Jumaat, 3 Jun 2011

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


Hazim Homestay <b>Changlun</b> Kedah: DESTINASI PERCUTIAN <b>DI</b> KEDAH

Posted: 16 May 2011 08:37 PM PDT

DESTINASI PERCUTIAN DI ALOR STAR

1. Pekan Rabu Bazaar . Aked termashur milik orang Melayu di
Kedah. Terletak Dalam Pusat Bandaraya Alor Star.
2. Kota Kuala Kedah . Terletak di Muara Sungai Kedah. 10 km dari Alor Star.
3. Muzium Padi Gunung Keriang Muzium padi yang terulung di dunia.
Cantik , panaromic , Ilimiah , Muzium berputar bertaraf
dunia"World Class Revolving Muzium". Besebelahan Kolam Renang
SUKMA . Jarak 10 km dari Alor Star.
4. Gunung Jerai. Gunung tertinggi di Kedah. Di puncaknya ada resort,
muzium perhutanan, air terjun. Bolih sampai ke puncak dengan
kereta sendiri.
5. Tanjong Dawai bersebelahan dengan Pantai Merdeka . Terdapat banyak
jualan hasilan laut. Pelbagai jenis ikan kering , belacan, sotong
dan lain-lain
6. Jambatan Melengkung Kuala Kedah . Jambatan yang merentangi muara
Sungai Kedah dan terletak di Pekan Kuala Kedah. Satu-satunya
jambatan terunik di Kedah. 10 km dari Alor Star.
7. Pedu Lake Resort . Tempat percutian yang di kelilingi tasik.
Berhampiran Ampangan Pedu (Pedu damp) sumber bekalan air bersih
negeri Kedah. Syurga pemancing & golf.
8. Muzium Negeri berhampiran Stadium Bola Sepak Darul Aman.
9. Muzium sejarah . Pamiran & peragaan sejarah negeri dan Kerajaan
Kedah
10.Air Terjun Bukit Hijau . Kawasan perkelahan dan mandi manda
terbesar di Kedah.
11.Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam. Berhampiran Universiti Utara
Malaysia. Terdapat Kedai Bebas Cukai dan Pekan DANOK Thailand.
12.Jeti Kuala Kedah. Terletak di Pelabuhan Kuala Kedah. Jeti ini
adalah jeti tempat pelancung menaiki feri ke Langkawi.
13.Menara Telikom Alor Star. Menara yang tertinggi di Alor Star. Ada
restoran berputar di atasnya. (Revolving Restaurant). DalamBandar
Alor Star.
14.Muzium Akeologi Lembah Bujang. Muzium yang menunjukan sejarah
awal kerajaan negeri Kedah dan kedatangan hindu di Negeri Kedah .
15.Pulau Langkawi. Macam-macam ada. Semuanya bertaraf dunia (world
class). Seperti "Under Water World � akurium bertaraf dunia,
Kereta Kabel ( Cable Car) Taman Buaya, Pantai Cenang,
LapanganTerbang Antara Bangsa Langkawi, Lagenda Mahsuri dan lain-
lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


<b>Pokok Sena</b> , Kedah .

Posted: 09 Nov 2009 12:00 AM PST

Daerah Pokok Sena berasal dari nama sepohon pokok iaitu Pokok Sena  atau nama saintifiknya  "PTEROCARBUS INDICUS". Sejarah awal Daerah Pokok Sena dikesan melalui kisah kunjungan peneroka pertama iaitu Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad seorang ulamak berasal dari Pattani, Thailand, sekitar awal tahun 1920 an.  

Telah diceritakan bahawa rombongan Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad telah menyusuri Sungai Nawa sehingga tiba di satu tempat di mana terdapat sepohon Pokok Sena yang besar. Tuan Guru kemudiannya membangunkan tempat tersebut sebagai kawasan penempatan dan mendirikan sebuah sekolah pondok untuk mengajar ilmu agama kepada penduduk sekitaran. Pada waktu itu, sungai merupakan alat perhubungan utama.

Pekan Pokok Sena terus berkembang dan muncul sebagai pengkalan persinggahan perahu dan tongkang yang mengangkut hasil dagangan dan barangan keperluan harian. Sebuah balai polis dibina untuk mengawal ketenteraman awam dan sebagai tempat memasung orang salah. Lokasi ini sekarang di kenali sebagai Kampung Pokok Sena Lama. 

Pembinaan infrastruktur jalan Pokok Sena ke Kuala Nerang telah mendorong Pekan Pokok Sena berpindah dari lokasi sekarang di Kampung Pokok Sena Lama ke kawasan sekitaran balai polis sedia ada. 8 ranting dari pohon Pokok Sena  yang asal telah di tanam di sepanjang jalan dari Kampung Aman sekarang ini hingga ke hadapan Sekolah Kebangsaan Gajah Mati. Pohon Pokok Sena yang terakhir di hadapan Balai Polis Pokok Sena telah ditebang pada pertengahan tahun 2006 untuk memberi laluan pembinaan lampu isyarat Pekan Pokok Sena.

Sebagai mengenang jasa peneroka Allahyarham Tuan Guru Haji Wan Abdul  Samad, Sekolah Kebangsaan Gajah Mati telah dinamakan sebagai Sekolah Kebangsaan Wan Abdul   Samad pada 26 Mei 1983.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


KERENGGA: Roboh gerai <b>di Sungai Petani</b>: Ada tangan-tangan ghaib Umno?

Posted: 31 May 2011 02:32 AM PDT

ZULKIFLI YAHAYA

Belum selesai isu perobohan gerai pulut udang di Stadium Darul Aman oleh Majlis Bandaraya Alor Setar, muncul cerita baru mengenai roboh gerai di Sungai Petani. Kali ini 12 buah gerai yang berderetan di hadapan Kelab Cinta Sayang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Gerai tersebut bukan gerai roda tiga atau pemegang lesen penjaja mudah alih yang hanya bertenggek di situ pada waktu tertentu, tetapi gerai yang dibina seolah-olah mahu berniaga kekal di situ. Sebahagian gerai makanan itu sudah beroperasi lebih 10 tahun.

Ia memang menyalahi peraturan dan para peniaga juga sedar mereka telah melakukan kesalahan. Tetapi dalam dunia ini 'kesalahan' disahkan hanya apabila terdapat penguatkuasaan terhadap peraturan atau undang-undang.

Terdapat di kalangan rakyat negara ini yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal namun mereka tidak dianggap melakukan kesalahan sehingga polis menahan dan mengeluarkan notis saman.

Dalam suasana yang tidak ada penguatkuasaan, ramai yang tidak ambil peduli tentang kesalahan.  Apatah lagi jika apa yang hendak dilakukan itu adalah perkara baik; berniaga barang yang halal untuk menyara keluarga.

Timbul persoalan mengapa penguatkuasaan tidak dibuat sewaktu tiang mula dipacak oleh peniaga untuk mendirikan gerai? Selepas mereka berniaga dengan maju, sehingga berbelas tahun baru MPSPK berfikir untuk bertindak.

Para penguatkuasa MPSPK dikatakan datang 'ala gengstar' beroperasi sewaktu pelanggan sedang menjamu selera di waktu pagi, sewaktu hidangan lauk pauk tersusun rapi di atas meja. Adakah ini cara bertindak yang rasional?

ADUN kawasan terbabit yang juga merupakan Exco kerajaan negeri, S. Manikumar berkejar ke tempat kejadian. Beliau cuba mempertahankan peniaga, menghalang gerai dari dirobohkan. Tapi pihak penguatkuasa tidak hiraukan Exco kerana kononnya hanya mahu mengikut arahan 'dari atas'. Siapakah yang lebih atas dari Exco itu? Manikumar tidak berputus asa terus cuba menghalang tetapi dia ditolak ke tepi macam polis bertindak terhadap peserta demonstrasi. Sungguh biadap.

Akhirnya gerai-gerai tersebut dirobohkan. Para peniaga mula menghala persoalan kepada kerajaan negeri yang sedang giat memperkasa visi 'Kedah Sejahtera'. Rupanya ahli-ahli MPSPK juga tidak tahu menahu mengenai operasi tersebut. Menteri Besar, Exco dan ADUN jauh sekali dari diberitahu. Tindakan penguatkuasa lebih sudu dari garpu, menggambarkan seolah-olah ada dalang di belakang mereka.

Ahli-ahli MPSPK menjelaskan bahawa mereka telah membuat satu ketetapan dalam mesyuarat kerajaan tempatan iaitu tindakan pencegahan atau perobohan hanyalah untuk geri-gerai baru yang sedang dibina.

Manakala bagi gerai-gerai yang sudah lama beroperasi, ruang niaga alternatif mesti disediakan terlebih dahulu kepada mereka sebelum bertindak. Itu cara berfikir dan bertindak orang politik. Sekarang waktu yang hampir dengan pilihanraya.

Kerajaan yang memerintah harus mengambil langkah terbaik untuk mengelak kontroversi. Meroboh dan mengusir adalah istilah yang sangat buruk di mata rakyat terhadap sesebuah kerajaan.

Kerajaan Pakatan Rakyat di mana-mana negeri pun terpaksa berhadapan dengan manipulasi media. 

Kekuatan BN masih pada penguasaan media-media utama. Mereka hanya mengambil aspek yang 'nampak zalim' untuk dimomokkan kepada rakyat, sedangkan scenario asal terhadap tindakan tidak diceritakan. Inilah yang mahu dielakkan oleh kerajaan PR.

Malangnya ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli majlis tersebut dicabul oleh pihak penguatkuasa. Mereka seolah-olah dipaksa untuk mendengar satu arahan lain. Ia memberi dua andaian; pertama pegawai yang berkuasa yang mengarahkan kepada tindakan betul-betul bertindak secara professional berdasarkan peraturan.

Aspek lain, selain peraturan, bukan menjadi kriteria langsung untuk dipertimbangkan termasuklah aspek untung rugi politik.

"Kerana kami pentadbir, bukan orang politik," mungkin hujah mereka.

Andaian kedua, ialah terdapat 'grand design' untuk mencipta isu-isu yang boleh boleh mencetuskan kemarahan rakyat.

Kita berharap semoga apa yang berlaku bukannya kerana andaian yang kedua tersebut kerana di Kedah, zahirnya para pegawai tiada yang menikam kerajaan dari belakang.  Justeru kepimpinan kerajaan negeri perlu berbincang dan membuat keputusan terbaik dengan para pegawai yang merancang penguatkuasaan. Jangan beri ruang langsung pada musuh mengeksploit isu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di gurun kedah - Google Blog Search

02 di gurun kedah - Google Blog Search


MAJLIS BERSAMA AL-HABIB SAYYID NAQJAMUDDIN <b>DI</b> <b>...</b> - UMMAH BERSELAWAT

Posted: 08 May 2011 12:50 AM PDT

Pakat pakat pi beramai ramai. Ajak semua mak long, pak long, pak ngah, tok njang, abang, adik, kakak, nak, bapak. Kita berselawat dan berqasidah memuji Rasulullah SAW dalam menagih cinta kepada Baginda.

Sesungguhnya, kalau kita cinta kepada baginda, bagindah lebih awal lagi mencintai kita. Kalau kita rindukan baginda, baginda lebih awal lagi merindui kita. Setiap amal baik yang kita lakukan, baginda akan memohon Allah beri ganjaran, namun setia dosa yang kita lakukan, baginda akan memohon semoga Allah mengampuni dosa kita. Masya-Allah, sungguh mulia peribadi baginda.

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alih

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


NOTHING TOXIC - Extreme Videos: Pencuri Besi <b>Di Jitra</b> ( Stupid <b>...</b>

Posted: 30 May 2011 07:59 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Pencuri Besi Di Jitra ( Stupid Robbery ) Scrap. 马来西亚警察万岁!万岁!万万岁! Posted by *_* Velnny *_ * at Tuesday, May 31, 2011 · Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz ...

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT (PKWR) N.32 <b>KUALA KETIL</b>: CERAMAH <b>...</b>

Posted: 03 May 2011 07:23 PM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan seluruh ahli, kepimpinan dan penyokong PAS serta meminta umat Islam di seluruh dunia agar membaca Qunut Nazilah dalam tiap-tiap sembahyang lima waktu bermula hari ini.

Antaranya memohon kepada Allah agar dibinasakan rejim zionis Israel serta diberikan kekuatan kepada kumpulan sukarelawan yang sedang ditahan dan berhadapan dengan rejim zionis itu di Gaza dan seluruh dunia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.