02 di kodiang - Google Blog Search |
Azrul 3R: PROGRAM 3R <b>DI</b> SK PUTAT, <b>KODIANG</b>, KEDAH Posted: 28 Jun 2012 03:26 AM PDT AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SK PUTAT, KODIANG SK Putat, Kodiang, Kedah sekolah terbaru yang terawal pada tahun 2012 yang menjalankan program 3R iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula yang dianjurkan oleh pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah iaitu pada 2 Januari 2012. Kini, pihak sekolah berkenaan sekali lagi ingin menjalankan aktiviti tersebut pada 28 Jun 2012. Kebetulan pada hari berkenaan pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd tidak dapat menyediakan perkhidmatan lori 3R untuk membantu program tersebut kerana terdapat masalah teknikal. Walaubagaimanapun, aktiviti kutipan tetap dijalankan seperti biasa dengan bantuan vendor pusat kitar semula. Antara wakil pihak PPSPPA yang terlibat termasuklah En Mohd Azrul Bin Azmi dan En Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman. Kutipan keseluruhan pada hari tersebut ialah sebanyak 300 kg lebih bersamaan dengan hampir RM100.00. Dengan bantuan pihak guru-guru dan murid-murid, segala barangan kitar semula yang banyak dapat diturunkan daripada tingkat 3 sekolah, diasingkan mengikut jenis dan dikumpulkan sebelum ditimbang dengan sempurna. |
You are subscribed to email updates from di kodiang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan