Khamis, 19 Julai 2012

02 di lunas kedah - Google Blog Search

02 di lunas kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di lunas kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Feb 2012 07:32 PM PST

URL Sumber Asal :-

&#39;Ostad&#39; Tua Dicekup Khalwat Bersama Wanita Muda <b>Di</b> Permatang <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2012 10:42 PM PST

A.S: Puak mana la pakai title Ustaz ni! Diharap jangan la juak PAS.. 
Aku sentiasa bersangka baik..
Sungguh memalukan, 
Dahlah berumur, khalwat dengan wanita muda pula di kawasan parlimen Anwar tandey....

Ostad ni sure geng nafsu kuda punya..
 Kalau mampu, baik kahwin saja..
menjatuhkan maruah agama betul la..


Seorang pengarah syarikat produk makanan yang juga kakitangan awam sebuah syarikat pelabuhan bergelar ustaz dicekup kerana bersekedudukan dengan seorang wanita bukan muhrim di sebuah rumah dekat Pangsapuri Pesona, di sini, petang semalam.

Serbuan ke atas rumah yang terletak di Blok A pangsapuri itu dilakukan Biro Keselamatan Persatuan penduduk Pangsapuri Pesona, kira-kira jam 6 petang selepas menerima aduan daripada jiran tetangga. Difahamkan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu sudah berkahwin dan mempunyai anak dan tinggal di Lunas, Kedah.

Difahamkan juga, rumah di pangsapuri itu dibeli dari seorang doktor kira-kira dua tahun lalu hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan. Sementara itu, wakil biro yang hanya mahu dikenali sebagai Lan berkata, intipan sudah dibuat ke atas rumah berkenaan sejak setahun lalu selepas pihaknya banyak menerima aduan daripada jiran lelaki berkenaan. Menurutnya, lelaki itu didakwa menggunakan tiga kenderaan berbeza setiap kali singgah ke pangsapuri itu, selain mendakwa setakat ini kira-kira enam wanita berlainan dibawa masuk ke rumah berkenaan.

 "Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu enggan memberi kerjasama dan hanya membuka pintu selepas kira-kira 20 minit diketuk. Apabila pintu dibuka, dia hanya berkain pelekat dan berbaju, manakala wanita itu pula sudah menanggalkan tudungnya. "Pada mulanya, dia memberitahu bahawa wanita berusia lingkungan 20-an itu adalah anaknya. Tetapi, apabila pemeriksaan dilakukan ke atas kad pengenalan kedua-dua mereka mendapati sebaliknya.

Dia kemudiannya menukar kenyataan pula dengan mengatakan wanita itu anak saudaranya dan memberi alasan mahu memberikan gula kepada wanita itu," katanya. Dalam pada itu, ibu wanita berkenaan yang tiba tidak lama kemudian dilihat terkejut dengan situasi yang berlaku dan mengakui lelaki itu adalah anak angkatnya. Pengerusi Kariah Masjid Timah, Ibrahim Talib turut hadir bagi memberi nasihat kepada pasangan berkenaan. Kedua mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.-SH

pemuda cheh: Pertarungan Adik-Abang <b>Di</b> Parlimen Kulim-Bandar <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2012 05:26 PM PDT

PENULIS mendapat maklumat bahawa dalam pilihanraya umum yang akan datang Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail akan dicalonkan di parlimen Kulim-Bandar Baharu menentang adiknya sendiri, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifudin Nasution.

Saifudin yang juga ahli parlimen Machang telah diputuskan akan bertanding di negeri asalnya, Kedah.
Dalam sejarah pilihanraya negara kita, adik beradik bertanding dalam pilihanraya bukanlah perkara baru.  Datuk Shahril Samad (BN-Johor Bharu) dan YB Khalid Samad (PAS-Shah Alam) telah membuktikannya dalam pilihanraya umum yang lepas.
Tapi adik beradik bertanding sesama sendiri di kerusi Parlimen yang sama, itu adalah jarang-jarang berlaku.  Mungkin dulu-dulu pernah terjadi tapi setakat dalam pengetahuan penulis, ini adalah kes yang pertama.
Motif sebenar di sebalik tindakan UMNO mencalonkan Sahlan menentang adiknya sendiri di Kulim-Bandar Baharu ini agak memeningkan kepala penulis.  Dari sumber yang menyakinkan sebelum ini, Sahlan dikatakan akan bertanding tapi bukan di Kulim-Bandar Baharu sebaliknya di tempat lain, masih di Kedah juga.
Adakah UMNO cuba memecah belahkan hubungan adik beradik yang selama ini kekal baik walaupun berbeza fahaman politik?  Saifudin dan Sahlan adalah tenaga penggerak kepada Persatuan Keluarga Ismail Harun Nasution yang berfungsi memastikan keturunan bapa mereka kekal utuh walau apa pun terjadi.
Selain itu, penulis melihat peluang Saifudin untuk menang agak tipis dengan Sahlan sebagai lawannya.  Kulim-Bandar Bharu memang diketahui kubu kuat UMNO sejak sekian lama.  Tan Sri Kadir Sheikh Fadhir saja telah menjadi ahli Parlimen kawasan tersebut selama 5 penggal sebelum berundur untuk memberi peluang kepada adiknya, Datuk Aziz Sheikh Fadhir pada 2008, tetapi tewas.
Kekalahan Aziz dikaitkan dengan rasa tidak puas hati rakyat Kulim-Bandar Bharu terhadap pentadbiran Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang juga merupakan satu fenomena nasional sehingga menyebabkan BN kehilangan majoriti 2/3, kali kedua selepas 1969.
Saifudin mungkin boleh dipertimbangkan untuk kerusi parlimen Merbuk yang akan dikosongkan oleh penyandangnya sekarang, Datuk Rashid Din.
Lagipun, calon yang diletak dalam senarai pertimbangan di kawasan tersebut sekarang oleh PKR, Zamri Yusof, tidak sehebat mana dari segi populariti dan karisma yang diperlukan untuk menang, berbanding dengan Saifudin.
Atau mungkin PKR boleh membuat pertukaran kawasan dengan Naib Presidennya, N Surendran yang dicalonkan di kerusi Parlimen Padang Serai yang pernah ditandingi Saifudin pada 2004.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan