Jumaat, 24 Jun 2011

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


SiasahKini: Anwar, Saifudin, Mahfuz & Izzat <b>Di pokok Sena</b>

Posted: 24 Jun 2011 07:51 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Anwar, Saifudin, Mahfuz & Izzat Di pokok Sena. PENGUMUMAN. Bagi yang berada di kawasan berdekatan sila lah datang beramai-ramai untuk mendapatkan penjelasan sebenar mangenai isu-isu semasa yang akan ketengahkan oleh ...

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jun 2011 11:16 PM PDT

bila class habis je pada pukul 4.30 ptg,aku terus mencalling my roomate ajak pegi changlun(kepada roomte asalku,ekin bahtiar nanti kita pergi plak ok). makcik tu bernama putery ily nur amalina. nama die betul2 ada puteri tau,bukan saja2 letak..hihihi. for the first time ktorg makan kat tempat ni sepanjang duduk di bumi sintok ni. jom kite terjah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ni shima punya first order.ada lg tau.hihih

ni la second order. yummmy!!!!

yeah!ni la yang BUKAN  shima order tp......

tengok! makcik puteri ni dapat order je terus makan. laparrrrr~

sesudah makan,apa lagi masing2 pergi la bayar di kaunter.hampir tersedak jgk la nak bayar..hahaha.ape salahnya sekali sekala nk merasa.pasni x rasa dah.(tu pun kalo x ngidam). owh utk sapa2 yang nak buat Program Jalan-Jalan Isi Perut, boleh datang ke 

location: CMART, CHANGLUN,KEDAH

selamat mencuba! :)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


utusanlfc.blogspot.com: Kisah benar Nang Nak <b>di Kulim</b>

Posted: 21 Jun 2011 02:54 AM PDT

Oleh Johardy Ibrahim
Published 19 June 2011 Mingguan Malaysia


PADA sekitar 1950-an, Ismail Omar atau dikenali sebagai Pak Meh atau Meh Pok merupakan anggota polis dalam PVR atau Sukarelawan Polis di daerah Kulim, Kedah. PVR walaupun 'sukarela' pada era sebelum dan be berapa tahun selepas Merdeka, ada yang menjawat jawatan itu secara tetap dan fungsi PVR wujud hingga ke hari ini. Pak Meh menjalankan tugas seperti polis biasa, lengkap dengan balai, kuasa menangkap dan sebagainya.
Tugasnya membawa beliau ke segenap penjuru daerah Kulim dan pada 1950-an, ia adalah pekan kecil dengan penduduknya tinggal di kawasan berjarak jauh antara satu dengan yang lain. Satu hari, Pak Meh menerima aduan daripada seorang lelaki bernama Mat (bukan nama sebenar) yang melaporkan kematian seorang lagi anaknya setelah kematian dua anaknya dua tahun berturut-turut sebelum ini.
Lazimnya, laporan kematian pada era pra-Kemerdekaan di kampung-kampung akan diterima, dicatat dan dikeluarkan sijil pengesahan kematian, melainkan wujud elemen kesangsian yang tinggi dalam sesuatu laporan. Dalam kes Mat ini, Pak Meh mendapati wujud elemen tersebut. Tiga anak Mat mati setiap tahun berturut-turut. Kes itu dirujuk Pak Meh kepada OCPD Polis British yang menyokong cadangannya agar kes itu diselidik lebih lanjut. Apakah kematian mereka berkaitan wabak penyakit, binatang buas atau jena yah?
Pak Meh terpaksa meredah hutan untuk sampai ke rumah Mat, yang menunggu kedatangannya. Sepan jang masa di situ, isteri Mat langsung tidak kelihatan walaupun Mat mengakui dia ada di dalam. Tidak mengapa, segan atau masih sugul agaknya. Pak Meh walaupun berpegang pada prinsip kepolisan dalam mengumpul fakta, terdetik rasa ke anehan pada kawasan sekitar rumah Mat. Pak Meh memberitahu Mat yang dia akan kembali esok untuk meneruskan siasatan.
Pak Meh tidak memberitahu Mat bahawa dia membawa Pak Din yang memiliki pengetahuan mengenai alam jin. Di rumah Mat, Pak Meh meminta Mat memanggil isterinya tetapi dia enggan menunjukkan diri. Pak Din memberi isyarat pada Pak Meh supaya beredar. Tanpa pengetahuan Mat, Pak Din telah meninggalkan sebiji telur rebus dan limau purut di perkarangan rumah Mat. Esoknya, mereka kembali dan mendapati telur itu telah 'dimakan'. Pak Din berkata memang ada 'sesuatu' di sini. Malah, Mat memberitahu Pak Meh anak ketiganya yang mati ada kesan luka di leher.
Ketika mereka bertiga berbual di bawah tangga (rumah orang Melayu tradisional), tidak semena-mena kelihatan tangan dari kawasan dapur keluar dan turun memungut sudu di atas tanah. Dan jarak antara aras lantai rumah dengan tanah adalah 1.524 meter. Kejadian itu dilihat oleh ketiga-tiga mereka. Dan bagaikan satu cahaya, Mat tersedar ba hawa orang yang disangka isterinya adalah satu jelmaan Iblis. Selama ini, Mat diperdaya mata oleh Iblis yang menjelma menjadi isterinya.
Siasatan rapi Pak Meh mendapati isteri Mat sebenarnya sudah mati tiga tahun lalu ketika melahirkan anak, dan sejak itu Iblis menjelma sebagai isteri Mat dan menjalani kehidupan seperti biasa tetapi jika tidak kerana kematian anak, kisah ini tidak akan diketahui.

Seram

'Bapa saya cerita kisah ini masa saya kecil lagi, jadi bila saya tonton filem seram Nang Nak, terus saya teringat cerita bapa. Ini kisah benar!," kata Yusoff semasa sesi teh tarik baru-baru ini. Mujur sesi tersebut berlangsung waktu sarapan. Jika tengah malam, Yusoff kena hantar saya balik sampai depan pagar rumah.
Nang Nak adalah filem hantu Siam yang diterbitkan pada 1999. Saya menontonnya hanya satu setengah kali pada tahun 2000. 'Setengah' kerana saya hentikannya separuh bila saya tersedar menonton Nang Nak seorang diri adalah keputusan tidak waras pada tengah malam. Lazimnya untuk menyiapkan artikel berkaitan filem atau selebriti, saya perlu menonton semula sesuatu filem sebagai kajian atau cergaskan kembali ingatan tetapi kerana Nang Nak, saya yakin saya masih ingat tahap seram maksimum yang dirasai. Tak berani pun ada juga.
Filem Nang Nak boleh disifatkan sebagai pencetus revolusi genre seram. Ia menggabungkan elemen romantik yang teguh yakni tebalnya kasih seorang isteri yang bila mati, menjelma semula untuk membaha giakan suaminya yang baru kembali dari medan perang. Moralnya: bagi yang bercinta, janganlah bersumpah setia sehidup semati. Nanti dua-dua mati, anak yang merana yatim pia tu. Atau lebih haru, yang mati men jelma kembali...
Elemen utama Nang Nak ialah adegan seram yang memaparkan puntianak bertenggek di bumbung kuil hinggakan sami-sami ketakutan. Adegan ini tidak mencetuskan keinginan untuk ketawa kepada penonton kerana sudut gambar dengan muzik latar bergema dengan bunyi kesan khas, membawa penonton bagaikan duduk bersama sami - ketakutan sambil mendongak ke bumbung melihat puntianak mahu menerkam.
Di akhir babak filem ini, pengarahnya Nonzee Nimibutr masih mampu menyelitkan unsur kesedi han walaupun beberapa minit sebelum itu, penonton menutup mata dengan tangan tiap kali hantu Nak muncul. Sami perlu memecahkan tempurung kepala Nak bagi memas tikan ia tidak dikuasai roh jahatnya. Setelah berjaya melemahkan hantu Nak dan sami bersedia untuk meng hapuskannya, tibalah babak sedih apabila Nak melahirkan rasa cinta nya pada suaminya Mak. Merayu-rayu. Merintih-rintih. Dan inilah resipi yang membawa kepada populariti filem Nang Nak dan legenda itu sendiri, hinggakan pada 2005, versi bahasa Inggeris Ghost of Mae Nak menyusul.
Seperti kisah Pak Meh di Kulim tersebut, filem Nang Nak adalah legenda rakyat yang popular di Thailand, disebut Mae Nak Phra Kha nong. Malah, terdapat satu kuil khusus untuk Nak di On Nut, Sukhumvit Soi 77 di daerah Suang Luang di Bangkok.
Terfikir juga, seandainya kisah di Kulim itu dijadikan filem oleh pengarah filem Malaysia, apakah ia men jadi sehebat Nang Nak Siam? Atau diolah men jadi satira seperti Hantu Kak Limah?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di gurun kedah - Google Blog Search

02 di gurun kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Jun 2011 03:09 PM PDT

awal pagi jumaat dah bergerak ke pasir mas.. kg halaman suami,singgah solat subuh di raub, pahang. Sepanjang perjalanan mcm biasa.. agak membosankan...ditambah dengan mata yang tak tidur semalaman.. ermmm tersengguk2 juga melayan mata..tiba di pasir mas setelah meredah perjalanan selama 7 jam...
cuaca di pasir mas agak panas.. berpeluh2 juga dibuatnya.. ditambah dengan letih meredah perjalanan jauh, aduhhh mata terasa nak pejam jer.... anak2 macam biasa.. bila dah sampai kg, semuanya aktif.. mcm2 ragam ada.. aku dan suami mengemas rumah, maklumlah rumah dah tinggal lebih sebulan.. habukpun dah seinci. ditambah dengan sawang2 penuh.. letih2 pun terpaksa la mengerah tenaga mencuci mana patut..

then tengahari sabtu lepas lunch di rumah kakak ipar di Tanah Merah, sambung lagi perjalanan jauh kami.. hari ni bertolak ke kampung ku pula di Gurun, Kedah. Melewati lebuhraya timur barat yang mencabar kesabaran apabila ada pemandu-pemandu yang memandu mengikut kehendak sendiri. Main asal suka jer potong memotong..

sebelum sampai kampung, singgah dulu kenduri kahwin kawan sepejabat di Kg. Teloi Tua, Sik.. hahah ni yang besh kenduri kat kg.. ada gulai batang pisang lagik.. sedap sangat.. sampai kat umah kenduri jam dah lul 6.30 ptg. tapi nasib baik kenduri kat kampung ni meriahnya sampai ke petang, ramai lagi tetamu yang ada.. tp pengantinnya Fyna dan suami tiada sbb dia org baru jer keluar ke Ladang Anggur di Beris untuk sesi outdoor fotografi..so kami dapat berborak ngan parents Fyna jer la sambil makan nasi kenduri yang sedap tu... thanks ya Fyna sebab jemput kami..


Selepas makan, sambung semula perjalanan yang dah tak baper jauh lagi.. sampai jer kat Pekan Gurun dah sesat.. hahaha dah byk lencongan jalannya sbb pembinaan double track KTM.. wahh makin maju kampung ku sekarang. Sampai rumah parentsku di Taman Gurun dah dekat2 pukul 8 mlm..

so pagi ni lepak la kat kampung... tadaaaaa

(gambar ni kredit pada encik Nazrul (http://nazrulazat.blogspot.com).. aku songlap dari blog dia.. pinjam gambaq sat no... :p) Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jun 2011 12:00 AM PDT

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jun 2011 01:25 PM PDT

Karnival Pendidikan Islam PKG <b>Kodiang</b> 2011 / 1432 H

Posted: 25 Mar 2011 10:32 PM PDT

Salam.


Acara tahunan PKG pada kali ini julung kalinya diadakan di SMSKP pada 24 Mac 2011 yang lalu. Sebagai tuan rumah dan berstatus SBP, ianya sedikit memberi tekanan kepada GPI SMSKP dan para pelajar (peserta) untuk merealisasikan impian sekolah, iaitu mengekalkan piala pusingan Johan PKG Kodiang di SMSKP.

Alhamdulillah apabila keputusan diumumkan, SMSKP berjaya mengekalkan prestasi pada tahun lepas dengan menjadi Johan dalam 4 acara (Tilawah (L), Syarahan (P), Hafazan (L), Nasyid : Naib Johan 1 acara (Syarahan (L) dan Ketiga 1 acara TTilawah (P) .


Tahniah buat semua warga SMSKP.

KEPUTUSAN PENUH :

TILAWAH (L)

  1. MOHD ARIFKAMIL OMAR - SMSKP
  2. MOHD AL-AMIN AH.ZAILANI - SMKMD
  3. MOHD HAMIRUN RODZI - SMKTB

TILAWAH (P)
  1. SITI NUR YUSRA ABDUL RAHMAN - SMKTB
  2. AMIRA HUSNI MOHD SYUKRI - SMKMD
  3. NURUL NAJLA' MUHAMMAD ASSRI - SMSKP

HAFAZAN (L)
  1. MUHAMMAD AMINUDDIN CHE OMAR -SMSKP
  2. MOHD KHAIRUL IFWAT JAMRI - SMKMD
  3. MOHD FIRDAUS MOHAMAD - SMKBBBKH

HAFAZAN (P)
  1. NUR FARAHIM ABD RAHIM - SMKTB
  2. NABILA BASER - SMKBBS
  3. NOR DALILA ISMAIL - SMKMD

SYARAHAN (L)
  1. MUHAMMAD HAKIMIN SHAFIE - SMKBBS
  2. MUHAMMAD SYAHRUL ASYRAF MD ROPI - SMSKP
  3. BAZLISHAH IZZAT BAHARI - SMKMD

SYARAHAN (P)
  1. NUR AFZAN IZZANI AZHAR - SMSKP
  2. NUR AFINI MOHD LATFEE - SMKBBS
  3. NOR ATIKA REJAB - SMKBBBKH

NASYID
  1. SUBULUSSALAM - SMSKP
  2. AL-KAUTHAR - SMKBBS
  3. AL-FIRDAUSI - SMKTB

Selamat berjuang diperingkat daerah 2 April ini di SMK Ayer Hitam. Semoga Berjaya.

sumber : http://paisainskp.blogspot.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


~ SEKRETARIAT UMMAH BERSELAWAT ~: MAJLIS UMMAH BERSELAWAT <b>DI SIK</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jun 2011 08:30 AM PDT

1. Dari Abdul Muthalib ibnu Rab'ah ibnul Khariif, katanya Rasulullah SAW telah bersabda : " Sesungguhnya sedeqah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad ." (HR Muslim)

2. At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadeeth yang bermaksud; "Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri ."

3. Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :"Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat

4. Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : "Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku"

5. Ad- Dailami meriwayatkan sebuah Hadeeth dari `Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: "Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku."

6. Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib : "Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku'.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


NOTHING TOXIC - Extreme Videos: Pencuri Besi <b>Di Jitra</b> ( Stupid <b>...</b>

Posted: 30 May 2011 07:59 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Pencuri Besi Di Jitra ( Stupid Robbery ) Scrap. 马来西亚警察万岁!万岁!万万岁! Posted by *_* Velnny *_ * at Tuesday, May 31, 2011 · Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz ...

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


DPP <b>PADANG TERAP</b>: HIMPUNAN 2000 PEMUDA <b>PADANG TERAP</b> 2 JULAI 2011 <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2011 06:56 AM PDT

KETUA
YB Ustaz Mohd Nasir Bin Zakaria

TIMBALAN KETUA
Mohd Khosim Bin Osman

NAIB KETUA
Kyairollah Bin Zakaria

SETIAUSAHA
Amin Bin Hamid

TIMBALAN SETIAUSAHA
Mohd Zulfikar Bin Ahmad

BENDAHARI
Hj Abu Soffian Bin Ghazali

KETUA PENERANGAN
Saiful Nizar Yusof

JABATAN PASTI
Mohd Shukor Bin Minai

JABATAN UNIT AMAL
Ibrahim Bin Mohamad

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


CUTI-CUTI MALAYSIA....KLANG-KUANTAN-<b>KUALA</b> TERENGGANU-KOTA BHARU <b>...</b>

Posted: 08 Jun 2011 10:25 PM PDT

Saje..saje untuk tatapan pembaca blog SyamSGold...pengalaman saya menghabiskan cuti sekolah anak-anak bersama selama 2 minggu...dan saya pun bercuti juga selama 2 minggu...mmmphh...lamanya cuti...walaupun bercuti ,urusan biz tetap berjalan secara online...ha..ha....mudah kan..

Start 27hb jam 6.00 ptg ..kembara bermula dari klang ke kuantan selama 4 jam menyusuri Lebuh raya pantai timur sejauh 285km, bermalam semalam di kuantan dan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu sejauh lebih kurang 200 km , bermalam selama 2 malam di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu . dari Kuala Trengganu meneruskan perjalanan ke Kota Bharu sejauh 170 km yang mengambil masa selama 3 jam. Di KB kami bermalam di Habib Hotel , Kota Bharu selama 2 malam. Seterusnya meneruskan perjalanan ke kuala ketil resort melalui lebuh raya timur barat gerik,perak.

Berehat di Kuala Ketil Resort selama 2 malam dan meneruskan perjalanan ke Bukit Mertajam iaitu rumah keluarga mertua. Bermalam selama 3 malam di BM dan meneruskan perjalanan ke Taiping, rumah ayah bonda di kampung Jambu,Taiping. Dari Taiping insyaallah akan menamatkan perjalanan saya di Klang pada hari Jumaat ini. Pada ketika ini masih berada di Taiping....beristirehat bersama keluarga tercinta. Buat masa ini (taiping) jumlah perjalanan saya ialah 1700 km. Taiping ke Klang jarak perjalanan sejauh 300 km lagi.

PART 2- Masjid Kristal dan Batu bersurat
PART 3- Kota bharu bandaraya islam
PART 4- Mee udang kuala sepetang

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Keindahan <b>di</b> Sebalik Jendela <b>Langkawi</b> Lagoon Resort | Mata Hati Mekar

Posted: 29 May 2011 09:21 AM PDT

Peta Pulau Langkawi

Assalammualaikum dan Salam sejahtera semua.

Boleh dikatakan dalam sebulan, pasti sekali mekar akan ke pulau Langkawi kerana mengikut mr suami atas urusan kerjanya. Memandangkan kami belum lagi mempunyai zuriat, jadi mudah sangat la untuk mekar mengikut ke mana saje tempat yang mr suami mahu bawa. Awal-awal dulu memang rasa seronok bila suami ajak pi Langkawi. Tapi sekarang ni bila diajak, dah rasa biasa-biasa aje…huhu. Tambah lagi bila cuaca di Langkawi pernah mencecah 35 darjah celsius  membuatkan kulitku terbakar. Sangat panas (sehingga ada kawasan padang di Langkawi boleh terbakar dengan sendirinya !) Err.. Pernah sekali kami diserang demam panas gara-gara cuaca yang tidak menentu. Tak sanggup rasanya nak keluar rumah pada ketika itu.

Baiklah, kali ni mekar bukan nak cerita sangat tentang apa yang ada kat langkawi ni. Sebab pada firasat mekar mesti anda semua pernah bercuti di pusat peranginan antara yang tercantik di Malaysia ini kan? Dan tahu kat mana tempat-tempat yang menarik untuk dilawati? Tapi kalau tak tahu juga, boleh la mekar selit-selitkan ceritanya di artikel akan datang. Tapi untuk kali ni jom kita tengok cerita menarik di bawah :-

Langkawi Lagoon, resort unik di atas air

Welcome to Langkawi Lagoon Resort !

Asal dapat berjalan-jalan, mekar suka mengambil gambar. Suatu hari ketika sedang berjogging di sekitar perkampungan Kuala Melaka Langkawi, maka terlihatlah mekar pada keunikan sebuah resort ini.  Mekar pun dapat idea untuk kongsikan sesuatu dalam blog. Jadi, operasi seterusnya mekar mengajak sahabat  mekar  untuk menjalankan aktiviti meronda sambil mengambil gambar. Sahabat mekar ni orang Langkawi yang bekerja di bidang pelancongan . Jadi dia tahu benar selok-belok lokasi menarik di sini. Apakata kita layan gambar-gambar dan pemandangan indah di sekitar lokasi terpilih ini iaitu di Langkawi Lagoon Resort.

uniknya villa ini yang terapung di atas air !

Langkawi Lagoon terletak di Padang Mat Sirat iaitu kira-kira 3 KM atau 5 minit perjalanan dari Lapangan Terbang AntaraBangsa Langkawi. Lokasi resort ini sukar dilihat dari pemandangan biasa sepanjang jalan raya kerana kedudukannya terselindung serta agak privasi. Ia juga terletak bersebelahan Jambatan Kuala Muda menghala ke perkampungan nelayan Sungai Triang.

Resort ini dibangun serta diusahakan oleh pemaju hartanah Bumiputera yang berjaya iaitu MK Land Berhad.

Sesiapa saja yang melangkah masuk ke Langkawi Lagoon ini pasti akan terpegun dan terpesona dengan pemandangan indah yang terdapat di dalamnya. Suasana itu sungguh  mendamaikan dan menenangkan jiwa kerana ia jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota.

Lagaknya seperti seorang pelancong, mekar dan sahabat sibuk merakam gambar persekitaran Langkawi Lagoon. Sehingga tidak tersedar  rupanya kami masih berpijak di bumi Malaysia saat itu. Ohh..aku terpesona 8)
Setiap unit villa mempunyai balkoni sendiri dengan kelengkapan dapur dan kemudahan kamar tidur.
salah satu unit banglo di Langkawi Lagoon

Lihatlah rekabentuk resort bertaraf 5 bintang ini. Sungguh istimewa dan menarik perhatian sesiapa yang memandang  kerana rekabentuknya melambangkan Rumah Melayu Tradisional. Keunikkannnya lebih terserlah kerana ia didirikan di atas air yang tenang dan dilindungi daripada laut terbuka oleh penahan ombak ("wave breaker").

Disamping mempunyai resort di atas air, Langkawi Lagoon juga mempunyai 84 unit bilik hotel di kawasan darat tetapi masih menghadap laut.
Ini adalah "massage wakaf" tempat untuk pengunjung berehat-rehat
mengikut petunjuk, resort ini turut menawarkan pelbagai pilihan makanan antarabangsa di Anjung Brasserie, Rajawali Seafood Restaurant dan Mentari Lounge. terdapat juga pusat gymnasium dan pusat Spa
kolam renang untuk kegunaan dewasa dan kanak-kanak
Laguna Bistro – tempat berhibur dan mendengar muzik diwaktu malam

Wave Breaker sebagai penahan ombak !

Wave breaker merupakan tiang  atau binaan yang didirikan dari Pantai Cenang ke Kuala Melaka. Berfungsi sebagai penahan ombak dan air laut. Ia terbukti dapat menghindar ombak dan air laut yang kuat semasa kejadian tsunami pada 26 Dis 2004 dan menyelamatkan kawasan Langkawi Lagoon, Airport dan sekitarnya daripada terjejas teruk.

Peta lokasi Airport dan Langkawi Lagoon Resort yang dilindungi oleh "wave breaker".

Fungsi lain pembinaan wave breaker

a) membantu mengelak hakisan pantai

b) menghalang dan memecahkan ombak- utk menwujudkan kawasan perairan yg tenang

c) melindungi atau mengurangkan kesan kemusnahan pantai

d) mengelak ombak & kejadian air pasang surut

wave breaker sebagai trek melakukan aktiviti riadah

Bersebelahan jalan belakang Langkawi Lagoon terdapat satu trek jogging untuk kegunaan sesiapa saja (tidak hanya penyewa resort) yang berminat untuk melakukan aktiviti riadah. Trek jogging ini merupakan sebahagian dari binaan wave breaker. Walaupun kawasannya agak sunyi tetapi.. oh..alangkah indahnya dapat berjogging di sini kerana sambil berlari-lari mekar dapat menikmati angin laut yang sepoi-sepoi bahasa, pemandangan yang luas terbentang  dan dapat melihat bot-bot nelayan yang bergerak pulang dari menangkap ikan.

binaan wave breaker yang dijadikan trek untuk berjogging
Setiap kali turun ke Langkawi, pasti mekar berjogging di sini sambil menyedut udara segar disamping mengambil gambar.
wave breaker di tengah laut. tak pernah jogging sampai sini lagi ! mekar rasa gayat sebab berdiri kat hujung binaan semata2 nak ambil gambar ni
wave breaker – pandangan dari udara

Amacam sahabat semua? Puas hati tak layan gambar-gambar ini.  Semoga panduan di atas boleh memberi idea kepada sesiapa yang buntu mencari resort/hotel mana harus di tuju sekiranya turun bercuti ke Langkawi. Walaupun harganya sedikit mahal tetapi berbaloi  dengan kemudahan, layanan dan ketenangan yang bakal diperolehi. Tak perlu kita menghabiskan duit ke luar negara demi untuk mencari ketenangan. Kerana segalanya terdapat di SINI. Selamat Menyambut Cuti Sekolah 8)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di yan kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jun 2011 12:00 AM PDT

Perang Aceh

Tidak banyak yang mengetahui peran sosok ulama besar Aceh yang satu ini. Namanya Teungku Chiek Oemar Di Yan. Beliau memang tidak tinggal di Aceh. Lebih dari separuh masa hidupnya dihabiskan di Yan Kedah, Malaysia, sampai beliau meninggal di sana. Yan adalah sebuah nama kampung di Kedah Malaysia yang menjadi tempat menetapnya Teungku Chik Oemar. Dia hijrah dari Aceh pada masa perang Aceh dengan Belanda. Karena Teungku Chik Oemar menetap dan menjadi penduduk di kampong Yan di Kedah Malaysia, maka beliau lebih dikenal dengan nama Tgk Chik Oemar Di Yan.

Menurut pemerhati budaya dan sejarah Aceh Harun Keuchik Leumiek yang pernah beberapa kali berkunjung ke Yan Kedah Malaysia, kampung Yan ini berada di Kedah Pulau Penang Malaysia. Malah di Yan Kedah ini, kata Harun, ada sebuah kampung yang khusus diberi nama kampung Aceh, karena penduduk kampung itu semuanya orang Aceh. Untuk menuju ke kampung Aceh yang terdapat di Yan Kedah ini, bila ditempuh dari Pulau Penang dengan menggunakan mobil hanya memakan waktu sekitar 90 menit.

Untuk mengetahui kapan Tgk Chik Oemar Di Yan meninggalkan Aceh dan hijrah ke Yan Kedah Malaysia, sejauh ini belum ditemukan catatan yang jelas. Namun, menurut salah seorang pengurus Ikatan Masyarakat Aceh Malaysia (IMAM) Muhammad Noor Ibrahim, yang diwawancarai Harun Keuchik Leumiek (2009) mengatakan, awal kedatangan orang Aceh ke Yan Kedah Pulau Penang Malaysia sudah dimulai sejak tahun 1895, yaitu pada saat Aceh sedang gencar-gencarnya berperang dengan Belanda.

Orang Aceh yang datang ke Yah Kedah Malaysia dulu, ada yang sebagai ulama atau sebagai pedagang yang dicari-cari oleh Belanda di Aceh. Mereka berhijrah ke Pulau Penang dan menetap di Yan Kedah. "Kami sekarang adalah generasi ketiga dari keturunan Aceh yang ada di Yan Kedah Malaysia ini," jelas Muhammad Noor Ibrahim pada Harun Keuchik Leumiek ketika mengunjungi kampung Aceh di Yan Kedah Malaysia pada tahun 2009 yang lalu.

Dari keterangan Muhammad Noor ini memberikan sedikit gambaran bahwa Teungku Chik Oemar Di Yan hijrah ke Yan Kedah Malaysia diperkirakan sekitar akhir abad ke-18 M. Maka dapat diduga Teungku Chik Oemar Di Yan hijrah ke Yan Keudah Malaysia sekitar tahun 1890-an. Hal ini berkaitan dengan situasi Aceh yang ketika itu sedang dalam kondisi memuncaknya perang Aceh dengan Belanda. Para ulama Aceh yang sangat terpengaruh ketika itu terus diuber-uber oleh Belanda untuk diajak bekerja sama dalam upaya penyerahan kedaulatan Aceh kepada Belanda.

Teungku Chik Oemar Di Yan termasuk ulama yang sangat keras dalam menentang Belanda. Beliau terus dicari-cari oleh Belanda untuk menyerah. Namun, Oemar Di Yan tetap pada prisipnya. Menurut Harun Keuchik Leumiek, makam Teungku Chik Oemar Di Yan sekarang berada di dekat sebuah Meunasah Sentui Kampung Aceh di Yan Kedah Malaysia.

Asal Oemar Di Yan

Teungku Chik Oemar Di Yan adalah seorang ulama besar Aceh yang berasal dari Lam U Aceh Besar. Mengenai silsilahnya sementara ini belum didapati secara lengkap. Demikian pula tanggal dan tahun kelahirannya, juga belum diketahui secara pasti. Karena di samping beliau tidak meninggalkan catatan tertulis yang menerangkan tentang dirinya, sejauh ini juga belum ditemukannya sumber-sumber tertulis lainya yang menerangkan tentang riwayat kehidupannya.

Akan tetapi, dalam Selayang Pandang Profil Dayah Teungku Chik Oemar Di Yan yang diterbitkan oleh Yayasan Pendidikan Islam Oemar Di Yan, Indrapuri, Aceh Besar, sedikit memberi gambaran, bahwa nama Teungku Chik Oemar Di Yan ini adalah Tgk Chik Oemar bin Au'f yang terkenal dengan gelar Tgk Chiek Di Lam U, karena beliau adalah pendiri Dayah Lam U, Montasik, Aceh Besar.

Pada akhir-akhir abad ke-18, dayah Lam U yang didirikan Tgk Chik Oemar ini termasuk sebuah dayah yang sangat berpengaruh di Aceh Besar, dan sangat diperhitungkan oleh pemerintah Hindia Belanda. Dayah Lam U yang dipimpin Tgk Oemar ini dianggap Belanda sebagai salah satu basis gerakan kaum ulama dalam menentang pemerintahan Belanda di wilayah Aceh Besar. Sehingga dayah Lam U ini terus diawasi. Sampai akhirnya kegiatan dayah tersebut terpaksa dihentikan pada waktu pecahnya perang antara Aceh dengan Belanda. Hal ini pula yang menyebabkan Tgk Chik Oemar bin Auf (Tgk Chik di Lam U) terpaksa meninggalkan Aceh dan berhijrah ke Yan Kedah Malaysia. Kondisi keamanan di Aceh saat itu sangat riskan bagi keselamatannya sebagai seorang ulama yang sangat berpengaruh dalam menggerakkan perlawanan terhadap Belanda.

Tgk Chik Oemar bin Auf hijrah ke Yan Kedah saat itu diikuti oleh dua sahabatnya, yaitu Tgk Muhammad Arsyad dan Tgk Muhammad Saleh yang lebih dikenal Tgk Chik Di Lambhuek. Setibanya di Yan Kedah, Pulau Penang Malaysia, Tgk Chik Oemar bersama dua rekannya Tgk Muhammad Arsyad dan Tgk Muhammad Saleh terus memantau dan membantu perjuangan rakyat Aceh melawan penjajahan Belanda.

Konon, Tgk Chik Oemar setelah berada di Yan Kedah turut mengirimkan senjata dari Pulau Penang ke Aceh untuk membantu perjuangan rakyat Aceh berperang dengan Belanda. Kehadiran Tgk Oemar bin Auf di Yan Kedah ini mendapat sambutan yang luar biasa dari masyarakat Melayu di sana. Di samping berhasil menyatukan orang Aceh dengan masyarakat Melayu, Tgk Chik Oemar Di Yan juga berhasil mendirikan sebuah dayah (pesantren) di Yan Kedah sebagai pusat pendidikan Islam bagi masyarakat di Yan Keudah Malaysia.

Tgk Chik Oemar Di Yan ini memiliki empat orang anak. Keempatnya laki-laki dan semua mengikuti jejak perjuangan ayahnya, yaitu menjadi ulama besar dan tokoh masyarakat baik di Aceh maupun di Kedah Malaysia. Keempat putra tersebut adalah Tgk Ahmad Hasballah (putra pertama) yang lebih dikenal dengan julukan Abu Hasballah Indrapuri. Menurut riwayat, Tgk Ahmad Hasballah Indrapuri semasa kecil belajar pada orang tuanya sendiri Teungku Chiek Oemar Di Yan. Kemudian meneruskan pendidikannya ke Mekkah hingga puluhan tahun, sampai Tgk Ahmad Hasballah menjadi terkenal sebagai ahli ilmu tafsir Alquran dan ahli qiraat bacaan Alquran.

Setelah lebih kurang 25 tahun di Mekkah, Teungku Ahmad Hasballah Indrapuri kemudian kembali ke Aceh dan mendirikan dayah yang berpusat di masjid tua Indrapuri (Masjid peninggalan Hindu yang pada abad ke-16 direnovasi oleh Sultan Iskandar Muda). Sekarang masjid tersebut secara arkeologis dianggap sebagai masjid tertua di Asia Tenggara. Tgk Ahmad Hasballah Indrapuri juga dikenal konsekuen dalam memurnikan ajaran Islam dari pengaruh bid'ah dan khurafat yang menjurus umat pada kemusyrikan. Dialah ulama yang giat memperjuangkan tegaknya kembali ajaran Islam murni berdasarkan Alquran dan sunnah sebagai sumber dasar kehidupan umat Islam. Namun tak jelas, mengapa Teungku Ahmad Hasballah Indrapuri setelah mendirikan dayah di Indrapuri kemudian pindah lagi ke Yan Kedah Malaysia sampai beliau meninggal di sana.

Putra kedua Tgk Chik Oemar Di Yan adalah Teungku Abdullah Amad Di Lam U atau lebih dikenal Abu Lam U. Beliaulah yang merintis kembali Dayah Lam U setelah sekian lama terhenti ditinggalkan oleh ayahnya Oemar Di Yan akibat perang Aceh. Tgk Abdullah menghidupkan kembali dayah tersebut yang kemudian memiliki pengaruh hingga ke seluruh Aceh. Putra ketiga adalah Tgk Abdul Hamid yang dikenal dengan Tgk Chik Aneuk Batee, Niron, Aceh Besar. Setelah 12 tahun belajar di Mekkah, Abdul Hamid kembali ke Aceh dan mendirikan sebuah dayah di Niron Aceh Besar. Dayah ini sudah lama terhenti, karena tidak ada yang melanjutkan. Putra keempat dari Tgk Chik Oemar Di Yan adalah Tgk Muhammad Dahlan. Beliau mengikuti orang tuanya menetap di Yan Kedah Malaysia. Sampai sekarang kompleks makam Tgk Chik Oemar Di Yan dan keluarganya masih dapat dilihat di kampung Aceh Sentui Yan Kedah Malaysia.

Kontribusi untuk Aceh

Di antara orang Aceh yang paling awal berhijrah ke Yan Kedah Malaysia adalah Tgk Chik Oemar bin Auf, Tgk Muhammad Saleh dan beberapa ulama lain dari Aceh Besar, termasuk Tgk Ahmad Hasballah Indrapuri, Tgk Madham, Tgk Abdul Hamid Aneuk Batee, Tgk Abdudullah (Abu Lam U) dan Tgk Hasan Krueng Kale. Namun, tiga dari ulama itu setelah lama menetap di Yan Kedah, seperti Tgk Abdullah Lam U, Tgk Hasan Kreung Kale dan Tgk Muhammad Saleh mereka kembali lagi ke Aceh. Sedangkan Tgk Chik Oemar Di Yan dan keluarganya tetap tinggal di Yan Kedah Malaysia.

Menurut hasil wawancara Harun Keuchik Leumiek dengan seorang tokoh masyarakat Aceh di Yan Kedah, Tgk Abdul Malik (2009), sebelum tiga ulama itu kembali ke Aceh, yaitu Hasan Krueng Kale, Tgk Abdullah Lam U dan Tgk Muhammad Saleh, mereka sempat dibawa oleh Tgk Chik Oemar Di Yan untuk belajar ke Arab selama 6 tahun. Selama di Mekkah para ulama dari Aceh itu tinggal di Baitul Asyi (rumah wakaf Aceh) yang ada di Mekkah.

Masih menurut Tgk Abdul Malik, orang Aceh yang tinggal di Yan Kedah Malaysia dulu sangat membantu perjuangan rakyat Aceh dalam melawan Kolonial Belanda. "Setiap kaum ibu asal Aceh di Yan Kedah dulu mereka mengumpulkan dana dengan cara menyisihkan segenggam beras saat memasak. Seminggu sekali beras itu dikumpulkan untuk dijual dan dananya dipergunakan untuk membeli senjata bagi keperluan perjuangan rakyat Aceh melawan Belanda," kata Abdul Malik seperti dikutip Harun Keuchik Leumiek. Bahkan menurut Abdul Malik, saat itu orang Aceh yang ada di Yan Kedah pernah membentuk sebuah Syarikat (semacam koperasi) dengan membuka sebuah kedai usaha di Yan Kedah. Keuntungan dari kopersi ini digunakan untuk membeli senjata dan dikirim ke Aceh untuk dipergunakan melawan penjajahan Belanda.

Akan tetapi, pada saat itu seorang ulama dari Lamno Aceh Barat, Tgk Abdul Jalil datang ke Yan Kedah untuk menuntut ilmu pada Tgk Chik Oemar Di Yan. Ketika ini ulama dari Lamno ini menyarankan agar uang yang dikumpulkan orang Aceh di Yan Kedah kala itu hendaknya jangan seluruhya dibeli senjata, tapi separuhnya digunakan untuk membangun sarana pendidikan orang Aceh di Yan Kedah. Saran Tgk Abdul Jalil ini diterima Oemar Di Yan, maka dibangunlah sebuah sekolah orang Aceh di kampung Aceh Yan Kedah Malaysia. Sekolah itu diberi nama Atarbuyah Adiniyah Anlamiyah. Sekarang sekolah tersebut telah berkembang pesat di Yan Kedah Malaysia, yang tak hanya menjadi sekolah anak-anak Aceh, tapi telah menjadi sekolah anak-anak masyarakat Yan secara umum.

Sekarang masyarakat Aceh di Yan Kedah Malaysia hanya tinggal sekitar 20 persen. Sisanya menetap di luar daerah Yan, seperti Pulau Penang, Alur Star, Sungai Patani, Kuala Lumpur, dan ada juga yang telah merantau ke beberapa negara bagian Malaysia. Banyak di antara keturunan Aceh dari garis Tgk Chik Oemar Di Yan yang berasal dari Yan Kedah sekarang telah berhasil menjadi orang penting di Malaysia.


* Nab Bahamy As Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


KedahLanie.info: <b>PENDANG</b> –K&#39;jaan Negeri menggalakkan <b>di</b> Usahakan <b>...</b>

Posted: 15 Jun 2011 04:49 PM PDT

PENDANG – Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian dengan kerjasama Kedah Agro mengambil pendekatan melancarkan kempen 1 Rumah 10 Pokok Buah-buahan peringkat daerah Pendang selaras dengan tujuan Kerajaan Negeri untuk mempelbagaikan pengeluaran makanan dan meningkatkan pendapatan petani di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap pertanian, industri Asas Tani dan Perladangan Komuniti, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, penduduk perlu mengambil pendekatan program yang dilancarkan itu untuk mengusahakan tanah terbiar di kawasan halaman rumah masing-masing.

Menurutnya, program itu lebih tertumpu kepada tanaman pokok buah-buahan di kawasan perumahan masing-masing yang mempunyai tanah terbiar memandangkan banyak pokok yang ditanam di kawasan halaman masing-masing tidak memberi pulangan kepada mereka.

"Semua benih pokok buah-buahan akan dibekalkan oleh Jabatan Pertanian melalui Pengerusi Majlis Ketua-ketua Kampung (MKK) di semua kawasan yang akan mengenal pasti peserta yang akan mengikuti program yang dilancar ini.

"Pada peringkat pertama MKK akan membuat bancian di kampung masing-masing dan setelah mengenal pasti peserta yang berminat mengikuti program ini dan akan diteruskan dengan kerja-kerja gotong-royong di tanah kawasan kediaman masing-masing serta diteruskan dengan tanaman pokok buah-buahan yang diperlukan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen itu di Padang Pusing, semalam.

Sementara itu, beliau berkata, program ini bergantung kepada jumlah penduduk di setiap kampung yang ingin menyertai program ini kerana beliau berharap semua penduduk mengambil peluang yang baik ini.

"Kerajaan Negeri mencadangkan satu rumah dengan 10 pokok namun terpulang kepada peserta jika memerlukan kurang dari jumlah yang diberikan kerana bergantung kepada keluasan tanah di halaman masing-masing.

"Pokok itu boleh juga ditanam di keliling kawasan surau, masjid, dewan orang ramai dan sebagainya," katanya.

Amiruddin berkata, sebagai pelengkap kepada kempen ini Kedah Agro akan memainkan peranan penting mengatur strategi pemasaran bagi membolehkan hasil-hasil yang akan dikeluarkan nanti dapat dibeli sepenuhnya sama ada untuk pasaran tempatan, dieksport ataupun untuk diproses bagi menambah nilai produk.

"Mereka juga diberi kebebasan untuk menjual hasil tanaman mereka kepada pihak mana yang dirasai menawarkan harga tinggi namun dalam program ini juga tidak memaksa peserta menjual hasil tanaman mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.