Selasa, 24 Julai 2012

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Tahniah Kerajaan <b>Negeri Kedah</b> dalam memain peranan <b>di</b> dalam <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2012 03:20 AM PDT



Masih belum terlambat rasanya Pisau Kedah mahu mengucapkan ribuan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah di atas kejayaan membawa pasukan bola sepak Kedah turun ke liga perdana setelah kalah penalti kepada Pahang 3-2 dalam final play off baru-baru ini.




Sebagai peminat skuad kenari Pisau Kedah nampak permasalahan yang di hadapi skuad bola sepak Kedah adalah dari pemasalahan mutu pengurusan yang menjadi pertikaian di antara penyokong dan pengurusan KFA.


Satu pasukan bola sepak pasti akan berjaya sekiranya pengurusannya adalah yang terbaik, meletakan kesalahan pada permain hanyalah satu alasan untuk menjaga kepentingan pengurusan sahaja kerana apa yang dapat di lihat barisan permain bola sepak Kedah adalah yang berkualiti dan rata-rata pemain bola sepak Kedah pernah menyarung jersi kebangsaan.


Jika di lihat Kedah merupakan skuad gergasi di antara yang di geruni pihak lawan ketika di atas padang. Kemenangan tiga piala utama dalam kancah bola sepak tempatan berturut-turut sebelum ini cukup membuktikan pengurusan memain peranan dalam jatuh bangun bola sepak Kedah.


Setelah pengurusan bola sepak Kedah bertukar tangan setelah bertukar tangannya pemerintahan Negeri, mutu persembahan permain menjadi lemah sekali, tambahan pulak memperburukan lagi keadaan dengan masuk campur penolong jurulatih di dalam kancah dunia politik apabila di khabarkan akan menjadi calon wakil rakyat di dalam PRU 13.


Satu lagi yang menjadi persoalan bagi Pisau Kedah. Bagaimana Dr Hamdan yang merupakan YDP Merbok, Wakil Rakyat Tanjung Dawai dan Exco Kerajaan Negeri melaksanakan tanggungjawapnya setelah memegang dua jawatan terpenting di dalam pengurusan KFA iaitu setiausaha kehormat KFA dan bendahari kehormat KFA ?


Apakah ini menunjukan kekuasaan PAS dalam Kerajaan Negeri telah merosakan skuad bola sepak yang di sayangi rakyat negeri Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan