Isnin, 10 September 2012

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Ketamakan Johari Abdul Menyiksa Peniaga Marhein <b>Sungai Petani</b> <b>...</b>

Posted: 15 Aug 2012 01:28 AM PDT

Siapa yang tidak kenal dengan Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani yang pernah mengaku mukanya seiras P.Ramlee dalam usahanya untuk membersihkan imej Anwar Ibrahim setelah video seorang lelaki yang terlalu sangat mirip dengan Anwar Ibrahim sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita yang dikenalpasti sebagai pelacur China berleluasa di Internet. Malah siapa yang dapat melupakan bagaimana Johari Abdul tergelak besar sambil memberikan pengesahan lelaki di dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim tanpa menyedari bahawa segala gelagatnya telah dirakam oleh kamera tersembunyi.

Sebagai seorang pemimpin PKR, Johari Abdul sememangnya adalah manusia hipokrit yang sangat kuat menipu. Tiada apa-apa yang dilakukannya melainkan meneruskan budaya PKR yang sangat popular iaitu MENIPU dan KEMUDIAN MENYALAHKAN UMNO-BN.

Selepas PRU12, Johari Abdul yang baru sahaja menang sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani telah berjanji akan melaksanakan projek pembinaan bangunan perhentian bas ekspres Sungai Petani sebagai cara untuk menunjukkan yang Pakatan Rakyat jauh lebih cekap dan bersih berbanding Kerajaan UMNO-BN sebelum itu.

Menariknya, pada awal tahun 2009, Kerajaan Pusat telah memperuntukkan RM8 juta untuk projek berkenaan dan pengurusan pembinaan bangunan berkenaan dianugerahkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Johari Abdul melihat peluang untuk buat duit besar. Projek pembinaan bangunan berkenaan di kawasan Parlimen Sungai Petani. PKNK pula diberikan kepada anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah. Kerajaan Negeri Kedah pula berada di tangan PAS dan Pakatan Rakyat. UMNO dan Barisan Nasional telah kehilangan kuasa di Negeri Jelapang Padi itu.

Jadi, Johari Abdul berpendapat, dia bebas berbuat apa sahaja!

Dah elok-elok RM8 juta, Johari Abdul berunding pula dengan sebuah syarikat kontraktor bernama Mydin Holding. Komplot Johari Abdul dengan Mydin Holding membuatkan Johari Abdul memanjangkan permohonan peruntukan tambahan sebanyak RM4 juta lagi setelah sebahagian daripada RM8 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat disakau oleh Johari Abdul untuk dana PKR Sungai Petani dan Kedah.

Maka bermulalah cerita menipu dan pemerdayaan melibatkan Johari Abdul yang mempunyai kepentingan secara langsung dalam projek berkenaan.

Pada 24 Julai 2012, semasa rundingan antara peniaga gerai yang berdekatan dengan bangunan tersebut, kekecohan berlaku ekoran ketidakpuasan hati para peniaga ekoran perlanggaran perjanjian oleh pihak kontraktor. Dalam perjanjian asal, hanya bahagian pintu hadapan diubahsuai dengan dipasangkan pintu cermin tetapi pihak kontraktor telah merobohkan sebahagian hadapan bangunan kedai.

Pada 25 Julai 2012 pula, Johari Abdul cuba berlakon untuk menyelesaikan masalah dengan melawat tapak projek itu. Para peniaga mengemukakan soalan berkaitan isu berkenaan dan jawapan Johari Abdul ialah, PKNK telah membuat keputusan untuk menutup pintu utama dengan simen dan bahagian belakang gerai yang menghadap pasar awam akan ditukarkan menjadi pintu hadapan. Longkang pula akan dipasang penutup.

Namun pada 11 Ogos 2012, jam 1:00 tengah hari, bertempat di gerai peniaga perhentian bas, berlaku pertengkaran mulut antara peniaga dengan kontraktor kerana kontraktor telah mungkir janji. Kontraktor sepatutnya hanya merobohkan bahagian hadapan gerai setelah kerja-kerja pembinaan di bahagian belakang gerai siap sepenuhnya.

Apa yang berlaku sekarang ialah, bahagian hadapan ditutup dan bahagian belakang dirobohkan. Dengan kata lain, tindakan kontraktor membuatkan para peniaga tidak dapat meneruskan aktiviti perekonomian.

Johari Abdul pula, lesap entah ke mana. Telefonnya yang dihubungi juga tidak dijawab!

Kerja-kerja pembinaan pula telah dihentikan.

Kemelut Umno <b>Sungai Petani</b> Selesai | MyNewsHub

Posted: 08 Sep 2012 01:03 AM PDT

SUNGAI PETANI – Kemelut Umno Bahagian Sungai Petani dianggap selesai apabila Badan Perhubungan Umno Kedah bersetuju mengembalikan kuasa pentadbiran sejak mengambil alih tahun lepas kepada jawatankuasa bahagian itu dalam masa terdekat.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kelancaran persidangan perwakilan bahagian itu pada Sabtu tanpa sebarang pertikaian atau masalah mencerminkan masalah bahagian telah diselesaikan.

"Saya gembira melihat semua pimpinan bahagian dan bekas pemimpin dapat duduk semeja. Dengan perkembangan ini, saya yakin kita dapat hadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang tanpa masalah.

"Persiapan dan kerjasama semua ahli supaya mesyuarat ini lancar menyebabkan saya tidak teragak-agak menyerah kembali pentadbirannya kepada jawatankuasa bahagian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian itu di Institut Kemahiran Mara (IKM), di sini Sabtu.

Ahmad Bashah berkata perpaduan dalam Umno Bahagian Sungai Petani memberi gambaran kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali kerusi Parlimen Sungai Petani daripada pakatan pembangkang termasuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pantai Merdeka, Bakar Arang dan Sidam.

Pada pada PRU 2004, BN menang 4-0 iaitu kerusi Parlimen dan tiga kerusi DU Ndengan majoriti yang banyak di Sungai Petani tetapi tewas semua kerusi pada 2008 kerana masalah dalam bahagian itu, katanya.

Ahmad Bashah berkata jentera pilihan raya Umno dan BN Kedah bertambah kuat dan yakin sokongan rakyat akan kembali kepada BN apabila semua masalah dalaman parti dapat diselesaikan. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Kedah Entertainment Ban Limited To Muslims

Azizan Tak Mahu Undur, Hadi Nafi Arah

MB : Apa Kurangnya Azizan Dengan Nik Aziz?

Bahan Cetakan Al-Quran Dibuang, Terbiar

Bekalan Benih Padi Di Kedah Mencukupi

TERKINI: Sultan Kedah Diisytihar Agong Baru

Mesyuarat Khas PAS Gagal Selesai Kemelut Di Kedah

Dua ADUN Kedah Jadi Exco Akhirnya

Khidmat Guaman Percuma Di Kedah

"Saya Tak Berminat...", Kata Mukhriz Mahathir

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan