ads

Selasa, 3 Julai 2012

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


MerbokOnline: Santai Main Guli <b>Di Tanjung Dawai</b>.

Posted: 30 Jun 2012 08:53 PM PDT


Program hari terbuka Pertubuhan Belia Amanah (PEMBELA) bersama Gabungan Kelab kereta Negeri Kedah (GKKnK) berlangsung meriah di persisiran pantai Tanjung Dawai semalam.

Program itu yang bertemakan "Mengimbau Kenangan Nostalgia Sukan' turut diserikan dengan acara sukan tradisional seperti main guli, tarik upih, baling kasut, boling kelapa serta pelbagai acara lain.

Jurucakap PEMBELA, Rosnawi Zenon berkata,  program ini yang disertai lebih 50 kelab kereta serta kelab motosikal dari negeri kedah dan pulau pinang, julung kali di anjurkan oleh pihaknya  dimana ia bertujuan merapatkan jalinan kemesraan antara ahli-ahli pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengambil bahagian bersama orang ramai. Sementara itu Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain semasa merasmikan program itu berkata, penganjuran seumpama ini perlu diteruskan bagi memperkenalkan kumpulan-kumpulan NGO yang banyak terlibat dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan agar dapat berinteraksi secara langsung dengan anggota masyarakat itu sendiri.

"Apa yang lebih penting adalah peranan yang dimainkan oleh NGO khususnya pertubuhan-pertubuhan belia yang menjurus kepada mendisiplinkan masyarakat terutama golongan muda ke arah aktiviti yang sihat,"katanya.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved