Rabu, 12 September 2012

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Misai Merah: <b>Negeri Kedah</b> macam BN perintah

Posted: 22 Aug 2012 03:41 AM PDT

Raya-raya ni berjalan ke rumah saudara mara berjumpa sanak saudara untuk eratkan hubungan sialturrahim agar tidak basi.Sambil dok berjalan tak berapa nampak dan gah banner atau kain rentang kerajaan negeri Kedah untuk ucap Selamat Hari Raya kepada rakyat.Di Pekan Changloon berdekatan Bukit  Kayu Hitam tak nampak banner pemimpin PR ucap Selamat Hari Raya yang banyak banner ahli parlimen Kubang Pasu Johari Baharom (Umno) dan banner adun Bukit Kayu Hitam Datuk Zaini Jaafar (Umno) penuh di jalanraya..Awat jadi lagu tu?
Awat mandom sangat Pas Kawasan Kubang Pasu kata nak tawan Parlimen Kubang Pasu untuk jadi Kubang Pas!Tak nampak Pas Kawasan Kubang Pasu agresif untuk hadapi pilihanraya hanya seronok nak tawan Putrajaya.Kerja tak mau menang mau.
Keadaan ini berbeza di Selangor di mana Umno-Bn dan PR saling berlawan gantung banner raya tak macam di Kedah.
Di bawah ni saja saya nak tunjuk papantanda besar propaganda BN di Kedah
Ini papantanda besar gambar Najib dan agenda 1Malaysia Umno-Bn di bulatan berdekatan Hospital Jitra dalam daerah Kubang Pasu.
Gambar atas ni pun sama dengan 1Malaysia agenda Umno-BN terpampang di tempat yang sama.

Kalau zaman Umno berkuasa dulu di Kedah jangan harap gambar  ustaz Azizan boleh diletak besar-besar tepi jalan penguatkuasa majlis daerah mesti akan robohkan serta merta.
Tapi apa boleh buat ahli majlis daerah yang ada hanya macam tunggul kayu .Kakitangan pejabat daerah pulak kebanyakkannya masih Umno.
MB Kedah yang sekarang ni berjiwa terbuka sampai ada yang kata pru akan datang beliau akan jadi sejarah di Kedah sebagai MB daripada Pas yang mula dan terakhir di Kedah!
Di Selangor pulak amat berbeza sebarang gambar dan agenda yang ada logo 1Malaysia tidak dibenarkan sama sekali kerana 1Malaysia agenda politik BN bukan kerajaan Malaysia.Bahkan sebarang hamper untuk diberikan kepada rakyat tidak dibenarkan ada logo 1Malaysia.Tu baru nama berkuasa dan kuasai kerajaan tidak takut tapi tegas dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Ni baru cerita pasal papantanda belum masuk bab lain yang 'panas' dan meletup di Kedah .
Ramai yang kata mampukah Pas dan PR pertahan negeri Kedah dalam pru13 akan datang?Apa yang saya nampak banyak gambar Mukhriz anak Tun Madey dan juga Najib di merata tempat yang strategik di Kedah termasuklah jalan menuju ke lapangan terbang .BN tak berkuasa di Kedah tapi nampak macam BN yang perintah Kedah.
Selagi kakitangan di SUK Kedah yang berjawatan besar dalam kerajaan negeri dan syarikat GLC negeri Kedah main peranan dan jadi penyokong Umno maka kita akan lihat kekalahan Pas dan PR di Kedah jika puak-puak ni tidak ditukar peranan kerja mereka dalam kerajaan negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan