat hati itu didakwa berlaku kira-kira pukul 10.30 malam pada 13 Jun 2003 apabila Canny yang ditemani ibunya, Pearly Visvanathan dan adik perempuannya menghadiri majlis di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara.

Selepas memasuki bangunan, Canny dikatakan berpatah-balik seorang diri ke keretanya tetapi tidak kembali kepada ibu serta adiknya dan dipercayai diculik di parkir.

Empat hari kemudian, mayat Canny ditemui rentung dan tertanam dengan kedua-dua belah tangannya berikat di dalam longkang di Jalan Klang Lama.

Akibat kejadian itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) mengarahkan setiap pusat membeli-belah di negara ini memasang kamera litar tertutup di kawasan parkir bagi memboleh dan memudahkan tindakan segera diambil jika berlakunya kejadian jenayah.

Namun, adakah pusat membeli-belah benar-benar mengambil iktibar daripada kejadian jenayah sebelum ini dan bertindak menuruti arahan berkenaan?

Sejauhmana usaha yang dijalankan pengurusan pusat membeli-belah bagi menjamin keselamatan pemilik kenderaan daripada menjadi mangsa jenayah, sama ada membabitkan kawasan parkir dalam atau luar bangunan yang disediakan.

Kawasan parkir yang sinonim dengan keadaan suram, sunyi dan menyeramkan umpama perangkap maut yang menunggu mangsa pada bila-bila masa.

Ini sedikit sebanyak turut diakui oleh Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, yang menyifatkan soal keselamatan di kebanyakan kawasan parkir di negara ini terutama di bahagian dalam bangunan masih jauh daripada memuaskan.

Katanya, MCPF berani membuat kenyataan itu apabila dari semasa ke semasa ia dihubungi orang awam yang membuat aduan dan membangkitkan kebimbangan mereka berhubung soal keselamatan diri serta kenderaan semasa di kawasan parkir.

"Antara jenayah utama yang membuatkan pengguna terutama di kalangan wanita bimbang ketika berada di kawasan parkir adalah culik, kecurian kereta, ragut dan samun tanpa senjata api.

"Masalah ini berlaku akibat sikap kurang peka pihak pengurusan bangunan atau pengendali parkir mengenai kepentingan meningkatkan aspek keselamatan di kawasan itu.

"Pada masa sama, segelintir pengguna dilihat kurang peka atau tidak mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penjenayah," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurut Lam Thye, MCPF sememangnya memberi perhatian yang serius berhubung aspek keselamatan di kawasan parkir sama ada di luar atau dalam bangunan.

Jelasnya, yayasan itu dari semasa ke semasa memberi cadangan dan saranan kepada pihak pengurusan pusat membeli-belah agar sentiasa meningkatkan ciri-ciri keselamatan kawasan parkir mereka terutama jenis parkir di bahagian dalam bangunan.

Lam Thye berkata, pemasangan CCTV sememangnya perlu dilakukan dan penting.

Namun, apa yang lebih mustahak, pihak berkenaan perlu mewujudkan pasukan pengawal berbasikal bagi memudahkan pemantauan terutama di sudut atau waktu sunyi.

Pengurusan bangunan juga perlu menambah jumlah pengawal bagi memastikan kawasan parkir itu sentiasa mampu dipantau secara keseluruhan dari masa ke semasa.

Cara berkenaan akan menimbulkan perasaan selamat di kalangan penggunanya.

Selain itu, katanya, MCPF menasihatkan orang ramai terutama wanita supaya lebih berhati-hati ketika di kawasan parkir.

Tegasnya, sebelum memasuki kawasan itu, pengguna harus memastikan keadaan sekeliling adalah selamat dan tiada orang asing mengekori atau meragukan.

"Jika mengesyaki diekori, berpatah balik atau dapatkan bantuan pengawal keselamatan atau sesiapa yang dipercayai untuk menemani ke kenderaan.

"Paling penting, pegang kunci kenderaan lebih awal sebelum tiba di kenderaan supaya anda boleh terus segera memasuki kereta dan menguncinya.

"Keadaan mencari-cari kunci ketika sampai di kereta boleh meningkatkan risiko seseorang diserang penjenayah," katanya.

Sementara itu, tinjauan dijalankan MEGA di kawasan parkir di beberapa bangunan pejabat kerajaan dan swasta sekitar Petaling Jaya, Selangor, sebelum ini menunjukkan aduan orang ramai kepada yayasan itu memang ada logik serta kebenarannya.

Pemantauan membuktikan keadaan kawasan parkir di bahagian dalam bangunan suram, gelap dan sunyi, membuktikan pengurusannya kurang mementingkan aspek keselamatan.

Malah, pengawal keselamatan tidak ditempatkan di setiap tingkat kawasan itu yang mana boleh menyumbang kepada jenayah.

Bagaimanapun, pemilik bangunan atau syarikat pengusaha tempat meletak kenderaan seperti tanpa salah bersikap 'cekik darah' menetapkan kadar bayaran sehingga RM4.50 sejam.

Keadaan itu berbeza dengan beberapa pengurusan hotel dan pusat membeli-belah terkemuka yang menyediakan servis cukup baik di kawasan parkir.

Bermula dari tempat mengambil tiket masuk, pengguna dipantau kamera litar tertutup (CCTV) di siling sehingga ke ruang meletak kenderaan bagi menjamin keselamatan diri dan kereta mereka.

Turut disediakan perkhidmatan buggy atau kereta peronda kecil bagi membawa pengunjung dari kenderaan ke pintu lif utama bagi mengelakkan mereka berjalan jauh.

Deretan lampu siling yang menerangi kawasannya membuatkan pengunjung merasa selamat ketika keluar atau masuk ke kenderaan, menambahkan keyakinan mereka untuk meletakkan kenderaan dalam tempoh lebih lama dan mengurangkan risiko jenayah di situ.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Khidmat terbaik di Sunway Pyramid

Posted:

Khidmat terbaik di Sunway Pyramid

Khidmat terbaik di Sunway Pyramid


Pemantauan melalui CCTV dilakukan bukan saja di tempat letak kereta bahkan di seluruh kawasan pusat membeli-belah.


SETANDING namanya yang tersenarai sebagai antara pusat membeli-belah terkemuka, Sunway Pyramid sentiasa memastikan perkhidmatan ditawarkan kepada pengunjungnya bertaraf lima bintang

Pihak pengurusannya, Sunway Pyramid Sdn. Bhd. berusaha menyediakan kelengkapan dan kemudahan terbaik merangkumi pelbagai aspek yang diperlukan ribuan pengunjung saban hari.

Satu daripadanya adalah meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan di kawasan meletak kenderaan di situ demi kepuasan serta kepentingan pengguna.

Pengurus Komunikasi Pemasarannya, Darren Chear berkata, sejak dibuka kepada umum, tahap keselamatan dan keselesaan di kawasan meletak kenderaan di pusat membeli-belah itu menjadi antara perkara utama yang diberi perhatian.

Beliau berkata, soal keselamatan dan keselesaan dipertingkatkan selepas kerja pengubahsuaian pembesaran Sunway Pyramid dijalankan beberapa tahun lalu.

"Kami menyediakan pengawal-pengawal keselamatan bagi memantau keadaan di seluruh kawasan tempat meletak kenderaan.

"Mana-mana wanita yang khuatir dengan keselamatan diri sama ada ketika ingin keluar atau masuk kenderaan juga boleh meminta bantuan pengawal keselamatan yang bertugas ini untuk mengiringi mereka hingga ke pintu masuk.

"Selain itu, kami mengecat dinding setiap zon meletak kenderaan menggunakan warna berbeza bagi memudahkan pemilik kenderaan mengingati lokasi kenderaan. Bagi pengunjung yang tidak mengingatinya, kami menyediakan perkhidmatan mencari kenderaan," katanya.

Menurut Darren, Sunway Pyramid adalah pusat membeli-belah pertama di negara ini yang menyediakan lampu pemberitahuan di setiap kotak meletak kenderaan bagi memudahkan pemilik mencari petak kosong.

Jelasnya, sekiranya lampu berwarna hijau, ia menunjukkan masih ada ruang kosong di kotak berkenaan dan jika lampu merah, ia menandakan sudah ada kenderaan di situ.

Bermula seawal pukul 10 pagi hingga tengah malam setiap hari, kira-kira 100 orang pengawal keselamatan bertugas memantau.

Kereta penumpang atau buggy disediakan bagi membawa penumpang terutama warga emas dari kenderaan ke pintu lif dan sebaliknya jika kedudukannya jauh.

Rondaan menggunakan motor dan basikal dijalankan bagi kerja pemantauan termasuk membantu kenderaan yang membawa penumpang orang kurang upaya (OKU) mencari ruang meletak kenderaan.

Setiap pengawal keselamatan yang diambil bekerja juga memiliki kemahiran membantu pemilik menukar tayar bocor, jika kunci tertinggal di dalam atau kenderaan rosak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 12 Apr 2011 09:21 AM PDT

Utusan Online - Johor


Hati-hati minum di kedai kopi

Posted:

Hati-hati minum di kedai kopi

Hati-hati minum di kedai kopi

Saudara Pengarang,
Berita terdapat gelatin babi di dalam serbuk kopi di sebuah premis perniagaan terkenal di Kluang baru-baru ini amat menggemparkan orang ramai.

Amat malang sekali kepada pelanggan khususnya yang beragama Islam kerana mereka selama ini mungkin telah minum kopi yang mengandungi bahan yang dilarang dalam hukum Islam.

Nasib baik pihak yang berwajib mengambil tindakan segera kerana sekiranya tidak pasti orang ramai khususnya yang beragama Islam masih berkunjung ke premis perniagaan tersebut.

Isu ini amat sensitif khususnya kepada masyarakat Islam di negara ini kerana makanan dan minuman ini akhirnya akan menjadi darah daging kita sendiri.

Sebagai penggemar kopi, saya berharap, isu seumpama ini diberi perhatian serius khususnya yang melibatkan premis makanan dan minuman.

Ini kerana, banyak premis perniagaan khususnya yang berbentuk kafe dan kopitiam di negeri ini dan status halalnya amat diragui.

Apatah lagi kebanyakan premis kafe dan kopitiam ini dimiliki oleh pemilik bukan beragama Islam.

Bukan niat saya untuk menabur pasir ke periuk nasi orang namun, sebagai pengguna khususnya yang beragama Islam kita haruslah sentiasa berhati-hati dengan apa yang kita makan dan minum.

Sekiranya sudah dipastikan kafe, kedai kopi atau kopitiam ini mempunyai unsur-unsur tidak halal, pemilik perniagaan tersebut haruslah meletakkan status tidak halal di premis perniagaan masing-masing.

Pemilik perniagaan ini haruslah lebih bertanggungjawab di dalam hal sebegini dan janganlah hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

Justeru itu, saya berharap isu seumpama ini menjadi iktibar kepada semua pihak agar ia tidak berulang pada masa akan datang.

PENGGUNA MUSLIM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perparitan perlu diselenggara

Posted:

Perparitan perlu diselenggara

Perparitan perlu diselenggara

Saudara Pengarang,
OMAR OTHMAN
Penduduk Taman Sri Aman, Pontian


Omar Othman menunjukkan keadaan longkang yang tidak diselenggara dengan betul menyebabkan air bertakung dan menyebabkan banjir di Taman Seri Aman, Ponrian, baru baru ini.


SAYA merupakan salah seorang penduduk di Taman Sri Aman, Pontian ingin menyuarakan rasa kurang senang terhadap masalah sistem perparitan yang dilihat semakin uzur.

Taman ini mula dibangunkan sejak 20 tahun lalu dan bilangan penduduk di sini semakin bertambah sejak beberapa tahun ini.

Apa yang ingin disuarakan di sini adalah sistem perparitan yang ada di sini terutamanya di kawasan kediaman dilihat tidak diselenggara dengan baik sehingga menyebabkan beberapa longkang yang ada tersumbat.

Apabila musim hujan, longkang-longkang yang ada di sini tidak mampu menampung lebihan air akibat tersumbat sehingga menyebabkan ia melimpah sehingga memasuki rumah penduduk kerana tidak dapat mengalir dengan sempurna.

Beberapa longkang juga didapati pecah dan menyebabkan tempat itu menjadi semakin terhakis dan menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan para penduduk.

Selaku penduduk dan pembayar cukai, saya terasa agak terkilan dengan pihak berkuasa yang terlibat kerana masalah ini sudah berlarutan sejak beberapa tahun dan ia seolah-olah diabaikan begitu sahaja tanpa perhatian.

Perkara ini juga bakal mengundang masalah pembiakan nyamuk pada masa akan datang kesan daripada air yang bertakung akibat daripada longkang tersumbat.

Selaku pembayar cukai di kawasan ini, saya berharap masalah ini akan diberikan perhatian sewajarnya daripada pihak berkuasa dengan segera.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kesihatan

Posted: 12 Apr 2011 03:22 AM PDT

Utusan Online - Kesihatan


Kanser: NCSM tingkatkan kesedaran rakyat

Posted:

Kanser: NCSM tingkatkan kesedaran rakyat

Kanser: NCSM tingkatkan kesedaran rakyat

Oleh SHOLINA OSMAN


Antara program kesedaran mengenai kanser payu dara yang dijalankan oleh Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara (BCWA), baru-baru ini.


Sebut sahaja penyakit barah atau kanser, ia begitu digeruni kerana sekian lama telah dilabelkan sebagai tiada ubat malah hanya maut sahaja yang menanti penghidapnya.

Tanggapan kurang tepat itu sebenarnya menjadi cabaran besar kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang ditubuhkan pada 1966 atas platform untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang fakta sebenar penyakit kanser.

"NCSM akan meneruskan usaha menerusi pelbagai cara termasuk kempen dan sebagainya supaya dapat mengubah persepsi buruk masyarakat mengenai penyakit kanser ini biarpun sehingga 100 tahun lagi,'' kata Presiden dan Pengarah Perubatannya, Dr. Saunthari Somasundaram.

Hakikatnya kata Dr. Saunthari, kanser sebenarnya bukan hanya menunggu maut tetapi penghidapnya mampu hidup lebih lama berbanding pesakit jantung atau diabetes.

"Yang paling penting adalah pengesanan awal. Masyarakat dinasihat melakukan ujian yang berkaitan penyakit ini seperti memogram dan sebagainya setiap tahun,'' katanya ketika ditemui di bangunan NCSM, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, pengesanan awal penting kerana rawatan awal dapat membantu pesakit untuk sembuh dan menjalani kehidupan sihat seperti sedia kala.

Bagaimanapun katanya, apa yang berlaku sekarang kebanyakan pesakit yang datang untuk menerima rawatan sudah terlewat.

Beliau berkata, setelah seseorang itu disahkan pada tahap empat atau lima memang sudah masuk dalam keadaan kritikal.

Selain itu, katanya, tanggapan salah mengenai rawatan kemoterapi juga punca pesakit kanser gagal diselamatkan.

Dr. Saunthari berkata, sehingga kini pihaknya juga giat menjalankan kempen untuk menyedarkan golongan muda iaitu dari peringkat sekolah sehingga universiti.

Ia supaya golongan muda dapat diharapkan bersama-sama untuk mencegah kanser dari terus menular pada masa akan depan.

"Kanak-kanak sekolah perlu didedahkan dengan lebih awal mengenai kanser bukan sahaja untuk pengetahuan dirinya malah juga untuk disebarkan kepada ahli keluarga,'' katanya.

Tambahnya, galakan daripada anak ini akan dapat memujuk seseorang ibu supaya menjalani ujian pengesanan awal kanser.

Katanya, secara tidak langsung nasihat anak akan membuatkan seseorang ibu lebih sedar untuk bertindak lebih awal demi masa depan keluarga.

Sehubungan itu, katanya, jumlah pesakit kanser bukan sahaja akan lebih terkawal dengan adanya kesedaran untuk menjalani ujian pengesanan dengan lebih awal.

Dr. Saunthari memberitahu, pihaknya juga kini juga mengalakkan penganjuran Jamuan Teh Malaysia (Jam) dalam usaha menyedarkan rakyat mengenai penyakit kanser melalui kumpulan-kumpulan kecil.

"Jam adalah satu bentuk majlis bagi mengumpul derma untuk tabung NCSM dan Pertubuhan Kebajikan Barah Payu Dara (BCWA) bagi membantu pesakit kanser,'' katanya.

Beliau berkata, konsep yang diambil daripada Australia Morning Tea Party ini boleh dianjurkan oleh mana-mana individu atau organisasi yang bersedia menjadi tuan rumah dengan menghubungi NCSM menerusi talian 03-26987300.

Katanya, NCSM akan membekalkan tuan rumah dengan poster, risalah, belon, tabung derma, borang derma, kad jemputan, stiker dan juga teh.

"Jamuan teh ini boleh dianjurkan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, tempat kerja, sekolah, kelab dan sebagainya sama ada di waktu pagi atau petang dengan teh sebagai minuman utama,'' katanya.

Katanya, jemputan pula terdiri dari rakan-rakan, ahli keluarga atau rakan sepejabat untuk bersama-sama minum teh sambil berkongsi pengalaman mengenai penyakit kanser sambil menderma.

Tambahnya, tuan rumah mesti kreatif dalam mengumpul dana ketika menganjurkan Jam ini di mana tetamu diminta menderma ketika sampai di pintu masuk, pertandingan, lelongan barang, pertunjukan pentas atau mengedarkan tabung kepada tetamu yang hadir.

Beliau berkata, walaupun konsep Jam ini bermula dari kumpulan kecil tetapi daripada sini segala maklumat yang diperoleh itu dapat disebarkan dengan lebih mudah serta cepat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - GenK

Posted: 11 Apr 2011 09:03 PM PDT

Kosmo Online - GenK


Selusur kenangan sisipan orang muda

Posted:

Selusur kenangan sisipan orang muda

Selusur kenangan sisipan orang muda



MULA membuat debut sulungnya pada tanggal 6 Januari 2009, sisipan GenK dalam Kosmo! dicetuskan sebagai satu wadah dan platform suara bagi golongan muda.

Mencari kelainan dengan memaparkan apa jua aktiviti, trend, hobi, dunia kampus, ikon, kerjaya, fesyen dan isu semasa berkaitan anak muda, GenK bermula dengan sisipan sebanyak 15 muka surat.

GenK atau singkatan kepada Generasi Kosmo! diwujudkan sebagai melengkapi idea enam hari enam sisipan dalam akhbar kompak paling pesat berkembang di tanah air ini.

Disiarkan setiap minggu pada hari Selasa, lima lagi sisipan lain yang mewarnai Kosmo! termasuklah Stailo (Isnin), Infiniti (Rabu), Urban (Khamis), Pesona (Jumaat) dan Horizon (Sabtu).

Dengan tajuk rencana utama pertamanya, Gila Kereta Lama yang menceritakan mengenai minat dan obses sekumpulan anak muda kepada kereta-kereta terpakai yang dibaik pulih menjadi sebuah jentera mengagumkan, ia menjadi petunjuk hala tuju GenK yang dekat dengan hati generasi baru.

Ini kerana berbeza daripada belia sebelum ini, generasi baru zaman Kosmo! ternyata lebih lasak, agresif dan kreatif dalam aktiviti seharian.

Artikel nukilan wartawan Julia Ismail merakamkan minat anak muda Syed Nabil Athrash Syed Ahmad, Khairul Hazri Abdul Latif dan Fairuz Nadzly Harun yang menggemari kereta-kereta terpakai seperti Toyota TE71, Mazda 323, Toyota Corolla KE70 dan Toyota Corolla KE35.

Ketika itu, bersama-sama Julia menggerakkan sisipan tersebut ialah wartawan Adham Shadan. Dalam tempoh dua tahun tiga bulan ini, menyaksikan sebanyak 119 edisi sisipan GenK disiarkan dengan memaparkan pelbagai topik menarik.


SISIPAN GenK menjadi satu medium menyampaikan suara generasi muda melalui pelbagai aktiviti mereka seperti lukisan, muzik, tarian, sukan, kerjaya dan dunia kampus.


Antara rencana utama yang menarik termasuklah Sukarelawan Braille, Sudut Pidato Kembali, Rakan Muda Seni, Lensa Si Cilik, Imaginasi Kreatif Kanak-kanak, Kuasa Helah Aikido, Cerita Si Junior, Delegasi Remaja Jepun dan Graduan Automotif.

Selain kolum Rencana Utama, sisipan GenK juga menawarkan ruangan lain seperti Dulu Saya, Remaja, Kerjaya, Aktiviti, Akademi, Tip, Diari Wartawan dan Layar Kaca.

Perubahan demi perubahan GenK turut menyaksikan penampilan wartawan-wartawan berjiwa muda seperti Khadijah Mohamad, Faten Saphilla Mohamed Isa, Mohd. Yunus Yaakub, Aqmar Alladad, Syalmizi Abd. Hamid dan Mazlina Abdul Majid.

Akhbar Kosmo! yang semakin 'membesar' dengan jumlah sirkulasi dan pembacanya menyebabkan GenK terpaksa tampil lapan muka surat. Lebih padat dan ringkas sesuai dengan mood belia.

Perubahan tersebut sudah pun menjangkau sembilan bulan.

Apa yang pasti, dalam tempoh dua tahun tiga bulan ini GenK berjaya memaparkan segala macam kisah mengenai belia atau lebih tepat menyelongkar dunia generasi muda secara menyeluruh.

Daripada kisah belia di kampus, anak muda di jalanan, remaja ceruk kampung bahkan generasi muda luar negara.

Bagaimanapun, demi sebuah transformasi dalam usaha menguatkan lagi paparan Kosmo! kepada golongan belia, mulai minggu depan GenK akan bertitik noktah.

Ia bukan bermakna sebagai sebuah akhbar orang muda Kosmo! menafikan ruangan khas untuk generasi itu. Sebaliknya kami tampil dengan nama baru, wajah baru, tagline baru dan sudah tentunya penampilan yang serba segar.

Ia akan menemui pembaca mulai minggu hadapan.

Bagaimanapun, bagi melabuhkan tirai sebuah sisipan GenK, minggu ini kami mengajak pembaca mengembara kembali kenangan GenK menerusi beberapa muka depannya yang mungkin masih lagi mengusik minda anda! – ZAMRI RAMBLI dan MAZLINA ABDUL MAJID

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sinar jiwa jaguh otot

Posted:

Sinar jiwa jaguh otot

Sinar jiwa jaguh otot


MALEK (kiri) sewaktu dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada bulan Mac 2010.


MEMEGANG gelaran Mr. Asia sebanyak enam kali, nama Abdul Malek Mohamad Noor tidak perlu diperkenalkan lagi. Lantaran kecemerlangan yang diraihnya, anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu pernah menerima anugerah Pingat Emas Personaliti Sukan Benson & Hedges 1985 diikuti gelaran Olahragawan Negara pada tahun 1986 dan 1990.

Selain itu, beliau juga diiktiraf sebagai Ahli Mangku Negara (AMN) dan penerima Pingat Sultan Ibrahim (1986); Legendary Sportsman of Malaysia dan Coca-Cola Olympian 2007 serta terbaru Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada 30 Mac tahun lalu.

Sewaktu zaman kegemilangannya sekitar 1980-an dan 1990-an, Malek turut menceburi industri seni sebagai pelakon menerusi beberapa buah filem seperti Ujang, Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan Sahabat. Pendek kata, Malek merupakan selebriti terkenal yang menjadi pujaan ramai ketika itu.

Namun, artikel yang disiarkan pada 8 Jun 2010 itu juga menyingkap satu kisah fasa hidup baru Malek. Segala kemasyhuran dan kemewahan yang dikecapi membuatkan beliau alpa dengan kehidupan duniawi yang bersifat sementara sehingga mengabaikan kewajipan sebagai umat Islam.

Menceritakan detik-detik cahaya keimanan mula bersinar di hatinya, Malek memberitahu apabila usia semakin meningkat, jiwanya mula meronta untuk mengubah gaya hidup Barat yang dijalaninya.

Kejayaan dan kemewahan sudah tidak mampu mententeramkan jiwa lelaki berbadan gagah perkasa itu. Rentetan itu juga, Malek sering didatangi mimpi-mimpi ngeri seperti dibakar api neraka, tubuhnya dikelar-kelar dengan besi panas dan banyak lagi.

Kemudian, satu demi satu musibah mula melanda dirinya membuatkan hati kecil Malek berbisik: "Mungkin inilah ujian Allah kerana Dia mahu aku kembali menjadi muslim sejati."

Bagaimanapun, insiden yang berlaku pada 2002 merupakan titik tolak kepada penghijrahan Malek yang sebenar. Ketika itu, beliau hanya berseluar pendek dan berdiri di balkoni Penthouse miliknya yang menghadap Menara Berkembar Petronas KLCC.

"Sedang asyik memerhatikan pemandangan luar, tiba-tiba saya terdengar laungan azan yang berkumandang dari masjid berhampiran dan ia terus menusuk ke dalam kalbu saya.

"Waktu itu saya seperti orang gila apabila ke hulu ke hilir di dalam rumah tanpa mengetahui apa yang perlu dicari. Kemudian, saya menangis sepuas-puasnya sebelum mengambil wuduk dan terus menunaikan solat Maghrib walaupun tidak pasti ia menepati rukun atau tidak.

"Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli sebuah kitab suci al-Quran serta beberapa buku mengenai Islam," terang Malek.

Pada tahun 2008, Malek mengambil tindakan drastik apabila membuang semua piala yang pernah dimenanginya satu ketika dahulu kerana menganggap kesemua piala berbentuk patung itu menjejaskan keimanannya selama ini.

Kini, setiap malam sebelum tidur, Malek akan berdoa semoga dipanjangkan usia agar dia dapat terus bersujud kepada-Nya untuk setiap kesalahan yang pernah terlanjur dilakukan sepanjang hidup.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ekspresi bakat pelajar sekolah

Posted:

Ekspresi bakat pelajar sekolah

Ekspresi bakat pelajar sekolah

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my


Program inisiatif ekspresi belia DiGi ini menggalakkan remaja untuk tampil ke hadapan dan menonjolkan bakat kreatif yang dimiliki.


REMAJA dan muzik sukar dipisahkan. Malah, kreativiti mereka terhadap elemen itu menjangkaui pemikiran dan punya tarikan tersendiri. Menyedari hakikat itu, DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) mengambil langkah memperkenalkan program DiGi Live Sekolahku Berbakat bagi mencungkil potensi yang ada dalam diri mereka untuk diketengahkan menerusi seni pentas.

Program inisiatif ekspresi belia DiGi itu diadakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menggalakkan mereka yang berumur antara 12 hingga 19 tahun menampilkan kreativiti diri dalam cara yang menyeronokkan dan kreatif melalui muzik dan tarian.

Menurut Ketua Pemasaran Segmen DiGi, Moharmustaqeem Mohammed, menerusi penglibatan mereka dengan golongan belia sebelum ini, banyak bakat dinamik dan unik sama ada individu mahupun berkumpulan berjaya ditemui terutama dalam bidang muzik.

"Justeru, ini telah memberikan kami sebab terbaik untuk mewujudkan satu platform di mana mereka boleh menampilkan kemampuan dan kreativiti mereka hingga ke peringkat nasional.

"Apa yang membezakan Sekolahku Berbakat daripada program persembahan bakat yang lain adalah tahap penglibatan yang disediakan kepada semua peserta. Dengan kerjasama KPM, kami akan menganjurkan bengkel kreativiti, tata rias dan persembahan bukan sahaja untuk murid-murid, malah juga guru-guru pilihan kementerian.

"Ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kondusif yang menyokong dan memupuk pembangunan bakat para pelajar di sekolah-sekolah tempatan," kata beliau sewaktu melancarkan program berkenaan di Studio DiGi House di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Lantaran itu, inisiatif DiGi Live Sekolahku Berbakat melengkapi saranan Kementerian Pelajaran dengan hasrat supaya murid-murid menjadi serba boleh dan memiliki cara hidup yang seimbang antara pelajaran dan aktiviti kokurikulum.

Program DiGi Live Sekolahku Berbakat telah bermula sejak 28 Februari lalu dan peringkat akhirnya akan berlangsung pada 8 Mei ini. Ia terbuka kepada semua pelajar sekolah di Malaysia berusia 12 hingga 19 tahun.

Untuk menyertai pertandingan itu, pelajar perlu membentuk kumpulan yang mempunyai dua hingga enam ahli dan mendaftarkan kumpulan mereka menerusi sekolah masing-masing atau dalam talian di www.digi.com.my/digilive bagi salah satu daripada lima kategori berikut, iaitu nyanyian, kugiran, kugiran instrumental, tarian atau tradisional.

Uji bakat akan diadakan di enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Sepuluh kumpulan akan dipilih dari setiap negeri untuk bertanding di peringkat akhir bagi negeri tersebut.

Dua kumpulan teratas dari setiap negeri pula layak menyertai pertandingan ke peringkat akhir kebangsaan yang akan berlangsung pada 8 Mei 2011 di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Pada setiap tahap pertandingan, kumpulan yang layak perlu menghadiri satu kem yang menampilkan latihan motivasi, sesi berhias diri dan raptai untuk menyediakan mereka ke peringkat akhir.

Bagaimanapun, kumpulan dari luar kawasan enam negeri tersebut boleh menyertai pertandingan ini sama ada dengan menghadiri uji bakat di lokasi yang telah ditetapkan atau menerusi penyertaan wildcard.

Mereka boleh memuat naik video uji bakat ke dalam laman Facebook Belia DiGi, www.facebook.com/digiyouths. Penyertaan wildcard itu juga termasuk bagi kumpulan yang tidak berjaya melepasi uji bakat di negeri masing-masing.

Hanya dua kumpulan daripada penyertaan wildcard di laman Facebook ini akan dipilih untuk bertanding di peringkat akhir kebangsaan berdasarkan undian popular daripada orang ramai.

Untuk maklumat lanjut mengenai program DiGi Live Sekolahku Berbakat, layari laman web www.digi.com.my/digilive.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 11 Apr 2011 03:13 PM PDT

Kosmo Online - Komuniti Kita


Kumpulan nasyid Ummu Sa'adah jadi perhatian

Posted:

Kumpulan nasyid Ummu Sa'adah jadi perhatian

Kumpulan nasyid Ummu Sa'adah jadi perhatian


AHLI kumpulan nasyid Ummu Sa'adah semakin diminati dalam kalangan peminat nasyid di Terengganu.


SAMBUTAN. Alunan suara dan nyanyian kumpulan nasyid Ummu Sa'adah dari Langkap, Terengganu bukan sahaja menarik perhatian masyarakat daerah Setiu, malah turut diminati oleh pengemar nasyid di negeri itu.

Kumpulan yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu itu mempunyai sepuluh orang ahli dan diketuai oleh guru Taman Bimbangan Kanak-kanak (TBK) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Najmi Ali.

Menurut Najmi, selain sering membuat persembahan pada majlis-majlis formal, kumpulan itu juga kerap diundang untuk menyerikan undangan pada majlis-majlis persandingan.

Malah, katanya, kehebatan kumpulan itu pernah mendapat pengiktirafan apabila muncul naib juara pada Pertandingan Nasyid anjuran Yayasan Islam Terengganu (YIT) selain meraih tempat ketiga pada pertandingan sama anjuran Kemas negeri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

D'Arab Cave Puchong rai penghuni rumah amal

Posted:

D'Arab Cave Puchong rai penghuni rumah amal

D'Arab Cave Puchong rai penghuni rumah amal


SEBAHAGIAN penghuni Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong menikmati jamuan pada majlis pembukaan cawangan D'Arab Cave di Puchong baru-baru ini.



DIHARGAI. Seramai 30 orang anak Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong dijemput ke D'Arab Cave di Puchong baru-baru ini.

Menurut Pengasas D'Arab, Mohd. Hairudin Md. Top, restorannya menyajikan menu Briyani Arab pada kadar harga yang amat berpatutan.

Katanya, pihaknya menjemput anak-anak Rumah Amal Limpahan Kasih tersebut bagi memeriahkan majlis pembukaan cawangan terbaharu itu.

Cawangan D'Arab Cafe itu telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan FZ, Datuk Seri Faizal Zainal.

Untuk maklumat lanjut berkenaan D'Arab Cafe sila layari laman web www.nasiarab.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Time Attack Challenge meriah

Posted:

Time Attack Challenge meriah

Time Attack Challenge meriah


MAT ARIS (tengah) memperkatakan sesuatu kepada peserta Time Attack Challenge di Metro Driving Academy, Pulau Meranti, Puchong baru-baru ini.



TERHIBUR. Orang ramai di sekitar bandar Bukit Puchong, Selangor baru-baru ini diberi peluang melihat acara autocross yang popular iaitu Time Attack Challenge yang diadakan di Metro Driving Academy, Pulau Meranti, Puchong.

Wakil Carpark Rally, Danial Iqbal Zaini berkata, pertunjukan yang julung-julung kali diadakan itu turut memberi peluang kepada orang ramai menyertai sukan permotoran.

"Acara sukan itu memberi peluang kepada orang ramai terutama golongan belia menunjukkan aksi kemahiran dan kecekapan pemandu mengawal kenderaan," katanya sambil memberitahu ia merupakan acara Carpark Rally bagi pusingan pertama yang melibatkan kereta jenis Satria Neo dan Proton Gen 2 sahaja.

Program tersebut turut mendapat kerjasama Metro Driving Academy, Kesatuan Anak Muda Malaysia, Fuza Motorsports, Campixel Studio, Pertubuhan Pembangunan Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dori's Motorsports.

Turut hadir Pengarah Urusan Metro Driving Academy, Mat Aris Bakar.

"Kami berharap acara ini mampu menambat hati belia membabitkan diri dalam aktiviti yang lebih sihat," ujar Danial.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Kosmo Online

Posted: 12 Apr 2011 07:35 AM PDT

Kosmo Online


Jamuan patin RM13,000 patut - Pelanggan

Posted:

Jamuan patin RM13,000 patut - Pelanggan

Jamuan patin RM13,000 patut - Pelanggan

12/04/2011 8:04pm

TEMERLOH 12 April – Seorang pelanggan yang dilaporkan membayar RM13,000 bagi makan tengah hari termasuk hidangan ikan patin di sebuah restoran di sini baru-baru ini, hari ini mengakui harga itu berpatutan kerana ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang.

"Lagipun, ikan patin yang kami makan itu adalah dari sungai dan saya tahu ia memang mahal," katanya di sini hari ini bagi menjelaskan mengenai tanggapan yang kurang tepat bahawa harga yang dikenakan itu tidak munasabah.

Pelanggan itu berkata, selain ikan patin, mereka juga makan udang galah dan ikan krai, sejenis ikan sungai yang harganya juga tinggi.

Menurut beliau, persepsi mengenai harga yang dianggap tidak munasabah itu timbul, mungkin kerana ada antara 350 orang yang turut makan pada hari itu tidak tahu nilai sebenar jenis-jenis ikan yang dihidangkan. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anggota polis dan adik cedera dibelasah

Posted:

Anggota polis dan adik cedera dibelasah

Anggota polis dan adik cedera dibelasah

12/04/2011 8:01pm

KUALA TERENGGANU – Akibat perselisihan faham berhubung siapa yang sepatutnya menjaga seekor kura-kura, seorang anggota polis dan adiknya cedera dibelasah lima lelaki dalam satu pergaduhan berhampiran sebuah pasar raya di Permaisuri, Setiu, semalam.

Kejadian pada pukul 7.30 malam itu berlaku apabila seorang pengawal keselamatan berusia 22 tahun itu dilaporkan ingin menyerahkan seekor kura-kura untuk dijaga oleh seorang kawan wanitanya berusia 20-an.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba datang dua lelaki dipercayai kawan kepada wanita itu terus mengajak mangsa ke belakang bangunan pasar raya itu dan akibat tidak puas hati dengan tindakan itu telah membelasah mangsa.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Supritendan Rohaizat Abd Ani berkata, mangsa sempat menghubungi abangnya berusia 26 tahun yang merupakan seorang anggota polis yang bertugas di daerah Setiu.

Semasa abang mangsa cuba meleraikan pergaduhan, secara tiba-tiba datang tiga lagi lelaki dengan dua daripadanya membawa dua bilah parang dan melibas mangsa dan akibatnya anggota polis itu cedera di bahagian bawah mata manakala adiknya cedera di pergelangan tangan, katanya.

Kelima-lima suspek yang berumur antara 20 hingga 30-an itu kemudian dilihat menaiki kereta jenis Honda CRV berwarna hitam dan dipercayai melarikan diri menghala ke Jertih. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Waspada pihak menyamar petugas TNB

Posted:

Waspada pihak menyamar petugas TNB

Waspada pihak menyamar petugas TNB

12/04/2011 7:53pm

KUALA LUMPUR –Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini menasihati orang ramai supaya berwaspada terhadap pihak yang menyamar sebagai anggota kerja atau kontraktor TNB yang menjadikan penduduk luar bandar sebagai sasaran.

TNB, di dalam satu kenyataan, berkata, pekerja yang menjalankan tugas di premis pengguna diwajibkan memakai pakaian seragam syarikat berupa baju-T berwarna merah dengan logo TNB berserta jaket biru dengan sulaman logo TNB berwarna merah dan mempunyai nama anggota.

"Anggota kerja yang perlu memeriksa meter hanya akan masuk ke halaman rumah dengan kebenaran penghuni setelah menunjukkan kad kuasa yang memaparkan gambar anggota, nombor kad pengenalan dan nombor pekerja," katanya.

Pekerja juga tidak dibenarkan membuat pemeriksaan pendawaian di dalam rumah kerana ia di luar bidang kuasa TNB.

TNB juga mengingatkan bahawa sebarang transaksi pembayaran seperti deposit hanya dilakukan di kaunter-kaunter Kedai Tenaga dan bukan melalui orang perseorangan. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 12 Apr 2011 07:29 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Jenazah juruterbang selamat dikebumi

Posted: 12 Apr 2011 06:07 AM PDT

KOTA BAHARU: Jenazah juruterbang dalam nahas helikopter jenis Bell 206 di Dataran Sibu, Sarawak semalam, Kapten Sahimi Ghazali selamat dikebumikan di kampung halamannya Kampung Pohon Tanjung di sini, malam ini.

Jenazah juruterbang berusia 38 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini pada pukul 7.20 malam dengan pesawat khas milik Layang-Layang Air.


Setibanya di kampung itu, jenazah itu terus dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Pohon Tanjung untuk dikebumikan bersebelahan kubur bapa Allahyarham, Ghazali Murad yang meninggal dunia lebih 10 tahun lalu.

Turut hadir pada majlis pengkebumian itu beberapa pemimpin kerajaan Kelantan, ibu allahyarham, Mek Som Mustafa, 68, anggota keluarga dan lebih 200 penduduk kampung. Isteri allahyarham, Suriani Shafie, 38, dan empat anak mereka yang berusia antara empat hingga 13 tahun hadir sama di tanah perkuburan itu.


Sahimi maut berikutan helikopter yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sanyan, Sibu kira-kira 1.50 tengah hari setelah menurunkan penumpang termasuk pegawai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Posted: 12 Apr 2011 04:26 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Akibat perselisihan faham berhubung siapa yang sepatutnya menjaga seekor kura-kura, seorang anggota polis dan adiknya cedera dibelasah lima lelaki dalam satu pergaduhan berhampiran sebuah pasar raya di Permaisuri, Setiu, semalam.

Kejadian itu berlaku apabila pengawal keselamatan berusia 22 tahun itu dilaporkan ingin menyerahkan seekor kura-kura untuk dijaga oleh seorang rakan wanitanya berusia 20-an, pada pukul 7.30 malam.


Bagaimanapun, secara tiba-tiba datang dua lelaki dipercayai kawan kepada wanita itu terus mengajak mangsa ke belakang bangunan pasar raya itu dan akibat tidak puas hati dengan tindakan itu telah membelasah mangsa.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Supritendan Rohaizat Abd Ani berkata, mangsa sempat menghubungi abangnya berusia 26 tahun yang merupakan seorang anggota polis yang bertugas di daerah Setiu.


Semasa abang mangsa cuba meleraikan pergaduhan, secara tiba-tiba datang tiga lagi lelaki dengan dua daripadanya membawa dua bilah parang dan melibas mangsa dan akibatnya anggota polis itu cedera di bahagian bawah mata manakala adiknya cedera di pergelangan tangan, katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 12 Apr 2011 03:39 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Arwah Sahaimi kurang bercakap ketika berhubung kali terakhir: Abang

Posted: 12 Apr 2011 03:04 AM PDT

Mutakhir

SIBU: "Arwah memang suka berbual tetapi dia tidak banyak bercakap ketika kali terakhir kami berhubung (melalui telefon) Ahad lalu," kata Bizannuddin Ghazali, abang kepada Kapten Sahaimi Ghazali, 38, yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas di Dataran Sibu, di sini kelmarin.

Bizannuddin yang bergegas ke bandar raya ini sebaik dimaklumkan mengenai tragedi itu mlam kelmarin, berkata beliau tidak mengesyaki apa-apa dengan perubahan sikap adiknya itu kerana mengetahui arwah terlalu sibuk menjelang pilihan raya hujung minggu ini.

"Dia (Sahaimi) ada beritahu ditugaskan membawa rombongan kenamaan, termasuk Timbalan Perdana Menteri di Sarawak. Bagaimanapun, dia tidak seperti biasa, arwah tidak bercerita lanjut mengenai tugasnnya dan kurang bercakap. "Mungkin dia penat atau terlalu sibuk. Tidak sangka itu perbualan terakhir kami dan petanda dia akan pergi buat selamanya," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Sibu bagi mengendalikan proses membawa pulang jenazah adiknya semalam.

Dalam kejadian jam 1.50 petang kelmarin, helikopter jenis Bell 206B Jet Ranger dipandu Sahaimi terhempas ketika sedang berlepas dari Dataran Sibu ke pangkalannya di Lapangan Terbang Sibu, dipercayai akibat angin kencang.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas pesawat terbabit menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum itu menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sarikei dan Kanowit.

Sementara itu, jenazah juruterbang berkenaan dimandi dan dikapankan di Hospital Sibu dengan bantuan kakitangan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS).
Mewakili keluarganya, Bizannuddin amat menghargai kerjasama kerajaan, khususnya Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Hospital Sibu dalam menguruskan jenazah adiknya.

Turut berada di hospital semalam, Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri, Mohd Nardin Awang yang diberi tanggungjawab memastikan proses membawa pulang jenazah ke Kota Bharu, Kelantan.

Jenazah Sahaimi okemudian diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pangkalan Chepa menggunakan pesawat GAF Nomad N22B milik Sabah Air kira-kira jam 1.30 tengah hari untuk dikebumikan di kampung halamannya di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Sabah Air Aviation, Ibrahim Okk Mohd Laiman Diki, berkata pihaknya akan bermesyuarat secepat mungkin bagi mengenalpasti bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada keluarga Sahaimi.

"Ia satu kehilangan besar bagi Sabah Air, malah kami cukup bersedih dengan tragedi ini. Allahyarham seorang juruterbang berpengalaman dan pernah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum menyertai kami," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DCA mula jalankan siasatan nahas helikopter Sabah Air

Posted: 12 Apr 2011 02:56 AM PDT

Mutakhir

SIBU: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) semalam memulakan siasatan berhubung nahas helikopter Sabah Air yang mengorbankan juruterbangnya di Dataran Sibu, kelmarin.

Difahamkan, sekumpulan pegawai jabatan itu juga sudah dihantar ke tempat kejadian semalam bagi mengumpul bahan bukti untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail ketika mengesahkan perkara itu, berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan, malah sedia bekerjasama dengan DCA bagi menyegerakan proses siasatan. Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan pesawat jenis Bell 206B Jet Ranger itu berpunca dari angin kencang, namun punca sebenar hanya akan dapat diketahui selepas hasil siasatan DCA selesai.

"Kita akan menunggu DCA melengkapkan proses siasatan mereka untuk mengetahui punca sebenar nahas. Difahamkan, DCA sudah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau sebelum itu meninjau proses membawa pulang jenazah juruterbang, Allahyarham Kapten Sahaimi Ghazali ke kampung halamannya di Kota Bharu, Kelantan di Hospital Sibu semalam.

Hadir sama Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri, Mohd Nardin Awang dan Pengarah Sabah Air Aviation, Ibrahim Okk Mohd Laiman Diki.
Jenazah Sahaimi diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pangkalan Chepa kira-kira 1.30 petang semalam menggunakan pesawat khas, GAF Nomad 22B dengan diiringi abangnya, Bizannuddin Ghazali.

Dalam kejadian jam 1.50 petang kelmarin, helikopter yang dipandu Sahaimi yang juga bekas juruterbang Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas di Dataran Sibu ketika baru berlepas menuju ke pangkalannya di Lapangan Terbang Sibu.

Ketika kejadian, helikopter terbabit baru saja menurunkan seorang pegawai dan dua pengaeal pengiring Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum itu menghadiri Majlis Rakyat Bersama Pemimpin di Kanowit dan Sarikei.

Difahamkan pesawat itu terhempas dari ketinggian tiga meter sebelum terbalik akibat angin kencang, menyebabkan juruterbangnya mengalami kecederaan dalaman yang teruk akibat pelanggaran yang kuat.

Shafie turut mengingatkan pihak tertentu supaya tidak mempolitikkan nahas itu, termasuk menjadikannya gimik ceramah pilihan raya kerana boleh menganggu proses siasatan.

"Kita terima maklumat ada pihak sudah menggunakan kes ini dalam ceramah dan kempen pilihan raya mereka malam tadi (semalam). Perbuatan ini hatus dihentikan segera kerana boleh.menombulkan spekulasi di kalangan orang ramai.

"Ini dikhuatiri menganggu proses siasatan kita. Isu ini amat sensitif dan kita perlu memahami kesedihan yang terpaksa ditanggung keluarga mangsa," katanya.

Ditanya bila proses siasatan akan selesai, beliau berkata perkara itu perlu dirujuk kepada DCA sebagai agensi bertanggungjawab.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 12 Apr 2011 03:24 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Peniaga kraf tuntut RM5,000 sebulan

Posted:

Peniaga kraf tuntut RM5,000 sebulan

Peniaga kraf tuntut RM5,000 sebulan

melaka@utusan.com.my".


Wakil Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (dua dari kanan) berbincang dengan sebahagian daripada peniaga medan niaga Ayer Keroh mengenai isu pemindahan tapak perniagaan di Ayer Keroh, Melaka, semalam.


MELAKA 11 April – Kira-kira 11 peniaga kraf tangan di medan niaga Ayer Keroh di sini, menuntut ganti rugi RM5,000 sebulan sebagai syarat untuk berpindah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf kawasan tersebut, Jun ini.

Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Datuk Yusof Jantan berkata, tuntutan peniaga itu akan dipertimbangkan walaupun jumlah yang ditawarkan sebelum ini ialah sekitar RM1,200 sebulan mengikut kadar sewa semasa iaitu RM200 sebulan.

Menurutnya, berbanding peniaga kraf tangan, empat peniaga kedai makan di situ bersetuju menerima tawaran berniaga di kedai sementara yang disediakan di Kedai Madu Lebah yang terletak kurang 100 meter dari lokasi medan niaga sedia ada.

''Kita sedia timbang semula jumlah ganti rugi yang diminta oleh peniaga kraf tangan, rundingan masih dibuka dan kita juga tidak mahu peniaga mengosongkan premis mereka sehingga rundingan menepati keperluan semua pihak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tapak sedia ada di medan niaga yang terletak bersebelahan Taman Mini Malaysia itu perlu dinaik taraf bagi pembinaan kawasan letak kereta dan bas persiaran serta menambah beberapa unit kedai di situ, selain meningkatkan keindahan persekitaran pada masa depan.

Kawasan persekitaran di situ yang agak sempit menyukarkan laluan bas persiaran untuk keluar masuk dan meletak kenderaan memandangkan lokasi itu sering menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke Taman Mini Malaysia dan Taman Asean selain Kedai Madu Lebah.

Selain itu, katanya, tuntutan terbaru peniaga terlibat dikemukakan kepada pegawai PKNM ketika surat pengesahan mengenai tawaran awal yang disediakan agensi itu sebelum ini diedarkan kepada peniaga terlibat hari ini.

Ujar beliau, pihaknya sedia mempertimbangkan tuntutan yang dikemukakan oleh peniaga terlibat, namun keputusan muktamad mengenainya hanya boleh diputuskan melalui beberapa perbincangan lanjut.

''Selagi masih belum ada penyelesaian muktamad, peniaga boleh menjalankan peniagaan seperti biasa di medan niaga Ayer Keroh.

''Jika selepas ini tiada sebarang keputusan muktamad atau ada peniaga di situ yang masih degil tidak mahu mengosongkan premis mereka walaupun sudah banyak tawaran dibuat, mungkin perkara ini akan dibincangkan di peringkat kerajaan negeri," katanya.

Menurut Yusuf, walaupun peniaga makan di situ bersetuju dengan salah satu tawaran PKNM untuk berpindah ke lokasi sementara berhampiran Kedai Madu Lebah di situ, namun mereka masih diberi peluang menimbang semula hasrat tersebut.

''Jika benar-benar mahu berniaga di depan Kedai Madu Lebah, kita akan bina kedai sementara, tetapi keputusan itu biarlah muktamad kerana kita tidak mahu apabila sudah dibina empat kedai sementara, ada pula peniaga yang tidak mahu dan membuat tuntutan lain," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kereta dicuri terbabas, suspek lelaki diberkas polis

Posted:

Kereta dicuri terbabas, suspek lelaki diberkas polis

Kereta dicuri terbabas, suspek lelaki diberkas polis

KUALA PILAH 11 April - Padah buat seorang lelaki apabila dia diberkas tidak sampai sejam oleh pihak berkuasa selepas mencuri sebuah kereta seorang doktor di pekan Juasseh dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 petang itu, suspek yang berusia 33 tahun ditahan di Kilometer 21, Jalan Ulu Bendul-Terachi dekat Hutan Rekreasi Ulu Bendul selepas kereta jenis Proton Satria Neo yang dilarikannya terbabas ke dalam longkang.

Ketua Polis daerah, Supritendan Jaafar Baba memberitahu, suspek pada mulanya bertindak menahan kereta doktor tersebut yang dipandu oleh adik lelaki doktor berkenaan kira-kira pukul 2.40 petang sebelum mengheret remaja berusia 17 tahun itu keluar dari kenderaannya.

''Lelaki itu kemudiannya bertindak melarikan diri ke arah Seremban," katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jaafar memberitahu lagi, sebaik sahaja polis menerima laporan daripada mangsa behubung kejadian luar jangka itu, gerakan memburu penjenayah terus telah dijalankan dan suspek bersama kereta mangsa berjaya dikesan di pekan Terachi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah memberitahu lagi, selepas beberapa kilometer dikejar oleh polis, kereta yang cuba dilarikan itu telah terbabas ke dalam longkang berhampiran Hutan Rekreasi Ulu Bendul di sini.

"Setelah kereta itu terbabas, suspek berusaha menyelamatkan diri daripada diberkas oleh polis sebaik sahaja keluar dari kereta tersebut.

''Namun begitu, kecekapan pasukan polis berjaya menggagalkan usaha suspek untuk meloloskan diri.

Kejayaan polis memberkasnya turut dibantu oleh beberapa orang penduduk kampung yang kebetulan berada di lokasi kejadian," jelasnya.

Hasil siasatan katanya, lelaki terbabit didapati mempunyai rekod jenayah termasuk melibatkan kes dadah.

''Suspek yang berasal dari daerah ini sekarang ditahan reman selama 14 hari untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

AIRIS medium tangani masalah sosial

Posted:

AIRIS medium tangani masalah sosial

AIRIS medium tangani masalah sosial


Zainab Nasir (duduk tengah) turut serta dalam sesi kaunseling ketika merasmikan penubuhan AIRIS Keluarga di Seremban, kelmarin.


RASAH 11 April - Penubuhan Anjung Interaksi Rekreasi Intervensi Sokongan (AIRIS) Keluarga dilihat sebagai salah satu medium terbaik untuk masyarakat di negeri ini mengatasi segala permasalahan yang melibatkan isu kekeluargaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Datuk Zainab Nasir berkata, kewujudan AIRIS ini merupakan salah satu usaha kerajaan yang berterusan dalam memastikan permasalahan keluarga boleh diatasi dengan kaedah praktikal.

Malah kata beliau, ia juga dilihat sebagai salah satu kaedah bagaimana untuk mengurangkan gejala sosial yang masih membelenggu masyarakat di negara ini melalui aktiviti yang disediakan di pusat keluarga berkenaan.

"Pelbagai kemudahan kita sediakan di AIRIS ini yang mana program-program seperti kaunseling individu dan kelompok, panel kaunselor serta pengurusan tekanan untuk keluarga yang menghadapi masalah.

"Kita berharap dengan adanya kemudahan ini, ia akan memberikan satu kemudahan kepada orang ramai untuk menggunakannya selain dapat mengeratkan hubungan antara jabatan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Zainab berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian AIRIS Keluarga, Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Seremban 2 di sini semalam.

Menurut Zainab, untuk itu, usaha mengurangkan gejala sosial di negeri ini akan terus dilaksanakan dengan mengunakan kaedah yang lebih praktikal dan sesuai dengan tuntutan semasa.

Jelas beliau, ini termasuklah menumpukan kawasan-kawasan luar bandar yang dilihat mudah terdedah kepada gejala sosial, termasuklah pembuangan bayi, penyalahgunaan dadah dan mat rempit.

"Kita akan melihat kaedah yang lebih praktikal dalam memberikan pilihan kepada penyelesaian masalah. Kita tidak mahu walaupun pelbagai kemudahan telah disediakan, namun tidak digunakan dengan sebaiknya.

"Malah kita juga berhasrat memanggil pakar-pakar kaunseling untuk datang ke kawasan luar bandar bagi memberikan ceramah kepada masyarakat khususnya di luar bandar," jelas beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 12 Apr 2011 03:18 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Tiada telur tiruan di pasaran

Posted:

Tiada telur tiruan di pasaran

Tiada telur tiruan di pasaran

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my


ABDUL Aziz Jamaluddin menunjukkan dua jenis telur berlainan gred pada sidang media di Wisma Tani, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 11 April – Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengesahkan sejumlah telur yang dirampas di Pulau Tikus, Pulau Pinang minggu lalu adalah tulen dan bukannya telur tiruan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, hasil pemeriksaan dan penelitian fizikal ke atas telur tersebut membuktikan ia tidak mempunyai ciri-ciri telur tiruan.

Beliau menjelaskan, telur itu adalah tulen tetapi berdasarkan 'keganjilan' pada fizikalnya yang besar, ia tidak sepatutnya dijual di negara ini.

"Mengikut kajian kita, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) adalah telur itu luar biasa dari segi saiz kerana lebih besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur.

"Bagaimanapun, ujian kita mendapati kulit dan isi kandungannya tidak mempunyai banyak perbezaan kerana ia memang tulen dan isu mengenai kewujudan telur tiruan adalah tidak benar.

"Rakyat tidak perlu bimbang kerana situasi terkawal dan dalam pengawasan serta tindakan pihak kerajaan," katanya pada sidang akhbar mengenai isu telur tiruan di ibu pejabat jabatan itu, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pendedahan CAP berhubung penjualan telur ayam tiruan di pasar Pulau Tikus, baru-baru ini.

Hadir sama, Perunding Eksekutif Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Dr. Abd. Rahman Md. Saleh.

Abdul Aziz berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Kesihatan turut melakukan ujian makmal berasingan ke atas telur tersebut bagi mengetahui kandungan dan kesahihan aduan tersebut.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, pihaknya akan menjalankan kerjasama dengan FLFAM untuk mewajibkan pengusaha telur menjalankan sistem penggredan telur keluaran ladang masing-masing.

"Ini adalah untuk membolehkan pengguna dapat mengetahui gred telur, tarikh dikutip dari ladang dan tarikh luputnya," katanya.

Menurutnya, sehingga kini, FLFAM mempunyai 340 ladang bersaiz besar, sederhana dan kecil yang mampu mengeluarkan 23 juta biji telur setiap hari.

Dalam pada itu, beliau berkata, mekanisme sistem penggredan itu perlu dilakukan secepat mungkin bagi memastikan sebuah standard piawaian baru mengenai telur tempatan dapat diwujudkan kerana ia penting untuk menjamin tahap keselamatan sesuatu produk makanan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bukti forensik diterima

Posted:

Bukti forensik diterima

Bukti forensik diterima

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 April – Bahan bukti melalui keterangan forensik sama ada ujian asid deoksiribonukleik (DNA), ketulenan video atau gambar dan cap jari masih boleh diterima pakai sebagai bukti sampingan bagi sesuatu kes di mahkamah syariah termasuk yang melibatkan kes zina.

Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, pembuktian melalui cara tersebut dikenali sebagai al-Qarinah yang bermaksud tanda dan ia merupakan sebahagian daripada konsep al-Bayyinah iaitu apa sahaja yang boleh menjelaskan dan menunjukkan kebenaran.

"Seksyen 3, Akta Keterangan Mahkamah Syariah mendefinisikan al-Bayyinah sebagai keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan dan termasuklah qarinah.

"Dari sudut pembuktian melalui konsep al-Bayyinah, al-Iqrar (pengakuan) merupakan bukti yang paling tinggi nilainya diikuti oleh al-Shahadah (kesaksian), al-Yamin (sumpah) dan al-Qarinah (tanda)," katanya di dalam blog http://musaawang.blogspot.com.

Namun, kata Musa, kedudukan pembuktian melalui al-Qarinah tidak sama nilainya seperti al-Iqrar, al-Syahadah dan al-Yamin.

"Ia boleh berfungsi untuk membantu pihak pendakwaan atau pembelaan sekurang-kurangnya di peringkat ghalabah al-zan atau melampaui alasan munasabah dalam kes takzir (tidak sampai ke tahap berzina)," katanya.

Beliau berkata, Akta Keterangan Mahkamah Syariah mendefinisikan al-Qarinah sebagai keterangan keadaan (circumstantial evidence) dan fakta yang relevan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan yang termasuk dokumen-dokumen, fakta berkaitan satu sama lain, kenyataan pakar, alat audio dan visual, bukti forensik, kaedah saintifik seperti DNA dan cap jari.

Katanya, pembuktian melalui al-Qarinah memerlukan bukti sampingan dan bukti lain untuk menyokong atau mensabitkannya.

Mengulas mengenai isu sama ada boleh atau tidak seseorang disabitkan dengan kesalahan zina apabila pendakwa tidak dapat mengemukakan empat orang saksi seperti yang ditetapkan hukum syarak, Musa berkata:

"Pada pandangan saya, beban pembuktian untuk mensabitkan kesalahan zina masih memerlukan beban bukti sama ada al-Iqrar atau as-Shahadah dengan empat orang saksi, meskipun hukumannya berupa hukuman takzir.

"Perbuatan masih tetap zina, cuma hukuman sahaja bukan hukuman hudud sebagaimana ditetapkan Islam. Jika pendakwa tidak boleh membuktikan dengan cara al-iqrar atau as-Shahadah, maka si pelaku tidak boleh disabitkan dengan kesalahan zina," katanya.

Bagaimanapun, si pelaku katanya, mungkin boleh disabitkan dengan kesalahan mukadimah zina atau persediaan melakukan zina ataupun khalwat yang mana hukumannya adalah takzir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000

Posted:

Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000

Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000


Masakan ikan patin dikatakan mahal sehingga mencecah ribuan ringgit di Temerloh, baru-baru ini.


TEMERLOH 11 April — Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Difahamkan, ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Katanya, mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 12 Apr 2011 03:17 AM PDT

Utusan Online - Utara


Undang-undang tidak diketepikan

Posted:

Undang-undang tidak diketepikan

Undang-undang tidak diketepikan

utusanperlis@utusan.com.my">


Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin (kiri) bersama sepasukan polis trafik membuat pemeriksaan dalam Ops Banjir dan Pencegahan Jenayah di Kangar ketika banjir baru-baru ini. – UTUSAN/Faizal Abu Hassan


KANGAR 11 April – Pada November tahun lalu, banjir besar yang tidak disangka-sangka melanda Perlis, iaitu lima tahun selepas banjir besar yang pertama berlaku di negeri ini.

Banjir ketika itu tidak disangka kerana pada kejadian banjir atau di utara Semenanjung disebut bah pada 2005, hampir semua rakyat negeri ini berandaian bahawa bah yang besar hanya akan melanda negeri ini 10 tahun kemudian.

Namun, hanya lima tahun kemudian iaitu pada November 2010, bah besar berlaku lagi dan sekali lagi rakyat di negeri ini berandaian bah hanya akan berlaku dua tahun lagi, suatu andaian tempoh paling singkat

Bagaimanapun, andaian tersebut meleset sekali lagi apabila tidak sampai setengah tahun atau lebih tepat selepas lima bulan, bah datang lagi.

Walaupun kali ini bah yang melanda tidak sebesar seperti pada November lepas, namun mangsa-mangsa tetap mengalami keperitan apabila sekali lagi terpaksa membersihkan rumah walaupun penat lima bulan masih terasa.

Namun, penat atau tidak kesemuanya reda dengan ketentuan Ilahi dan sama ada air bah itu besar atau tidak, ia tetap menjadi suatu pesta main air bah untuk semua lapisan masyarakat di negeri ini.

Lokasi seperti jalan raya yang dinaiki air menjadi tumpuan, ibarat main air di taman-taman tema air yang popular di Lembah Klang, orang ramai bersama-sama keluarga masing-masing dilihat berduyun-duyun mengharung air tanpa rasa bimbang.

Golongan muda dengan motosikalnya, manakala ibu bapa membawa anak masing-masing mengharung air, malah ada yang memakaikan anak masing-masing dengan pelampung untuk memudahkan mereka berenang.

Kawasan Bintong di jalan utama dinaiki air separas paha manakala kawasan hadapan Hotel Putra Palace di Pesiaran Jubli Emas dan Bulatan Jubli Emas yang terletak dalam bandar Kangar menjadi tumpuan utama.

Kawasan-kawasan sawah padi yang digenangi air sehingga melimpahi jalan raya turut menjadi perhatian orang ramai, terutama untuk melihat orang menjala ikan untuk mendapatkan sepat, puyu dan haruan.

Setiap kali jala dinaikkan, berpuluh-puluh ikan air tawar tersangkut di jaring masing-masing dan ketika itu orang ramai yang sejak awal melihat terus berkerumun untuk membeli hasil tangkapan tersebut.

Namun, dalam kemeriahan dan pesta air bah itu, banyak pihak seolah-olah lupa tentang keselamatan masing-masing, terutama kanak-kanak yang bermain air separas paha mereka di jalan raya berhadapan rumah masing-masing.

Bagi petugas media yang menjalankan tugas dengan menaiki trak tentera atau kenderaan berat, kebimbangan dan rasa cemas tercetus di hati apabila melihat kanak-kanak tersebut riang menyelam dalam air yang bergelombang setiap kali trak atau lori melalui kawasan itu.

Dalam pada itu, tindakan polis daerah Kangar mengeluarkan saman terhadap penunggang motosikal yang melanggar peraturan jalan raya semasa banjir patut dipuji, walaupun menghilangkan seketika keseronokan mereka bermain air bah.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, sama ada banjir atau tidak, saman tetap dikeluarkan jika tidak mematuhi peraturan dan hasilnya sebanyak 60 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal dalam Operasi (Ops) Banjir itu.

Empat kawasan yang terlibat ialah Kayang, Bintong, Persiaran Jubli Emas dan Jalan Raja Syed Alwi.

Seramai 359 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar terlibat dalam rondaan dan pencegahan jenayah itu, selain menempatkan anggotanya di setiap pusat pemindahan dan sekitar taman perumahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KEDA bantu keluarga termiskin

Posted:

KEDA bantu keluarga termiskin

KEDA bantu keluarga termiskin

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
uspetani@utusan.com.my


Ahmad Bashah Md. Hanipah (tiga kiri) menyerahkan replika kunci rumah kepada penerima rumah Desa KEDA Bendang Tok Teri di Padang Terap, kelmarin.


PADANG TERAP 11 April - Sebanyak 4,750 unit rumah bantuan telah dibina oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di seluruh negeri sejak 30 tahun lalu.

Pengerusi KEDA, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pembinaan melalui peruntukan Kerajaan Pusat melibatkan 56 perkampungan dengan kos antara RM14,000 hingga RM33,000 sebuah.

Katanya, keprihatinan kerajaan itu tentunya melegakan penduduk, sekali gus membantu mereka meneruskan kehidupan dengan lebih baik berbanding sebelum ini terpaksa tinggal di rumah usang.

"Tengok hari ini, pembangunan keluarga KEDA begitu baik. Daripada segi pendidikan, ekonomi mahupun politik kerana mereka tahu Kerajaan Pusat yang membantu mereka. KEDA sebagai agensi terlibat akan terus memainkan peranan ini.

"Kita akan memohon lebih banyak peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk membina lebih banyak rumah PPRT ," katanya selepas majlis Perasmian dan Penyerahan Kunci Rumah PPRT KEDA di Perkampungan KEDA Bendang Tok Teri di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua penduduk memberi sokongan padu kepada kerajaan dalam memastikan langkah tersebut berjalan lancar.

"Hasrat kita memanglah untuk membina rumah sebanyak mungkin kepada rakyat. Namun, ia bergantung kepada keluasan tanah milik KEDA yang masih ada. Jadi kalau kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri ini kita mampu bangunkan semuanya.

"Apapun lepas jika kita menawan semula Kedah, pembangunan KEDA ini akan terus menjadi keutamaan," jelasnya.

Dalam majlis itu, 14 keluarga berpendapatan rendah menerima bantuan rumah PPRT tersebut yang bernilai RM33,000. Sehingga kini terdapat 71 keluarga menetap di perkampungan itu.

Menurut seorang penerima, Mohd. Rizan Hussein, 38, bantuan rumah itu meringankan bebannya.

"Nak beli rumah memanglah tidak mampu, kerana kerja cuma ambil upah menoreh getah. Tetapi, kini saya sudah ada rumah sendiri dan tidak perlu lagi menumpang keluarga. Saya amat menghargai bantuan ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ketua polis tunggang motosikal dekati orang awam

Posted:

Ketua polis tunggang motosikal dekati orang awam

Ketua polis tunggang motosikal dekati orang awam


AHMAD Ibrahim (kanan) disambut oleh Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali (kiri) ketika menghadiri majlis penyerahan sumbangan kepada warga emas di Rumah Seri Kenangan, Bedong, Sungai Petani, Kedah, semalam.


SUNGAI PETANI 11 April - Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim mengambil pendekatan lebih mesra apabila mengenepikan protokol dengan menunggang motosikal ke majlis yang disertainya.

Hari ini, beliau menunggang motosikal unit trafik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di Alor Setar untuk menghadiri program penyerahan sumbangan kepada warga emas di Rumah Seri Kenangan Bedong, dekat sini.

Kata Ahmad, tindakan yang diambil itu bertujuan mengurangkan jurang antara beliau selaku ketua dengan anggota polis lain.

"Selain itu, dengan menunggang motosikal ke majlis-majlis, saya boleh lihat sendiri keadaan sekeliling. Sebagai contoh, apabila ada kes atau orang ramai memerlukan bantuan, saya boleh berhenti 'on the spot' untuk ambil tindakan.

"Kalau naik kereta rasmi, susah sikit hendak berhenti dan orang ramai pun akan berasa sedikit sangsi. Jadi saya suka ambil cara low profile," katanya.

Ahmad berkata, para pegawai polis termasuk dirinya perlu mengenepikan sedikit protokol untuk mengurangkan rasa kekok masyarakat dengan polis.

"Hubungan yang baik antara kita dan orang awam merupakan sebahagian daripada kerja-kerja kepolisan," katanya.

Beliau berkata, polis akan menganjurkan lebih banyak program bercorak kemasyarakatan di seluruh negeri ini bagi mengurangkan kadar jenayah di samping memupuk semangat kekitaan.

"Selepas ini saya dan pegawai kanan lain akan lebih kerap 'turun padang'. Malah, kami akan tunggang motosikal atau naik kenderaan yang sesuai semasa menghadiri majlis bersama masyarakat," katanya.

Ahmad sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perjawatan) Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Beliau mula bertugas sebagai Ketua Polis Kedah pada 16 Disember lalu menggantikan Datuk Syed Ismail Syed Azizan yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 12 Apr 2011 03:13 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Siswa asing proses syabu

Posted: 11 Apr 2011 10:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) warga asing ditahan polis selepas serbuan di rumah mereka di Jalan Seri Jati, Puchong, Khamis lalu, menemui dadah jenis syabu.

Dalam serbuan kira-kira jam 3.30 petang itu, polis merampas dadah seberat 2,173 gram yang dianggarkan berharga lebih RM500,000.


Difahamkan, sebelum itu polis menerima aduan orang awam yang mengesyaki kondominium terbabit dijadikan pusat pemprosesan dan pengedaran dadah sejak setahun lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata polis bergegas ke lokasi dan terserempak beberapa lelaki warga asing yang cuba melarikan diri.


Hasil pemeriksaan, polis menemui kunci rumah yang membawa kepada penemuan syabu dalam kondominium terbabit.


Dalam serbuan itu, polis turut merampas peralatan yang digunakan untuk tujuan pemprosesan dadah terbabit.

Beliau berkata, selain menahan dua pelajar IPT berusia 26 dan 38 tahun terbabit, seorang ahli perniagaan berusia 38 tahun turut ditahan.


"Mereka terdiri daripada warga Nigeria dan Liberia. Ahli perniagaan terbabit sudah beberapa kali berulang-alik ke Malaysia atas urusan perniagaan dan rekod menunjukkan kali terakhir dia memasuki negara ini pada 3 Mac lalu.

"Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.


Katanya, polis meneruskan siasatan terhadap kes itu mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sementara itu, pada 9 April lalu, satu lagi sindiket dadah didalangi rakyat tempatan ditumpaskan di sebuah pangsapuri di Taman Sri Sentosa, Batu 6, Jalan Klang Lama.


Menurutnya, operasi yang dijalankan bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menerusi Ops Tapis Bersepadu itu membawa kepada penangkapan dua lelaki berusia 34 dan 38 tahun serta seorang wanita berusia 38 tahun.


Dalam serbuan itu, polis merampas 47.5 gram dadah jenis heroin yang cuba disembunyikan wanita terbabit dalam seluar dalamnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua lelaki samun RM1,881

Posted: 11 Apr 2011 10:42 AM PDT

GOMBAK: Dua lelaki bersenjata pisau menyamun sebuah kedai 24 jam di Rawang Idaman sebelum melarikan wang RM1,881, rokok dan minuman keras, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, seorang pekerja kedai yang berada di kaunter tergamam apabila seorang lelaki memakai topi keledar masuk dan mengacukan pisau lipat ke arahnya.


Menurut sumber, suspek mengambil kesempatan di atas ketiadaan pelanggan menyerbu masuk untuk menyamun barang di dalam kedai berkenaan.

"Suspek yang berselindung di sebalik topi keledar kemudian meminta mangsa membuka mesin wang, namun gagal kerana mangsa enggan berbuat demikian.


"Selang beberapa minit kemudian datang seorang lagi lelaki yang memakai topi keledar menarik mangsa ke bahagian belakang kedai," katanya.


Sumber berkata, ketika kejadian seorang lagi rakan mangsa yang mengira wang di belakang terkejut apabila suspek menendang rakannya sehingga terjatuh.

"Suspek mengarahkan rakan mangsa menyerahkan wang. Takut diapa-apakan rakan mangsa menyerahkannya kepada suspek.


"Malah, suspek mengurung mangsa di dalam bilik dan mengambil beberapa kotak rokok dan minuman keras," katanya.

Katanya, dua suspek terbabit kemudian melarikan diri.


Bagaimanapun, rakan mangsa menyelamatkannya sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Rawang.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan laporan mangsa dan siasatan lanjut dijalankan bagi memburu suspek.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 12 Apr 2011 01:36 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


Sindiket curi kereta nasional tumpas

Posted:

Sindiket curi kereta nasional tumpas

Sindiket curi kereta nasional tumpas

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my


SEBAHAGIAN kereta buatan Malaysia yang dicuri dan dileraikan komponennya di Balai Polis pandan indah, Kuala Lumpur. - GAMBAR IHSAN CHINA PRESS


KUALA LUMPUR 11 April - Polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kereta nasional yang terbesar setakat ini dengan menahan enam lelaki dan merampas 1,603 komponen kenderaan bernilai RM5 juta di Melaka dan Johor, kelmarin.

Sindiket yang didalangi enam suspek berusia 30 hingga 40 tahun itu hanya mencuri kereta dan lori buatan nasional di sekitar Lembah Klang sebelum meleraikan komponennya di Melaka dan Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin (gambar) berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh pada akhir Februari lalu, satu pasukan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah dibentuk untuk melakukan siasatan.

Menurutnya, berdasarkan risikan, serbuan pertama dilakukan pada Jumaat lalu di tiga buah setor di Batu Berendam dan Durian Tunggal, Melaka dan polis berjaya menahan dua ahli sindiket berkenaan.

"Polis menemui enam buah kereta dan sebuah lori yang dipercayai dicuri di Lembah Klang dan Johor. Dalam serbuan kedua kelmarin, sebuah setor, dua kedai alat ganti kenderaan dan dua buah rumah di Skudai, Johor telah diperiksa," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Tambahnya, dalam pemeriksaan tersebut sejumlah komponen kenderaan nasional telah ditemui dan empat lelaki ditahan.

Mohd. Bakri memberitahu, siasatan awal polis mendapati, sindiket tersebut terlibat dalam 250 kes curi kereta dan lori di sekitar Lembah Klang dan Johor sejak 2009.

"Tetapi setakat ini hanya 81 kes yang dilaporkan dan usaha sedang dilakukan bagi mengesan baki kes melibatkan sindiket ini," katanya.

Beliau menambah, kejayaan besar itu memberi impak berkesan dalam usaha polis menangani jenayah curi kenderaan yang tinggi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Identiti pemilik jam Omega akan diketahui

Posted:

Identiti pemilik jam Omega akan diketahui

Identiti pemilik jam Omega akan diketahui

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 April – Identiti pemilik jam tangan Omega yang diserahkan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah kepada polis akan diketahui selepas pengedar jam berjenama itu menyerahkan laporan pendaftaran pembeliannya dalam tempoh terdekat.

Jam tangan berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan kes rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis telah memohon untuk mendapatkan identiti pembeli jam itu daripada pengedarnya yang berpusat di luar negara.

"Pengedar jam itu memberitahu mereka akan memberi laporan pendaftaran pembelian tersebut dalam tempoh seminggu, tetapi sekarang sudah lebih dari tempoh itu.

"Mungkin dalam tempoh terdekat ini kita akan memperolehnya. Dengan memperoleh identiti pemilik jam itu kita mungkin dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kes ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada polis akan meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan jam tangan jenis sama untuk siasatan, Acryl Sani berkata, perkara itu tidak perlu kerana jam tangan yang sepatutnya telah pun diserahkan.

Dalam pada itu beliau memberitahu, kertas siasatan mengenai rakaman video aksi seks tersebut sedang dikemas kini semula sebelum diserahkan kepada pejabat pendakwa raya.

"Polis ketika ini sedang merakam beberapa keterangan sokongan kepada keterangan yang telah dibuat sebelum ini. Dalam minggu ini, semua rakaman keterangan sokongan itu dijangka selesai dan kertas siasatan akan diserahkan semula," ujarnya.

Berhubung sedutan rakaman video aksi seks itu selama hampir dua minit yang didedahkan di Internet, katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sedang menjejaki pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu.

Semalam, Anwar menjadi berang apabila ditanya oleh wartawan mengenai jam tangan itu dan menegaskan isteri beliau, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah menjawabnya.

Wan Azizah sebelum ini menyatakan jam tangan itu ada dalam simpanan beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Juruterbang Sabah Air terbunuh

Posted:

Juruterbang Sabah Air terbunuh

Juruterbang Sabah Air terbunuh


Suriani Shafie meratapi kematian suaminya, Sahaimi Ghazali di Taman Kajang Utama, Kajang, semalam.


SIBU 11 April - Sebuah helikopter jenis Bell 206 yang membawa pegawai Timbalan Perdana Menteri terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sanyan di sini petang ini setelah menurunkan penumpang menyebabkan juruterbangnya, Kapten Sahaimi Ghazali terbunuh.

Kapten berusia 38 tahun itu yang cedera parah di bahagian rusuk kanan dipercayai terkena serpihan kaca meninggal dunia kira-kira pukul 8.36 malam ini selepas menjalani pembedahan di Hospital Sibu di sini.

Sebelum kejadian pada pukul 1.50 petang itu, helikopter terbabit baru beberapa minit menurunkan seorang pegawai khas Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua pegawai pengiring yang mengikuti kunjungan beliau ke Bintangor, Sarikei.

Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang sebelum itu menghadiri satu majlis di sini terus bergegas ke Hospital Sibu untuk melawat Sahaimi yang terpaksa menjalani pembedahan.

"Saya ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Memang saya sedih dan telah berdoa supaya beliau selamat, tetapi takdir telah ditentukan Allah," kata Muhyiddin dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Timbalan Perdana Menteri meminta keluarga Allahyarham bersabar dan menganggap kejadian itu sebagai cabaran dan beliau sendiri akan menyampaikan bantuan peribadi untuk urusan pengkebumian jenazah selain melihat bentuk bantuan yang boleh kerajaan berikan kerana Sahaimi meninggal dunia ketika bertugas untuk negara.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, selepas menurunkan penumpang, helikopter tersebut terbang semula untuk ke Lapangan Terbang Sibu.

Bagaimanapun jelasnya, pada ketinggian kira-kira tiga meter, helikopter berkenaan tiba-tiba hilang kawalan sebelum terhempas.

"Ketika kejadian, cuaca baik tetapi ada saksi mengatakan keadaan itu berlaku akibat angin yang tiba-tiba bertiup kencang. Mangsa seorang juruterbang syarikat Sabah Air dikejarkan ke hospital menggunakan sebuah lagi helikopter untuk rawatan lanjut," katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Difahamkan, para pegawai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan tiba dari Kuala Lumpur esok untuk melakukan siasatan terhadap kemalangan itu.

Allahyarham Kapten Sahaimi dikatakan baru menyertai Sabah Air yang berpangkalan di Subang, Selangor.

Allahyarham yang meninggalkan seorang isteri, Suriani Shafie, 38, dan empat anak berusia antara empat hingga 13 tahun dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 12 Apr 2011 01:28 AM PDT

Utusan Online - Timur


RM19 juta bekal air bersih

Posted:

RM19 juta bekal air bersih

RM19 juta bekal air bersih

Oleh RAHANA MOHD DAHARI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 11 April – Kerajaan Pusat melalui Jabatan Kesihatan Negeri memperuntukkan RM19 juta tahun ini untuk membekalkan air bersih kepada rakyat terutama di luar bandar bagi mengelak penyakit bawaan air dan keracunan makanan yang mencatat peratus tertinggi di negeri ini.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Mohd. Kamil Hassan, buat masa ini hanya 59 peratus sahaja rakyat yang mempunyai akaun dengan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) manakala selebihnya menggunakan air telaga yang terdedah dengan pelbagai sumber penyakit.

"Menggunakan bekalan air daripada telaga yang digali sendiri atau air bawah tanah sering dikaitkan dengan penyakit termasuk bawaan air seperti demam kepialu dan taun.

"Melalui peruntukan, jabatan ini menyambung paip-paip air daripada batang paip utama untuk disalurkan kepada rumah penduduk bagi mengatasi masalah mendapatkan bekalan air bersih," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Dialog Kesihatan Kelantan di Dewan Utama, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa di sini semalam.

Mohd. Kamil menambah, tindakan orang ramai mencari sumber air dengan menggali telaga sendiri tanpa mengawal jarak tandas dan saluran pembetungan yang tidak sistematik menyebabkan penyakit berkaitan masih menular.

"Jabatan kesihatan negeri masih mengendalikan penyakit-penyakit berkaitan seperti tifoid dan kolera iaitu jangkitan bakteria di dalam saluran darah dan saluran pencernaan.

"Ditambah dengan tahap penjagaan kebersihan yang masih rendah di kalangan penduduk telah penyumbang peratus yang tinggi di negeri ini terutama kes melibatkan keracunan makanan," katanya.

Tahun lalu katanya, sebanyak 2,193 kes keracunan makanan dilaporkan dan tertinggi dibandingkan negeri lain dan 50 peratus daripadanya berlaku di sekolah dan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan selebihnya di premis perniagaan seperti restoran dan gerai makanan.

Mengatasi masalah tersebut katanya, Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan program Pemeriksaan Sendiri Premis Makanan yang melibatkan warga sekolah iaitu kontraktor atau pengendali kantin melakukan kerja-kerja pengurusan dengan lebih teratur.

"Guru di sekolah terbabit akan memeriksa sendiri tahap kebersihan yang kantin dan sekiranya wakil jabatan diperlukan, kami akan memberikan khidmat nasihat terutama teknik penyediaan makanan yang betul serta meningkatkan kesedaran orang ramai supaya membasuh tangan sebelum dan selepas makan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dewan baru Bandar Marang diancam hakisan

Posted:

Dewan baru Bandar Marang diancam hakisan

Dewan baru Bandar Marang diancam hakisan


Tanah di sekitar tapak dewan yang masih dalam proses pembinaan ini mengalami hakisan teruk akibat hujan lebat di Bandar Marang, Terengganu, kelmarin.


MARANG 11 April - Walaupun hampir siap, pembinaan sebuah dewan dekat Bandar Marang menimbulkan reaksi kurang senang masyarakat sekitar.

Kedudukan dewan itu yang dibina di atas tanah yang ditambun ke dalam lembah, sedikit sebanyak merisaukan penduduk berdekatan selain terletak berdekatan tepi jalan utama.

Seorang peniaga kedai makan yang hanya mahu dikenali sebagai Hasbullah berkata, kesan hakisan lereng lembah yang ditambun itu kelihatan semakin parah apabila ia hampir dengan dewan berkenaan.

Katanya, benteng batu yang dibina tidak kukuh kerana ia terlalu rendah dan tidak mustahil hakisan itu boleh bertukar menjadi runtuhan lebih serius berikutan hujan lebat sejak akhir-akhir ini.

"Takkan nak tengok kejadian tidak diingini berlaku baru tergesa-gesa mahu ambil tindakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sementara itu, seorang kakitangan bank, Mohd. Zabidi Abdul Halim, 48, memberitahu, jika hakisan tersebut tidak ditangani, ia mungkin menyebabkan struktur bangunan yang hampir siap itu retak.

Lebih membahayakan katanya, apabila dua batang pokok berhampiran tapak binaan itu turut mati dan berisiko berlaku hakisan teruk kerana fungsi akar pokok untuk menguatkan tanah sudah tidak wujud.

"Walaupun ia tidak terletak berdekatan kawasan perumahan atau premis perniagaan, kegagalan untuk bertindak segera boleh mengundang bahaya kepada pekerja tapak binaan.

"Diharapkan juga, pihak berkuasa tempatan memantau masalah ini kerana masyarakat tidak mahu lagi disajikan dengan cerita-cerita bangunan runtuh di negeri ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jadikan produk pelancongan

Posted:

Jadikan produk pelancongan

Jadikan produk pelancongan

Oleh ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my


Seorang peserta bersama piala yang dimenangi dan burung ketitir miliknya yang berharga RM120,000 pada Pertandingan Seni Suara Burung Ketitir ASEAN Kelantan 2011 di Lubuk Jong, Pasir Mas, baru-baru ini.


PASIR MAS 11 April – Siulan seekor burung ketitir, mungkin satu kebiasaan bagi sesetengah orang. Namun, lain pula kepada penggemarnya yang menilai kehalusan seni di sebalik kemerduan suara burung itu, dianggap terlalu istimewa dan amat berharga.

Barangkali, disebabkan 'aura' seni suaranya begitu abstrak, aktiviti membela burung ketitir yang suatu ketika dulu hanya popular di kalangan masyarakat petani, kini, menarik minat serta menjadi hobi kalangan korporat, jutawan, malah, golongan elit sehingga ada yang sanggup berbelanja besar sehingga ratusan ribu ringgit semata-mata untuk memperoleh seekor burung ketitir sebesar dua jari.

Hobi menikmati suara burung ketitir tidak lenyap ditelan zaman, sebaliknya terus kekal untuk 'santapan' dari satu generasi ke satu generasi.

Bahkan, perkembangannya dilihat agak meluas dan membanggakan rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang khususnya apabila seni suara burung ketitir menjadi satu 'permainan' yang turut melibatkan penggemar dari luar negara termasuk Singapura, Indonesia dan Thailand.

Pertandingan Seni Suara Burung Ketitir ASEAN Kelantan 2011, yang diadakan sempena sambutan perayaan Jubli Perak Persatuan Seni Suara Burung Ketitir Negeri Kelantan bertempat di Lubuk Jong, dekat sini, baru-baru ini, jelas membuktikan perkembangan permainan atau pertandingan tersebut yang merentasi sempadan.

Apa tidaknya, hampir 2,000 ekor burung ketitir melibatkan tidak kurang 400 peserta dari Singapura, Indonesia dan Thailand termasuk Malaysia menyertai pertandingan tersebut untuk menguji kemerduan suara haiwan itu.

Difahamkan acara yang diadakan setiap tahun itu berjaya mencipta sejarah penyertaan tertinggi sejak ia diperkenalkan lebih 30 tahun lalu sehingga membanggakan Penaung Persatuan Seni Suara Burung Ketitir Kelantan, Datuk Nik Ishak Nik Daud.

Menurut beliau, sudah tiba masanya mutu permainan tradisi itu ditingkatkan bagi mengangkat martabat pertandingan tersebut.

"Ini kerana ia melibatkan penggemar di peringkat antarabangsa yang secara tidak langsung mampu dijadikan produk pelancongan negeri ini," katanya semasa ditemui selepas menghadiri majlis pertandingan tersebut di sini, baru-baru ini.

Kata Nik Ishak lagi, sebelum ini, pertandingan suara burung ketitir biasa diadakan oleh golongan petani sebagai satu hiburan terutama selepas seharian membanting tulang di bendang.

Dalam pada itu, menyedari perkembangan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan dalam ucapan perasmiannya memberitahu, kerajaan negeri akan menyediakan satu lokasi kekal sebagai kemudahan kepada peminat seni suara burung ketitir tempatan untuk mengadakan aktiviti berkaitan.

Lokasi sesuai akan dikenal pasti di sekitar jajahan Kota Bharu yang dianggap paling strategik, selain bandar itu mempunyai banyak kemudahan terutama dari segi perhubungan.

Takiyuddin berkata, lokasi itu wajar diwujudkan berikutan aktiviti itu semakin mendapat sambutan meluas peserta dalam dan luar negeri, sekali gus memberi peluang kepada kerajaan untuk mempromosikan pelbagai produk pelancongan.

Menurutnya, kerajaan juga akan mengambil inisiatif bagi meningkatkan mutu pertandingan kerana ia melibatkan peserta antarabangsa.

"Peminat dan penggiat seni ini semakin berkembang tanpa mengira kaum, budaya mahu pun latar belakang, maka mutunya juga mesti ditingkatkan agar ia dilihat semakin menarik," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan, Abdullah Md. Yusoff ketika menyentuh proses membela seekor burung ketitir untuk pertandingan berkata, ia bukan satu perkara mudah sebagaimana disangka oleh kebanyakan orang, termasuk dalam soal menentukan juara.

Pelbagai usaha perlu dilakukan ke atas burung terbabit antaranya aspek pemakanan yang teratur termasuk pengambilan ubat serta vitamin untuk memastikan kemampuan seekor burung itu mengeluarkan suara yang merdu dan lunak.

"Bermula dengan proses makanan, burung-burung akan diberi bunga rumput ataupun sekoi selain makanan utamanya termasuklah vitamin ataupun bancuhan air khas untuk membantu meningkatkan kesihatan.

"Manakala pasir khas iaitu campuran pasir pantai yang digoreng diberi untuk membantu proses penghadaman dan menjaga kelunakan suara burung," jelasnya.

Menurut Abdullah lagi, tidak semua burung mempunyai suara yang baik dan hanya yang terpilih selain faktor genetik akan menentukan keupayaan suaranya.

"Selain itu burung juga perlu dilatih dari segi keupayaan mengeluarkan lenggok, getaran suara dan sebagainya mengikut kriteria pertandingan," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 11 Apr 2011 11:58 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


Lelaki bakar rumah selepas ibu enggan beri RM200

Posted:

Lelaki bakar rumah selepas ibu enggan beri RM200

Lelaki bakar rumah selepas ibu enggan beri RM200


MOHD. Noor Mahmud mengalihkan bumbung zink rumah ibunya selepas dibakar adiknya di Kampung Alor Madi, Alor Setar, semalam. - utusan/Kamal Basir


ALOR SETAR 11 April - Seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai mengalami tekanan jiwa, bertindak membakar rumah pusaka peninggalan arwah ayahnya di Kampung Alor Madi di sini hari ini setelah permintaannya untuk mendapatkan wang RM200 tidak diendahkan oleh ibunya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 pagi itu, lelaki tersebut keluar melalui bumbung dan melarikan diri sebaik sahaja membakar tingkat atas rumah tersebut.

Abangnya, Mohd. Noor Mahmud, 33, berkata, adik bongsunya itu mula berubah sikap apabila keluarga menghalang niatnya untuk bertunang pada bulan lalu.

"Bukan kami tidak bagi dia bertunang namun keadaan dia ketika itu seperti mengalami tekanan perasaan dan dia sering membakar baju-baju kerjanya di tingkat atas rumah ini.

"Sebelum kejadian, adik saya selalu mengugut untuk membakar rumah dan petang semalam, dia mula mengamuk apabila ibu saya tidak beri wang RM200 yang dimintanya," kata Mohd. Noor ketika ditemui di Kampung Alor Madi, di sini hari ini.

Menurutnya, adiknya itu tinggal bersama ibunya, Halimah Abdullah, 50, di rumah tersebut dan kerana bimbang dengan perlakuan adiknya, dia bertindak mengambil semua dokumen penting lalu membawa ibunya tinggal di rumahnya di Kepala Batas di sini petang semalam.

"Saya melaporkan hal ini kepada pihak polis kerana adik saya mengunci pintu dan mempunyai parang di dalam biliknya.

"Rundingan dengan pihak polis berlangsung kira-kira pukul 9 malam dan pujukan kami untuk dia keluar dari rumah langsung tidak menampakkan hasil," ujarnya.

Jelas Mohd. Noor lagi, keadaan semakin meruncing apabila adiknya itu mula keluar melalui bumbung dan menyuruh dia serta abang sulungnya masuk ke dalam rumah mereka.

"Bau gas mula memenuhi rumah dan adik saya menyalakan api lalu api terus membakar tingkat atas rumah. Dia kemudiannya terjun dari bumbung dan menghilangkan diri sehingga kini. ," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Penguasa Bomba Alor Setar, Rosdi Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut kira-kira pukul 12.18 pagi dan api berjaya dikawal pada pukul 12.36 pagi.

"Dua jentera dengan 12 anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan operasi tamat sepenuhnya pada 2.07 pagi. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis kenal pasti identiti mayat dibakar

Posted:

Polis kenal pasti identiti mayat dibakar

Polis kenal pasti identiti mayat dibakar

KUALA LUMPUR 11 April - Polis telah mengenal pasti identiti mayat lelaki yang ditemui mati dengan kesan tikaman di dada sebelum dibakar bersama sebuah kereta Honda Civic di kawasan perniagaan Happy Garden dekat sini semalam.

Identiti mangsa, P.Kalaidasan, 29, disahkan oleh keluarga termasuk isteri mangsa selepas proses pengecaman dibuat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM) petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, isteri mangsa mengesahkan mayat tersebut adalah suaminya yang dilaporkan hilang di Seremban Jumaat lalu.

"Pasangan suami isteri itu baru dua bulan berkahwin dan pengesahan identiti dibuat berdasarkan beberapa tanda pada badan mayat yang 90 peratus melecur," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 11 Apr 2011 11:43 PM PDT

Utusan Online - Politik


Apa tujuan Anwar fitnah Perdana Menteri?

Posted:

Apa tujuan Anwar fitnah Perdana Menteri?

Apa tujuan Anwar fitnah Perdana Menteri?

KUALA LUMPUR 11 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata sangat iri hati dengan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila cuba mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ketika dirinya terdesak dalam isu rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd. Nor (gambar) menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu melayakkan beliau digelar 'raja fitnah.'

Menurut beliau, Anwar yang kini dilihat berada dalam keadaan terdesak sengaja melempar fitnah itu sedangkan umum mengetahui bahawa pendedahan berhubung rakaman video aksi seks itu dibuat oleh trio 'Datuk T'.

"Mengapa Anwar hendak melempar fitnah terhadap Perdana Menteri. Anwar amat biadap. Ternyata Anwar sangat iri hati dengan Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ezam seterusnya mempersoalkan tindakan Anwar tidak menyaman Pengerusi DAP, Karpal Singh pada 1997 ketika peguam itu membuat kenyataan di Hotel Federal tentang kegiatan liwatnya.

"Kini sudah jelas bahawa Anwar sememangnya seorang pemimpin yang paling berat sebelah (dalam tindakannya)," ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hanya helah Anwar cuba elak isu jam tangan

Posted:

Hanya helah Anwar cuba elak isu jam tangan

Hanya helah Anwar cuba elak isu jam tangan

KUALA LUMPUR 11 April - Sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim beremosi apabila ditanya mengenai jam tangan Omega, berhubung kait kes rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, hanya helah beliau untuk mendapat simpati rakyat.

Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, dengan helah itu rakyat akan membuat andaian bahawa ketua pembangkang itu dianiaya dan menerima tekanan berlebihan berhubung isu tersebut.

Justeru, beliau menyarankan pihak media serta pemimpin muda agar lebih berhati-hati supaya tidak terjebak dengan permainan Anwar yang hebat dalam memanipulasi setiap isu bagi kepentingan peribadinya.

"Kita jangan terpedaya dengan permainan oleh beliau dan sekutunya kerana inilah karakter Anwar supaya rakyat melihat dia dianiaya.

"Justeru, beri peluang kepada pihak berkuasa menyiasat supaya isu ini boleh dibuktikan secara fakta, bukan segi emosi," katanya.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM), Datuk Dr. Kamarudin Kachar (gambar) pula berkata, sikap Anwar yang berang apabila diajukan soalan mengenai jam tangan itu membuktikan beliau bersalah dalam isu itu kerana enggan memberi kerjasama apabila diminta.

"Inilah sikap Anwar yang tidak jujur dan mahu menyusahkan serta mengelirukan rakyat. Rakyat mesti tahu apa jenis manusia Anwar ini yang suka cakap putar-belit dan berdolak-dalik apabila mendakwa polis masih belum memintanya untuk menyerahkan jam tangan tersebut," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 11 Apr 2011 11:37 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Sindrom mati mengejut orang muda

Posted:

Sindrom mati mengejut orang muda

Sindrom mati mengejut orang muda

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN
kurizduan.kurahman@kosmo.com.my



KEJADIAN mati secara mengejut akibat serangan jantung dan angin ahmar (strok) semakin meningkat setiap tahun. Malah, ia menjadi ancaman yang perlu diberi perhatian serius oleh rakyat negara ini.

Lebih buruk apabila penyakit yang dahulunya banyak menyerang individu melebihi usia 50-an kini mula menyerang golongan muda sama ada mereka aktif bersukan atau sebaliknya.

Dalam tempoh dua dekad kebelakangan ini, dunia perubatan mengetengahkan istilah sindrom metabolik. Sindrom itu berpunca daripada tiga jenis penyakit iaitu serangan jantung, diabetes dan hipertensi.

Sindrom bererti sekumpulan simptom atau keabnormalan fizikal yang wujud pada masa yang sama dalam diri individu tertentu.

Metabolik merupakan satu proses kimia yang berlaku dalam badan manusia untuk tujuan tumbesaran dan reproduksi, mengekalkan struktur tubuh serta reaksi kepada persekitaran manusia.

Sindrom metabolik juga dikenali sebagai sindrom x atau sindrom rintangan insulin. Ia merupakan sindrom yang terdiri daripada pelbagai risiko gangguan metabolisma yang meningkatkan risiko individu mendapat penyakit kronik.

Mengikut statistik kajian oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IPR) Kuala Lumpur pada tahun lalu mendapati, wanita dan lelaki yang berumur lebih 50 tahun kerap dikaitkan dengan sindrom berkenaan.

Seseorang cenderung menghidap sindrom metabolik jika mempunyai ukur lilit pinggang melebihi 80 sentimeter (sm) bagi perempuan dan 90 sm bagi lelaki.

Kebiasaannya penghidap sindrom itu mempunyai gaya hidup yang tidak sihat akibat kurang atau tiada masa melakukan senaman.

Faktor lain yang menyumbang kepada sindrom tersebut adalah genetik, stres dan peningkatan usia.


SINDROM metabolik tidak hanya dihidapi oleh mereka yang bertubuh gemuk.


Pakar bedah jantung dan paru-paru, Dr. Hairulfaizi Haron mengakui, statistik sindrom metabolik di negara ini agak membimbangkan.

Menurutnya, perkara tersebut dikesan sejak empat tahun lalu melalui kajian mengenai sindrom itu oleh seorang doktor di sekitar Tanjung Karang, Selangor.

Jelas beliau, meskipun pelbagai kempen dan promosi dilaksanakan agar masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat, namun peningkatan penyakit itu semakin ketara.

Dr. Hairulfaizi yang bertugas di Unit Jantung dan Paru-paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) memberitahu, punca sindrom itu dibahagikan kepada dua iaitu 50 peratus disebabkan faktor genetik dan separuh lagi berpunca daripada gaya hidup tidak sihat.

Menurut beliau, individu yang mempunyai sindrom metabolik mempunyai risiko lebih 50 peratus mendapat serangan jantung berbanding individu yang tidak menghidap sindrom berkenaan.

Bagi mencegah lebih ramai masyarakat terdedah kepada masalah tersebut, pelbagai usaha boleh dilakukan.

"Rata-rata pesakit yang saya rawat mempunyai masalah ini (sindrom metabolik). Kekerapan sindrom ini pula melibatkan golongan muda yang berumur kurang daripada 40 tahun berbanding dua dekad lalu, malah paling muda berusia 25 tahun.

"Jika di Barat, pembedahan pintasan jantung kebiasaannya dilakukan antara usia 60 hingga 70 tahun, tetapi di Malaysia ia lebih muda iaitu antara 40 hingga 50 tahun. Ini menunjukkan perbezaan umur yang ketara," katanya ketika menjelaskan perkembangan sindrom itu baru-baru ini.

Sejarah keluarga

Katanya, semua individu yang mempunyai masalah sindrom metabolik memerlukan motivasi bagi mengubah gaya hidup yang lebih sihat.

Sebagai pakar perubatan, beliau menasihatkan individu yang mempunyai sejarah keluarga seperti masalah jantung, hipertensi dan diabetes supaya segera mendapatkan rawatan kerana mereka berisiko tinggi untuk mewarisi sindrom tersebut.


PASTIKAN anda mengawal pemakanan dengan meningkatkan makanan yang tinggi serat.


"Jika ada individu yang menghidap sindrom ini, segera jalani pemeriksaan doktor dan sentiasa awasi kesihatan secara berterusan," ujarnya.

Sementara itu, pakar pemakanan dari Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Profesor Fatimah Arshad memberitahu, sindrom metabolik tidak semestinya dihidapi oleh mereka yang obes.

Menurut beliau, ada kebarangkalian mereka yang bertubuh kurus menghidap sindrom berkenaan, malah Indeks Jisim Tubuh (BMI) mereka mungkin normal. Namun, apabila diukur lilitan pinggang perkara sebaliknya berlaku.

"Sebab itu kita menggunakan ukuran lilitan pinggang dan bukan menggunakan ukuran berat badan sahaja kerana melalui kaedah itu kita dapat mengetahui seseorang itu menghidap sindrom ini atau tidak.

"Jadi, kaitan sindrom ini dengan pemakanan disebabkan pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak melakukan aktiviti fizikal," kata Fatimah.

Terang beliau, di negara ini, kira-kira 40 peratus atau lebih orang dewasa menghidap sindrom metabolik.

Bagi orang dewasa yang tinggal di bandar, peratusan itu mungkin lebih tinggi yang mencatatkan sehingga 60 peratus.

Berbanding di kawasan kampung, purata yang menghidap sindrom metabolik agak kecil iaitu empat hingga lima orang sahaja kerana mereka lebih aktif secara fizikal.

"Bagaimanapun, dewasa ini di kalangan remaja pun sudah ramai memiliki berat badan berlebihan dan ukuran pinggang yang besar.

"Anak-anak dihidangkan dengan pelbagai makanan kurang sihat yang berkolesterol tinggi. Situasi itu boleh membahayakan mereka untuk jangka masa panjang," jelas Fatimah.

Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan makanan yang tinggi lemak dan kerap mengambil makanan ringan menyumbang kepada masalah tersebut.

Justeru, bagi mengelak masalah lebih parah, pesakit digalakkan mengambil makanan yang sihat seperti susu rendah lemak, buah-buahan dan sayuran dan lebihkan pengambilan makanan berserat tinggi.

"Selalunya jika dirujuk kepada saya, pesakit yang menghidap sindrom metabolik ini akan menjalani terapi menurunkan berat badan, ubah suai diet dan tingkatkan aktiviti fizikal mereka.

"Dari aspek pemakanan, pesakit digalak lebihkan makan sayuran untuk mengenyangkan mereka dan mengurangkan penggunaan minyak.

"Sebenarnya kita mampu membuat perubahan berdasarkan deria rasa kita. Jika kari yang selalu kita masak menggunakan santan, tidak mustahil kita boleh tukar kepada bahan lain seperti susu rendah lemak," tuturnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 11 Apr 2011 07:43 PM PDT

Utusan Online - Pahang


Bukan mudah buat Perahu Tembeling

Posted:

Bukan mudah buat Perahu Tembeling

Bukan mudah buat Perahu Tembeling

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


ABDUL Hamid Dahaman memasang dinding perahu menggunakan kayu hutan di Kampung Pagi, Hulu Tembeling, Jerantut.


JERANTUT 11 April – Penggunaan bot penambang masih menjadi pilihan sesetengah pelancong walaupun wujudnya pengangkutan darat untuk ke Taman Negara, Kuala Tahan dekat sini.

Permintaan terhadap pengangkutan sungai menjadikan perusahaan membuat perahu secara tradisional masih lagi dilaksanakan sebilangan penduduk di Hulu Tembeling dekat sini meskipun aktiviti itu semakin malap apabila hanya golongan warga emas yang mengusahakannya.

Di kalangan penduduk Hulu Tembeling, perahu dan bot penambang yang lebih sinonim dengan panggilan Perahu Tembeling, mempunyai nilai komersial tersendiri.

Kedudukan lima kampung tradisional di persisiran Sungai Tembeling yang dihubungkan dengan Bandar Jerantut melalui Sungai Tembeling sejauh 120 kilometer merupakan antara faktor perusahaan perahu berkenaan masih 'bernafas.'

Perahu Tembeling boleh memuatkan seramai 20 penumpang selain digunakan untuk menangkap ikan di Sungai Tembeling, Sungai Kenyam, Sungai Pengau dan Sungai Sepia.

Malah, kakitangan kerajaan dari bandar Jerantut yang mengadakan lawatan kerja ke Hulu Tembeling juga menggunakan pengangkutan tradisional itu berikutan tiada jalan perhubungan darat yang pantas.

Bagaikan satu kelaziman bagi penduduk persisiran Sungai Tembeling memiliki sekurang-kurangnya sebuah bot penambang.

Bagi penduduk Hulu Tembeling, memiliki sebuah bot penambang berenjin 40 kuasa kuda dianggap berprestij sama seperti mereka yang mempunyai kereta di bandar.

Pengusaha Perahu Tembeling, Abdul Hamid Dahaman, 70, memberitahu, selagi tiada jalan raya ke Hulu Tembeling, bot penambang akan terus menjadi alat pengangkutan utama ke Kuala Tahan dan bandar Jerantut.

Abdul Hamid adalah antara pengusaha yang meniti usia emas yang masih betah membuat perahu secara kecil-kecilan di bengkel berdekatan rumahnya di Kampung Pagi, Hulu Tembeling.

Meskipun tenaga semakin lemah akibat faktor usia namun permintaan yang kerap di kalangan penduduk untuk memiliki perahu merangsangnya untuk terus melaksanakan aktiviti itu.

"Saya terpaksa melakukan kerja-kerja ini kerana ada permintaan untuk menggunakan perahu apabila ramai pelancong mengunjungi Taman Negara.

"Lagipun orang muda masa kini tidak mahir dan enggan bergiat dalam kerja-kerja sebegini," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Abdul Hamid berkata, kerja-kerja membuat perahu bukanlah mudah kerana dia terpaksa masuk ke hutan mencari kayu jenis meranti dan merawan untuk dijadikan 'lunas' yang dipasang pada bahagian bawah perut perahu.

Menurutnya, kedua-dua jenis kayu berkenaan amat sesuai dijadikan lunas perahu kerana ia ringan dan tahan lama walaupun terendam dalam air atau bergesel dengan batu jeram ketika di dalam sungai.

"Dinding perahu dibuat daripada papan jenis pokok yang sama," katanya.

Menurut Abdul Hamid, pokok berkenaan ditebang dan dipotong dengan cermat sebelum diketam untuk dijadikan papan setebal dua hingga tiga sentimeter untuk dijadikan dinding perahu.

Setelah siap memaku dinding, katanya, proses seterusnya ialah menampal lubang di celah dinding dan lunas dengan menggunakan bahan pelekat atau gegala yang dibeli atau diperbuat daripada getah pokok damar yang juga diperoleh dari hutan.

"Jika peralatan mencukupi, kerja-kerja menyiapkan sebuah perahu mengambil masa selama 20 hari termasuk memasang bumbung aluminium dan enjin," jelasnya.

Kata beliau, badan perahu perlu disapu minyak hitam supaya lebih tahan ketika berendam dalam air dan jika perlu, ia boleh dicat supaya kelihatan menarik, bergantung kepada kreativiti pemiliknya.

"Saya menjual sebuah perahu antara RM6,000 hingga RM12,000 bergantung kepada saiz dan mutu pembuatannya termasuk jenis kayu yang digunakan," katanya.

Proses terakhir, katanya, ialah kerja-kerja menurunkan perahu yang siap dari bengkel ke sungai bagi mengesan sama ada lunas dan dinding bocor selain menentukan perimbangan badan perahu itu semasa di permukaan air dan melalui kawasan jeram.

Kerja-kerja menurunkan badan perahu ke dalam sungai, katanya, dilakukan secara bergotong-royong di kalangan penduduk kampung.

Dia berharap generasi muda masa kini mempelajari kemahiran membuat perahu kerana ia memberi pulangan pendapatan yang agak lumayan.

"Saya sanggup melatih jika ada belia yang ingin mempelajarinya," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penantian 25 tahun berakhir

Posted:

Penantian 25 tahun berakhir

Penantian 25 tahun berakhir

utusanterengganu@utusan.com.my">

MARAN 11 April – Penantian seramai 124 peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTK) Kampung Bongkok, Lubuk Paku di sini selama 25 tahun, tercapai apabila mereka menerima surat hak milik tanah masing-masing kelmarin.

Peserta terbabit menerima surat hak milik tanah itu daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Datuk Ahmad Munawar Abdul Jalil di Dewan Mini Kampung Lubuk Paku.

Hadir sama, Pegawai Daerah Maran, Datuk Fadzilla Salleh.

Pengerusi Jawatankuasa RTK Kampung Bongkok, Datuk Abdul Rahman Daud berkata, kerajaan negeri meluluskan projek itu pada 9 Mei 1995 dengan agihan keluasan tanah seluas 0.8 hektar seorang.

''Peserta dari beberapa kampung berhampiran sangat gembira kerana impian mereka mendapat geran tanah itu tercapai walaupun mengambil masa yang agak lama,'' katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis itu.

Ketua Kampung Kampung Lubuk Paku, Mohd. Zali Adam berkata, walaupun proses mendapatkan geran itu mengambil masa 25 tahun tetapi penduduk sangat berpuas hati kerana permohonan mereka berjaya.

''Peserta memahami bahawa permohonan mendapatkan geran tanah itu perlu melalui pelbagai proses dan prosedur membabitkan jawatankuasa di pihak daerah dan negeri," jelasnya.

Seorang peserta, Mat Piah Jusoh, 53, berterima kasih kepada kerajaan negeri yang peka dengan keperluan rakyat.

''Geran ini akan menjadi aset kepada anak-anak saya seramai sepuluh orang," ujarnya.

Bagi seorang lagi peserta, Alias Omar, 58, dia berjanji untuk memajukan tanah berkenaan dengan mempelbagai kegiatan seperti ternakan dan tanaman.

Sementara itu, Fadzilla mengingatkan pemilik tanah supaya membayar cukai bagi menambah hasil kerajaan negeri.

Melalui pungutan hasil itu, tegasnya, kerajaan negeri dapat melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Ahmad Munawar turut mengingatkan penduduk tidak memindah milik atau menjual tanah berkenaan sebaliknya mengusahakannya bagi meningkatkan pendapatan keluarga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ADUN perlu kukuhkan perpaduan di kawasan sendiri

Posted:

ADUN perlu kukuhkan perpaduan di kawasan sendiri

ADUN perlu kukuhkan perpaduan di kawasan sendiri


Sultan Ahmad Shah ditemani Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom beramah mesra dengan ADUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad (kiri) selepas majlis perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Persidangan DUN Pahang Kali Ke-12 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, semalam.


KUANTAN 11 April - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengingatkan setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya menerajui kegiatan perpaduan di kawasan masing-masing tanpa meminggirkan kaum tertentu.

Titah baginda, untuk tujuan itu, setiap ADUN tidak boleh mengabaikan kawasan masing-masing selain menjalinkan hubungan erat dengan ketua jabatan di semua peringkat.

"Tonggak utama kemajuan dan kemakmuran negeri adalah perpaduan, oleh itu, perpaduan kaum wajib dipelihara setiap ADUN," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah bertitah demikian pada majlis perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Persidangan DUN Pahang Kali Ke-12 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Speaker DUN, Datuk Seri Wan Mohamed Razali Wan Mahussin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Safian Ismail dan barisan Exco kerajaan negeri.

Titah baginda, kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan penuh kepada dasar dan pendekatan yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan.

"Ini termasuklah pendekatan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi fokus kepada perpaduan kaum, kelicinan sistem penyampaian dan pendekatan baru dalam bidang ekonomi," tegas baginda.

Selain itu, titah baginda, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), Pahang diperuntukkan sebanyak RM5 bilion bagi membina 500 projek pembangunan.

"Beta percaya dengan pelaksanaan RMK-10, ia akan membawa kemajuan dan kemakmuran kepada semua lapisan rakyat," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah berkata, tahun lalu, Pahang menerima pelaburan bernilai RM2.08 bilion yang menjana sebanyak 2,239 peluang pekerjaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 11 Apr 2011 07:21 PM PDT

Malaysiakini :: Berita


Taib: Saya akan berundur 'dalam beberapa tahun'

Posted: 11 Apr 2011 08:10 AM PDT

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekali mengelak soalan mengenai bila beliau akan berundur selepas 30 tahun menerajui kepimpinan Sarawak.

NONEDalam ucapan ringkasnya di konsert 1Malaysia di Padang Merdeka, Kuching, Taib berharap agar generasi muda akan menyokong penggantinya nanti.

"Masa anda akan tiba. Bila saya berhenti nanti, saya ingin menyerahkan kepada generasi awaklah yang akan menyokong pemimpin (baru) yang akan terus memajukan Sarawak," katanya.

Ucapan itu disampai di depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang semalam berjanji bahawa Taib akan berundur, sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa Putrajaya cuba menyegerakan satu rancangan peralihan kepimpinan di Sarawak.

Tetapi pembangkang - yang menjadi Taib musuh nombor satu - dalam kempennya, mendakwa Najib tidak mampu untuk membuat Taib berundur dan mendakwa Taib mahu terus memegang kuasa.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM: Isu kitab Injil telah diselesai secara baik

Posted: 11 Apr 2011 08:00 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isu 35,100 naskhah kitab Injil versi Bahasa Malaysia yang disita di Pelabuhan Klang dan Kuching sebenarnya telah diselesaikan secara baik dan tidak perlu dibangkitkan.

"Saya minta Datuk Seri Idris Jala (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) supaya berunding dan setiap perkara mendapat restu saya. Tak patut jadi isu.

"Kita beri perhatian kepada penganut Kristian di Sarawak. Keputusannya boleh dipakai secara berterusan. Kita dah dapat (buat) keputusan yang baik," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Sri Aman hari ini.

Mengenai lawatannya yang kerap ke Sarawak sewaktu pilihan raya negeri ini, Najib berkata selain kerana kehadirannya diperlukan, negeri ini begitu luas dan memerlukan beliau selalu datang.

"Dulu, setiap pilihan raya kecil saya datang. Itu satu kawasan aje," katanya dan menurutnya Sarawak mempunyai 71 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sebab itu beliau memperuntukkan masa untuk datang ke negeri ini.

Sementara itu, Najib berkata beliau percaya polis akan menjalankan siasatan secara penuh profesional terhadap kes video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

"Kita mesti ada keyakinan siasatan rapi akan dibuat polis. Saya serahkan kepada polis untuk ambil tindakan lanjut (dan) ini sudah menjadi isu besar kepada rakyat," katanya.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 11 Apr 2011 07:15 PM PDT

Utusan Online - Mahkamah


Nota ’selamat tinggal‘ dalam beg

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 11 April – Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock diberitahu bahawa nota 'selamat tinggal' yang dijumpai dalam beg sandang Teoh berkemungkinan merupakan hasil tulisan tangan setiausaha politik Exco Selangor itu.

Zakiah Anas lantik bekas kadi

Posted:

[unable to retrieve full-text content]PETALING JAYA 11 April - Pengacara Zakiah Anas (gambar) dan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib masing-masing telah melantik wakil untuk menganggotai jawatankuasa hakam (penimbangtara) berhubung kemelut rumah tangga mereka yang telah berlanjutan hampir dua tahun.

Utusan Online - Rencana

Posted: 11 Apr 2011 03:22 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Awasi taktik 'ayam sabung'

Posted:

Awasi taktik 'ayam sabung'

Awasi taktik 'ayam sabung'

Oleh ZULKIFLI JALIL dan SOPI SAMAILE
pengarang@utusan.com.my


Gelagat CAlON PKR DUN MACHAN, George Chen Nguk Fa (kanan) bersalam dengan Muhyiddin Yassin untuk meraih undi di Kanowit, semalam. - utusan/Zaki Amiruddin


KADANG-kadang kelakar ada, lawak apatah lagi. Dalam tempoh kempen berbaki empat hari lagi, apa sahaja di depan mata akan disauk. Tidak kira sama ada dia lawannya dalam politik atau musuh tegarnya, asal boleh dikira untung, malu pun tidak diendahkan.

Begitulah yang terjadi di pekan Kanowit pagi semalam, apabila secara tiba-tiba muncul beberapa calon PKR dan Parti Cinta Malaysia menghulurkan tangan berjabat dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berbuat demikian di depan lensa kamera sekumpulan tujuh jurugambar media, calon PKR dan PCM DUN Machan masing-masing George Chen Nguk Fa dan Kong Tat Kim tidak segan-segan 'memintas' calon BN saingan mereka di situ, Gramong Juna untuk bergambar. Reaksi itu mengejutkan bukan sahaja Juna tetapi isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Kebiasaannya dalam mana-mana tinjauan mesra atau walkabout semasa kempen pilihan raya melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin sendiri, tidak akan kelihatan mana-mana pemimpin pembangkang atau para penyokong tegar mereka. Apatah lagi jika walkabout di Kanowit yang bertujuan mahu memperkenalkan Juna kepada masyarakat khususnya pengundi di situ.

Bukan kerana kita mempersoalkan niat Nguk Fa dan Tat Kim untuk berjumpa dengan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri tetapi yang dipersoalkan adalah motif kedua-dua calon itu berbuat demikian. Selepas berjabat tangan, kelibat mereka terus hilang.

Di Sarawak ketika ini, poster-poster pilihan raya pembangkang yang dipasang di tepi jalan-jalan utama khususnya di Sibu, sejam dari Kanowit nampak lebih informatif. Gambar besar seorang calon yang sedang melihat kaki seorang tua dan gaya poster Lim Guan Eng bersebelahan wajah Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang digambarkan agak 'jengkel' memberi makna tersirat buat orang ramai yang melihatnya.

Di Kanowit, perkara sama mungkin berlaku. Gambar Nguk Fa dan Tat Kim yang dilihat berjabat tangan dengan Timbalan Perdana Menteri barangkali digunakan oleh parti masing-masing untuk menggambarkan mereka turut mendapat 'restu' daripada seorang pemimpin utama BN.

Tambah memalukan lagi ialah apabila Utusan Malaysia yang meninjau poster-poster Tat Kim yang dilekatkan di dinding-dinding kayu premis-premis perniagaan dan kedai di sekitar pekan Kanowit mendapati tertera slogan PCM 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' berserta logo 1Malaysia. Aikk! slogan BN 1Malaysia digunakan oleh Tat Kim? Mengapa?.

Ini semua adalah taktik 'jalan pintas' pembangkang dan kesemua 41 calon bebas yang sedang mencari-cari peluang untuk meraih sokongan pengundi menjelang Sabtu ini. Umpama 'ayam sabung', mereka akan 'menyapu apa sahaja' di depan mata, asalkan boleh mencapai kemenangan. Jika rakyat termakan tipu daya dan helah mereka, risikonya kelak adalah masa depan rakyat sendiri.

Bercakap tentang ayam sabung, pacuan empat roda Ford Ranger yang dipandu jurugambar Zaki Amiruddin 'diberhentikan' di sebuah taman kecil di tengah-tengah bandar Bintulu kelmarin. Ini kerana terdapat penjualan ayam-ayam sabung di situ. Segala jenis ayam sabung boleh dilihat dan dibeli di situ.

Menurut seorang peminat ayam sabung yang hanya mahu dikenali sebagai 'Jo', ayam sabung banyak kategori jenisnya. Untuk mengetahui sifat kepahlawanannya, sebelum turun ke gelanggang sebenar, ia akan diuji dulu. Pertama, akan dilagakan dan jika melawan, ia jenis berciri pejuang. Sebaliknya jika diletakkan sahaja terus lari ke luar, maka bolehlah menjadi santapan.

"Kualiti ayam sabung juga boleh dilihat dari kulit kakinya. Kalau gelap, maknanya ia berciri kepahlawanan. Juga, perlu dilihat warna bulunya. Kalau ayam jenis Selabang yang keseluruhan bulunya satu warna, contohnya putih semuanya, maka ia melambangkan kualiti tinggi ayam sabung itu dalam bertarung.

"Satu lagi jenis ayam sabung dikenali sebagai Sariban yang juga disebut 'mereng merah'. Ayam ini memiliki pelbagai warna dan ia memang bagus tetapi kurang sedikit kekuatannya berbanding dengan Selabang. Ayam yang bakanya dari Filipina juga dahsyat. "Harga ayam sabung juga bergantung pada saiznya dan boleh mencecah sehingga RM500 seekor dan minimum RM200," kata Jo.

Ayam sabung yang diminati Jo mungkin jujur dalam perjuangannya, meskipun pelagaan ayam diharamkan. Tetapi 'ayam sabung' yang dipertaruhkan pada kempen pilihan raya negeri ke-10 ini mesti diawasi dan dinilai secara bijaksana oleh pengundi. Bagi penyokong dan pengundi BN, mereka mesti berhati-hati. Waspada dengan calon yang cuba menangguk di air keruh dan dakyah-dakyah yang ditabur calon pembangkang.

Di Beluru kelmarin, Abdul Taib menyelar parti pembangkang sebagai pembohong besar kerana berjanji mahu mengembalikan tanah seluas sejuta hektar yang ditanam dengan kelapa sawit termasuk tanah hak adat bumiputera (NCR) kepada pemiliknya.

Tegas Abdul Taib, jika benar parti lawan mahu berbuat demikian, mereka perlu membayar pampasan kira-kira RM5 bilion yang mana jumlah itu terlalu besar untuk mereka. "Persoalannya, di manakah parti lawan hendak cari duit sebanyak itu untuk membayar pampasan? Dan bagaimanakah pula mereka hendak membayar pelabur kerana jika tidak dibayar, pelabur pula yang muflis," kata beliau. Awasi taktik 'ayam sabung'.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Benteng terakhir BN di utara

Posted:

Benteng terakhir BN di utara

Benteng terakhir BN di utara

Oleh Aznan Bakar
Pengarang@utusan.com.my

PERLIS mungkin hanya sebuah negeri kecil di utara tanah air yang jarang muncul dalam radar politik negara ini. Dengan hanya tiga kawasan Parlimen – Kangar, Padang Besar dan Arau, politik Perlis jarang menjadi bualan. Cuma sesekali kedengaran isu-isu membabitkan kepimpinan UMNO negeri.

Tetapi kecil bukan bermakna tidak penting. Walaupun jarang mendapat tempat dari segi liputan berita dan isu politiknya pula jarang dibualkan, namun Perlis tetap penting untuk dikuasai. Bagi Barisan Nasional (BN), ia wajib dipertahankan. Bagi pembangkang terutama Pas jika berjaya menguasai Perlis bermakna hampir keseluruhan negeri di utara tanah air akan berada di bawah penguasaan mereka.

Kini, ramai meramalkan selepas berjaya menawan Kedah pada pilihan raya umum (PRU) 2008, Perlis bakal jatuh ke tangan Pas pada PRU akan datang. Walaupun tidak disertakan dengan fakta dan alasan kukuh, perkara itu dikatakan bukan sesuatu yang mustahil. Tempias kejayaan Pas di Kedah tiga tahun lalu turut dirasai di Perlis.

Saban hari, ada saja ceramah dan program Pas untuk menarik dan meraih sokongan rakyat Perlis menyokong parti itu. Kejayaan menguasai dua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang dan Simpang Empat, kedua-duanya dalam Parlimen Arau menunjukkan Pas mampu menembusi kubu BN di Perlis.

Malah kedudukan Pas di Sanglang nampaknya sukar digugat berdasarkan kejayaannya mengekalkan kerusi itu untuk tiga penggal berturut-turut. Ditambah pula dengan kejayaan menguasai DUN Simpang Empat pada 2008, Pas dilihat semakin hampir untuk merealisasikan cita-cita menguasai negeri di utara tanah air. Jika berdasarkan congakan mudah, Pas hanya perlu kuasai enam lagi DUN untuk menyingkirkan BN di Perlis.

Ia bukan sesuatu yang mustahil. Jika pemimpin BN negeri terutama UMNO tidak berhati-hati dan hanya mementingkan jawatan dalam parti daripada berusaha keras mendampingi rakyat, maka tidak mustahil Pas akan menjadi pilihan rakyat Perlis.

Yang menjadi persoalan, mampukah BN Perlis pimpinan Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu menahan asakan Pas itu? Dalam tempoh sepenggal mengetuai BN Perlis, mampukah Md. Isa mengumpul kekuatan dan membina perpaduan untuk berhadapan dengan cabaran tersebut?

Ini kerana ramai yang sangsi dan ada juga yang sinis akan keupayaan Md. Isa kerana beliau bukan daripada kalangan nama besar dalam kepimpinan UMNO Perlis.

Sebelum Mac 2008, siapa yang kenal Md. Isa? Apatah lagi hendak mengaitkannya dengan jawatan Menteri Besar Perlis. Kepimpinan UMNO Perlis ketika itu banyak berlegar sekitar Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Azmi Khalid dan Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, selain Datuk Zahidi Zainol Abidin.

Nama-nama inilah yang menghidupkan dan mewarnai politik Perlis. Md. Isa tidak ada dalam radar politik Perlis, apatah lagi untuk diangkat sebagai Menteri Besar. Sebab itu apabila diumumkan untuk menggantikan Shahidan, ramai yang tidak percaya. Banyak juga yang tidak puas hati. Tidak kurang juga yang bersikap skeptikal dan merasakan mana mungkin Md. Isa mampu menandingi ketokohan dan kepimpinan Shahidan di Perlis.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 11 Apr 2011 01:15 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Dakwaan telur tiruan tidak benar

Posted:

Dakwaan telur tiruan tidak benar

Dakwaan telur tiruan tidak benar

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


PERBEZAAN dua jenis kuning telur dari telur ayam yang berlainan gred.


PUTRAJAYA – Kebimbangan orang ramai terhadap kewujudan telur ayam tiruan sejak seminggu lalu berakhir apabila ujian terhadap sampel telur ayam didakwa tiruan yang dirampas di sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang mendapati ia adalah telur tulen.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, ujian itu dilakukan melibatkan kandungan telur berkenaan serta kulitnya.

Beliau bagaimanapun berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati terdapat keganjilan pada telur-telur terbabit termasuk aspek fizikalnya yang bersaiz besar dan ia tidak sesuai dijual kepada pengguna.

"Mengikut kajian, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa oleh CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) ialah telur itu luar biasa dari segi saiz sama ada besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur.

"Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang terhadap ketulenan telur di pasaran dan ia di dalam pengawasan serta tindakan pihak kerajaan," katanya pada sidang akhbar mengenai isu telur tiruan di ibu pejabat jabatan itu di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemilik jam Omega dicari

Posted:

Pemilik jam Omega dicari

Pemilik jam Omega dicari

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my


ACRYL pada sidang akhbar berhubung hasil siasatan kes rakaman video seks di Bukit Aman semalam.


KUALA LUMPUR - Siapa pemilik sebenar jam tangan jenama Omega yang didakwa milik seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dalam rakaman video seks akan diketahui selepas polis menerima pengesahan daripada pihak pengedar jam tersebut.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu maklum balas daripada pihak pengedar jam tangan tersebut yang beroperasi di ibu negara bagi mengetahui pemilik sebenar jam tersebut.

Menurut beliau, maklumat mengenai pemilik sebenar jam mewah tersebut akan dikenal pasti berdasarkan nombor siri yang terdapat pada jam berkenaan.

"Kita sedang kenal pasti asal-usul jam itu... kepada siapa ia (jam tangan) dijual dan di mana jam itu dibeli?" kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.

Difahamkan, usaha untuk mengenal pasti pemilik jam tangan Omega yang permukaannya berwarna emas manakala tali bersalut perak itu akan mengambil masa kerana jam tersebut dipercayai sudah lama dibeli. Jam itu diserahkan oleh ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah kepada polis.

Ketika ditanya berhubung dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa jam tangan miliknya berada dalam simpanan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Acryl memberitahu: "Kita selesai (status pemilik) jam ini dulu."

"Keutamaan kita (adalah) pada siasatan video dahulu, baru jam dan lain-lain lagi," kata beliau.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerani hilang, wang RM1.7 juta lesap

Posted:

Kerani hilang, wang RM1.7 juta lesap

Kerani hilang, wang RM1.7 juta lesap

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my



GEORGE TOWN - Polis sedang mengesan seorang kerani akaun sebuah syarikat pemfailan di Bayan Lepas di sini, Chuah Siew Lay (gambar), 40, bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang berjumlah RM1.7 juta dalam syarikat tersebut sejak empat tahun lalu.

Kehilangan wang itu disedari oleh pengurus syarikat itu pada 8 April lalu sebelum pengurus itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada hari sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, wang berjumlah RM1.7 juta itu lesap daripada akaun syarikat itu melalui 41 transaksi yang dibuat ke dalam akaun bank dipercayai milik rakan Siew Lay sejak tahun 2007.

"Wang tersebut kemudian dikeluarkan dari akaun tersebut dan dipercayai diserahkan kepada Siew Lay," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, polis yang bertindak atas aduan pengurus syarikat itu berjaya membekukan wang berjumlah RM231,000 yang masih terdapat dalam akuan rakan Siew Lay yang berusia 25 tahun.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: MukaDepan

Posted: 11 Apr 2011 09:40 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Cepatkan siasatan

Posted: 10 Apr 2011 03:05 PM PDT

MukaDepan

Pemuda BN mahu polis selesaikan segera kes video seks elak cetus pelbagai spekulasi

BUKIT MERTAJAM: Pemuda Barisan Nasional (BN) mendesak polis menyelesaikan segera siasatan video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelakkan spekulasi berterusan mengenainya sehingga boleh menjejaskan imej negara.

Bagi Pemuda BN, penyiasatan yang terlalu lama menimbulkan pelbagai spekulasi dan mempengaruhi persepsi semua pihak terhadap kerajaan serta masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin, berkata Pemuda BN juga berpendapat kebenaran pasti tidak akan didengar oleh rakyat jika penyiasatan mengambil satu tempoh yang lama. "Saya tidak faham mengapa polis mengambil masa lama untuk menyiasat satu kes yang mudah dan perkara ini sudah dua minggu berlanjutan. Cepatlah siasat... kes itu mudah untuk diselesaikan demi keadilan semua pihak, iaitu orang yang kena tuduh, termasuk BN yang dituduh menjadi dalang penyebaran video terbabit," katanya pada sidang media selepas Program Jelajah One Malaysia (JOM), Peringkat Pulau Pinang di Kampung Machang Bubuk di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin. Pada majlis itu, Khairy merasmikan sebuah rumah usang milik Mohamad Fuad Ismail, 40, yang dibaik pulih dalam tempoh enam hari membabitkan perbelanjaan RM5,000 oleh Pusat Latihan GiatMara Machang Bubuk.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, penyiasatan yang mengambil masa lama memberi tanggapan negatif seolah-olah orang yang kena tuduh dinafikan keadilan.

"Kesannya juga menyebabkan perpaduan masyarakat tergugat kerana terpengaruh dengan pelbagai persepsi hingga ada yang percaya atau sebaliknya. Apabila penyiasatan selesai dan ada pihak yang tidak berpuas hati, barulah kita tubuhkan suruhanjaya bebas bagi memastikan kes itu mendapat pembelaan sewajarnya," katanya.

Minggu lalu, parti pembangkang sepakat menolak cadangan ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

Pengerusi DAP, Karpal Singh, dilaporkan berkata suruhanjaya itu tidak diperlukan, sebaliknya tumpuan perlu diberikan kepada siasatan polis yang sudah dimulakan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.