Jumaat, 8 Julai 2011

02 di gurun kedah - Google Blog Search

02 di gurun kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jun 2011 03:24 PM PDT

awal pagi jumaat dah bergerak ke pasir mas.. kg halaman suami,singgah solat subuh di raub, pahang. Sepanjang perjalanan mcm biasa.. agak membosankan...ditambah dengan mata yang tak tidur semalaman.. ermmm tersengguk2 juga melayan mata..tiba di pasir mas setelah meredah perjalanan selama 7 jam...
cuaca di pasir mas agak panas.. berpeluh2 juga dibuatnya.. ditambah dengan letih meredah perjalanan jauh, aduhhh mata terasa nak pejam jer.... anak2 macam biasa.. bila dah sampai kg, semuanya aktif.. mcm2 ragam ada.. aku dan suami mengemas rumah, maklumlah rumah dah tinggal lebih sebulan.. habukpun dah seinci. ditambah dengan sawang2 penuh.. letih2 pun terpaksa la mengerah tenaga mencuci mana patut..

then tengahari sabtu lepas lunch di rumah kakak ipar di Tanah Merah, sambung lagi perjalanan jauh kami.. hari ni bertolak ke kampung ku pula di Gurun, Kedah. Melewati lebuhraya timur barat yang mencabar kesabaran apabila ada pemandu-pemandu yang memandu mengikut kehendak sendiri. Main asal suka jer potong memotong..

sebelum sampai kampung, singgah dulu kenduri kahwin kawan sepejabat di Kg. Teloi Tua, Sik.. hahah ni yang besh kenduri kat kg.. ada gulai batang pisang lagik.. sedap sangat.. sampai kat umah kenduri jam dah lul 6.30 ptg. tapi nasib baik kenduri kat kampung ni meriahnya sampai ke petang, ramai lagi tetamu yang ada.. tp pengantinnya Fyna dan suami tiada sbb dia org baru jer keluar ke Ladang Anggur di Beris untuk sesi outdoor fotografi..so kami dapat berborak ngan parents Fyna jer la sambil makan nasi kenduri yang sedap tu... thanks ya Fyna sebab jemput kami..


Selepas makan, sambung semula perjalanan yang dah tak baper jauh lagi.. sampai jer kat Pekan Gurun dah sesat.. hahaha dah byk lencongan jalannya sbb pembinaan double track KTM.. wahh makin maju kampung ku sekarang. Sampai rumah parentsku di Taman Gurun dah dekat2 pukul 8 mlm..

so pagi ni lepak la kat kampung... tadaaaaa

(gambar ni kredit pada encik Nazrul (http://nazrulazat.blogspot.com).. aku songlap dari blog dia.. pinjam gambaq sat no... :p) Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


Malaysians Must Know the TRUTH: MyKAD

Posted: 07 Jul 2011 09:54 PM PDT

http://xa.yimg.com/kq/groups/1981576/sn/763448852/name/MyKadJPN1.jpg

By Roslan

My late father-in-law died in April 1983 and an extract of his death certificate dated May 11, 2010, there is a spanking new 12-digit IC number noted next to the old seven-digit number given in 1960.

Can anyone please give an explanation?

Since 1990, every citizen of Malaysia is given a set of unique 12-digit format IC number. Further references in http://ms.wikipedia.org/wi​ki/MyKad while on the website http://en.wikipedia.org/wi​ki/National_identification​_number # Malaysia revealed a set of 12-digit IC was introduced in 1991.

Why was a 7 year deceased citizen assigned with a 12-digit NEW IC number?? If that is the government's effort to be fair to all, how about the citizen with IC number 0000001 Tunku Abdul Rahman Putra the Father of Malaysia which was assigned in 1960? Why would a car peacefully rest in a junk yard for the past 15 years have its road tax renewed by the JPJ?

The Deceased had lived and breathed his last in the Kubang Pasu Parliamentary represented by Tun Dr Mahathir from 1974-2004.

----------------------------------------------------------------------------------

Sejak tahun 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor Kad Pengenalan format 12-digit yang unik. Rujukan lanjut di
http://ms.wikipedia.org/wi​ki/MyKad
manakala di laman web
http://en.wikipedia.org/wi​ki/National_identification​_number # Malaysia mendedahkan satu set kad pengenalan 12 angka diperkenalkan pada tahun 1991.

Arwah bapa mertua saya meninggal dunia pada April 1983 tetapi pada cabutan Daftar Kematian yang bertarikh 11 Mei 2010, terdapat kad pengenalan 12-digit ada dicatitkan di samping nombor lama 7-digit yang diberikan pada tahun 1960.

Boleh sesiapa tolong berikan penjelasan?

Mengapa seorang warganegara yang telah meninggal dunia 7 tahun yang lalu diberikan nombor IC BARU dengan 12-digit?? Jika usaha kerajaan untuk berlaku adil kepada semua, bagaimana pula dengan warganegara dengan nombor kad pengenalan 0000001 Tunku Abdul Rahman Putra Bapa Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1960? Mengapa kereta yang tersadai di pusat buangan sejak 15 tahun yang lalu telah diperbaharui cukai jalan oleh JPJ?

Petua: Arwah bermastautin dan menghembuskan nafas terakhir di Parlimen Kubang Pasu yang diwakili oleh Tun Dr Mahathir dari 1974-2004.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


MBAS Bina Parkir Bertingkat <b>Di</b> Jeti <b>Kuala Kedah</b> | MyNewsHub (BM)

Posted: 28 Jun 2011 01:54 AM PDT

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan membina tempat letak kenderaan bertingkat berhadapan Jeti Kuala Kedah bagi mengatasi masalah kekurangan ruang parkir di kawasan berkenaan.

Datuk Bandar Datuk Khazali Din berkata pembinaan parkir bertingkat itu telah lama dirancang tetapi belum mendapat peruntukan untuk memulakan pembinaan.

"Bagaimanapun, kita akan tetap mulakan pembinaannya dalam masa terdekat menggunakan peruntukan sendiri dan akan cuba disiapkan sebelum hujung tahun ini bagi memudahkan pelancong ke Langkawi meletak kenderaan dengan selamat tanpa menggunakan perkhidmatan parkir swasta di kawasan itu.

"Kita akan bina di tapak tempat letak kereta MBAS di hadapan jeti. Buat masa sekarang, hanya 120 kereta yang muat untuk diletakkan di situ dalam satu masa dan jika parkir bertingkat itu siap ia boleh memuatkan 500 kereta dalam satu masa," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bulanan di pejabat MBAS di sini pada Selasa.

Beliau berkata kos pembinaan parkir itu dianggarkan RM7 juta dan pembinaan juga termasuk tempat untuk meletak motosikal.

Khazali berkata di Kuala Kedah, tedapat beberapa pihak yang membuat parkir persendirian kepada orang awam yang akan ke Langkawi, tetapi kebanyakan mereka tidak mempunyai permit.

"Kami tidak mengeluarkan permit kepada mereka kerana mereka tidak mengikut piawaian yang ditetapkan terutama dari segi keselamatan kenderaan yang diparkir," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata MBAS menawarkan ruang niaga sempena bulan Ramadan di Kompleks MBAS.

"Orang ramai yang berminat untuk berniaga di Kompleks MBAS boleh datang ke pejabat MBAS mulai 1 Julai ini bagi mengambil borang perniagaan. Terdapat 35 tapak yang masih kosong dan sewa dikenakan sebanyak RM680 sebulan," katanya.

Beliau berkata terdapat juga tapak bazar Ramadan yang masih kosong dan peniaga makanan yang berminat boleh mendapatkan borang di pejabat MBAS.

"Kami menyediakan 1,322 tapak perniagaan makanan di 14 lokasi manakala untuk perniagaan pakaian dan perhiasan, sebanyak 239 tapak perniagaan disediakan sepanjang bulan Ramadan ini. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


PUDIN TTG: Ditra <b>Di Jitra</b> @ Darulaman DH 2011

Posted: 26 May 2011 04:00 PM PDT

 

Nama : Yavento Ditra Pranata

Tempat & T. Lahir : Yogyakarta, 30 April 1990

Salah seorang atlit muda yang berbakat dalam sukan Downhill ini. Kini ditaja oleh Polygon melalui team Polygon Factory.

Bermula dengan sukan BMX sejak tahun 2001 dan mula berjinak dalam sukan DH apabila bersama team ELCATO. Menyertai berbagai kejohanan DH di Indonesia dan bintang mula menyinar sehingga Polygon mula menajanya dalam tahun 2009.

Dalam kategori Men's Elite beliau menjadi saingan sengit kepada team Malaysia, Adam Ahmed (Fakawi Banshee) dan Singapura, Tan Hong Chun (Polygon)

Pencapaian terkini di MDHA

Tempat ke 2 - Bukit Ramlee, 2010

Tokun Rockstar Mountainbike Challenge 2011

Tempat ke 4  - Putrajaya Challenge 2011

AHAD, 29/05/2011 – cabaran sengit mereka akan bermula. Siapa pemenangnya?

Gambar sekitar latihan di FACEBOOK

_MG_0453

Beliau ditaja sepenuhnya oleh Polygon.. pakaiannya, basikalnya

_MG_0454

Micheal, Ditra dan Want Blitz(PRo Kedah DH)

_MG_0476

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


Sekolah Website Solo <b>Di Padang Serai</b> - Abg Chob Cikgu Website

Posted: 26 Jun 2011 09:11 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Tapi hakikatnya saya mula kenal mereka di bengkel saya. Belajar buat website dengan saya. Saya kagum dengan kesungguhan mereka dalam usaha menguasai ilmu membina website. Ada yang pernah duduk bersila atas lantai di ...

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


! !shahjiehan [dot] com ! !: kenangan <b>di</b> Pulau <b>Langkawi</b>

Posted: 24 Jun 2011 07:21 AM PDT

Detik-detik sedih ketika meninggalkan Pulau Langkawi.


Banyak jugak barang-barang aku. Terpaksa jugak la aku sewa troli.

Termenung jauh sahabat aku, hati sayu meninggalkan Pulau langkawi.*Teringat kat awek dia kot..

Thanks to abg bertiga nih, Abg Madi, Abg Iman, dan abg KeOn. Mereka sanggup menghantar aku dan sahabat2 aku ke jeti kuah.

"Kak, Tiket p kola kedah 4!...kami nak balik kampung! "....

Alhamdulillah, kol 9:30 malam aku selamat sampai di rumah. Perjalanan bermula dari Pulau Langkawi pada jam 8:30 pagi, singgah sarapan dan amik tiket feri kol 10:00 pagi. Hati sayu bila ingin meninggalkan Pulau perlancongan ini. 6 bulan aku berada di sini, terasa cepat sangat masa berlalu. Kenapa??? hmm... 

Tiba di Kuala Kedah jam 11:45 pagi, punggah habis suma barang2 aku...Pastu aku terus pergi ambil moto aku yang di pos dari Langkawi semalam....

Nanti aku sambung.. nk p mandi... tunggu kenangan di Pulau Langkawi edisi- 2

"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


[ CahayaNurQasih ]: Santai2 KBU <b>di Pendang</b> Lake Resort

Posted: 16 May 2011 03:34 AM PDT

Assalamualaikum….selamat petang..selamat hari guru

Hari Sabtu 14/5/2011 pada jam ini kami adik beradik KBU yang datang meriuhkan rumah cheq telah konvoi untuk santai2 sambil menembak serta sessi suai kenai..tak lengkap kira nya kalau jumpa ramai ke sedikit ke 2 benda ini tak dijalankan…Mizi Azizan yang tak dapat ke rumah menunggu kami di Pendang Lake Resort….jumpa lagi shida dengan seorang adik baru di KBU….1st time shida jumpa Mizi tetapi muka dia macam pernah shida lihat tapi di mana yer….xpe abaikan semua itu…

Mari kawan2 yang lain yang tak dapat hadir ke Pendang  tengok la puas2 gambar kami yang tak secantik mana ini..pasti hampa semua CEMBURU kan…

 lubang 

Kenangan  KBU di Pendang Lake Resort

hahaha

Masing2 macam2 ragam

all boy

    pndg1tenung

  alltasik

comey aku2

love cubaan

Ini hanya sebahagian sesi menembak kami di Pendang Lake Resort..GK dan Hidir maaf la yer ampa balik awal so jangan marah2 gambar ampa x banyak…

Selepas menembak di Pendang Lake Resort, geng penang lapaq….kami geng pendang bawak depa makan kat medan selera pendang je..depan petronas..semua pakat pekena nasi ayam panggang…shida makan nasi bundle je…

228189_215755018442380_100000236514369_807287_7767388_n 227474_215755178442364_100000236514369_807294_3146117_n 

231053_223118574365318_100000015301009_951658_3118575_n

crdt to : Mikro Kokus, Enchik Hyde aka Naim, Syakira (pic dr cmra depa)


With LoVe aDisH.sHidA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jun 2011 12:00 AM PDT


YAN - Jabatan Pertanian Kedah berhasrat menjadikan Parlimen Jerai pusat pengeluaran buah-buahan tempatan terkemuka di Kedah dalam tempoh masa terdekat.

Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Mohd Muhaimin Ibrahim berkata, jabatan itu mengenal pasti lebih 400 hektar tanah terbiar di Parlimen Jerai yang dianggap berpotensi untuk dipulihara dan dimajukan dengan tanaman buah-buahan tempatan pelbagai jenis melalui program Projek Pemulihan Tanah Terbiar (PPTT).

Menurutnya, hasrat jabatan untuk membantu meningkatkan ekonomi lebih 2,200 petani buah-buahan tempatan sekitar Parlimen Jerai diperkukuhkan lagi dengan faktor muka bumi dan tanah kawasan itu yang terletak di kaki Gunung Jerai dan beriklim sederhana panas, sesuai untuk tanaman buah-buahan tempatan terkemuka seperti durian, rambutan dan manggis.

"Bermula tahun 2010, lebih 30 hektar tanah terbiar di kawasan Singkir Darat berjaya dikumpul pihak jabatan untuk diusahakan di bawah projek PPTT termasuklah tanah dusun yang mempunyai tanaman buah-buahan tempatan yang berusia lebih 30 tahun untuk dijalankan penanaman semula.

"Melalui program PPTT, setiap satu hektar tanah terbiar yang dimajukan jabatan akan diberi bantuan RM20,000 meliputi kos baja, pembersihan kawasan, pembelian benih tanaman dan infrastruktur kawasan dusun dan setakat ini, program itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pengusaha-pengusaha dusun tempatan," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di Program Membasmi Musuh Tanaman dan Taklimat Pertanian di Kampung Singkir Genting, di sini baru-baru ini.

Mohd Muhaimin berkata, pada tahun ini, jabatan merancang mengusahakan program PPTT di Tanjung Jaga, di sini di atas tanah terbiar seluas 70 hektar dan yakin mampu meningkatkan keluasan sehingga 200 hektar sekiranya lebih ramai pengusaha buah-buahan berminat menyertai program itu.

Menurutnya, daerah Yan menjadi pilihan jabatan dalam beberapa kategori buah-buahan untuk dimajukan dan dikomersialkan ke luar negara terutamanya durian, rambutan, manggis dan cempedak.

"Jabatan Pertanian akan memastikan lebih banyak buah-buahan tempatan keluaran Parlimen Jerai dikomersialkan ke peringkat luar negara sebagaimana saranan Kementerian Pertanian sebelum ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.