Sabtu, 6 Oktober 2012

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Tidak mungkin Safee cuti <b>di Langkawi</b> dengan Julia

Posted: 04 Oct 2012 08:50 PM PDT

Tidak mungkin Safee cuti di Langkawi dengan Julia

GOSIP yang disiarkan menerusi sebuah potal hiburan semalam (Safee Sali & Julia Hana digosipkan becinta, bercuti di Langkawi), mengaitkan penyerang kebangsaan Safee Sali hangat bercinta dengan pelakon wanita, Julia Hana ditepis oleh pengurus pemain bola sepak berbakat itu.

Dalam laporan yang dipetik dari sebuah forum tanahair itu, ada mendakwa Safee, 28, dan Julia Hana, 35, dilihat kelibatnya beratur bersama di Langkawi Cable Car dan lagak mereka berpegangan tangan menguatkan andaian yang pasangan ini sedang bercinta.

Sehubungan itu wartawan mendapatkan ulasan Zakaria Rahim, pengurus bintang bola sepak itu. Berikut adalah ulasannya:

"Safee Sali tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke tanah Langkawi, jadi saya tidak tahu macam mana gosip tersebut boleh timbul.

Malah dia  juga tidak pernah mengenali Julia Hana secara peribadi dan dekat.

Jadi mustahil mereka boleh pergi bercuti ke Langkawi bersama-sama seperti yang dikhabarkan itu,"

ujar Zakaria.

Pelakon seksi, Julia Hana sebelum ini menyerlah semasa pembabitannya dalam filem Remp-It yang diterbitkan pada 2006s elain dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan bekas anggota kumpulan A to Z, Jeff.

Manakala Safee yang berasal dari Kajang, sebelum ini pernah berkahwin dengan Sabrina Yusof dan telah bercerai talak satu pada April lalu.

Hasil dari perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nur Syasya Sofirna, 2, yang kini dibawah jagaan bekas isterinya itu. – Info Artis @ forblogger.net

Connect Facebook

5.0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan