Selasa, 18 September 2012

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Dia buat dah: Ops Samseng tahan 111 motosikal <b>di Kuala Kedah</b>

Posted: 17 Sep 2012 09:25 AM PDT

KUALA KEDAH - Polis menahan 111 motosikal dalam Ops Samseng Jalan Raya di Kampung Padang Garam, Kota Marina, Kuala Kedah dekat sini semalam.

Operasi yang bermula pukul 3 petang dan berakhir kira-kira 11 malam diketuai Ketua Polis Trafik Kota Setar DSP Jamil Ahamed, menahan 132 remaja berusia lingkungan 14 dan 21 tahun termasuk 15 remaja perempuan yang terlibat dalam aktiviti merempit.

Ketua Polis Kedah ACP Adzaman Mohd Jan berkata 86 motosikal disita kerana penunggangnya melakukan pelbagai kesalahan seperti pengubahsuaian kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

"Kita bebaskan 25 motosikal yang mempunyai lesen memandu, cukai jalan selain motosikal mereka tidak diubah suai, selain ujian air kencing negatif," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata polis turut menahan empat remaja lelaki yang positif dadah.

Tinjauan Bernama ketika operasi malam tadi mendapati ibu bapa remaja yang ditahan menunggu di luar pagar Balai Polis Kuala Kedah untuk melihat kelibat anak masing-masing sebelum membawa mereka pulang.

Kesemua remaja terbabit kemudian dibebaskan selepas menjalani ujian air kencing manakala motosikal yang disita akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan