Sabtu, 18 Jun 2011

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG KEDAH: 02 <b>di pokok sena</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jun 2011 11:28 PM PDT

TERATAK IMPIAN BUKIT LALA: JANGAN BIARKAN KITA DIBELENGGU

Posted: 10 Jun 2011 01:02 AM PDT

JANGAN BIARKAN KITA DIBELENGGU

Pergi ke kebun membawa karung
Karung dibawa bersama baldi

Kuasa sudah sampai dipenghujung

Kesabaran rakyat, ubahnya hanya di peti undi Sawah dan getah luas di Pokok Sena
Pembangunan juga sentiasa ke hadapan

Wang rakyat disalah guna

Rakyat derita menanggung beban

• Atas: Mengisi scrub di dalam karung di Kebun Bukit Lala.


• Bawah: Kawasan sawah dan getah di Bukit Lala, Pokok Sena.

• Youtube: "Kabinet Pilihan Raya (bersama Mohamad Sabu) ".

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Batu vs Kayu: Roboh gerai <b>di Sungai Petani</b>: Ada tangan-tangan <b>...</b>

Posted: 31 May 2011 03:36 AM PDT

Belum selesai isu perobohan gerai pulut udang di Stadium Darul Aman oleh Majlis Bandaraya Alor Setar, muncul cerita baru mengenai roboh gerai di Sungai Petani. Kali ini 12 buah gerai yang berderetan di hadapan Kelab Cinta Sayang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Gerai tersebut bukan gerai roda tiga atau pemegang lesen penjaja mudah alih yang hanya bertenggek di situ pada waktu tertentu, tetapi gerai yang dibina seolah-olah mahu berniaga kekal di situ. Sebahagian gerai makanan itu sudah beroperasi lebih 10 tahun.

Ia memang menyalahi peraturan dan para peniaga juga sedar mereka telah melakukan kesalahan. Tetapi dalam dunia ini 'kesalahan' disahkan hanya apabila terdapat penguatkuasaan terhadap peraturan atau undang-undang.

Terdapat di kalangan rakyat negara ini yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal namun mereka tidak dianggap melakukan kesalahan sehingga polis menahan dan mengeluarkan notis saman.

Dalam suasana yang tidak ada penguatkuasaan, ramai yang tidak ambil peduli tentang kesalahan. Apatah lagi jika apa yang hendak dilakukan itu adalah perkara baik; berniaga barang yang halal untuk menyara keluarga.

Timbul persoalan mengapa penguatkuasaan tidak dibuat sewaktu tiang mula dipacak oleh peniaga untuk mendirikan gerai? Selepas mereka berniaga dengan maju, sehingga berbelas tahun baru MPSPK berfikir untuk bertindak.

Para penguatkuasa MPSPK dikatakan datang 'ala gengstar' beroperasi sewaktu pelanggan sedang menjamu selera di waktu pagi, sewaktu hidangan lauk pauk tersusun rapi di atas meja. Adakah ini cara bertindak yang rasional?

ADUN kawasan terbabit yang juga merupakan Exco kerajaan negeri, S. Manikumar berkejar ke tempat kejadian. Beliau cuba mempertahankan peniaga, menghalang gerai dari dirobohkan. Tapi pihak penguatkuasa tidak hiraukan Exco kerana kononnya hanya mahu mengikut arahan 'dari atas'. Siapakah yang lebih atas dari Exco itu? Manikumar tidak berputus asa terus cuba menghalang tetapi dia ditolak ke tepi macam polis bertindak terhadap peserta demonstrasi. Sungguh biadap.

Akhirnya gerai-gerai tersebut dirobohkan. Para peniaga mula menghala persoalan kepada kerajaan negeri yang sedang giat memperkasa visi 'Kedah Sejahtera'. Rupanya ahli-ahli MPSPK juga tidak tahu menahu mengenai operasi tersebut. Menteri Besar, Exco dan ADUN jauh sekali dari diberitahu. Tindakan penguatkuasa lebih sudu dari garpu, menggambarkan seolah-olah ada dalang di belakang mereka.

Ahli-ahli MPSPK menjelaskan bahawa mereka telah membuat satu ketetapan dalam mesyuarat kerajaan tempatan iaitu tindakan pencegahan atau perobohan hanyalah untuk geri-gerai baru yang sedang dibina.

Manakala bagi gerai-gerai yang sudah lama beroperasi, ruang niaga alternatif mesti disediakan terlebih dahulu kepada mereka sebelum bertindak. Itu cara berfikir dan bertindak orang politik. Sekarang waktu yang hampir dengan pilihanraya.

Kerajaan yang memerintah harus mengambil langkah terbaik untuk mengelak kontroversi. Meroboh dan mengusir adalah istilah yang sangat buruk di mata rakyat terhadap sesebuah kerajaan.

Kerajaan Pakatan Rakyat di mana-mana negeri pun terpaksa berhadapan dengan manipulasi media.

Kekuatan BN masih pada penguasaan media-media utama. Mereka hanya mengambil aspek yang 'nampak zalim' untuk dimomokkan kepada rakyat, sedangkan scenario asal terhadap tindakan tidak diceritakan. Inilah yang mahu dielakkan oleh kerajaan PR.

Malangnya ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli majlis tersebut dicabul oleh pihak penguatkuasa. Mereka seolah-olah dipaksa untuk mendengar satu arahan lain. Ia memberi dua andaian; pertama pegawai yang berkuasa yang mengarahkan kepada tindakan betul-betul bertindak secara professional berdasarkan peraturan.

Aspek lain, selain peraturan, bukan menjadi kriteria langsung untuk dipertimbangkan termasuklah aspek untung rugi politik.

"Kerana kami pentadbir, bukan orang politik," mungkin hujah mereka.

Andaian kedua, ialah terdapat 'grand design' untuk mencipta isu-isu yang boleh boleh mencetuskan kemarahan rakyat.

Kita berharap semoga apa yang berlaku bukannya kerana andaian yang kedua tersebut kerana di Kedah, zahirnya para pegawai tiada yang menikam kerajaan dari belakang. Justeru kepimpinan kerajaan negeri perlu berbincang dan membuat keputusan terbaik dengan para pegawai yang merancang penguatkuasaan. Jangan beri ruang langsung pada musuh mengeksploit isu.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di merbok</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jun 2011 09:43 PM PDT

Polis Kedah mencapai kejayaan besar tahun ini apabila merampas 119.26 kilogram ganja bernilai RM411,000 dan menahan dua lelaki di Merbok, Sungai Petani, Isnin lepas.

Ketua Polis Negeri Ahmad Ibrahim berkata dalam kes pertama, seorang buruh berusia 47 tahun ditahan pada kira-kira 5.30 petang dan menemui tiga ketulan ganja mampat seberat 3.15 kg bernilai RM11,000 pada motosikal suspek.

"Lelaki itu cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh angota Jabatan Sisatan Jenayah Narkotik Negeri," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Katanya siasatan awal mendapati suspek pernah ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Bahaya 1952 pada tahun 2008 dan ujian air kencing juga mendapati suspek positif ganja.

Ekoran tangkapan lelaki tersebut, katanya polis menyerbu sebuah rumah di Ladang Sunga Batu, Merbok, pada kira-kira pukul 6.15 petang pada hari yang sama dan merampas 114 ketulan mampat ganja seberat 116.11kg bernilai hampir
RM400,000.

Katanya dalam serbuan itu, polis menahan seorang pekebun berusia 45 tahun serta merampas sepucuk pistol jenis Smith & Wesson bersama 84 butir peluru hidup 9mm dan sepasang gari dalam bilik tidur suspek kedua tersebut.

Susulan tangkapan itu, Ahmad berkata polis turut merampas dan menyita harta suspek yang dipercayai dibeli hasil penjualan dadah termasuk sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, empat motosikal serta barangan elektrik.

Katanya semua barang yang disita itu bernilai RM172,800 dan polis masih mengesan harta lain milik suspek.

Kedua-dua suspek yang merupakan sahabat itu direman sehingga Isnin ini dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalahan mengedar dadah dan boleh dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.

"Suspek kedua juga turut disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki pistol dan peluru yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan," katanya.

Katanya suspek kedua tidak mempunyai rekod jenayah lampau tetapi hasil ujian air kencing didapati positif dadah jenis ganja.

- Bernama

Related article

KomunitiKini

The leading Malaysian website for news and information on community events, food, entertainment and community resources on education and development.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di gurun kedah - Google Blog Search

02 di gurun kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jun 2011 03:09 PM PDT

awal pagi jumaat dah bergerak ke pasir mas.. kg halaman suami,singgah solat subuh di raub, pahang. Sepanjang perjalanan mcm biasa.. agak membosankan...ditambah dengan mata yang tak tidur semalaman.. ermmm tersengguk2 juga melayan mata..tiba di pasir mas setelah meredah perjalanan selama 7 jam...
cuaca di pasir mas agak panas.. berpeluh2 juga dibuatnya.. ditambah dengan letih meredah perjalanan jauh, aduhhh mata terasa nak pejam jer.... anak2 macam biasa.. bila dah sampai kg, semuanya aktif.. mcm2 ragam ada.. aku dan suami mengemas rumah, maklumlah rumah dah tinggal lebih sebulan.. habukpun dah seinci. ditambah dengan sawang2 penuh.. letih2 pun terpaksa la mengerah tenaga mencuci mana patut..

then tengahari sabtu lepas lunch di rumah kakak ipar di Tanah Merah, sambung lagi perjalanan jauh kami.. hari ni bertolak ke kampung ku pula di Gurun, Kedah. Melewati lebuhraya timur barat yang mencabar kesabaran apabila ada pemandu-pemandu yang memandu mengikut kehendak sendiri. Main asal suka jer potong memotong..

sebelum sampai kampung, singgah dulu kenduri kahwin kawan sepejabat di Kg. Teloi Tua, Sik.. hahah ni yang besh kenduri kat kg.. ada gulai batang pisang lagik.. sedap sangat.. sampai kat umah kenduri jam dah lul 6.30 ptg. tapi nasib baik kenduri kat kampung ni meriahnya sampai ke petang, ramai lagi tetamu yang ada.. tp pengantinnya Fyna dan suami tiada sbb dia org baru jer keluar ke Ladang Anggur di Beris untuk sesi outdoor fotografi..so kami dapat berborak ngan parents Fyna jer la sambil makan nasi kenduri yang sedap tu... thanks ya Fyna sebab jemput kami..


Selepas makan, sambung semula perjalanan yang dah tak baper jauh lagi.. sampai jer kat Pekan Gurun dah sesat.. hahaha dah byk lencongan jalannya sbb pembinaan double track KTM.. wahh makin maju kampung ku sekarang. Sampai rumah parentsku di Taman Gurun dah dekat2 pukul 8 mlm..

so pagi ni lepak la kat kampung... tadaaaaa

(gambar ni kredit pada encik Nazrul (http://nazrulazat.blogspot.com).. aku songlap dari blog dia.. pinjam gambaq sat no... :p) Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


BUDAK CAWANGAN <b>DI KUBANG PASU</b> | BLOG - BLOG PARTI UMNO

Posted: 26 May 2011 03:04 PM PDT

Sudah lama aku mendiamkan diri dari arena BLOG nie.. Sampai saat nie aku masih mencari idea dan cara untuk aku kembali menulis semula.. Aku harap dengan kembalinya BUDAK CAWANGAN ini dapat membantu serba sedikit perjuangan UMNO d Kubang pasu..

Sebelum aku mula untuk bebicara,aku nak mohon maaf dulu andai apa yang bakal aku tulis nanti bakal menyebakan orang terluka.. Tapi disini ingin aku tekankan, apa saja pandangan dan tulisan dariku adalah semata2 demi kepentingan UMNO dan nak lihat UMNO kembali gagah...

Salam

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jun 2011 01:21 PM PDT

LIVERPOOLKITA: AKADEMI LIVERPOOL <b>DI</b> MALAYSIA

Posted: 07 Jun 2011 02:03 AM PDT

Lawatan Liverpool ke Malaysia 16 Jun ini bukan sekadar memecah tradisi bolasepak di negara kita, tapi ada berita yang mungkin akan membuatkan peminat Liverpool teruja dan peminat lain irihati. Salah seorang budak pejabat Ian Ayre, CEO Liverpool, kenalan lama saya telah bocorkan rahsia yang Liverpool akan membuka Akademi di Kuala Lumpur tak pun di Kodiang, Kedah. KLFA yang disebutkan, samaada Kuala Lumpur Football Club atau Kodiang Legend Football Club telah dinyatakan dalam kepala surat yang tercicir dari beg bimbit Ayre, dijumpai oleh kenalan saya itu.

Di harap Pak PM, peminat No. 1 Man U tak sabotaj rancangan suci murni ini. Dan lagi satu bahaya ialah Sultan Bola yang tak langsung minat bolasepak Inggeris mungkin akan menolak idea ini juga. Saya pasti Ian Rush yang teramat sukakan bumi Malaysia dan acapkali datang ke KL kerana kerap dijemput samada oleh Biskut Tiger atau main EPL Masters akan menjadi kepala Akademi disini. KLFA yang saya rasa telah ada Liga Remaja mereka sendiri akan menjadikan akademi Liverpool sebahagian dari pasukan yang akan beraksi dalam Liga tersebut.

http://paisleygates.com/?p=4116

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jun 2011 12:00 AM PDT

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jun 2011 01:27 PM PDT

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jun 2011 01:06 PM PDT

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jun 2011 01:25 PM PDT

Karnival Pendidikan Islam PKG <b>Kodiang</b> 2011 / 1432 H

Posted: 25 Mar 2011 10:32 PM PDT

Salam.


Acara tahunan PKG pada kali ini julung kalinya diadakan di SMSKP pada 24 Mac 2011 yang lalu. Sebagai tuan rumah dan berstatus SBP, ianya sedikit memberi tekanan kepada GPI SMSKP dan para pelajar (peserta) untuk merealisasikan impian sekolah, iaitu mengekalkan piala pusingan Johan PKG Kodiang di SMSKP.

Alhamdulillah apabila keputusan diumumkan, SMSKP berjaya mengekalkan prestasi pada tahun lepas dengan menjadi Johan dalam 4 acara (Tilawah (L), Syarahan (P), Hafazan (L), Nasyid : Naib Johan 1 acara (Syarahan (L) dan Ketiga 1 acara TTilawah (P) .


Tahniah buat semua warga SMSKP.

KEPUTUSAN PENUH :

TILAWAH (L)

  1. MOHD ARIFKAMIL OMAR - SMSKP
  2. MOHD AL-AMIN AH.ZAILANI - SMKMD
  3. MOHD HAMIRUN RODZI - SMKTB

TILAWAH (P)
  1. SITI NUR YUSRA ABDUL RAHMAN - SMKTB
  2. AMIRA HUSNI MOHD SYUKRI - SMKMD
  3. NURUL NAJLA' MUHAMMAD ASSRI - SMSKP

HAFAZAN (L)
  1. MUHAMMAD AMINUDDIN CHE OMAR -SMSKP
  2. MOHD KHAIRUL IFWAT JAMRI - SMKMD
  3. MOHD FIRDAUS MOHAMAD - SMKBBBKH

HAFAZAN (P)
  1. NUR FARAHIM ABD RAHIM - SMKTB
  2. NABILA BASER - SMKBBS
  3. NOR DALILA ISMAIL - SMKMD

SYARAHAN (L)
  1. MUHAMMAD HAKIMIN SHAFIE - SMKBBS
  2. MUHAMMAD SYAHRUL ASYRAF MD ROPI - SMSKP
  3. BAZLISHAH IZZAT BAHARI - SMKMD

SYARAHAN (P)
  1. NUR AFZAN IZZANI AZHAR - SMSKP
  2. NUR AFINI MOHD LATFEE - SMKBBS
  3. NOR ATIKA REJAB - SMKBBBKH

NASYID
  1. SUBULUSSALAM - SMSKP
  2. AL-KAUTHAR - SMKBBS
  3. AL-FIRDAUSI - SMKTB

Selamat berjuang diperingkat daerah 2 April ini di SMK Ayer Hitam. Semoga Berjaya.

sumber : http://paisainskp.blogspot.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


Program Mesra Rakyat Daerah <b>Padang Terap</b> - Adun Tanjung Dawai

Posted: 29 May 2011 08:45 AM PDT

Dato' Dr. Hj Hamdan Bin Mohamed Khalib: Program Mesra Rakyat Daerah Padang Terap
skip to main | skip to sidebar

Program Mesra Rakyat Daerah Padang Terap

26 Mei 2011

  • Menghadiri Program Mesra Rakyat Daerah Padang Terap di Pekan Naka. YAB Dato' Seri bersama-sama dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat DUN / Parlimen hadir di program tersebut.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di alor setar - Google Blog Search

di alor setar - Google Blog Search


teratak kaklia: Jalan2 <b>di Alor Setar</b>...

Posted: 02 Jun 2011 05:38 PM PDT

tengah rasa dodol di dalam pekan rabu....
3 gambar teratas ni aku bantai je snap....ada banyak bangunan lama di Aloq Setaq...
Ni nasi lemak pak ali...aku ingat kan nasi lemak mcm di KL nih rupanya nasi lemak depa ni nasi minyak berlauk kan mcm lauk2 nasi kandar. Rasanya ok lah, sedap lagi nasi kandaq di penang....hehehe...Tak pe lah janji dah sampai kedai pak ali yang dikatakan famous disana tu. Memang ramai pun orang datang, beratuq panjang....
Pada aku biasa je nasik lemak pak ali ni, cuma satu lah, pada pandangan mata aku kedai ni agak kotorlah....jgn marah ye pak ali....ishh pak ali tu dah arwah dah...ni anak2 dia lah yg take over kedai nih. sekiranya depa ada terbaca blog aku nih, harap kasi bersih lu orang punya kedai....:)
ni balai nobat. gambaq atas tu tak ingat apa nama ntah...
aloq setaq pun ada lampu2 mcm ict shah alam tu tau...hehe...
ni didalam balai nobat. punya lah tak terjaga dan kotor. asal lah dorang tak kasi bersih tempat ni kan....tapi pak mentua aku ada bercerita, pak mentua aku dulu polis kena bertugas kat alor setar tu, so dia kata kalau turn sapa2 yg kena jaga balai nobat ni semua tak suka. sebabnya ada polis yang sudah dengar bunyi alunan muzik nobat dari dalam balai ni pada malam hari. So agak menyeramkan lah...hikhik....wallahualam...
ni balai rong seri ke apa ntah....cantik balai ni tapi sayang depa tak bukak lampu, gelap je....
seberang jalan tu masjid zahir
yg tinggi sikit tu menara aloq setaq....
bangunan balai polis alor setar. cantik kan...bangunan lama, harap2 akan disitu sampai bila2....
ini dia pekan rabu..
di dalam pekan rabu...pada aku lah kan, kalau tak pegi pekan rabu ni pun tak apa...barangannya biasa2 je, yg banyak kedai kain tudung. pastu harga pulak rasanya mahal dari KL nih. tak berbaloi beli sebab fesyen pun fesyen lama. pastu ada banyak kedai jajan lah, tu ok lah nak beli bawak balik KL. pastu ada kedai kraf tangan...tak banyak variety pun, tak macam di pasar payang....semua barang ada! kalau compare dgn pasar payang, banyak jauh bezanya....tapi kalau tak dtg pekan rabu ni nak gi mana lagi....kira tempat ni yg famous kat alor setar ni kan...hehehe...
pekena cendoi pulut dlm pekan rabu
pekena char kue tiaw dlm pekan rabu
air khatirah nama nya.....akceli air sirap campur limau campur biji selaseh...sedap...
asam laksa di pekab rabu jugak....ok je lah. kalau sempat mmg nak singgah kuala kedah makan asam laksa tapi masa tak mengizin kan....yg ni pun jadi lahhh...
yg n patin masak tempoyak. singgah makan di r&r sg perak on the way back to KL. cair je kuah nya, rasa, ok je lah....
saja ambik gamabr nih, nampak tak bukit2 tu....mcm bentuk orang tengah baring kan....
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


CUTI-CUTI MALAYSIA....KLANG-KUANTAN-<b>KUALA</b> TERENGGANU-KOTA BHARU <b>...</b>

Posted: 08 Jun 2011 10:25 PM PDT

Saje..saje untuk tatapan pembaca blog SyamSGold...pengalaman saya menghabiskan cuti sekolah anak-anak bersama selama 2 minggu...dan saya pun bercuti juga selama 2 minggu...mmmphh...lamanya cuti...walaupun bercuti ,urusan biz tetap berjalan secara online...ha..ha....mudah kan..

Start 27hb jam 6.00 ptg ..kembara bermula dari klang ke kuantan selama 4 jam menyusuri Lebuh raya pantai timur sejauh 285km, bermalam semalam di kuantan dan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu sejauh lebih kurang 200 km , bermalam selama 2 malam di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu . dari Kuala Trengganu meneruskan perjalanan ke Kota Bharu sejauh 170 km yang mengambil masa selama 3 jam. Di KB kami bermalam di Habib Hotel , Kota Bharu selama 2 malam. Seterusnya meneruskan perjalanan ke kuala ketil resort melalui lebuh raya timur barat gerik,perak.

Berehat di Kuala Ketil Resort selama 2 malam dan meneruskan perjalanan ke Bukit Mertajam iaitu rumah keluarga mertua. Bermalam selama 3 malam di BM dan meneruskan perjalanan ke Taiping, rumah ayah bonda di kampung Jambu,Taiping. Dari Taiping insyaallah akan menamatkan perjalanan saya di Klang pada hari Jumaat ini. Pada ketika ini masih berada di Taiping....beristirehat bersama keluarga tercinta. Buat masa ini (taiping) jumlah perjalanan saya ialah 1700 km. Taiping ke Klang jarak perjalanan sejauh 300 km lagi.

PART 2- Masjid Kristal dan Batu bersurat
PART 3- Kota bharu bandaraya islam
PART 4- Mee udang kuala sepetang

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Sepaktakraw: Siri Jelajah Gelanggang <b>di Langkawi</b>

Posted: 01 Jun 2011 11:37 PM PDT

Bolarotan akan berada di Langkawi mulai esok 3 Jun 2011 sehingga 6 Jun 2011. Teringin sekali siri jelajah gelanggang dilakukan di Pulau Lagenda ini. 

Sekiranya ada dikalangan pembaca Bolarotan yang menetap di Langkawi atau mempunyai maklumat mengenai sepaktakraw di Langkawi, sila kongsikan dengan saya dengan menulis diruangan komen atau email ke bolarotan@gmail.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 01:43 AM PDT

botanist datang ke Padang serai.

Abg Mohsein Ahli Botani dari Sarawak datang juga belajar website dengan Abg Chob.

Pagi Rabu lepas aku terima tetamu dari Bintulu, Abang Ahmad Mohsen. Seperti juga tetamu2 lain sebelum ini aku menjemputnya dari stesen Petronas Padang Serai sebaik dia menelefon aku menyatakan sudah sampai dengan bas Cityliner no 52 dari Butterworth. Dari gaya percakapannya dalam telefon sebelum ini aku sangkakan dia orang muda belia. Rupanya seorang senior government servant yg telah menghampiri usia persaraan. Rupanya beliau merupakan Division Head di Sarawak Planted Forest Sdn Bhd sebuah syarikat milik penuh kerajaan sarawak. Syarikat ini bergiat dalam aktiviti penanaman semula hutan (reforestation). Abang Mohsen membahasakan dirinya "Hang Kebun". Aku tersenyum… cepat mesra betul dia.

Kami singgah di kedai nasi kandar 24 jam bersebelahan Petronas Pdg Serai sambil pekena roti kosong dengan teh panas. Selesai sarapan kami terus ke Dewan Kecil di rumah aku dan memulakan proses pendaftaran domain dan hosting sebagai persediaan sebelum ke langkah seterusnya dalam proses membina website. Abg Mohsen nyata begitu cermat meneliti setiap langkah yang aku tunjukkan. Dia seorang yang fast learner walaupun sudah menjangkau 58 tahun. Soalan2 yang diajukan padaku juga kadang-kadang diluar jangkaanku.

sup tulang padang serai

Sup tulang di padang serai memang mengancam....!!

Kami berhenti sebentar untuk makan tengahari di restoran berhampiran rumahku. Restoran Nasi Ayam Bistro memang tersohor din Padg Serai dengan keenakan sup tulang kaki. Atas saranan aku, Abg Mohsen pesan semangkuk sup tulang kaki untuk dimakan dengan nasi panas. Fuh! bukan main berselera lagi Abg Mohsen. Rupanya dia memang penggemar sup tulang. Memang kenalah nampaknya. Bukan sekadar pekena sup tulang saja. Beliau juga sempat merakamkan gambar2 daun ulam-ulaman yang terhidang di kedai tersebut.  Aku tengok dia sempat snap gambar peria pantai, cabang tiga, putat dan janggus. "Hang Kebunlah katakan…..:). Beliau sempat berkongsi beberapa maklumat botani tentang jenis-jenis daun dan keluarga tumbuhan. Memag knowledgeable giler Abg Mohsein ni.Kami selesai sesi hari pertama tepat jam 5:30 petang. Abang Mohsen nampaknya berpuas hati dan begitu khusyuk meneliti catatan yang dibuat terus masuk ke Blackberry beliau. Bayangkan beliau tak pakai sekeping kertas pun. Semuanya elektronik. Jangan main-main !! :) .

Kami meyambung kursus hari kedua dengan tajuk baru merangkumi cara memasang sistem Autoresponder ke dalam website yang dah disiapkan kelmarin. beliau dapat menerima pelajaran dengan baik walaupun beliau sebenarnya baru pertama kali mendengar istilah autoresponder. Tak hairanlah beliau masih berkemampuan meneruskan pelajaran ke peringkat Sarjana yang dijangka habis dalam tahun ini juga. Malahan beliau turut memasang azam menamatkan PhD dalam bidang botani pada usia 62 tahun…..Bravo Abg Mohsein!! Gua tabek lu!!! Aku sendiri pun sempat cuba buat Master HRD off-campus selama setahun saja kat UPM dulu, lepas tu kantoi… budget tak cukup.. :)

Kenangan paling aku tak dapat lupa dengan Abg Mohsen. Terngaing-ngiang ungkapan Abg Mohsen menyatakan kepada aku pada petang hari pertama beliau berada di Padang Serai. "I feel very much at home lah Abg Chob, Padang Serai sungguh mendamaikan…." Hari pertama belasah sup tulang dengan cabai melaka diketuk sampai berpeluh-peluh. Hari kedua belasah sup tulang lagi. Berpeluh-peluh lagi. Sebelah malamnya selepas selesai kelas hari kedua, kami ronda-ronda sambil pekena minuman sejuk longan dengan roti canai kat kedai mamak nasi kandar. Selesai minum kami singgah di kedai gunting rambut India untuk trim kepala masing-masing. Kebetulan kedai gunting itu bersebelahan restoran sup tulang tadi. Abg Mohsein gunting dulu lepas tu aku pula ambil giliran. Sebaik saja aku selesai bulldozzer kepala aku dengan mesin no 3, aku pun bayar harga kepada tukang gunting India tadi. Baru aku sedar rupanya Abg Mohsen sudah tak ada kat kerusi di belakang aku. Dia dah keluar awal2 lagi dan sedang menunggu aku di luar kedai gunting. Aku gelak terbahak-bahak bila aku lihat Abg Mohsen dengan senyum selambanya menunjukkan aku sebungkus sup tulang ditangannya siap dengan satu pack nasi panas lagi!!!!!! Rupanya sementara menunggu aku gunting rambut, dia sempat ke kedai sebelah memesan sup tulang kegemarannya.. Dua hari belajar,  tiga mangkok sup tulang berjaya dihabiskan Abg Mohsen.

lawaknya kawan aku ni

Kelakar betul raja sup tulang dari Bintulu ni

Hari Jumaat pagi Abg Mohsen ambil bas Cityliner kembali ke Butterworth.Terus beli tiket balek ke Kuala Lumpur menjemput isterinya yang menunggu di Putrajaya sebelum terbang balek ke Bintulu…. aku kembali sunyi bersama nostalgia manis bersama Pakar Botani dari Bintulu ini….

Share on Facebook Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.