Khamis, 13 September 2012

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


This Is Our Story: Makan Angin <b>di Kuala Kedah</b>

Posted: 26 Aug 2012 07:25 PM PDT

terus ajak family keluar makan angin
ialah bila dah sampai sini mesti la nak jalan-jalankan
takkan la nak terperuk di rumah jea
kecewa la skit sebab tak dapat pergi ke Pasar Rabu - dah tutup
jadi member adik - Aliff ajak makan di kuala kedah
sambil tu boleh la tengok pemandangan malam di tempat orang
tapi sebelum pergi ke mana-mana
menjeling jugak kami semua mencari kedai kasut
masa di hentian semenggol
mak aku boleh main sarung jea kasut orang lain
jadi kesudahnya mak aku pakai kasut sebelah lain
hehehehehhe memang kena sakat dengan kami semua
nasib baik la ada sebuah kedai kasut bata masih buka lagi
rata-rata pukul 8pm di kedah nie kedai banyak sudah tutup
perghhhh memang tak meriah la
ialah awalnya kedai dah tutup
masa kami nak pilih-pilih kasut pun
pekerja kedai sudah tarik muka
ialah malas sudah nak melayan pelanggan
aku dari nak beli kasut baru
terus lepak di luar sahaja
biar mak dan lini yang sibuk beli kasut
umar naik motor saper ntah
mulut tu dok bising buat bunyi enyin motor

alamak muka banyak jerawat plaks

hahahahahhaha nie la kasut yang mak aku silap sarung tu
kasut mak aku crocodile tu
mak cakap masa dia sarung tu memang tak perasan

memang sedap gila la lauk yang di masak
kami pilih menu set : RM77.00 x 4set = RM308.00
@ikan kerapu masak harimau menangis
@ sayur kailan goreng belacan
@ tom yam campur - perghhh memang tangkap gila sedap
kalau kat sg.buloh confirm kena charge RM100 lebih
betul kan..(angguk jea kepala korang tu)
kami pusing-pusing sekejap
sampai rumah pukul 2 lebih
apa lagi terus landing dan tak ingat apa dah
thanks cham belanja makan malam

Hujan ribut rosakkan 22 buah rumah <b>di</b> Jalan <b>Kuala Kedah</b>

Posted: 28 Aug 2012 06:00 PM PDT

ALOR SETAR - Sebanyak 22 buah rumah di dua taman perumahan yang berkembar di Jalan Kuala Kedah dekat sini rosak akibat dilanda hujan ribut awal hari ini.
Hujan yang disertai angin kencang bermula kira-kira pukul 2.30 pagi dan berhenti hampir waktu Subuh, merosakkan 14 buah rumah di Taman Pelangi dan lapan buah di Taman Mega.
Seorang pemilik rumah di Taman Pelangi, Ahmed Bahrom, 61, berkata dia dan anggota keluarga seramai lima orang terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi 'prak... prak...'
"Masa saya bangun pukul 2.45 pagi. Hujan sedang lebat dan angin kencang.
Masa itu saya lihat siling plaster di ruang tamu mulai runtuh sedikit-sedikit sehingga habis semuanya manakala bumbung rumah diterbangkan angin," kata pesara tentera itu yang kerugian hampir RM10,000.
Seorang lagi mangsa, Sufiah Ahmad, 58, dari Taman Mega kerugian lebih RM5,000 akibat bumbung rumahnya terbongkah diterbangkan ribut kencang dalam kejadian itu.

Sementara itu, taksiran awal oleh Umno bahagian Kuala Kedah mendapati mangsa bencana tersebut mengalami kerugian termasuk kerosakan perkakas rumah berjumlah hampir RM200,000.
Naib ketuanya Datuk Abdul Mutholib Harun bertindak pantas mengetuai 20 anggota Skuad Prihatin Gagasan Generasi Gemilang Parlimen Kuala Kedah membantu mangsa bencana itu.
"Kita membantu membersihkan runtuhan siling plaster, bumbung rumah dan garaj yang diterbangkan angin kencang serta mengeringkan air yang memenuhi rumah mangsa dan selesai kira-kira pukul 12 tengah hari.
"Semua mangsa juga dibantu membuat laporan polis serta permohonan bantuan pemulihan rumah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya kepada Bernama semasa ditemui di tempat kejadian.

Bencana !!! Hujan ribut rosakkan 22 buah rumah <b>di</b> Jalan <b>Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2012 12:32 AM PDT

ALOR SETAR – Sebanyak 22 buah rumah di dua taman perumahan yang berkembar di Jalan Kuala Kedah dekat sini rosak akibat dilanda hujan ribut awal hari ini.

Hujan yang disertai angin kencang bermula kira-kira pukul 2.30 pagi dan berhenti hampir waktu Subuh, merosakkan 14 buah rumah di Taman Pelangi dan lapan buah di Taman Mega.

Seorang pemilik rumah di Taman Pelangi, Ahmed Bahrom, 61, berkata dia dan anggota keluarga seramai lima orang terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi 'prak… prak…'

"Masa saya bangun pukul 2.45 pagi. Hujan sedang lebat dan angin kencang.

Masa itu saya lihat siling plaster di ruang tamu mulai runtuh sedikit-sedikit sehingga habis semuanya manakala bumbung rumah diterbangkan angin," kata pesara tentera itu yang kerugian hampir RM10,000.

Seorang lagi mangsa, Sufiah Ahmad, 58, dari Taman Mega kerugian lebih RM5,000 akibat bumbung rumahnya terbongkah diterbangkan ribut kencang dalam kejadian itu.

Sementara itu, taksiran awal oleh Umno bahagian Kuala Kedah mendapati mangsa bencana tersebut mengalami kerugian termasuk kerosakan perkakas rumah berjumlah hampir RM200,000.

Naib ketuanya Datuk Abdul Mutholib Harun bertindak pantas mengetuai 20 anggota Skuad Prihatin Gagasan Generasi Gemilang Parlimen Kuala Kedah membantu mangsa bencana itu.

"Kita membantu membersihkan runtuhan siling plaster, bumbung rumah dan garaj yang diterbangkan angin kencang serta mengeringkan air yang memenuhi rumah mangsa dan selesai kira-kira pukul 12 tengah hari.

"Semua mangsa juga dibantu membuat laporan polis serta permohonan bantuan pemulihan rumah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya kepada Bernama semasa ditemui di tempat kejadian.

Abdul Mutholib turut menyampaikan wang tunai sumbangan ketua Umno bahagian, Datuk Latt Shariman Abdullah kepada semua 22 ketua rumah mangsa bencana itu.

Latt Shariman yang juga Penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia negeri Kedah menyumbangkan 22 kanvas untuk menutup bumbung rumah yang terbongkah buat sementara waktu bagi mengelak daripada dimasuki hujan.- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan