Rabu, 14 November 2012

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


Rumah Kayu Terbakar <b>Di Sik</b> - PjO putrajaya-online

Posted: 25 Oct 2012 11:05 PM PDT

SIK - Sebuah rumah kayu di Kampung Kuala Temin, Mukim Jeneri dekat sini musnah dalam satu kebakaran awal Khamis.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sik Pegawai Bomba Kanan I Hanapi Azizan berkata rumah berkenaan didiami Mahmud Man, 59, bersama isteri dan tiga anak sejak lebih 30 tahun lalu.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.45 pagi dan memulakan operasi pada pukul 4.27 pagi. Sebanyak dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sik dengan kekuatan 12 anggota, digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kita turut mendapat bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Yan dengan kekuatan enam anggota dan pasukan bomba sukarela Pekan Jeniang dengan kekuatan empat anggota. Operasi tamat pada pukul 5.13 pagi," kata beliau.

Katanya tiada kecederaan dilaporkan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan