Selasa, 14 Jun 2011

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jun 2011 11:24 PM PDT

Butik Peace Collection: kedai butik <b>di changlun</b>, kedah

Posted: 27 Apr 2011 10:27 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]kedai butik di changlun, kedah. kedai butik Peach Collection. Posted by P.O.M at 10:27 · Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz ...

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


IZYAN DIYANA: berganda-ganda lemak <b>di Kulim</b>, Penang, Ipoh dan KL

Posted: 13 Jun 2011 12:08 PM PDT

Assalamualaikum

bila cuti sekolah mesti akan cuti-cuti Malaysia jugak kan.. asal nama cuti je mesti nak berjalan jugak.. tak kira lah jalan gi laman rumah sebab nak sidai baju ke, buang sampah ke takpun nak pewitpewit orang bujang kat rumah sebelah.. still kena berjalan jugak kan.. hihihi.. trip kali ni menjelajah utara.. gerak seawal jam 7 pagi terus menuju ke Penang, rumah sewa adik sebab mahu menghantar barang beliau yang penuh satu kereta itu.. 

pemanduan mengikut had laju yang ditetapkan sebab pemandu berhemah katanya.. *nampak sangat nipunye singgah Dengkil sebab nak pekena air panas sebab sudah mula bosan menghadap jalan raya berwarna kelabu tu je.. mata pun dah naik kelabu.. next dekat blah utara plak tapi tak ingat rnr mane.. dua kali benti je sebab driver tak suka dok dalam keta atas jalan kelabu lamelame.. boleh naik kutu nanti..

rumah sewa adik tingkat lima dan berjiran dengan bujang trantangtang dan saya pun terus kontrol ayuuuuuu.. fewittttt.. next meronda Penang untuk mencuci mata sebelum gerak bermalam kat Kulim.. dan yeayyyyyy!!! saya tak sesat pun kat Penang dan Kulim.. signboard sangat berguna okeh!!


kampung halaman memang dekat Penang dan belakang rumah tok wan je adalah laut.. yahooo.. bangun pagipagi terus lari gi pantai.. itu rutin kami masa kecik-kecik.. ingat sampai sekarang.. then macam dah jadi habit bila nak masuk Penang je mesti lalu terowong kan dan dan sanggup bersengkang mata dan memandu dengan kelajuan yang paling rendah sebab nak lamelame dalam terowong tu.. tak tahulah apa yang special dengan terowong tu tapi memang dari kecik if nak masuk je abah akan cepatcepat kejut bangun suruh tengok kan.. kalau terlepas terus akan melalak hentak hantak kaki dan suruh abah patah balik ;)

yang syoknya kat Penang bila dapat makan ikan, udang, sotong, siput dan ketam yang freshfresh dari pantai kan.. siap gerakgerak lagi masa nak siang buat masak tu.. dan memang haruslah makan sampai tak boleh nak bangun.. thumb up pada Maksu Kiah yang masak sampai menjilat jari.. semua pinggan mangkuk habis licin ditangan saya.. memang terbaek bila pencuci mulut adalah durian.. nyumnyum lah kan sebab kesemuanya adalah faveret saya............... =)

haruslah rasa gumbira bila berjumpa sedare mara dan kazen yang sudah lama tak tengok rupa.. dulu budak skola yang comot sekarang dah beranak dua pun ada tahu!! nampak sangat memang dah lame tak jumpa.. last macam masa darjah 4 yang berkurun tok kaduk itu.. saya pun sudah lupa.. Paksu dok sibuk tanya bila nak kawen sebab beliau yang akan jadi wali nanti.. chill Poksu, lambat lagi.. belajau pun ada 2 taun setengah lagi.. Nana bagi green light kat Esah dulu.. winkwink..  

next destination adalah Ipoh.. yeayyyyy.. ini tempat kelahiran saya.. sedih sebab tak dapat jumpa ibu sebab ibu berpicnic dengan Ila dan Maksu dekat PD.. sobsobsob.. ayah pula keja dan Ejat tak cuti.. terus rasa down sekejap.. beradu dekat rumah Mak Anjang.. habis semua album dikeluarkan sebab nak cerita kenangan zaman dahulu.. mama cakap saya yang paling nakal dan terus saya berlakon jadi budak baik dan innocent.. ^^

kemudian kami gerak ke KL untuk jumpa Mak Lang pulak.. yeayyyyy lagi sekali sebab saya tak sesat pun.. jelas signboard sangat membantu okeh!!! lepaking kat sane sampai rasa tak mahu balik sebab asyik makan makan dan makan tanpa henti.. siap celebrate besday Aza lagi.. dasar budak hingusan yang cengeng sebab beliau menangis teresak-esak bila saya mengatakan bahawa beliau adalah anak angkat mama sebab mama lupa besday beliau.. tak chill langsung.. haha..

saya tak sempat nak jumpa kesayangan saya yang lain sebab dah nak gerak balik Joho.. mama tak nak sampai lewat sebab adik nak skola esoknya.. penat tunggu kesayangan saya yang tak kunjung tiba.. hanya dapat melepaskan rindu dengan bermain patung mainan mereka dengan Noin yang gonjeng itu.. haha.. terus cakap kat mama yang saya jugak nak patung macam tu sebab masa kecik-kecik dulu tak dapat main patung cenggitu.. boleh tak mama??

saya sangat gigih dan gagah bila telah mendrive sepanjang oliday jenjalan cari makan penuhkan perut ini tanpa tukar shif dengan adik or mama.. sebabnye saya tak percaya kat orang lain untuk mendrive.. haha.. pemanduan adik tidak berhemah dan pemanduan mama sangat slow.. jadi, saya lah yang perlu memandu untuk keselesaan sendiri.. even terlelap-lelap sampai termasuk line orang sampai kena hon tintin dengan lori yang kononnya laju tu.. wekkk kaw lori =p

sampai Joho sempat lagi singgah rumah sedare mara yang lain untuk terus bagi barang kiriman dan ole-ole masing-masing.. percaya tak yang saya tak shopping apa pun sebab lupa nak bawak duitttttttttt.. 

T______________T

kami ibarat crew jalan-jalan cari makan sebab asyik makan makan dan makan di setiap rumah yang di singgah dan tempat yang kami benti.. masing-masing sibuk nak tunjukkan kepakaran memasak makanan tradisi negeri sendiri.. ;)

p/s : tak puas cuti lagi aih!!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG KEDAH: 02 <b>di pokok sena</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jun 2011 12:00 AM PDT

Ringgo Redz: <b>Pokok Sena</b> , Kedah .

Posted: 03 Jun 2011 12:00 PM PDT

Daerah Pokok Sena berasal dari nama sepohon pokok iaitu Pokok Sena  atau nama saintifiknya  "PTEROCARBUS INDICUS". Sejarah awal Daerah Pokok Sena dikesan melalui kisah kunjungan peneroka pertama iaitu Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad seorang ulamak berasal dari Pattani, Thailand, sekitar awal tahun 1920 an.  

Telah diceritakan bahawa rombongan Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad telah menyusuri Sungai Nawa sehingga tiba di satu tempat di mana terdapat sepohon Pokok Sena yang besar. Tuan Guru kemudiannya membangunkan tempat tersebut sebagai kawasan penempatan dan mendirikan sebuah sekolah pondok untuk mengajar ilmu agama kepada penduduk sekitaran. Pada waktu itu, sungai merupakan alat perhubungan utama.

Pekan Pokok Sena terus berkembang dan muncul sebagai pengkalan persinggahan perahu dan tongkang yang mengangkut hasil dagangan dan barangan keperluan harian. Sebuah balai polis dibina untuk mengawal ketenteraman awam dan sebagai tempat memasung orang salah. Lokasi ini sekarang di kenali sebagai Kampung Pokok Sena Lama. 

Pembinaan infrastruktur jalan Pokok Sena ke Kuala Nerang telah mendorong Pekan Pokok Sena berpindah dari lokasi sekarang di Kampung Pokok Sena Lama ke kawasan sekitaran balai polis sedia ada. 8 ranting dari pohon Pokok Sena  yang asal telah di tanam di sepanjang jalan dari Kampung Aman sekarang ini hingga ke hadapan Sekolah Kebangsaan Gajah Mati. Pohon Pokok Sena yang terakhir di hadapan Balai Polis Pokok Sena telah ditebang pada pertengahan tahun 2006 untuk memberi laluan pembinaan lampu isyarat Pekan Pokok Sena.

Sebagai mengenang jasa peneroka Allahyarham Tuan Guru Haji Wan Abdul  Samad, Sekolah Kebangsaan Gajah Mati telah dinamakan sebagai Sekolah Kebangsaan Wan Abdul   Samad pada 26 Mei 1983.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Bina Bahagia bersama Suzana Ghazali: Bersemuka <b>di Sungai Petani</b>

Posted: 02 Jun 2011 10:26 AM PDT

Ada yang tanya, tak ada lagi ke temujanji bersemuka di Sungai Petani? InsyaAllah, saya akan terima sesi temujanji bersemuka di Sungai Petani pada 9hb dan 10hb Jun ini:

Sesi temujanji bermula jam 9.30am dan berakhir 5.30pm dengan setiap sesi selama 90minit iaitu:
- sesi 1: 09.30am-11.00am
- sesi 2: 11.00am-12.30pm
- sesi 3: 12.30pm-2.00pm
- sesi 4: 02.30pm-4.00pm
- sesi 5: 04.00pm-5.30pm

Sila bank in ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka beserta tarikh dan masa pilihan anda.

Mohon kerjasama rakan-rakan untuk mendoakan segala urusan perpindahan saya bersama anak-anak dimudahkan oleh-NYA. Terima kasih!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Batu vs Kayu: Roboh gerai <b>di Sungai Petani</b>: Ada tangan-tangan <b>...</b>

Posted: 31 May 2011 03:36 AM PDT

Belum selesai isu perobohan gerai pulut udang di Stadium Darul Aman oleh Majlis Bandaraya Alor Setar, muncul cerita baru mengenai roboh gerai di Sungai Petani. Kali ini 12 buah gerai yang berderetan di hadapan Kelab Cinta Sayang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Gerai tersebut bukan gerai roda tiga atau pemegang lesen penjaja mudah alih yang hanya bertenggek di situ pada waktu tertentu, tetapi gerai yang dibina seolah-olah mahu berniaga kekal di situ. Sebahagian gerai makanan itu sudah beroperasi lebih 10 tahun.

Ia memang menyalahi peraturan dan para peniaga juga sedar mereka telah melakukan kesalahan. Tetapi dalam dunia ini 'kesalahan' disahkan hanya apabila terdapat penguatkuasaan terhadap peraturan atau undang-undang.

Terdapat di kalangan rakyat negara ini yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal namun mereka tidak dianggap melakukan kesalahan sehingga polis menahan dan mengeluarkan notis saman.

Dalam suasana yang tidak ada penguatkuasaan, ramai yang tidak ambil peduli tentang kesalahan. Apatah lagi jika apa yang hendak dilakukan itu adalah perkara baik; berniaga barang yang halal untuk menyara keluarga.

Timbul persoalan mengapa penguatkuasaan tidak dibuat sewaktu tiang mula dipacak oleh peniaga untuk mendirikan gerai? Selepas mereka berniaga dengan maju, sehingga berbelas tahun baru MPSPK berfikir untuk bertindak.

Para penguatkuasa MPSPK dikatakan datang 'ala gengstar' beroperasi sewaktu pelanggan sedang menjamu selera di waktu pagi, sewaktu hidangan lauk pauk tersusun rapi di atas meja. Adakah ini cara bertindak yang rasional?

ADUN kawasan terbabit yang juga merupakan Exco kerajaan negeri, S. Manikumar berkejar ke tempat kejadian. Beliau cuba mempertahankan peniaga, menghalang gerai dari dirobohkan. Tapi pihak penguatkuasa tidak hiraukan Exco kerana kononnya hanya mahu mengikut arahan 'dari atas'. Siapakah yang lebih atas dari Exco itu? Manikumar tidak berputus asa terus cuba menghalang tetapi dia ditolak ke tepi macam polis bertindak terhadap peserta demonstrasi. Sungguh biadap.

Akhirnya gerai-gerai tersebut dirobohkan. Para peniaga mula menghala persoalan kepada kerajaan negeri yang sedang giat memperkasa visi 'Kedah Sejahtera'. Rupanya ahli-ahli MPSPK juga tidak tahu menahu mengenai operasi tersebut. Menteri Besar, Exco dan ADUN jauh sekali dari diberitahu. Tindakan penguatkuasa lebih sudu dari garpu, menggambarkan seolah-olah ada dalang di belakang mereka.

Ahli-ahli MPSPK menjelaskan bahawa mereka telah membuat satu ketetapan dalam mesyuarat kerajaan tempatan iaitu tindakan pencegahan atau perobohan hanyalah untuk geri-gerai baru yang sedang dibina.

Manakala bagi gerai-gerai yang sudah lama beroperasi, ruang niaga alternatif mesti disediakan terlebih dahulu kepada mereka sebelum bertindak. Itu cara berfikir dan bertindak orang politik. Sekarang waktu yang hampir dengan pilihanraya.

Kerajaan yang memerintah harus mengambil langkah terbaik untuk mengelak kontroversi. Meroboh dan mengusir adalah istilah yang sangat buruk di mata rakyat terhadap sesebuah kerajaan.

Kerajaan Pakatan Rakyat di mana-mana negeri pun terpaksa berhadapan dengan manipulasi media.

Kekuatan BN masih pada penguasaan media-media utama. Mereka hanya mengambil aspek yang 'nampak zalim' untuk dimomokkan kepada rakyat, sedangkan scenario asal terhadap tindakan tidak diceritakan. Inilah yang mahu dielakkan oleh kerajaan PR.

Malangnya ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli majlis tersebut dicabul oleh pihak penguatkuasa. Mereka seolah-olah dipaksa untuk mendengar satu arahan lain. Ia memberi dua andaian; pertama pegawai yang berkuasa yang mengarahkan kepada tindakan betul-betul bertindak secara professional berdasarkan peraturan.

Aspek lain, selain peraturan, bukan menjadi kriteria langsung untuk dipertimbangkan termasuklah aspek untung rugi politik.

"Kerana kami pentadbir, bukan orang politik," mungkin hujah mereka.

Andaian kedua, ialah terdapat 'grand design' untuk mencipta isu-isu yang boleh boleh mencetuskan kemarahan rakyat.

Kita berharap semoga apa yang berlaku bukannya kerana andaian yang kedua tersebut kerana di Kedah, zahirnya para pegawai tiada yang menikam kerajaan dari belakang. Justeru kepimpinan kerajaan negeri perlu berbincang dan membuat keputusan terbaik dengan para pegawai yang merancang penguatkuasaan. Jangan beri ruang langsung pada musuh mengeksploit isu.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.