Selasa, 11 September 2012

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


Konvoi Bermotosikal Kempen Cegah Jenayah <b>Di Yan</b>, <b>Kedah</b>

Posted: 26 Aug 2012 01:06 PM PDT

CAT Yan

YAN – Demi meningkatkan kesedaran di kalangan generasi muda tempatan mengenai jenayah, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Yan dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Parlimen Jerai telah menganjurkan Program Konvoi Bermotosikal Sempena Kempen Crime Awareness Team 2012.

Program yang julung-julung kali diadakan di peringkat daerah tersebut telah mendapat sambutan hangat di mana ia diserta oleh 60 orang peserta dari golongan belia di kawasan terbabit pada 15 Ogos yang lalu.

Selain memberi kesedaran kepada golongan muda memahami dan menyedari betapa pentingkan membanteras jenayah, program itu juga memberi penerangan tentang kesan-kesan buruk sekiranya generasi akan datang itu tidak mempedulikan tentang soal jenayah di kawasan kediaman mereka.

Di dalam program berkenaan, semua peserta memulakan konvoi bersama motosikal masing-masing sejauh kira-kira 25 kilometer bermula dari Pekan Gurun hingga tiba di lokasi akhir program tersebut iaitu di Hospital Daerah Yan, di sini.

Konvoi bermotosikal itu telah diketuai oleh Pengerusi Kelab Rakan Muda, Mohd Azwan Jamaludin, yang begitu banyak memberi sokongan untuk menjayakan program berkenaan.

Turut hadir di program tersebut ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Ku Abdul Rahman Bin Ku Ismail, yang kemudiaannya sudi merasmikan program konvoi tersebut yang diadakan di perkarangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan.

Selain beliau, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Yan, Mohamad Inshar Hj. Man juga meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan program yang memberikan banyak manfaat dan informasi berguna kepada golongan belia di kawasan itu.

Di samping itu, program berkenaan juga turut mendapat kerjasama erat dari pelbagai agensi tempatan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Yan, Pejabat Penerangan Daerah Yan, Inskill Gurun dan Penggerak Perpaduan Masyarakat Parlimen Jerai.



umi&#39;s Site - Kenangan <b>di</b> Titi Hayun, <b>Yan</b>, <b>Kedah</b>

Posted: 24 Mar 2008 08:50 PM PDT


Pada hujung minggu lalu (14-16 March 2008) umie telah ke Yan, Kedah. Adik angkat umie, Suhana (Cempaka adrini) bersama umie. Kami menginap di sebuah 'chalet' di tepi jalan berdekatan dengan kampung Raga. Bilik penginapan kami agak luas dan selesa dilengkapi dengan hawa dingin. Ada televisyen tapi malangnya tak dapat siaran. Puaslah kami pusingkan ariel tv ke kiri dan ke kanan tapi siaran sekejap ada sekejap tak ada... yang paling tension bila terpaksa berdiri dan pegang ariel tv tu supaya dapat siarannya hehehehehe lenguhlah weiiii :p :D


Pada hari Ahad, sebelum kami berangkat ke Alor Setar kami telah singgah di Hutan Lipur Titi Hayun. Hutan Lipur ini terletak tidak jauh dari pekan Yan, dengan kenderaan cuma beberapa minit sahaja. Hutan simpan Titi Hayun ini agak menarik kerana terletak dalam hutan simpan gunung jerai. Di sana juga terdapatnya air terjun dengan airnya yang agak jernih - mungkin kerana hari tak hujan ;)

Di hutan simpan Titi Hayun ini kami melewati 'titi gantung' untuk ke seberang. Memang seronok sebab terhayun-hayun, sebab itu agaknya hutan simpan ini dinamakan Titi Hayun... agaknya perkataan slanga 'mangkok hayun' pun diambil sempena titi gantung yang terhayun-hayun tu juga hehehehehhe :D


Di siti juga terdapat laluan untuk ke gunung jerai iaitu terdapatnya tangga kenari yang katanya mempunyai seribu anak tangga untuk sampai ke atas. Katanya Titi Hayun ini merupakan kaki gunung jerai - gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia (ye ke???? ingat-ingat lupalah pulak hehehehe ) Kami sempat bergambar di kaki tangga kenari sahaja sebab tak larat nak panjat anak tangga yang banyak tu :-S


Di sekitar kawasan Titi Hayun itu terdapat pelbagai flora dan fauna yang menghijau. Sayangnya kawasan ini tidak 'dijaga' dengan baik. Sampai sarap merata-rata telah mencemarkan keindahan alam semula jadi :( ermmmmm mengapalah sikap segelintir masyarakat kita begitu ya... tak tau menjaga kebersihan alam sendiri... Rasa malulah kalau pengunjung asing datang dan melihat pencemaran di sekitar alam semula jadi yang sepatutnya dijaga...

.


Informasi <b>Kedah</b> Untuk Semua: 12.7 | Ceramah bersama MB <b>di YAN</b>

Posted: 05 Jul 2012 01:08 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan