Ahad, 30 September 2012

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Jalanraya <b>Negeri Di Kedah</b> Berlubang Teruk, Mana Perginya Wang <b>...</b>

Posted: 21 May 2012 08:11 PM PDT

SUNGAI LIMAU – Kedahan69ers.com terus membongkar dan mendedahkan tahap KPI Kerajaan PAS Negeri Kedah yang kononnya men"sejahtera"kan rakyat Kedah dengan masalah jalanraya berlubang dan tidak diselenggara dengan baik.

Padahal, Kerajaan PAS Negeri Kedah menerima sebanyak RM147 juta setiap tahun bagi tujuan penyelenggaraan jalanraya di negeri ini, temasuk menyediakan jalanraya berturap bagi kemudahan rakyat di negeri Jelapang Padi ini.

Bagaimanapun, Exco dan Azizan Razak sebelum ini menyatakan hanya RM54 juta sahaja yang digunakan tahun lalu bagi urusan penyelenggaraan jalanraya negeri, manakala baki RM93 juta lagi disimpan di dalam sebuah "tabung".

Menurut tinjauan yang kami lakukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, hanya beberapa batang jalanraya yang diselenggara dan diturap dengan baik.

Namun, bagi beberapa kawasan lain yang dikenal pasti dihuni oleh kebanyakkan para penyokong UMNO dan golongan "atas pagar" tidak diberikan perhatian sewajarnya.

Antara kawasan yang diabaikan keadaan jalanraya di DUN Sungai Limau ialah Kampung Selengkoh dan Dulang, di mana beberapa lubang dan jalanraya rosak dibiarkan saja tanpa sebarang pembaikan oleh pihak kerajaan negeri.

Ada juga beberapa lubang yang "ditampal" sahaja, namun "tampalan" itu tidak berkesan dan menyebabkan keadaan jalan yang lebih teruk, beralun dan tidak sekata.

Menurut beberapa penduduk kampung yang ditemui, mereka mendakwa bahawa beberapa kemalangan jalanraya telah berlaku di kawasan jalanraya berlubang, beralun dan tidak rata di kawasan mereka.

Kemalangan yang berlaku selalunya membabitkan golongan bermotosikal yang kerap digunakan oleh orang kampung di kawasan berkenaan atas urusan seharian mereka.

"Anak saya pernah terbabas masuk bendang sebab nak mengelak dari lubang tu, mujurlah tak cedera parah..tapi lukadan lebam sana sini la. Dah lama dah lubang tu, tapi depa tak kambuih (perbaiki/tutup) pun lubang tu.

"Depa main tampal tar saja kalau ada lubang, kalau hujan lepas tu terkopak balik, patutnya depa turap la semua..kalau tak turap semua, buat la secara berperingkat," kata seorang penduduk dari Kg. Selengkoh yang enggan disiarkan namanya.

Kedahan69ers.com turut merakamkan beberapa keping gambar di kawasan DUN Sungai Limau bagi tatapan para pembaca dan Menteri Besar Kedah untuk tindakan selanjutnya.

Persoalannya, mengapa Kerajaan PAS Negeri Kedah menyimpan peruntukan penyelenggaraan jalanraya sebanyak RM93 juta itu di dalam "tabung", sedangkan begitu banyak jalanraya yang rosak, berlubang dan perlu diturap atau diperbaiki sepenuhnya di seluruh Kedah.

Apakah peruntukan tersebut diberikan Kerajaan Persekutuan untuk disimpan di dalam "tabung", sedangkan jalanraya yang digunakan oleh rakyat rosak teruk, berlubang di sana sini dan tidak diselenggara dengan baik.

Apakah fungsi "tabung" tersebut? Ada desas desus menyatakan bahawa duit peruntukan yang ditabungkan itu digunakan untuk menampung pembayaran gaji kakitangan kerajaan negeri, membiayai projek kroni-kroni Exco dan kegunaan politik parti PAS Kedah.

Yang pastinya, Kerajaan PAS Negeri Kedah sudah tentu akan menafikan dakwaan desas-desus itu.

Namun jika desas-desus itu benar, jawablah nanti di depan Allah SWT di padang Mahsyar kelak kerana para pemimpin PAS Kedah ini ternyata telah menyalahgunakan amanah yang diberikan rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu.

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


Budak <b>Kodiang</b>...: pertembungan fikrah <b>di</b> rumah sewa tok chen.

Posted: 06 Aug 2012 07:36 PM PDT

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian hanya bagi ALLAH.
pagi yang tenang dalam bulan ramadhan yang mulia.
 ada 3 khabar kematian sepanjang bulan ramadhan ini.pertama, kematian tukang masak rumah anak2 yatim, tempat wajib kunjung sy dan rakan2 apabila cuti. kedua, kematian seorang pakcik berbaju biru yang sy lihat terlantar di jalan raya setelah kemalangan. dia terlantar dalam keadaan panas terik dan jalan raya yang sesak. ketiga, kematian anak kucing tiada bernama yang tumpang menetap di rumah sy tanpa dikenakan sebarang caj perkhidmatan .kerana terlalu banyak kucing yang datang dan pergi, seringkali kami kehabisan idea untuk memberi nama yg menarik kepada mereka. anak kucing yang baru meninggal ini kami gelar 'macam bulat' kerana corak bulunya yang sama dengan 'kakaknya' bernama Bulat. 
semalam,ALLAH mahu sy melihat bagaimana saat nazak makhlukNYA serta fasa penarikan roh dari jasad. cerita ringkasnya begini. sy membuka pintu rumah kerana mahu memastikan suara azan zohor. dan sy lihat 'macam bulat' itu terbaring dihurungi lalat. masih bergerak dalam kelemahan dan kepayahan.sy hanya mampu menghalau lalat menggunakan surat khabar. beberapa kali kepalanya seolah ditarik ke belakang. dan secara obvious,dua kali kepalanya 'ditarik' ke belakang sehingga hampir menyentuh bahagian belakang badannya. dalam situasi biasa, sudah pasti anak kucing yang sememangnya lemah sejak lahir itu tak akan mampu membuat aksi hebat 'membengkokkan' kepala ke belakang sebegitu. tetap sy percaya itu adalah fasa roh beliau keluar dr jasad. ibrah yg besar di bulan ramadhan. sehingga terdetik di hati "kucing pun sampai macam tu 'sakaratul mautnya', aku yg manusia ni macam manalah?".
sebenarnya entry kali sy nak bercerita tentang sesuatu. flashback 12 years ago.
dalam pekan kodiang, terdapat sebuah 'perkampungan' rumah sewa' yang dinamakan rumah sewa haji tokchen. seingat sy,di dalam kawasan tersebut terdapat 7 buah rumah sewa. setelah kematian haji tokchen, isterinya, tok piah mengambil alih tampung pemerintahan. kuasanya begitu luas. tidak seperti lazimnya rumah sewa, tuan rumah sekadar mengutip sewa. tetapi tok piah meluaskan bidang kuasa beliau secara sesuka hati. contoh :beliau memerintahkan penyewa menyapu sampah sekitar kawasan rumah sewa. beliau juga pernah meminta penyewa menyuruh anak memakai baju. pelbagai lagi contoh arahan2 pelik sebenarnya, tetapi tempoh 12 tahun agak menghakis memori.
lebih malang, tok piah sangatlah cerewet. arahan yang pertama terkadang berlawanan dengan arahan beliau yang kedua. contoh : beliau akan meminta penyewa menyapu daun2 pokok yang keguguran. setelah disapu, beliau complaint "janganlah sapu sampai nampak tanah". 
apabila tok piah keluar dari kediaman rasminya, beliau akan membebel itu dan ini. seringkali kalau terperasan kelibat tok piah lebih awal, kebanyakan dari penyewa akan bergegas masuk ke dalam rumah menyelamatkan diri..kalau tak sempat- kerana tok piah sudah awal2 nampak dan melarang kami melarikan diri, kami bersedia penuh redha mendengar ceramahnya. pernah sekali, dia membebel di bawah pokok nangka. sambil2 beliau membuat ulasan tentang buah nangka, beliau terus berceramah.sy yang masih kecil berharap sesuatu berlaku supaya tok piah diam. doa anak kecil sememangnya diberi perhatian oleh Tuhan seluruh alam. buah nangka yang besar tiba2 jatuh sewaktu tok piah mendongak!!! bedebuk!kena hidung! "yes!!!" hatiku rasa sgt best. tok piah dalam keadaan malu-malu kucing meminta diri untuk pulang sambil memegang hidung. apabila dia berlalu, seluruh penyewa yang ada di situ gelak berdekah-dekah. betapa gembiranya jiwa raga masing-masing.
dalam mendepani tok piah, penghuni rumah sewa haji tokchen terbahagi kepada beberapa kategori.
kategori Pertama: menentang sikap tok piah dalam memerintah secara terang-terangan. contoh: memboikot sebarang majlis yang dibuat di rumah beliau. kadang-kadang terjadi pertelingkahan mulut antara tok piah dan golongan kategori pertama.
[oh perhatian, tok piah akan menjemput semua penyewa hadir jika beliau membuat sebarang majlis makan2 dan sebagainya.tetapi jemputan itu seperti arahan yang mandatori untuk diikut, kerana sesiapa yg gagal hadir, akan berdepan rintangan demi rintangan dari tok piah bagi meneruskan kehidupan anda di rumah sewa haji tokchen. seolah2 tok piah mencontohi presiden Bush bushuk yg berpegang dengan prinsip "you are with me or against me". yang tak bestnya, kalau pergi majlis tu mesti nak kena tolong2 sekali.bukan boleh pergi dan balik sesuka hati.]
kategori kedua : silent protestor. mereka ini sememangnya tak puas hati dengan tok piah.mereka juga suka mengutuk tok piah.mereka akan berkumpul dan mengutuk. tetapi sudah pasti hanya di belakang. kerana apabila sahaja tok piah berada di hadapan mereka, mereka akan memberikan senyuman termanis .mereka akan mentaati arahan tok piah, mengiakan kata2 tok piah dan sabar dengan segala karenah tok piah.
kategori ketiga:  ini adalah kelompok manusia yang dilihat bersekongkol dengan tok piah. tidak mengkritik, tidak menunjukkan sebarang sikap tidak puas hati. mereka mengikuti semua rentak tok piah seolah2 mereka tidak punya hati perasaan sendiri untuk dijaga, bahkan mungkin tidak punya otak untuk mempertimbangkan ketidakwajaran perlakuan tok piah terhadap mereka. sungguh menjelikkan.
sewaktu kecil sy hanyalah pemerhati. dan sy mengikuti orang dewasa kategori pertama.setelah besar sy menganalisis kembali. sy nilai setiap kategori begini.
kategori pertama: golongan berpendidikan universiti. ataupun tidak berpendidikan, tetap mereka bergaul dengan golongan berpendidikan. mereka mempunyai kesedaran yg tinggi tentang benar dan salahnya sesuatu tindakan.dan mereka mengambil berat tentang hak mereka yg mesti dihormati sebagai penyewa rumah yang membayar sewa. mereka tidak takut dengan risiko yang bakal dihadapi seandainya tok piah marah.
kategori kedua : umumnya,mereka adalah golongan suri rumah. suami bekerja sebagai nelayan, pemandu teksi atau tidak bekerja.(mereka dan suami mereka sekali masuk kategori ini). kedudukan ekonomi tidak berapa kukuh. mereka juga tidak berapa jelas kenapa mereka tak suka tok piah.mereka hanya membenci 'kezaliman2' tok piah yang bersifat nampak di mata. seperti tok piah membebel, dan menyuruh itu dan ini. tetapi kebencian kepada pokok utama 'kezaliman' tok piah yang fundamental tidaklah mereka miliki. mereka benci bukan kerana tindakan tok piah dilihat menyalahi akhlak islam, atau menyalahi nilai2 kemanusiaan, atau menyalahi hak2 asasi mereka,  tetapi mengikut hati mereka. kalau tok piah buat sesuatu yang menganggu hidup mereka, baru mereka marah. kalau tak, takdelah rase marah. dan mereka takut dengan risiko kalau tok piah marah. susah kalau tak mampu bayar sewa on time. juga susah mahu mencari rumah sewa lain yang hanya berharga bawah RM100 sebulan di tempat lain sekiranya apa2 berlaku antara mereka dan tok piah. jadi mereka jadi silent protestor.
kategori ketiga : rumah golongan kategori ini agak jauh dari rumah orang lain. secara faktanya, paling dekat dengan rumah tok piah. mereka gagal mendapatkan maklumat panas yang cepat sekali beredar di kalangan penghuni yang lain. mereka duduk terperap dalam rumah mereka.sekali sekala sahaja berjumpa orang lain.sekali-sekala diberitahu tentang kezaliman tok piah, mereka bersikap tidak kisah. biarlah dilihat bodoh dan diperbodohkan, mereka tetap setia menyanjung & menghormati & mentaati tok piah secara meembuta tuli. kerana bagi mereka tok piah berhak melakukannya, kerana dialah pemerintah rumah sewa haji tokchen.dan tok piah kaya. kalau takde tok piah, takdelah kami dapat rumah sewa.
inilah analisis sy setelah meninggalkan zaman kanak2. seringkali apabila lalu di hadapan rumah sewa itu sekarang, sy melontarkan pandangan mengenang kisah silam yang lucu.
mengenang sy dan beberapa kanak-kanak lain lagi yang melakukan beberapa siri penentangan terhadap tok piah. kami tidak fikir tentang halal haramnya perbuatan kami. bagi kami tok piah jahat, maka dia patut menerima pembalasan sewajarnya. kami membaling mercun dalam rumah tok piah dalam keadaan sedar tok piah menghidap sakit jantung. hehehe.
berada dalam mana2 kategori pun dilihat remeh sahaja. tetapi satu kejadian yang agak menginsafkan berlaku. di sini terserlahlah kategori manakah yg baik, dan kategori manakah yg tidak baik.
ceritanya begini. tok piah ada seorang orang gaji indonesia. orang gaji itu secara curi2 berjumpa dengan kami, para penghuni rumah sewa haji tokchen. dia mengadu dikasari oleh anak tok piah. tok piah sendiri melayannya secara buruk. dengar cerita dialah. dia menangis. mungkin mahu mengadu.mungkin mengharap pembelaan.
pada suatu hari, tok piah tiada di rumah. orang gaji beliau keluar menangis2. yang tinggal dalam kawasan rumah sewa pada masa itu hanyalah golongan kategori kedua dan ketiga. orang gaji indon tersebut meminta tolong untuk membawa beliau lari dari kawasan itu.beliau sudah tidak tahan dengan layanan tok piah. sy masih ingat situasi itu. golongan kategori pertama tiada di rumah kerana bekerja. seorang pakcik (kategori kedua) yang bekerja sebagai pemandu teksi diminta tolong membawa orang gaji tersebut cepat2 sebelum tok piah pulang. tetapi dia tak mahu. kerana TAKUT pada tok piah. semua orang terus mengutuk2 tok piah. tetapi orang gaji tersebut dibiar tanpa pertolongan sehinggalah dia masuk ke rumah semula dan tok piah pun pulang.
sehingga kemudian setelah golongan pertama pulang dari bekerja, berita pantas tersebar. mereka pun bersimpati, marah dengan kezaliman tok piah lalu memberi bantuan secara senyap. sy sudah tidak ingat bentuk pertolongan yg diberikan.
golongan kategori pertama takkan dapat hidup dengan tenang di bawah pemerintahan tok piah. tetapi,mereka tidak mahu keluar kerana mereka adalah pembayar sewa yang paling baik, on time. jadi tok piah tiada hak menghalau mereka.namun tok piah sudah lama tidak suka dengan golongan kategori pertama. lantas akhirnya beliau menggunakan kuasa yang ada di tangannya tanpa memikirkan apakah tindaknnya itu diredhai Tuhan ataupun tidak. beliau meminta seorang anaknya yang bekerja sebagai peguam menulis surat rasmi menghalau golongan kategori pertama daripada rumah sewa haji tokchen. masih jelas di ingatan sy yang masih kanak2, surat itu tertulis "kerana kami mahukan kembali rumah itu". itu sahaja alasan yang mampu diberi oleh orang sombong yang bongkak. tiada undang2 yang dilanggar. maka alasan tak masuk akal digunakan buat 'mengajar' penentangnya.
golongan kategori kedua dan ketiga selamat. 
itulah kisah benar di rumah sewa haji tokchen.kisah masyarakat yang kelakar sebenarnya. kelihatan serius pulak melalui cerita sy. tetapi itulah kisah yg memberi ibrah jika otak kita sudi diperah. berfikir dan menilai. sy tak tahu adakah tok piah masih hidup atau sudah mati. kebanyakan penghuni sudah berpindah dari kawasan itu. semoga ALLAH mengampuni dan memaafkan tok piah. 
mengaplikasikan teori kisah rumah sewa tokchen ke dalam kehidupan masyarakat kita hari ini, sama sahaja. masyarakat kita sama ada menentang kemungkaran yang dilakukan pemerintah secara terang-terangan, dan mengajak kepada kebenaran juga secara terang-terangan. kerana mereka faham. kerana mereka cintakan kebenaran. kerana tertanam rasa cintakan risalah Tuhan.
 " Dan di antara orang-orang yang telah kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan (dasar) kebenaran, dan dengan itu (pula) mereka berlaku adil". : Al-A'raf: 181" 
"Dan hendaklah ada satu golongan di antara kamu, yang menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran": ali-Imran: 104.
dan mereka pasti menghadapi cabaran yang memedihkan.

manakala masyarakat yang termasuk kategori kedua, bagus juga kerana sekurang2nya mereka membenci tindakan yang zalim.

" jika kamu melihat kemungkaran, ubahlah dengan tangan kamu. jika tak mampu dengan lidah, jika tak mampu dengan hati.itu selemah2 iman"-adaptasi hadith. 
tetapi takkanlah selamanya kita mahu berada dalam list selemah2 iman.
manakala golongan kategori ketiga paling tak terpakai sekali. mereka selesa dalam kejahilan dan kedunguan mereka. otak yang diberikan ALLAH digunakan untuk untuk perkara2 tak mencabar seperti memikirkan tentang makan minum, kereta, tempat tinggal sahaja. kalau perkara itu menguji minda, seperti berfikir tentang yang hak dan batil, mereka segera migrain. tidak mahu terus berfikir. secepat mungkin mereka mahu makan panadol dan tidur.  kejahilan dan kedunguan mereka boleh dimaafkan kalau natijahnya hanya menimpa mereka, tetapi malangnya, ia menimpa orang lain yang tidak bersalah juga. kerana tunduknya mereka pada kezaliman, menambah kekuatan pada si zalim untuk terus berbuat kerosakan.
tiba2 sy rasa malas nak terus menulis. fikirlah sendiri pengajaran dan kesimpulannya.
p/s 1: tok piah dan tok chen bukanlah nama sebenar.edit sket. tak baik kot bagitau nama sebenar.
p/s 2: entry kali ni panjang, sebab tak tahu berapa bulan lagi sy akan update.
p/s 3: sy selalu cari pasal dengan cucu tok piah yang tak puasa di bulan ramadhan (umur cucu dia 6tahun pada masa tu).

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Travel and Food: SePeTaNg <b>Di TaNjUnG DaWai</b>, KeDaH

Posted: 21 May 2012 12:10 AM PDT

Assalamualaikum....


Entry kali ni saya nak share activity saya bersama mak dan juga ayah saya ketika saya pulang ke kampung 2-3 hari lepas. Sudah 2-3 kali peluang untuk balik Penang terpaksa dibatalkan akibat keadaan yang tak mengizinkan. Every month kalau tak balik Penang, memang hati saya tak kan tenteram. My sis a.k.a akak angkat saya, pernah tanya saya.."Orang lain yang balik kmpg just hari raya jer..boleh jer..nape hang tak boleh?" hehehe..susah nak explain betapa perlunya saya balik every month. My mom sendiripun tak senang hati kalau saya tak balik..sure dia akan tanya dan tanya bila saya nak balik. Bulan ni saya dah 2 kali make my mom frustrated sebab tak jadi balik sebab urgent tender nak kena submit. Cuti memang tak boleh apply sekarang ni..applypun kena reject..everytime balik Penang sure saya akan emergency leave ataupun mc jer..i don't care (",)


Saya dah terlepas mother's day..so kali ni balik nak special skit la for my mom. So saya minta opinion kwn2 facebook. Sorang kawan saya rekomen Tanjung Dawai...good idea i think. Saya balik Jumaat..sampai Penang tengahari. Dalam pukul 4pm saya bertolak dari rumah menuju ke Tanjung Dawai. Tak susahpun nak ke sana...just follow signboard.


Jom tengok pic...
Tanjung Dawai ni terkenal dengan produk2 ikan kering, keropok, belacan etc. Kompleks kat sini taklah sebesar pasar Siti Khadijah (Kelantan) atau Pasar Payang (Terengganu). Nak parking pun senang, keadaan tak crowded langsung time saya pergi ni. Ada 2 options nak kesini. Pertama drive dari umah saya (Penaga) ke Pantai Merdeka dan seterusnya naik bot dalam 5 minit terus smpai ke Tanjung Dawai. Dari rumah saya ke Pantai Merdeka hanya 30 minit. Cara ke-2 drive terus ke sana. Saya ambil option ke-2. Lebih kurang sejam lebih saya drive.  
Keropok lekor...kepada sesiapa yg ke sini, saya nasihatkan beli keropok lekor yg saiz paling kecik sebab ikannya lg byk dari yang saiz normal. 






Sotong nipun dijadikan sotong masin agaknya






Keropok2 pun berjenis2..colourfull plak tu. Syok tgk makayah saya shopping..hehe. 




Tenang jer kat sini...saya bw makayah relax kt jeti sini...
Inilah rupa jeti...bot tersebutlah yang boleh bw kita keseberang 


Teruk betul rupa jeti ni..kesian2


Next destination...makan time!!!!! My fren sorg ada stay kat area ni..so saya minta opinion dia restoran mana yg paling best. Then dia ckp restoran no. 2 dari Tanjung Dawai...nama restoran tu adalah Anjung Muara. My daddy pilih ketam..then saya pilih ikan..hehehe. Kira ni celebrate mother's day la..hehe.




Ada bumbung menarik kat sini..hehe. Kami duduk bwh ni la. Akar2 pokok atas bumbung tu terjuntai2..menarik.






Taraaaa...ikan merah yang sangat garing..saya minta wat masak 3 rasa.




Taraaaa...ketam masak cili...kepitnya sudah dipotong2...senang nak makan..sangat2 freshhhhh!!!




Sotong goreng tepung...pun sedap. Tomyam lupa plak nak snap.




Sunset area tmpt kami makan...
Alhamdulillah makayah saya sangat2 happy. Mak saya ckp beliau dah berbelas tahun tak datang ke Tanjung Dawai..siap janji dengan saya utk dtg lagi selepas smua stok ikan kering serta belacan beliau habis…hehe. Saya ada niat nak bawa makayah jalan2 jauh sikit tapi datuk dan datin ni tak nak. Sedekat nipun kedua2 datuk datin ni dah excited, apatah lagi kalo saya bawa lagi tmpt jauh2..hehe. Mudah-mudahan plan kami bertiga nak ke Tanah Suci selepas adik abis study akan tercapai..aminnnn!!!

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


Hairie Othman Boleh Bertanding <b>Di Pendang</b>, Proksi Mat Sabu <b>...</b>

Posted: 31 Jul 2012 06:29 AM PDT

Sekalipun tidak menzahirkan perasaan secara berterus-terang, bekas pelakon yang pernah ditangkap khalwat tidak lama dahulu, menyatakan dia bersedia serta akan menerima sekiranya dicalonkan mewakili PAS pada PRU akan datang. 

Hairie Othman, bekas pelakon yang sebenarnya kurang menerima tawaran lakonan kerana masalah disiplin, menyatakan perkara itu di Kuala Nerus. Beranggapan konon-kononnya penyertaan artis-artis ke dalam PAS sebagai satu fenomena baru dan penerimaan PAS sebagai sesuatu yang luar biasa, Hairie Othman barangkali langsung tidak pernah belajar tentang sejarah PAS semenjak dia menjadi ahli PAS secara rasmi pada Jun lalu.

Sebelum Hairie Othman, Aisyah dan Abby Abadi, sudah ramai artis yang menyertai apatah lagi menyokong PAS. Akil Hayy adalah salah seorang daripada mereka. Begitu juga Ringgo, penyanyi kumpulan Arrow, telah terlebih dahulu menyertai PAS. Bagaimanapun, tidak seperti Hairie Othman yang tidak mempunyai punca pendapatan selain berceramah, terutama selepas kedai internet sibernya di Pulau Pinang barangkali telah ditutup, menyebabkan dia bersungguh-sungguh menekuni bidang ceramah. 

Berceramah di dalam PAS, ibarat darah yang mengalir dalam badan. Ia adalah satu kewajipan. Manakala ahli-ahli PAS yang dahagakan maklumat pula tetapi amat anti dengan semua sumber maklumat kecuali yang datang dari kumpulan mereka sahaja, akan menderu-deru untuk mendengar ceramah. Malahan, ceramah-ceramah yang tidak bermutu dan entah siapa-siapa juga, mampu menghadirkan penyokong-penyokong PAS yang kerja mereka hanyalah berpolitik saban masa. 

Ceramah adalah punca pendapatan para pemimpin PAS. Kalaulah ceramah diharamkan oleh Kerajaan Pusat, barangkali ramailah pemimpin PAS yang terpaksa mengemis menadah tempurung di tepi jalan mengharapkan simpati. Tiada sebarang kemahiran dan kepakaran bagi kalangan pemimpin PAS kecuali berceramah atau mengajar agama walaupun ramai pengajar agama berjenama PAS, hanya sekadar membaca dari kitab-kitab yang mudah ditemui di pasaran. 

Dek kerana itulah, mereka sentiasa gagal membezakan antara mengeluarkan fatwa atau menerangkan hukum sehinggakan ramai daripada mereka mengeluarkan fatwa dan ijtihad secara memandai-mandai. 

Perihal Hairie Othman, penyelewengan niatnya boleh diperhatikan dan dikesan apabila menyatakan bahawa dia telah melakukan PENGHIJRAHAN AGAMA DAN POLITIK apabila menyertai PAS. Takliq yang secara membabi-buta dipakai oleh ahli-ahli PAS ialah POLITIK DAN AGAMA TIDAK BOLEH DIPISAHKAN. Lantaran itulah, ramai yang beranggapan, termasuklah Hairie Othman, bahawa PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS. 

Kalau hendak diulas tentang POLITIK DAN AGAMA, pastinya ramai orang PAS yang akan melenting sepertimana mereka tidak faham bagaimana TAKBIR yang sering mereka laungkan boleh menjadi HARAM dan MAKSIAT. Kegagalan mencari ilmu yang benar menyebabkan kebanyakan mereka beriktikad begitu….

Sesuatu yang amat menyedihkan tetapi menggembirakan kebanyakan para pemimpin PAS!

Justeru, apabila Hairie Othman telah pun membayangkan keinginannya untuk dicalonkan dalam PRU akan datang mewakili PAS, ia sudah cukup untuk mencerminkan betapa bercelarunya fikiran dan tahap ilmu yang ada pada bekas pelakon yang pernah ditangkap khalwat itu. Kalau kekecewaan kerana industri hiburan yang diceburinya gagal memberi makan kepadanya, sehingga akhirnya dia muncul dengan kerjaya barunya iaitu BERCERAMAH.

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


sumijellymanis: Raya Kami Bhg. 3 : Merayap <b>di Yan</b>, <b>Kedah</b>.

Posted: 24 Sep 2012 01:11 AM PDT


Sambung lagi cerita raya.  Raya dah berlalu pergi, tapi masih lagi nak cerita.  Masih menggunakan alasan cuti raya yang lama di kampung.   En WTT bawak kami berjalan-jalan lagi.  Yang ni kejadian pada raya ke bila aku tak berapa ingat tapi rasanya raya ke belas-belas  dah.   
Daerah Yan dengan Sik ni pun tak jauh  sebenarnya, kalo jalan clear lebih kurang setengah jam ke 45 minit sampai dah..  Sepanjang hidup, ini pertama kali aku jejak kaki ke kawasan Yan ni, nama saja orang Kedah. Sedih bunyinya. Hehehe
Luas  jugak daerah Yan ,  dia macam  gabungan tiga pemandangan indah yang berlapis-lapis.  Di hujung sana  ada gunung-gunung, di tengah-tengahnya sawah padi dan jugak pantai…  Yang pasti Yan ni banyak kawasan perkelahan dan air terjun yang sungguh cantik.  Sangat menggoda naluri semulajadi mak yang sukakan air nih tapi oleh kerana terpapar papan tanda memberi amaran tentang gejala-gejala penyakit kencing tikus, terus termati nafsu nak mandi manda di situ.  Kami hanya tengok-tengok saja sambil menikmati keindahan alam sekitar.   Terkagum sebentar mak dibuatnya.  Chalet-chalet jugak banyak didirikan untuk para pelanciong yang ingin menetap di sana, sambil menikmati udara sejuk dan redup. 
 



  
 
 
 
Tapi sat sebelum tu nak tunjuk satu gambar yang buat aku terkagum-kagum dan rasa nak balik pindah dok Kedah time tu jugak…
Ni ada dua plastik cucoq ni, satu cucoq pisang satu lagi cucoq cempedak.  Dua-dua aku beli RM2 setiap satu.  Kiranya cucoq pisang RM2, cucoq cempedak RM2.  Bukak plastik terus macam wahhhh gila banyak.. Kira punya kira.. sekeping cucoq pisang bersamaan dengan sekupang.  Gila kagum wei… macam tu jugak dengan cucoq cempedak.  Dengan RM4 kami dapat 20 keping cucoq pisang dan 18 bijik cucoq cempedak.  AKu doakan murah rezeki makcik penjual cucoq2 nih! Amin…  Kat sini mana nak dapat rega tu.. Yang selalu dok tengok kat pasar malam belah-belah sini, cucoq pisang RM1 dpt 4 keping, manakala cucoq cempedak sebijik 40c. 
Tapi cucoq ni bukan beli kat Yan la, yang ni beli kat Baling.  Depan sekolah berhampiran dengan jalan masuk nak ke Air Panas Ulu Legong tu.. hehehe.  OK sori mak terkeluar dari landasan penceritaan hari ni.  Aku tak mampu nak menyekat keterujaan menceritakan perihal cucoq tersebut dalam entry kali ni..
Dan pasal Yan tu, nanti aku citer pelan-pelan ya… aku dah tak mampu nak menaip or bercerita kerana tetiba lapaq cucoq pisang dan cempedak.  Nyesal plak cerita.. hihihi !

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


Khutbah Penyeleweng: Anwar Berjaya Bodohkan PAS <b>Padang Serai</b>

Posted: 12 Sep 2012 02:55 AM PDT

Kalau PAS Kedah masih lagi tidak nampak apa yang telah berlaku, bahkan sanggup bertakbir dan mengangguk-angguk kerana konco-konco Anwar menggunakan mimbar masjid untuk membesar-besarkan Anwar Ibrahim, barangkali memang sudah dekat sangatlah PAS dengan liang lahad. Barangkali juga, PAS sudah tidak kisah sama ada parti itu akan dikencing anak cucu pengikut setia sekarang ini semata-mata untuk mengambil hati Anwar Ibrahim. 

Selama ini, kekuatan PAS adalah mimbar masjid, aktiviti-aktiviti di surau dan masjid. PAS seperti memonopoli semua masjid dan surau, dari waktu subuh sehinggalah bertemu subuh. Dari Imam sehinggalah AJK masjid, semuanya dimonopoli oleh orang-orang PAS. Manakala orang-orang UMNO pula lebih rela mengalah bagi membolehkan masjid terus dimakmurkan dan diimarahkan. Lagipun, dalam bab-bab agama, jarang benar orang UMNO mahu bertegang leher dengan orang PAS yang rata-rata perasan mereka lebih baik dan lebih tahu dalam hal-hal akidah dan furu'. 

Namun dalam hal Anwar Ibrahim, orang-orang PAS akhirnya menjadi berhala bisu dan pekak. Mereka tidak sahaja nampak atau dapat memikirkan bencana yang akan menimpa PAS, bahkan menyanggupi untuk mempercepatkan PAS dikuburkan. 

Apabila konco-konco dan pemuja Anwar Ibrahim mengambil kesempatan daripada ruang yang ditinggalkan oleh PAS di masjid-masjid dan surau-surau bagi membesar-besarkan dan mendewa-dewakan Ketua Umum PKR itu, segala tuduhan dan kesalahan akan tertimpa pada PAS walaupun sebenarnya PAS langsung tidak bersalah dalam hal ini. 

Seperti yang diketahui, Anwar Ibrahim dan konco-konconya amat licik. Namun PAS langsung tidak peka atau sensitif dalam hal ini. Para pemimpin PAS amat mudah ditipu oleh Anwar Ibrahim meskipun pada masa yang sama, cukup berwaspada dan sentiasa syak wasangka terhadap apa-apa sahaja yang mempunyai elemen UMNO. Sehinggakan wang bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat tanpa mengira fahaman parti politik pun, dianggap sebagai rasuah dan suasana terdesak UMNO dan Barisan Nasional untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat Malaysia. 

Ekoran khutbah Jumaat pada 7 September 2012 di Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai, segala kesalahan kini diletakkan di atas batu jemala PAS Padang Serai. Masjid tersebut cukup terkenal sebagai markas PAS sekalipun masjid berkenaan berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Kedah. Dengan segala macam pemakluman tentang aktiviti PAS di papan kenyataan masjid berkenaan, sehinggalah penguasaan pentadbiran masjid, menjadikan rumah ibadat itu sebagai tempat yang tidak selayaknya memberikan ruang langsung kepada konco-konco Anwar Ibrahim. 

Tanda tanya kini timbul, berbanding Anwar Ibrahim yang dibesar-besarkan, mengapa nama-nama para pemimpin PAS yang jauh lebih baik akhlak dan ilmu agamanya berbanding Anwar Ibrahim tidak disebut oleh khatib berkenaan? Apakah Rasulullah s.a.w lebih mengenali Anwar Ibrahim kerana Anwar Ibrahim masyhur di persada antarabangsa dengan bantuan Zionis berbanding Tuk Guru Nik Aziz, Tuk Guru Abdul Hadi Awang, Tuk Guru Haron Din, bahkan Ustaz Azizan Abdul Razak sendiri?

Secara tidak langsung, apakah PAS Padang Serai sebenarnya lebih menonong menyokong Anwar Ibrahim berbanding kepimpinan PAS Pusat sendiri? Secara tidak langsung menyokong segala perlakuan aneh dan menyongsang Anwar Ibrahim berbanding kezuhudan yang ditunjukkan untuk diteladani daripada para pemimpin PAS?

Dari zaman Anwar Ibrahim berada di luar UMNO, di dalam UMNO sehinggalah diterajang keluar dari UMNO, terlalu banyak tindakan dan cakap-cakapnya yang mempersenda-sendakan PAS. Anwar Ibrahim tidak pernah melihat PAS sebagai rakan kongsi sebaliknya sebagai pecacai yang boleh dipermain-mainkan. Tengok sahajalah apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor… di mana kedudukan PAS di kedua-dua negeri tersebut?

Namun, apa layanan yang diberikan oleh PAS kepada Anwar Ibrahim? 

PAS sentiasa mendahulukan Anwar Ibrahim berbanding para pemimpin agung dalam PAS sendiri… tidakkah ianya akan menjadi bahan ejekan anak cucu para pengikut PAS yang selama ini berkorban jiwa raga dan wang ringgit. Bahkan ada yang sanggup menjual tanah dengan hasil jualan tanah tersebut diserahkan kepada PAS, sedangkan mereka sendiri menumpang di tanah orang.

Semuanya dilakukan semata-mata untuk PAS, sedangkan pada masa yang sama, para pemimpin dalam PAS baik yang kecil mahupun yang besar, lebih mengutamakan Anwar Ibrahim yang tidak pernah ikhlas terhadap PAS. PAS kuat di Kedah. PAS bagi tumpuan kepada UMNO yang sentiasa melakukan serangan tetapi PAS tidak pernah peduli dengan kerosakan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya dari dalam.

Simpati kepada PAS yang tidak pernah pandai-pandai walaupun sudah wujud lebih 50 tahun….

Sabtu, 29 September 2012

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


Hari Raya Berdarah Buat Peniaga Melayu <b>Di Jitra</b> Angkara Majlis <b>...</b>

Posted: 31 Jul 2012 12:12 AM PDT

Aneh sungguh perangai Majlis Daerah Kubang Pasu kerana tindakan yang mereka ambil dilihat seperti pembodek dan penjilat taukeh-taukeh besar, sehinggakan mereka tidak peduli dengan kekejaman yang sedang mereka lakukan, bakal menyebabkan Kerajaan Negeri sekarang ini terdedah sebagai lemah, korup dan penzalim. 

Atau dalam bahasa yang lebih mudah faham, semakin dekat umat Islam hendak berhari raya, semakin giatlah juga penindasan dan kezaliman yang dijalankan oleh PBT yang motif mereka, sudah dapat dibaca.

Hari ini, sepatutnya upacara merobohkan 8 gerai Melayu di hadapan Pasaraya Yawata, Jitra telah dijalankan oleh anggota-anggota penguatkuasa Majlis Daerah Kubang Pasu.

Notis perobohan tersebut telah diserahkan kepada kelapan-lapan orang pemilik gerai menjual pakaian di hadapan pasaraya berkenaan pada 30 Julai 2012.

Anehnya, dakwa peniaga-peniaga bermusim itu, pemilik Pasaraya Yawata sebelum ini telah memberikan kebenaran kepada mereka untuk menjual pakaian di hadapan premisnya. Bagaimanapun, tindakan MDKP bagaikan ingin menjaga hati taukeh pasaraya tersebut dengan bertindak kejam tanpa menghiraukan kebenaran yang telah diperolehi oleh peniaga-peniaga terbabit. 

Sudahlah untung tak seberapa, kini kelapan-lapan pemilik gerai itu, terpaksa berputih mata, menanggung kerugian dan dimalukan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu yang mungkin berasakan tindakan menjaga hati taukeh Yawata lebih mulia dan lebih afdal. 

Perniagaan bermusim seperti yang sedang melanda di seluruh negara sekarang, sebenarnya bukanlah baru. Sebelum Yawata atau gedung-gedung perniagaan besar lain wujud, fundamental kepada perniagaan besar itu adalah peniaga-peniaga kecil. Malah peniaga-peniaga kecil banyak memberikan sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada pasaraya dan gedung-gedung lebih besar. 

Mungkin kerana terlalu ingin menjaga hati dan perasaan taukeh-taukeh yang ada banyak duit dan boleh menghantar hamper-hamper besar ke pejabat Majlis menjelang penghujung Ramadan nanti, maka pegawai-pegawainya memutuskan untuk terlebih dahulu menjaga hati dan mengampu serta membodek walaupun ianya kelihatan amat menjijikkan. 

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Saifuddin Nasution Bakal Rampas Peluang PAS <b>di Kulim</b>-Bandar Baru

Posted: 07 Apr 2012 03:52 AM PDT

Sudah menjadi tradisi, kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baru akan ditandingi oleh PAS. Walaupun PAS tidak pernah menang di kerusi tersebut tetapi peningkatan jumlah penyokong di kawasan yang menggabungkan dua daerah dengan pengundi Melayu adalah pengundi majoriti, begitu ketara.

Kemenangan PKR yang pada waktu itu diwakili oleh Zulkifli Nordin di kerusi Kulim-Bandar Baru sebenarnya sangat bergantung kepada sokongan ahli-ahli PAS di kawasan berkenaan. PKR tidak mempunyai asas di Kulim-Bandar Baru. Bahkan kekuatan PKR di Kulim-Bandar Baru juga sangat minima.

Ura-ura Kulim-Bandar Baru dituntut oleh PAS untuk ditandingi semula, telah lama disuarakan. Kemelut PKR di Kulim-Bandar Baru bermula apabila Anwar Ibrahim meminta Zulkiflli Nordin mengosongkan kerusi tersebut bagi membolehkan dia bertanding di situ dalam satu pilihanraya kecil. Zulkiflis Nordin bagaimanapun enggan menyerahkan kerusi tersebut untuk ditandingi oleh Anwar menyebabkan Anwar terpaksa meminta isterinya, Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat melepaskan jawatannya selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan Anwar bertanding di kerusi itu.

Antara pemimpin utama PAS kawasan Kulim-Bandar Baru yang mempunyai potensi besar untuk menguasai kerusi berkenaan adalah Hasan Abdul Razak yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan. Hasan Razak mempunyai kekuatan yang telah dibina dari penghujung 1970-an lagi iaitu semenjak dia menamatkan khidmat sebagai anggota tentera.

Hasan Razak pernah bertanding sebagai calon PAS di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baru pada awal 1990-an tetapi kalah di tangah Kadir Syeikh Fadzir. Bagaimanapun, kekalahan tersebut tidak pernah menggugah semangatnya untuk terus berjuang bersama-sama PAS. Kemuncak kerjaya politiknya apabila dia dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS III Kedah dan Pegawai Khas Azizan Abdul Razak. Malah dikatakan, Hasan Razak merupakan antara orang yang sangat mahir dengan segala polisi dan dasar yang diperkenalkan oleh Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar, jauh lebih hebat berbanding pemimpin-pemimpin PAS Kedah yang lain.

Namun berita terbaru yang diterima, Saifuddin Nasution dikatakan akan dihantar oleh Anwar Ibrahim ke Kulim-Bandar Baru untuk bertanding di kerusi Parlimen tersebut. Sekaligus pada masa yang sama, menolak keutamaan Hasan Razak untuk kerusi tersebut. Sedangkan pada masa yang sama, baik Saifuddin Nasution atau mana-mana pemimpin PKR di Kulim-Bandar Baru tidak akan ke mana-mana tanpa sokongan daripada Hasan Razak dan para penyokongnya.

PKR bukan berada dalam kedudukan terbaik di Kulim-Bandar Baru untuk merampas kerusi yang dipinjamkan oleh PAS kepada PKR untuk PRU12 lalu. PKR di Kulim-Bandar Baru yang hanya bergantung harap kepada sokongan masyarakat India yang kini tersangat aktif berkempen untuk Barisan Nasional, juga bercakaran antara satu sama lain. Dengan kata lain, tanpa sokongan PAS, PKR di Kulim-Bandar Baru besar kemungkinan akan kehilangan wang deposit.

Walaupun nama Saifuddin Nasution mungkin bagi sesetengah orang kelihatan sangat gah, tetapi tanpa akar umbi, Saifuddin Nasution hanyalah katak betung yang kuat berbunyi tetapi badannya kecil.

Pakatan tidak akan menang di Kulim-Bandar Baru tanpa PAS di kerusi tersebut. Siapa yang lebih tahu tentang masalah penduduk dan pengundi di Kulim-Bandar Baru bagi kalangan orang Pakatan selain Hasan Razak. Sedangkan Saifuddin Nasution pula hanyalah penyinggah di Kulim-Bandar Baru. Atau dengan kata lain, Kulim-Bandar Baru merupakan tempat yang sangat asing kepada Saifuddin Nasution berbanding Hasan Razak yang sememangnya bermastautin serta memberikan khidmat kepada penduduk Kulim-Bandar Baru!

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Makam Tok Pasai Terbiar Tidak Disedari Kewujudannya <b>Di Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 06 May 2012 05:00 PM PDT

KUALA KEDAH – Makam Tok Pasai yang menjadi khazanah peninggalan sejarah berharga di Kedah, seolah-olah terbiar reput tanpa sebarang penjagaan sewajarnya sebagai salah satu artifak penting bukti kewujudan pengaruh awal Islam di negeri Jelapang Padi ini.

Makam yang tidak diselenggara dengan baik oleh pihak berwajib itu turut diakui oleh portal rasmi Kerajaan PAS Negeri Kedah, Warta Darulaman, yang menulis bahawa makam tersebut seolah-olah tidak disedari dan tidak diendahkan kewujudannya.

Persoalannya, meskipun Kerajaan PAS  Kedah menyedari keadaan tersebut, mengapa khazanah tidak ternilai itu tidak dipelihara sebaik-baiknya sebagaimana yang dilakukan oleh pentadbiran sebelumnya?

Makam tersebut yang dahulunya terjaga rapi dan menjadi tumpuan para pelancong sementara meninggu feri untuk ke Pulau Langkawi, kini semakin buruk dan reput binaannya, serta tidak lagi dipedulikan sesiapa pun.

Terletak di dalam kawasan tempat letak kereta di jeti berkenaan, makam tokoh ulama ulung di Kedah itu bagaikan tidak diketahui apabila tiada sebarang papan tanda yang jelas bagi menunjukkan ia berada di situ.

Saya yang berada di jeti tersebut baru-baru ini bagaimanapun sempat menghadiahkan "Al-Fatihah" buat Tok Pasai, seorang pejuang agama Islam yang berhijrah dari kepulauan Indonesia setelah diburu penjajah Belanda pada tahun 1844 itu.

Amat sedih apabila melihat makam seorang tokoh yang berjasa besar dan sangat dihormati oleh rakyat negeri Kedah itu dibiarkan tidak terjaga oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah yang kononnya juga 'pejuang" Islam.

Jika dahulu ia terjaga rapi dengan dua batu nesan diletakkan di pusaranya, kini hanya tinggal satu batu nesan dan kain penutupnya juga sudah hilang entah kemana…

Sepatutnya, lokasi tarikan pelancong beginilah yang perlu dijaga dengan baik oleh Exco Pelancongan Negeri Kedah yang bertanggungjawab, S Manikumar.

Apakah disebabkan S Manikumar merupakan bukan penganut agama Islam maka dia sewenang-wenangnya mengenepikan pemuliharaan peninggalan sejarah awal Islam di Kedah itu?

Di Kedah, terdapat begitu banyak lokasi pelancongan menarik dan sangat kaya dengan khazanah sejarah yang tidak ternilai untuk dilawati oleh pelancong sama ada dari dalam atau luar negara.

Namun dengan tiada fokus yang diberikan oleh Exco bertanggungjawab dan dia lebih gemar naik turun pentas untuk berceramah politik, tugas yang diamanahkan oleh rakyat melalui undi pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu telah dikhianati.

Tidak hairanlah jika industri pelancongan kini merosot di Kedah dan para pelancong lebih tertarik untuk "melencong" dari Kedah ke negeri lain sebagai destinasi utama mereka.

Pasar <b>Kuala Kedah</b> Tidak Terurus Angkara ADUN, Ahli Parlimen <b>...</b>

Posted: 08 May 2012 07:31 PM PDT

KUALA KEDAH – Walaupun mengaku bahawa kebersihan adalah sebahagian dari amalan Islam yang menjadi pegangan Kerajaan PAS Negeri Kedah, keadaan Pasar Kuala Kedah yang kotor tidak terjaga dan dibiarkan tanpa penyelanggaraan begitu menyakitkan setiap mata yang memandang.

Namun bagi para penduduk di kawasan ini, mereka tidak punya pilihan lain untuk mendapatkan keperluan harian lain dan terpaksa menahan busuk untuk pergi ke pasar yang kian tidak terurus di Jalan Kuala Kedah itu.

Pasar Kuala Kedah dibina ketika di era pentadbiran bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Datuk Seri Syed Abdul Razak dan sehingga tahun 2008, pasar tersebut dijaga dengan baik, bersih dan teratur untuk kegunaan peniaga serta masyarakat setempat.

Namun rupa pasar yang menjadi tumpuan utama rakyat di sekitar kawasan Kuala Kedah itu bertukar rupa setelah negeri Kedah jatuh ke tangan PAS yang memenangi pilihanraya pada tahun 2008.

Sejak itu, para peniaga dan penduduk di kawasan berkenaan sering merungut dengan keadaan pasar yang semakin teruk dari hari ke hari.

Melihat keadaan itu, ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa pernah sekali melawat pasar itu dan mengakui tentang keadaannya yang semakin mendukacitakan.

Dia menyatakan bahawa pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sedang dalam perancangan untuk memperbaiki pasar tersebut selain hanya mencadangkan agar diadakan program gotong royong di pasar tersebut.

Difahamkan oleh para peniaga di situ bahawa hanya sekali itulah Nasir melawat pasar tersebut dan tiada lagi lawatan selepas itu. Malah tiada pihak pun yang tampil memperbaiki atau menyelenggara pasar berkenaan atau mengadakan gotong royong di situ.

Berdasarkan aduan beberapa peniaga yang sempat ditemui, keadaan pasar tersebut semakin teruk di mana sumber bekalan air bersihnya hampir tidak berfungsi, bekalan elektrik yang tidak sempurna dan sampah sarap yang tidak diuruskan atau dipantau oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sikap Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim turut dibidas oleh beberapa pengunjung pasar berkenaan di mana dia dikatakan tidak membuat sebarang kerja di kawasan yang diwakilinya.

Dia juga dikatakan lebih banyak menghabiskan masanya di Kuala Lumpur dari meninjau kawasan Parlimen Kuala Kedah dan tidak menjalankan tugas yang diamanahkan rakyat di situ.

"Kalau dia balik ke sini pun, dia balik untuk ceramah politik saja. Tak pun, dia akan balik sini kalau Anwar Ibrahim datang ke Kedah. Kalau tidak, memang dia takdak di kawasan," kata seorang peniaga yang enggan dirakamkan gambarnya.

Desas-desus memperkatakan bahawa Ahmad Kassim enggan menjalankan tugas di kawasan ini disebabkan PAS Kedah yang dikatakan mahu mengambil alih kerusi Parlimen Kuala Kedah yang kini di bawah penguasaan PKR.

Pun begitu, ada juga desas desus yang menyatakan bahawa masalah Pasar Kuala Kedah itu sengaja dibiarkan berlarutan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Taulan Rasul, kerana mahu "membalas dendam" kepada pentadbiran Menteri Besar Kedah, Azizan Razak, yang "tidak mesra Exco".

Apa yang dikesali oleh para penduduk setempat dan peniaga di sini ialah sikap permainan politik yang melibatkan Mohd Nasir, Ahmad Kassim, Taulan Rasul dan Azizan Razak telah menyebabkan mereka menjadi mangsa keadaan.

Kawasan Kuala Kedah terbiar dan tanggungjawab menjaga kesejahteraannya "dikuis-kuis" bagaikan bola di mana para pemimpin yang diberi kuasa pada PRU12 yang lalu saling tolak menolak antara satu sama lain.

Persoalannya, Pilihanraya Umum ke-13 menjelang tiba dan apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat Kuala Kedah akan terus terbiar tanpa pembelaan begitu? Siapa yang perlu dipertanggungjawab?

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


DPP <b>PADANG TERAP</b>: Ribuan Manusia <b>Di</b> Ceramah Abby Abadi <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2012 08:39 AM PDT

Melayu Mengamuk <b>Di Padang Terap</b> Kerana Ahli Parlimen Tak <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 02:00 AM PST

Ahli Parlimen Padang Terap adalah Mohd Nasir Zakaria dari Parti PAS. Pada ketika berkempen PRU12 lalu, pelbagai janji telah ditabur. Antara janji-janji yang sehingga kini dipegang kejap oleh para penduduk dan pengundi di Padang Terap adalah membantu meringankan bebanan penduduk terutama sekali golongan marhein.

Namun setelah mendapat kuasa, lain pula ceritanya. Bukan bantuan yang diberikan, tetapi masalah kepada penduduk di Padang Terap. Paling ketara sekali ialah peniaga-peniaga pekan nat di Padang Terap.

Dengan beralasankan KOTOR, Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) bertegas untuk menutup operasi pekan sehari atau pekan nat di Naka selama dua minggu. Pun begitu, kebanyakan orang di Naka tahu, penutupan tersebut berpunca daripada persaingan politik. Akibat persaingan dan permainan politik oleh Mohd Nasir Zakaria, akhirnya yang menjadi mangsa adalah peniaga-peniaga pekan nat Naka.

Penutupan pekan nat Naka dibuat dari 5 Februari 2012 sehingga 18 Februari 2012 atas arahan Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap. Dan penutupan tersebut dibuat tanpa sebarang rundingan atau perbincangan dengan peniaga-peniaga di pekan nat itu.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Majlis Daerah Padang Terap, Abdul Ghafar Yahya berkata, peluang telah diberikan kepada para peniaga di pekan nat Naka untuk menjaga kebersihan. Disebabkan keengganan dan sikap sambil lewa para peniaga, maka tindakan menutup pekan nat itu dibuat untuk dibersihkan.

Yang menjadi persoalan ialah, setiap peniaga dikenakan sejumlah bayaran tertentu oleh pihak majlis. Bagaimanapun, menurut Abdul Ghafar, bayaran tersebut adalah untuk sewa tapak, bukannya untuk kos pembersihan yang dilakukan oleh pihak majlis. 46 kes demam denggi dan 20 kes kencing tikus dipersalahkan kepada para peniaga pekan nat, sekalipun yang sepatutnya menjalankan tugas pembersihan pada sepanjang masa adalah Majlis Daerah Padang Terap sendiri.

Siang tadi, dari jam 9:45 pagi sehingga 11.30 pagi, satu demonstrasi aman telah diadakan oleh peniaga-peniaga pekan nat seramai 50 orang di pekan nat Naka. Demonstrasi tersebut bertujuan untuk membantah tindakan Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) menutup operasi pekan nat selama dua minggu selain mengutuk keras tindakan kerajaan PAS Kedah bersabit isu ini.

Turut terlibat dalam perhimpunan tersebut ialah Persatuan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (IKHLAS).

Sudah terdengar khabar, pekan nat Kuala Nerang juga akan ditutup selama dua minggu oleh PAS Kedah sebagai hukuman kepada para peniaga yang tidak lagi memperlihatkan sokongan kepada PAS Kedah.

Seandainya itu yang berlaku, amat malang bagi para peniaga terbabit yang sudah tentu terpaksa mencari sumber pendapatan baru memandangkan mereka tidak lagi dibenarkan berniaga. Kerajaan Negeri seharusnya menyelesaikan masalah ini dengan cara yang lebih baik berbanding tindakan yang bukan sahaja merugikan Kerajaan Negeri sendiri, sebaliknya menganiaya golongan marhein yang juga merupakan golongan paling ramai membuang undi.

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


Imam Mahdi Versi Karut <b>Di</b> Putrajaya Sebenarnya Banyak <b>Di Kedah</b> <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2012 02:46 AM PDT

Mencari jalan kebenaran, berpegang teguh kepada ajaran Rasulullah s.a.w, memartabatkan iman dan taqwa dalam diri dan sebagainya, merupakan tanggungjawab dan kewajipan setiap orang yang mengikrarkan kalimah thoiyibbah. Bertaqarub kepada Allah Taala dengan harapan 'dapat melihat Wajah-Nya' di akhirat kelak, merupakan cita-cita semua orang yang tahu apa yang diikrarkan oleh lidah dan tasdiq di dalam hati.

Kisah individu tertentu yang berangan-angan menjadi Imam Mahdi atau Penyelamat, bukanlah cerita lapuk atau cerita penglipurlara. Sebaliknya ia wujud semenjak zaman berzaman lagi. Salah seorang yang sangat terkenal adalah Mirza Ghulam Ahmad yang memperkenalkan ajaran Ahmadiyyah Qadiniyyah yang difatwakan sesat dan songsang. 

Sebenarnya 'Imam Mahdi' tidak ketinggalan wujud juga di Kedah. Salah seorang daripada mereka yang terkenal adalah AZHAR BIN WAHAB yang berasal dari Kulim. Walaupun hanya tamat Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Padang Serai, Kedah, dan pernah bekerja sebagai pemandu di Bank Simpanan Nasional di Kuala Lumpur, dia mampu mentarbiyyahkan dan mengumpul pengikut yang agak ramai. 

Modus operandi 'Imam Mahdi' ini amat mudah iaitu, menghantar kanak-kanak berusia 8 sehingga 11 tahun untuk mengutip derma di seluruh Malaysia. Kononnya untuk membina Pusat Tahfiz di Yan, Kedah. Dan menariknya, orang yang hanya lulusan tingkatan tiga ini boleh pula membuka pusat refleksologi di Pulau Pinang atas nama Pusat Rawatan Cinta

Azhar mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiah yang sama dengan Al-Arqam memandangkan dia merupakan bekas pengikut Al-Arqam. Pada masa yang sama, dia juga mendakwa didampingi oleh Pak Syeikh atau Wali Allah. Dalam ceritanya, Imam Mahdi ini mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai bersama-sama Wali Songo dan Nabi Khaidir sedangkan tubuhnya pula berada di Damansara. Setiap ahlinya diwajibkan bersumpah setia (berbaiah) mengikut segala arahan guru dan merahsiakan kegiatan mereka daripada orang ramai. 

Dia juga mendakwa mempunyai bala tentera dan kapal terbang ghaib, mempunyai masjid jin di Gunung Jerai, bahkan sering bermesyuarat dengan golongan jin di gunung-gunung tertentu seperti Gunung Santubong di Sarawak. 

Selepas keluar dari Al-Arqam, Azhar menyertai Kumpulan Al-Mansur.

Tukang-tukang urutnya perlu membaca mantera berikut sebelum mengurut, "Ya Allah dengan barkat dan karamah guruku Tuan Azhar, sembuhkanlah penyakit…".

Anehnya, Azhar dikatakan tidak pernah solat Jumaat dan membolehkan Solat Jamak pada setiap waktu walaupun bukan dalam musafir. 

Budak-budak yang mengutip derma bagi pihaknya bertaburan di merata-rata tempat sama ada siang, mahupun tengah malam. Untuk melindungi tembelang, maka setiap penderma akan 'disedekahkan' kepingan resit. Selain itu, dituliskan juga nombor telefon agen pengutip derma bagi pihak Azhar Wahab pada resit berkenaan. 

Kebejatan serta keterujaan sebahagian umat Islam untuk mendapatkan barokah pemerintahan Imam Mahdi telah dipergunakan dengan sewenang-wenangnya oleh individu-individu tertentu yang mempunyai kepentingan. 

Jadi, jangan hanya memandang Imam Mahdi yang mengamuk menggunakan pedang samurai di Putrajaya… perhatikan juga manusia yang menggunakan budak-budak perempuan mengutip derma sambil kononnya menjual madu lebah khasiat pada tengah malam atas alasan membantu Pusat-Pusat Tahfiz yang entah wujud, entahkan tidak!!!

Kesian Imam Mahdi… kalau dia sudah ada sekarang di dunia ini, harus bukan sahaja kepalanya ditepuk, bahkan mungkin juga Imam Mahdi akan bergolek-golek di atas tanah sebab marah!