Isnin, 16 Julai 2012

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


JayHemSem: Balik Kampung <b>di Yan Kedah</b>

Posted: 06 May 2012 04:09 AM PDT

Aku ni sebenarnya generasi mereka yang mak bapak berhijrah ke KL untuk mencari rezeki, jadinya boleh dikatakan aku ni orang bandarlah. Keluarga sebelah arwah bapa aku pulak berhijrah dan menetap kat KL tahun 1970-an dulu tapi ada lagi la kampung di Kedah sana. Memang setiap tahun pun aku dan keluarga akan balik ke Kedah berjumpa sanak saudara di sana. Awal bulan Mac yang lepas, aku berkesempatan la ke Kedah sebab sepupu aku berkahwin. So, mari kita ikuti perjalanan pulang ke kampung mak aku:  R&R Gurun ni aku tengok dalam tips2 di Foursquare kata surau dia best, so aku pun pergi la singgah semayang sekejap pastu alang-alang wusha la sekali. Memang betul best pun. Sejuk, tenang dan aman jer rasa kat dalam surau tu walaupun takde air-cond. Sangat menarik. Lepas je R&R Gurun ni, ada satu persimpangan keluar baru di Pendang. Kami keluar di situ dan menuju ke Kota Sarang Semut. Kampung mak aku sebenarnya di Pendang tapi dah berpindah ke tempat lain setelah arwah datuk meninggal. Singgah dulu kat rumah nenek aku di tepi sawah:

 Jarang aku nak dapat tengok pokok kekabu macam kat gambar bawah ni: Lepas melawat nenek, pergi pulak rumah kakak sulung mak aku. Nama kampung ni Kampung Jemerlang. Kat Kedah ni nama tempat pelik-pelik, tapi kat negeri memana pun nama pelik-pelik jugak. Esoknya kenduri sebelah lelaki. Orang rumahnya orang Kelantan.
Tak lama menginap di Kedah. Keesokkan harinya dah balik ambik isteri di Ipoh dan seterusnya balik KL. Dalam perjalanan balik ke KL, terserempak dengan Pau Yik Mun kat R&R Ulu Bernam. Ada pernah sekali tu tengok kat TV katanya sedap pau Yik Mun ni. So, aku pun beli la sikit. Memang sedap pun. Nanti kalau berkesempatan balik Ipoh rumah mertua nak singgah dan beli lagi pau ni.

<b>DI</b> PUTRAJAYA, IMAM MAHDI PAKAI SAMURAI, <b>DI KEDAH</b> IMAM <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2012 05:00 AM PDT

Kisah individu tertentu yang berangan-angan menjadi Imam Mahdi atau Penyelamat, bukanlah cerita lapuk atau cerita penglipurlara. Sebaliknya ia wujud semenjak zaman berzaman lagi. Salah seorang yang sangat terkenal adalah Mirza Ghulam Ahmad yang memperkenalkan ajaran Ahmadiyyah Qadiniyyah yang difatwakan sesat dan songsang.

Sebenarnya 'Imam Mahdi' tidak ketinggalan wujud juga di Kedah. Salah seorang daripada mereka yang terkenal adalah AZHAR BIN WAHAB yang berasal dari Kulim. Walaupun hanya tamat Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Padang Serai, Kedah, dan pernah bekerja sebagai pemandu di Bank Simpanan Nasional di Kuala Lumpur, dia mampu mentarbiyyahkan dan mengumpul pengikut yang agak ramai.

Modus operandi 'Imam Mahdi' ini amat mudah iaitu, menghantar kanak-kanak berusia 8 sehingga 11 tahun untuk mengutip derma di seluruh Malaysia. Kononnya untuk membina Pusat Tahfiz di Yan, Kedah. Dan menariknya, orang yang hanya lulusan tingkatan tiga ini boleh pula membuka pusat refleksologi di Pulau Pinang atas nama Pusat Rawatan Cinta

Azhar mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiah yang sama dengan Al-Arqam memandangkan dia merupakan bekas pengikut Al-Arqam. Pada masa yang sama, dia juga mendakwa didampingi oleh Pak Syeikh atau Wali Allah. Dalam ceritanya, Imam Mahdi ini mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai bersama-sama Wali Songo dan Nabi Khaidir sedangkan tubuhnya pula berada di Damansara. Setiap ahlinya diwajibkan bersumpah setia (berbaiah) mengikut segala arahan guru dan merahsiakan kegiatan mereka daripada orang ramai.

Dia juga mendakwa mempunyai bala tentera dan kapal terbang ghaib, mempunyai masjid jin di Gunung Jerai, bahkan sering bermesyuarat dengan golongan jin di gunung-gunung tertentu seperti Gunung Santubong di Sarawak. ... BACA SETERUSNYA DI KEDAHAN69ERS.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan