Jumaat, 2 November 2012

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


KedahLanie.info: Paip baru <b>di Sik</b> atasi masalah air

Posted: 27 Oct 2012 06:37 PM PDT


SIK – Masalah gangguan tekanan air yang membelenggu kira-kira 1,000 penduduk sejak empat tahun lalu diatasi apabila Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengambil inisiatif memasang paip baru sepanjang satu kilometer.

Pegawai Perhubungan Awam SADA, Rofedi Sulaiman berkata, projek yang bernilai RM80 ribu itu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi 240 rumah daripada tiga kampung, iaitu Kampung Cemara, Kampung Baru Padang Ragut dan Kampung Lahar.

"Penambahan paip baru itu menjadikan kampung terbabit mempunyai dua saluran air iaitu menerusi Loji Batu Lima dan Loji Jeniang.


"Sebelum ini penduduk hanya bergantung kepada satu sumber air sahaja, iaitu di Loji Batu Lima, sekarang mereka bakal menerima sumber air yang di Loji Jeniang, maka ianya dapat meningkatkan tekanan air kepada seluruh penduduk di ketiga-tiga kampung ini," jelas beliau pada program gotong royong pemasangan paip baru di Kampung Cemara, di sini.

Tambah beliau, sebelum ini penduduk sering menghadapi masalah tekanan air terutama pada musim perayaan yang memerlukan kapasiti air yang banyak.

"Penggunaan air yang banyak mengakibatkan tekanan air menjadi rendah, yang akhirnya penduduk yang menghadapi masalah bekalan air, setelah siapnya projek ini penduduk tidak perlu risau lagi mengenai tekanan air kerana pemasangan paip baru ini mampu menampung penggunaan air oleh penduduk di ketiga-tiga kampung itu," ujar beliau.

Bagi penduduk, mereka bersyukur dengan pemasangan paip baru ini yang akan mengatasi masalah yang dibelenggu selama ini.

Terakhir Dikemaskini (Rabu, 24 Oktober 2012 18:23)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan