Sabtu, 16 Julai 2011

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jun 2011 11:46 PM PDT

BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2011 11:33 PM PDT

BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Jun 2011 11:11 PM PDT

bila class habis je pada pukul 4.30 ptg,aku terus mencalling my roomate ajak pegi changlun(kepada roomte asalku,ekin bahtiar nanti kita pergi plak ok). makcik tu bernama putery ily nur amalina. nama die betul2 ada puteri tau,bukan saja2 letak..hihihi. for the first time ktorg makan kat tempat ni sepanjang duduk di bumi sintok ni. jom kite terjah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ni shima punya first order.ada lg tau.hihih

ni la second order. yummmy!!!!

yeah!ni la yang BUKAN  shima order tp......

tengok! makcik puteri ni dapat order je terus makan. laparrrrr~

sesudah makan,apa lagi masing2 pergi la bayar di kaunter.hampir tersedak jgk la nak bayar..hahaha.ape salahnya sekali sekala nk merasa.pasni x rasa dah.(tu pun kalo x ngidam). owh utk sapa2 yang nak buat Program Jalan-Jalan Isi Perut, boleh datang ke 

location: CMART, CHANGLUN,KEDAH

selamat mencuba! :)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hazim Homestay <b>Changlun</b> Kedah: Sejarah Ringkas <b>Changlun</b>

Posted: 16 May 2011 08:28 PM PDT

Changlun adalah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 42 kilometer di utara Bandar Raya Alor Star. Changlun berasal daripada bahasa Thai yang membawa maksud Gajah (chang) Jatuh (lun).
Kewujudan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang melalui Changlun menjadikan ia sebuah pekan kecil yang cukup pesat membangun. Selain itu, Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis yang telah siap dibina, turut mempercepatkan proses pembangunan sedia ada. Dengan adanya lebuh raya ini, anda dapat ke UUM sintok, UniMAP, KMP ,UiTM Arau, dan Politeknik Perlis. Anda juga dinasihat untuk menggunakan lebuh raya ini untuk mempercepatkan masa ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Lebuh Raya ini tidak dikenakan pembayaran tol.
Pekan Changlun[1] mempunyai kedudukan yang cukup strategik kerana ia menjadi laluan utama ke sempadan Malaysia-Thailand di Utara, Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, di Timur, Jitra dan Alor Star di Selatan dan laluan ke Negeri Perlis Indera Kayangan di sebelah Barat.
Bagi menampung keperluan jumlah penduduk yang semakin meningkat, satu kawasan perumahan dan perniagaan yang diberi nama 'Pekan Changlun 2' telah pun diwujudkan.

Prasarana di Changlun

Institusi pendidikan:
• SMK Changlun, SRK Dato' Wan Kemara, SRJK (C) Yit Min, SRJK Tamil
• Kolej Matrikulasi Kedah, Sekolah Agama at-Toyyibah, Kampung Padang Halban

Institusi Sosial/Kebajikan:
• Klinik Kesihatan, Pejabat Pos, Hentian Bas Tempatan / Ekspres, Masjid
• Bank
o Bank Simpanan Nasional
o Public Bank
o Bank Muamalat (Kampung Tradisional)
• Pasar Pagi dan Petang
• C-mart (kompleks Changlun)
• Northern Dialysis Centre Sdn Bhd (pusat dialisis swasta panel kerajaan)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di lunas kedah - Google Blog Search

02 di lunas kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di lunas kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jun 2011 12:00 AM PDT

PADA Sabtu lalu, penulis berkesempatan menghadiri majlis perjumpaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan ketua-ketua cawangan UMNO di kawasan Parlimen Merbok di Kedah. Sebenarnya, antara Mustapa dan kerusi Parlimen Merbok yang kini dikuasai Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai sejarah yang panjang.

Mustapa pernah 'bertapak' di situ sejak tahun 1986 sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang menjadi Ahli Parlimen Merbok selama lima penggal mulai tahun berkenaan. Kehadiran Mustapa pada majlis itu sememangnya dinanti-nanti bagi memberi suntikan semangat kepada ahli-ahli UMNO untuk bangkit merampas kembali kerusi Parlimen Merbok dan dua lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan berkenaan.

Selama ini Parlimen Merbok dan DUN Tanjong Dawai serta Bukit Selambau dianggap kubu kuat Barisan Nasional (BN), tetapi segalanya berubah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12. Ketiga-tiga kerusi berkenaan jatuh ke tangan pembangkang.

''Kita jangan lemah semangat, tanamlah keyakinan bahawa kita mampu menawan kembali semua kerusi di Parlimen ini,'' tegas Mustapa ketika berucap pada majlis perjumpaan tersebut.

Sebagai seorang yang amat memahami situasi politik di Parlimen Merbok, Mustapa yakin bukanlah mustahil untuk BN kembali menawan kerusi itu. Tambahan pula penulis difahamkan majoriti penduduk di kawasan Parlimen berkenaan tidak berpuas hati dengan khidmat wakil rakyat sedia ada.

''Cuba kita lihat pembangunan yang begitu pesat di Merbok sekarang ini adalah hasil sumbangan ahli-ahli Parlimen BN terdahulu seperti Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Zainuddin Maidin.

''Kalau difikirkan, memanglah mustahil BN boleh kalah kerana BN yang bertanggungjawab membawa pembangunan di sini seperti mewujudkan Maktab Sains Rendah Mara (MRSM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Asian Institute of Medical Science, tetapi kita kalah juga,'' kata Mustapa lagi.

Namun bagi Mustapa, kekalahan pada 2008 bukanlah penamat. Dengan prestasi kerajaan negeri pimpinan Pas dan pelbagai kemelut yang berlaku, Ahli Parlimen Jeli itu yakin BN akan mampu kembali berkuasa, bukan sahaja di Parlimen Merbok tetapi juga di Kedah secara keseluruhannya.

Tetapi apa pun, pokok pangkalnya terletak kepada pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah yang kini dikatakan mendapat suntikan baru melalui pelantikan Datuk Ahmad Bashah Md.Hanipah sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan.

Namun begitu, sudah ada suara-suara yang semakin rimas kerana merasakan UMNO Kedah belum membuat apa-apa bagi mengeksploitasi kelemahan kepimpinan Pas Kedah.

''Saya akan masuk Pas, kalau Pas boleh mentadbir tetapi apa yang saya lihat, Pas tidak boleh berbuat apa-apa, saya kasihankan rakyat dan negeri Kedah, kalau keadaan ini berterusan,'' kata seorang pemimpin sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika berbual dengan penulis.

Malahan penulis diberitahu sebahagian besar ketua-ketua bahagian ternanti-nanti apakah program besar yang dirancang oleh Ahmad Bashah bagi menggerakkan satu gelombang untuk membangkitkan semangat merampas Kedah daripada Pas, bukan sahaja di kalangan ahli UMNO tetapi juga rakyat.

''Ahmad Bashah dan Mukhriz perlu merancang satu program untuk tujuan itu, kalau di Kelantan ada 'Gelombang Merah', manakala di Selangor ada Program Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE). Di Kedah pula macam mana?

''Kita tidak boleh tunggu segala-galanya ditentukan oleh pucuk pimpinan parti di peringkat pusat, UMNO Kedah kena buat perancangan sendiri,'' kata seorang pemimpin UMNO bahagian kepada penulis.

Berdasarkan tinjauan penulis, perasaan tidak puas hati rakyat terhadap kepimpinan Kerajaan Pas Kedah cukup ketara. Perasaan ini bukan sahaja membuak-buak di kalangan rakyat biasa atau ahli UMNO sahaja, malahan di kalangan penyokong Pas sendiri.

Mereka melihat kerajaan negeri terlalu banyak kelemahan sedangkan sebelum ini semasa menjadi pembangkang, macam-macam Pas mengkritik kepimpinan BN. ''Saya sokong Pas sejak dalam selut (lumpur) lagi tetapi bila Pas dah menang, bukan kata depa tak ingat kat kita, apa pun depa (mereka) tak buat,'' kata seorang penyokong tegar Pas kepada penulis.

Akibat kelemahan yang berlaku termasuklah juga dengan keadaan UMNO Kedah yang dilihat masih perlahan menyusun gerakan, timbullah tafsiran bahawa ''orang Kedah bagaikan tidak bertuan.''Justeru dalam keadaan itu, ramai pemerhati politik melihat ia kesempatan terbaik untuk UMNO Kedah bangkit melakukan sesuatu bagi meraih sokongan rakyat.

''Kena ada satu program yang jelas bagi mendorong rakyat menyokong UMNO, kalau mereka lihat Pas lemah, manakala UMNO pula macam lesu sahaja, maka ia ibarat pi mai pi mai tang tu juga,'' kata seorang ahli veteran UMNO yang menghadiri majlis bersama Mustapa.

Seperti mana kata Mustapa, gerak kerja perlu bermula dari sekarang seperti UMNO Kelantan di bawah kepimpinannya melancarkan Gelombang Merah. Berdasarkan tiupan semangat itu, bak kata orang Kedah, UMNO dan BN tidak boleh 'lena lagi', mereka perlu bangkit segera mengatur strategi dengan matlamat menamatkan pemerintahan Pas di Kedah.

Perkara yang paling penting ialah perpaduan sesama mereka dan jangan ada politiking sesama sendiri kerana ia hanya akan merugikan UMNO dan BN.Sebagai contoh, semua pihak perlu menyokong kepimpinan Ahmad Bashah dan jangan ada politiking di peringkat bahagian yang boleh mengugat usaha menawan kembali Kedah.

Tetapi dalam masa yang sama, Ahmad Bashah pula perlulah menunjukkan karisma dan kemampuan untuk membolehkan sokongan diberikan.Kalau dilihat rekod politik, Ahmad Bashah bukanlah calang-calang orang, beliau ada 'seni politiknya' sendiri tetapi untuk menawan Kedah, ia memerlukan kerja berpasukan dan bukannya 'Lone Ranger'. Ini bersesuaian dengan pesanan Mustapa pada akhir pertemuan dengan ketua-ketua cawangan di Parlimen Merbok supaya mereka mengukuhkan perpaduan, bekerja dalam berpasukan dan menanam keyakinan untuk mencapai kejayaan.

Semoga kesungguhan Mustapa yang sanggup meredah ladang getah pada malam hari dengan diiringi hujan gerimis akan membangkitkan semangat ahli-ahli UMNO bagi melancarkan gelombang biru (BN) untuk menggantikan gelombang hijau (Pas) di Kedah!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Kerabu Bersuara: Surat Cadangan Pusat-Pusat Hiburan <b>Di</b> Seluruh <b>...</b>

Posted: 16 Jul 2011 06:00 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEirT35l2Hb1jyNmQ1gZs7T5f7dRHGYlnJZXsTFkRPvfqkaOOmJBfMM5Wbc5lk2-v0nxhmE8boOoDgw8-xX_46wZYb2T9OU3fYzBm37Y1cCZ0NU6f2xrulWNcAad4-GzTo7RMxojKojPzmHH/s1600/%253D%253Futf-8%253FB%253FQmFuZGFyIEFuYWsgQnVraXQtMjAxMTA3MTQtMDAzMzcuanBn%253F%253D-709401

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhg2gweJW7q2iNCwr-W26vmyKDk1HpiMlR9LsKwv_emn-fbb-mACufIqqQne-W9uD8rzzFozjzHVi629271mK3aE8XQcRb5sXfn_CN7UOOVUIp8FKLW_aljpL8TVysFiEPQ_q4Uc-Ducsj4/s1600/%253D%253Futf-8%253FB%253FQmFuZGFyIEFuYWsgQnVraXQtMjAxMTA3MTQtMDAzMzguanBn%253F%253D-719327

Pusat hiburan: MB Kedah tidak mahu layan tekanan
Oleh G Manimaran
July 16, 2011

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abu Bakar kekal dengan keputusan kerajaan negeri yang mahu melaksanakan secara sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang melarang pusat-pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan.

"Ustaz (Menteri Besar) Azizan tidak akan berundur! Itulah pendirian beliau dalam isu ini dalam nada yang sangat tegas.

"Saya yakin seluruh umat Islam akan berdiri teguh di belakang beliau dalam menangani isu ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai," kata Setiausaha Politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan ini dikeluarkan sehari sebelum Azizan diminta PAS pusat memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja parti itu.

Laporan The Malaysian Insider pagi ini memetik Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, PAS mahu Azizan memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja pusat parti itu esok rasional larangan penuh ke atas operasi pusat-pusat hiburan semasa Ramadan yang bermula bulan depan.

Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Azizan tidak dapat hadir sebaliknya akan menghantar wakil ke mesyuarat esok.

Azizan juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah.

Kelmarin, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata perkara tersebut akan dibangkitkan pada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat minggu depan.

Keputusan itu dibantah oleh MCA dan Gerakan.

Baru-baru ini Azizan berkata enakmen itu bukan sesuatu yang baru, sebaliknya telah diperkenalkan 14 tahun lalu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dalam kenyataannya hari ini, Sanusi yang juga Ketua Penerangan PAS Kedah menambah, Kelantan yang diperintah oleh PAS juga telah melaksanakan polisi seumpama itu sejak 20 tahun lalu, dan masih berlanjutan hingga ke hari ini.

"Mengapa MCA Kelantan tidak melompat seperti di Kedah. Kenapa MCA tidak meghasut masyarakat Siam yang ramai di negeri itu untuk memberontak?

"Jelaslah bantahan dan tentangan ini bukan berasaskan hak asasi, ketidakadilan kerajaan atau tuntutan supaya menghormati budaya masyarakat bukan Islam," kata beliau sambil menambah, bantahan seumpama itu berteraskan kepentingan politik MCA dan BN.

"Cuma di Kedah, racunnya juga meresap ke dalam DAP," kata Sanusi.

Katanya, larangan operasi pusat-pusat hiburan iaitu karaoke, pub, disko dan persembahan terbuka sepanjang Ramadan tiba-tiba menjadi isu besar.

Menurut Sanusi, akhbar-akhbar berbahasa Cina memainkan isu ini sejak lima hingga enam hari lalu apabila pengusaha pusat hiburan tidak diberi lesen operasi pada bulan Ramadan, khususnya di Pejabat Daerah Kota Setar.

Oleh itu katanya, apa yang dibangkitkan bukan isu baru kerana polisi berkaitan sudah wujud sejak 14 tahun lalu, cuma penguatkuasaannya tidak menyeluruh.

Sejak 1997, pada bulan Ramadan Kedah tidak membenarkan sebarang bentuk hiburan, termasuk pada malam Jumaat sepanjang tahun.

"Malah lama sebelum itu, rakyat Kedah sudah akur dengan peraturan itu.

"Semasa industri hiburan belum berkembang pesat, hanya ada panggung wayang, persembahan nyanyian di rumah-rumah kenduri, ekspo dan pesta ria, joget, mak yong dan wayang kulit, masyarakat sangat menghormati bulan Ramadan dengan memberhentikan aktiviti seumpama itu," katanya.

Kata Sanusi, apabila industri hiburan berkembang dan mencetuskan kesan sampingan yang membimbangkan, diadakan pertemuan pegawai-pegawai daerah yang

bertanggungjawab memberi kelulusan lesen hiburan bagi mengetasi kesan industri itu yang kian membentuk budaya baru masyarakat.

"Persetujuan dicapai pada tahun 1997 untuk memberhentikan pemberian lesen pada bulan Ramadan, bulan suci umat Islam. Namun, penguatkuasaannya tidak menyeluruh di semua daerah," katanya.

Sanusi menjelaskan, sejak kebelakangan ini budaya berhibur terutama di kalangan muda-mudi diterima, umum sebagai antara penyumbang berbagai-bagai gejala.

"Maka pada tahun ini, perbincangan diadakan semula untuk mengkaji langkah-langkah membendung kegiatan ini, terutama di bulan Ramadan.

"Maka, satu kertas cadangan diangkat untuk dibentangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dan telah diluluskan," tambah Sanusi.

Larangan operasi pusat hiburan sepanjang Ramadan meliputi pusat karaoke, disko, pub dan persembahan terbuka yang boleh diakses dengan

mudah oleh masyarakat awam seperti di restoran dan 'coffe-house' manakala pusat rekreasi seperti snuker, biliard, kafe siber dan boling dibenarkan.

Persembahan budaya dan agama masyarakat bukan Islam dibenarkan dengan pertimbangan pegawai daerah, katanya.

Kata Sanusi, MCA paling lantang menentang melalui kenyataan di media dan menghasut masyarakat bukan Islam dengan dakwaan bahawa kerajaan sedang

menghalang hak asasi masyarakat bukan Islam.

"Peluru ditabur dengan menuduh DAP bersekongkol menafikan hak bukan Islam di Kedah. Wakil rakyat DAP juga kepanasan dan mula bersuara.

"Ada wakil rakyat DAP dari negeri lain yang meminta seorang pimpinan PAS menemui YAB Ustaz Azizan untuk menarik balik larangan ini," katanya sambil menambah, ia sebagai langkah ekstrem dan tidak selari dengan semangat Pakatan Rakyat.

Menurut Sanusi, isu terbaru ini hampir sama dengan reaksi ketika kerajaan merobohkan pusat sembelih khinzir tanpa lesen di Kampung Berjaya dua tahun lalu.

"Saya percaya hasutan ini akan terus berkembang dengan tuduhan yang lebih berat kepada kerajaan, dan akan mendapat sokongan semua parti dalam Barisan Nasional.

"Sikap diam tanpa menyokong langkah kerajaan ini patut dikira sebagai menyebelahi penghasut," katanya.

Mengenai rasional kepada penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, Sanusi berkata, "hakikat yang harus diterima ialah majoriti pengunjung pusat-pusat hiburan adalah orang Melayu Islam."

"Kalau MCA dan parti-parti yang mewakili masyarakat bukan Islam mendakwa kerajaan harus menghormati hak mereka, mereka juga sewajarnya menghormati hak umat Islam, terutama menghormati kesucian bulan Ramadan yang sangat istimewa bagi umat Islam."

Katanya, Kedah didiami oleh 2.1 juta orang iaitu 1.8 juta beragama Islam manakala 300,000 adalah bukan Islam.

"(Jadi), bagaimana kepentingan 1.8 juta orang lagi? Parti politik tidak sepatutnya hanya menjadi jurucakap tauke-tauke, tetapi harus juga bertanggungjawab kepada keseluruhan rakyat berbilang kaum dan agama.

"Jika kita diminta menghormati budaya dan adat masyarakat bukan Islam untuk menjadi sebuah kerajaan yang baik dan adil, mereka juga harus menerima sikap itu kepada umat Islam," katanya.

Sehubungan itu soal beliau, "adakah menyertai Pakatan Rakyat bermaksud umat dan pemimpin Islam mesti sentiasa mengalah demi menjaga hati dan hak masyarakat bukan Islam?"

"Bukankah satu deklarasi telah dipersetujui dan ditandatangani bahawa Pakatan Rakyat menerima Islam sebagai agama rasmi negara ini dan kebebasan mengamalkan tuntutan agama dijunjung oleh semua.

"Mengawal kegiatan yang membawa keruntuhan kehidupan beragama di kalangan umat Islam adalah intipati ajaran Islam sebagai agama rasmi dan satu kewajipan yang dituntut oleh Islam, terutama kepada pemerintah.

"Ini wajib difahami oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat dan dalam BN sekalipun," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Jun 2011 01:30 PM PDT

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jun 2011 12:00 AM PDT

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jun 2011 01:25 PM PDT

Karnival Pendidikan Islam PKG <b>Kodiang</b> 2011 / 1432 H

Posted: 25 Mar 2011 10:32 PM PDT

Salam.


Acara tahunan PKG pada kali ini julung kalinya diadakan di SMSKP pada 24 Mac 2011 yang lalu. Sebagai tuan rumah dan berstatus SBP, ianya sedikit memberi tekanan kepada GPI SMSKP dan para pelajar (peserta) untuk merealisasikan impian sekolah, iaitu mengekalkan piala pusingan Johan PKG Kodiang di SMSKP.

Alhamdulillah apabila keputusan diumumkan, SMSKP berjaya mengekalkan prestasi pada tahun lepas dengan menjadi Johan dalam 4 acara (Tilawah (L), Syarahan (P), Hafazan (L), Nasyid : Naib Johan 1 acara (Syarahan (L) dan Ketiga 1 acara TTilawah (P) .


Tahniah buat semua warga SMSKP.

KEPUTUSAN PENUH :

TILAWAH (L)

  1. MOHD ARIFKAMIL OMAR - SMSKP
  2. MOHD AL-AMIN AH.ZAILANI - SMKMD
  3. MOHD HAMIRUN RODZI - SMKTB

TILAWAH (P)
  1. SITI NUR YUSRA ABDUL RAHMAN - SMKTB
  2. AMIRA HUSNI MOHD SYUKRI - SMKMD
  3. NURUL NAJLA' MUHAMMAD ASSRI - SMSKP

HAFAZAN (L)
  1. MUHAMMAD AMINUDDIN CHE OMAR -SMSKP
  2. MOHD KHAIRUL IFWAT JAMRI - SMKMD
  3. MOHD FIRDAUS MOHAMAD - SMKBBBKH

HAFAZAN (P)
  1. NUR FARAHIM ABD RAHIM - SMKTB
  2. NABILA BASER - SMKBBS
  3. NOR DALILA ISMAIL - SMKMD

SYARAHAN (L)
  1. MUHAMMAD HAKIMIN SHAFIE - SMKBBS
  2. MUHAMMAD SYAHRUL ASYRAF MD ROPI - SMSKP
  3. BAZLISHAH IZZAT BAHARI - SMKMD

SYARAHAN (P)
  1. NUR AFZAN IZZANI AZHAR - SMSKP
  2. NUR AFINI MOHD LATFEE - SMKBBS
  3. NOR ATIKA REJAB - SMKBBBKH

NASYID
  1. SUBULUSSALAM - SMSKP
  2. AL-KAUTHAR - SMKBBS
  3. AL-FIRDAUSI - SMKTB

Selamat berjuang diperingkat daerah 2 April ini di SMK Ayer Hitam. Semoga Berjaya.

sumber : http://paisainskp.blogspot.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Aku , Dia Dan DSLR II: Sepagi <b>Di Kuala Kedah</b>

Posted: 11 Jul 2011 02:30 AM PDT

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


xiro&#39;s: kenangan <b>di jitra</b>.

Posted: 03 Jul 2011 04:01 AM PDT

 weekend harituh dapat cuti 4 hari as kedah kan cuti israk mikhraj. nak balik kajang terasa jauh dan agak tidak berbaloi. buat penat badan je kan. lagipun. kajang ada apa? ada bangunan sana sini. yang aku cari ialah natural scene. so, sekali lagi aku menjejakkan kaki ke rumah kawan baik aku kat merbok nih yang aku dah anggap macam part of me sendiri. 4 hari dengan keluarga dia terasa macam dengan keluarga sendiri. so, kalau nak lepas rindu. beta currently ada dua parents. ha ha ha. korang jangan jeles tau. :P 4 hari tuh rasa penuh sangat and sejujurnya saya sangat tidak puas menikmati cuti hari itu.
memandangkan sekarang kat kampung musim buah. apa lah lagi. buah tuh bagaikan makanan ruji untuk seisi rumah. *sampai demam aku dengan sya. tapi ini lah kenangan yang akan dijadikan sebagai memori terindah sepanjang aku kat sini.
kitorang gi tengok pokok jagung, pagi2 kebun pokok jagung. tengok cara diorang kutip jagung, tengok padi, tunggu durian luruh. kait rambutan. macam - macam lah. tak ke natural view tuh namanya? tenang rasa hati tengok warna hijau kiri kanan. tenang jiwa tak tengok motor kereta lalu lalang depan rumah banyak2. tenang telinga dari bunyi benda yang boleh memedihkan jiwa. yang paling penting. boleh release tension. segala masalah boleh je caampak kat bendang tuh. hirup udara segar tiap pagi. kan cool tuh namanya.
kat situ jugak aku tahu dua makanan baru yang aku tak pernah makan before this. *malu pun ada jugak at first but actually ramai je yang tak tahu. roomate aku tak tahu pun. so aku rasa cool balik laaa.
aku try cucur jagung dengan pulut durian. sejujurnya itu kali pertama and it seems aku dah jatuh cinta dengan cucur jagung tuh. ohmeeejayyyyy. memang sangat sedap okay. lahi2 kitorang makan tuh dah pukul 10 lebih. malam - malam makan cucur. memang hebat.
ada lagi makanan feveret aku kat rumah sya nih haaaa. nak tahu padia?
daging masak itam dengan tom yam. wa cakap lu memang lah superb! lepas nih kalau kyra datang lagi buat eh? sebab sangat sedap. tak tipu.
aku rasa 4 hari tuh tak puas untuk aku lepak kat sana. -_-

family dia yang sanagt cool membuatkan aku rasa tak kekok langsung. seronok lagi ada laaaa.
*sekarang nih aku tengah mendalamkan lagi ilmu belajar bahasa kedah yang tengah jadi negeri aku sekarang nih.

p/s : ada orang kata orang bandar hidup kat bandar tak boleh masuk kampung. kalau masuk siap hina, maki, caci bagai. wa cakap lu wa cool je balik kampung. sebab? wa pun duduk kampung jugak. (: sapa kata tak de bangunan tinggi - tinggi tak boleh hidup? orang yang duduk kat bangunan tinggi tuh la yang tak boleh hidup kalau tak de kebun and bendang yang terbentang luas nih tau. :*

memori terindah.

kenangan terindah.

with love,

kyra :*

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

GUSTI LENGAN MALAYSIA: KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN SUKAN LENGAN <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2011 03:41 AM PDT

SALAM PERKENALAN KEPADA SEMUA. TUJUAN BLOG INI DIWUJUDKAN ADALAH UNTUK BERKONGSI KEPADA SEMUA PEMINAT-PEMINAT GUSTI LENGAN DI MALAYSIA DAN DI MANA-MANA SAHAJA. SAYA AKAN CUBA MENGUPDATE BLOG INI MENGENAI KEJOHANAN YANG AKAN DIADAKAN DI SELURUH MALAYSIA,INSYAALLAH.

BLOG PERSATUAN SUKAN LENGAN SELANGOR BOLEH DILAYARI DI

http://www.sukanlenganselangor.blogspot.com/

BLOG MOHD ROHIZAN RAMLI

TELEMOVIE

http://www.tekankeyboard24jam.blogspot.com/

blog Sukan Lengan MALAYSIA ARMSPORT

http://www.malaysiaarmsport.blogspot.com/

BLOG SUKAN LENGAN

http://www.sukanlengan123.blogspot.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jul 2011 12:00 AM PDT

Kalau suatu ketika dulu sebut saja nama Padang Serai terbayang rimba sawit & getah. Terbayanglah muka kuli-kuli estet yang hitam berkilat dengan pengandar berserta dua "cham" di atas bahu masing-masing berlari-lari anak membawa timba ayan berisi susu getah menuju ke tempat pengumpulan susu. Di satu penjuru lagi kelihatan beberapa orang lagi menyorong basikal tua berpelantar lebar sarat dengan muatan sekerap basah yang masih menitis2 air dari bucu guni.

Itu dulu…. Kini Padang Serai telah berubah wajah, berubah status, sudah naik taraf dari estet kepada pekan cyber. Apa yang tidak ada di Padang Serai sekarang ini, sebut saja.  Nak simpan duit ada bank, RHB Bank ada, Bank Simpanan Nasional pun ada. Nak pos surat ada Pos Malaysia.  Nak makan ayam goreng KFC ada. Nak minum 7-up, 7-Eleven ada. Nak pekena nasi kandar, dua 3 kedai Nasi Kandar 24 jam ada. Siap dengan FREE Wi-Fi Zone lagi. Nak homestay ada. nak hotel ada walaupun sekadar bertaraf 2 setengah bintang. Nak isi petrol ada 5 buah stesen minyak sekitar pekan Padang Serai. Pendek kata segala kemudahan asas yg diperlukan ada di Padang Serai.

"The MP of Pdg Serai"

lepaskan aku!!!!!! wuaaaaaa!!!

Siapa yang tidak kenal dengan MP Gobalakrishnan yang mulut boleh tahan tu…Yang pernah mencetuskan kontroversi di ruang legar parlimen satu ketika dulu. Pasal issue apa ya?… apa entah aku pun dah tak ingat sebab tak berminat sangat. Dia ni pun ada di Padang Serai jugak. Sekarang dah jadi ahli parlimen bebas, jadi setiap petang beliau bebas bermain bola di Mini Stadium Keladi Kulim. Dia ni kalau naik minyak..huh! bolehlah nak tengok macammana dia sanggup duduk menendang-nendang kakinya macam budak-budak kalah main guli. Tak percaya?  nah! cuba tengok gelagat YB kami si Gobalan ni :)   Inilah ekspressi wajah seorang pejuang dan pembela rakyat khususnya penduduk Padang Serai yang telah memilih beliau sebagai wakil parlimen. Keep up YB! :)   saya suka! saya suka!  tapi tak boleh buat selalu maaaaa…nanti seluar koyak loo…betol! betol! betol!??? Apa pun semangat juang YB aku ni patut di hormati. Mungkin cara dia agak keras tapi cuma keras mulut saja. Dia bukan gangster atau kaki pukul. Jadi kalau nak tahan dia pun tahan la tapi kalau boleh janganlah pukul-pukul dia okay…  :) .peace! datang belajar website  di padang serai okay!peace!!

pembunuhan di padang serai

"cowboy" bukan budaya orang padang serai

Satu lagi peristiwa penting berlaku kat Padang Serai yang masih fresh dalam ingatan aku. Pada tanggal 17 Ogos 2007,  naib pengerusi Pemuda MCA Ching Eng Wah, ditembak di kepala semasa memberhentikan keretanya di persimpangan lampu isyarat Jalan Lunas/Padang Serai semasa dalam perjalanan pulang selepas bersarapan bersama isterinya. Ini peristiwa yang menyayat hati. Walau siapa sekali pun Ching Eng Wah tu, tak patut diperlakukan begitu. Bukankah Allah ciptakan bumi dan seisinya utk dikongsi bersama…jangan gaduh-gaduh …apatah lagi sampai membunuh. Naik risau jugak aku takut kalau-kalau Pdg Serai mendapat jolokan "Pekan Cowboy" macam Texas zaman dulu-dulu. Mujurlah ini hanya kes terpencil. Kesimpulannya Padang Serai tetap sebuah pekan kecil yang cukup mendamaikan. Nak tahu datanglah dan nikmatilah keindahan Padang Serai.

Cukuplah dulu untuk kali ini. Aku dah tak tahan ni … rasa nak pitam pun ada. Aku ni lemah semangat sikit dengan benda-benda macam ni. Daripada membuang masa membazirkan usia bergaduh-gaduh sesama sendiri ada baiknya kita berkumpul ramai-ramai kat rumah aku belajar cara buat duit di Internet. Aku peruntukan masa 2 hari khusus untuk kongsi ilmu yang aku ada ni dengan sesiapa saja yang berminat dan "NAMPAK" akan peluang besar ini. Cuba buka dan teliti maklumat ini dan fikir-fikirkan….

Share on Facebook Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


5S IKML: BENGKEL AMALAN 5S <b>DI</b> TEMPAT KERJA, PULAU <b>LANGKAWI</b>

Posted: 19 Jun 2011 07:54 PM PDT

Alhamdulillah, pada 13 - 16 Jun 2011 telah berlangsungnya satu Bengkel Amalan 5S Di tempat Kerja yang disertai oleh kakitangan MARA seluruh Malaysia dengan kerjasama IKM Lumut, ILKM dan MRSM Langkawi.

Bengkel selama 4 hari 3 malam ini melibatkan kakitangan sokongan dari pelbagai pusat termasuklah IKM, MRSM, MARA Negeri & Daerah dan wakil dari Bahagian Aset & Perolehan yang dikendalikan oleh pemudahcara jemputan dari IKM Lumut iaitu Tn. Hj Kamaruzaman b. Osman, En. Ab. Aziz b. Abdullah dan Ustz. Kamelah bt Abdullah.


Tn. Hj Kamaruzaman sedang menyampaikan taklimat

Agenda bengkel pada kali ini melibatkan aplikasi secara terus Amalan 5S di tempat kerja dan MRSM Langkawi dipilih untuk menjadi tempat bagi para peserta mengaplikasikan Amalan 5S yang dipelajari.

Pada hari pertama bengkel, peserta diberi taklimat mengenai Amalan 5S dan cara pelaksanaannya di tempat kerja oleh Tn. Hj Kamaruzaman Osman pada sebelah paginya. Selepas makan tengahari, semua peserta dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing dan dibawa melawat ke MRSM Langkawi untuk meninjau tempat-tempat yang telah dikenalpasti oleh pemudahcara dan pihak MRSM Langkawi untuk diaplikasikan Amalan 5S ini.

Antara tempat yang dikenalpasti ialah Pejabat, Pusat Sumber Pelajar, Makmal Komputer, Makmal Fizik & Biologi dan persekitaran Bangunan Pentadbiran.

Pada hari kedua bermulalah bengkel aplikasi 5S di MRSM Langkawi dan para peserta dilihat begitu komited dan bersemangat untuk mempersembahkan hasil yang dilaksanakan.


Walaupun dengan masa yang diperuntukkan agak singkat, para peserta dapat melakukan satu perubahan dan penambahbaikan yang baik dan dilihat dapat memahami pendekatan Amalan 5S yang cuba diamalkan.

Pada hari terakhir bengkel, peserta diminta mempersembahkan hasil yang telah dibuat di tempat masing-masing. Ini dapat menjelaskan perbezaan sebelum dan selepas Amalan 5S yang dilaksanakan. Pada sesi terakhir ini, wakil MRSM Langkawi iaitu Tn. Hj Shabani b. Ahmad dan Tn. Hj Roslam turut diundang bagi melihat kesan pelaksanaan Amalan 5S yang telah dijayakan oleh peserta-peserta bengkel pada kali ini.

Akhirnya, terima kasih yang tidak terhingga kepada MRSM Langkawi diatas kesudian menjadi tempat bagi bengkel aplikasi Amalan 5S ini dan kepada semua para peserta bengkel, diharapkan dengan pendedahan yang diberikan, dapat dilaksanakan dan diamalkan di pusat masing-masing. Semoga sedikit perubahan yang dibawa dapat menjadi satu lonjakan paradigma kepada semua pusat di bawah MARA untuk terus mengamalkan Amalan Pesekitaran Berkualiti 5S ini..


Wassalam...
Bergambar kenang-kenangan bersama-sama Tn. Hj Roslam

Gambar-gambar sepanjang bengkel, sila klik http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.218460758184588



Efisien Produktif Kualiti,
5S Budaya Kita Amalan Kita Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.