Ahad, 5 Februari 2012

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


Syima Homestay <b>di Changlun</b> : Semua Homestay

Posted: 02 Feb 2012 01:40 AM PST

Rumah Penginapan Bermalam di Changlon

Syima Homestay dilengkami streamyx

Lokasi : Berhampiran Pekan Changloon, 8 minit keUUM Sintok , 5 minit ke
Matrikulasi Kedah, 10 minit ke Bukit Kayu Hitam,15 minit ke Thailand,25 minit
ke Padang Besar Perlis, 30 minit ke Jeti KualaPerlis untuk ke Langkawi,10
minit ke UNIMEP, 20 minit UITM ARAU,10 minit kePeranginan Bukit Wang Alamat :
Taman Beringin, Changlon, Kedah

Kemudahan: – Rumah SemiD Satu Setengah Tingkat(masih baru)
- 3 bilik tidur ( 4 katil queen)
- Bilik tidur utama mempunyai air-cond ( 2 katilqueen)
- 2 bilik air
- 2 Ruang tamu yang luas dan selesa
- Tempat meletak kereta berbumbung muat untuk 2buah kereta – Berhampiran
dengan kedai makan dan kedai mini market,C'martand Merry Brown Changloon
-Capaian internet percuma, tanpa had ( streamyx)
- dilengkapi Astro

Kelengkapan:
Sofa, Meja makan, TV 29inci, Kelengkapanmemasak(Dapur,Cerek Elektrik, Rice
Cooker, Pinggan Mangkuk, Periuk), Peti Sejuk,Bantal, Toto Selimut,
Sejadah,Tuala mandi
Percuma Minuman : Teh dan Kopi

Harga berpatutan..yang penting selesa untukpenginapan sekeluarga.

RM 160 semalam untuk sebuah rumah yg selesa.
Untuk penginapan melebihi 1 malam, harga masihboleh dirunding.

Berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut sertatempahan sila hubungi
0125533565/0125551861

Contact Norhasimah Mustafa

Full content generated by Get Full RSS.

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Gambar-Gambar Gadis Seksi Melampau <b>Di</b> Padang <b>Merbok</b>, KL

Posted: 18 Jan 2012 08:15 AM PST

Koleksi gambar gadis melayu seksi terlampau dihadapan orang ramai di Padang Merbok KL.






imageimage
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
Full content generated by Get Full RSS.

MerbokOnline: 3000 Sertai Sambutan Maulidur Rasul <b>Di Merbok</b>.

Posted: 01 Feb 2012 12:00 AM PST



12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh penting dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Disaat manusia berada dalam kekufuran serta tidak mengenal  pencipta mereka, Allah S.W.T mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan dan membawa kepada cahaya Ilahi.Kedatangan Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini.

Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda Nabi S.A.W dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam.


Di Merbok, lebih dari 3,000 umat Islam dari pelbagai lapisan berkumpul bersama Ketua UMNO Bahagian yang juga Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain  untuk menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1433H, peringkat Parlimen Merbok, semalam.Perarakan yang bermula dari perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok itu berarak sejauh kira-kira 2 kilometer menuju ke Masjid Merbok.Lebih menarik, orang ramai yang berada di tepi jalan sepanjang laluan perarakan juga turut tidak melepaskan peluang menyertai perarakan itu.

Di Masjid Merbok, sambutan turut diserikan dengan alunan merdu bacaan Al-Quran oleh adik Khairul Hakimi Mohd Fadli yang merupakan johan tilawah KAFA Negeri Kedah.
Ceramah sempena Maulidur Rasul juga turut disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Shuib dari Jabatan Hal Ehwal Khas(JASA).
Dalam ucapannya, Dato' Hj. Tajul Urus mengingatkan tentang sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W yang perlu dihayati dan diteruskan.Katanya umat Islam harus sedar dari sikap tak ambil kisah terhadap ancaman-ancaman yang dihadapi oleh ummah pada masa kini. Antaranya dakyah pemurtadan, pengliberal akidah, penghalalan seks songsang-bebas, dasar pemencilan ummah dan pencabulan teras ummah secara sistematik oleh kaum kuffar yang dibantu oleh golongan munafik.
Bahaya ancaman katanya ini memang tidak nampak pada masa sekarang kerana kita dikaburi oleh kepura-puraan mereka.Namun apa yang ada dalam hati mereka, sentiasa ingin menghancurkan umat Islam dan tidak akan puas selagi umat Islam masih menguasai pemerintahan.Dengan perancangan serta bantuan dari pihak luar mereka berselindung di sebalik ketelusan dan hak asasi serta akan mencari segenap kelemahan ummah untuk diperalatkan.

Beliau yang diminta mengulas sambutan itu kemudian berkata, apa yang dilihat hari ini merupakan menifestasi kesedaran umat Islam khususnya orang melayu untuk bersatu dalam konteks menghadapi cabaran-cabaran yang dihadapi  oleh umat Islam hari ini khususnya di Malaysia dimana menurutnya gerakan-gerakan anti Islam semakin berleluasa.


Menurutnya jumlah melebihi angka 3,000 yang menghadiri program itu melepasi jangkaan awal iaitu seramai 2,000 orang.

"Jadi semua ini amat membanggakan dan memberi satu semangat kepada orang Islam bahawa jika kita tidak bersatu, kita akan lemah dan kita akan ditindas dalam semua segi",katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Tempat-Tempat Menarik <b>di Negeri Kedah</b> Darul Aman

Posted: 31 Jan 2012 07:45 AM PST

Sila fahami peraturan berforum di sini dan berusaha menjadi forumer yang beretika

Hari

Jam

Minit

Saat utk Maulidur Rasul 1433 H


Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

31-01-2012, 03:45 PM

Tempat-Tempat Menarik di Negeri Kedah Darul Aman
Balai Nobat, Alor Setar
Bukit Kayu Hitam, Sempadan Kedah-Thailand
Balai Seni Negeri, Alor Setar
Batu Hampar Waterfall, Serdang
Galeri Sultan Abdul Halim, Alor Setar
Gunung Jerai, Gurun Kedah
Junjong Waterfall, Kulim
Kota Kuala Kedah, Alor Setar
Lata Mengkuang Waterfall, Sik
Lembah Bujang Archaeological Park, Merbok
Lye Huat Garden, Jitra
Masjid Zahir, Alor Setar
Menara Alor Setar, Alor Setar
Muzium Negeri, Alor Setar
Muzium Padi, Alor Setar
Pusat Sains Negara Wilayah Utara
Pantai Merdeka, Sungai Petani
Pedu Lake, Padang Terap
Pekan Rabu, Alor Setar
Perangin Waterfall, Sik
Puncak Janing Waterfall, Kuala Nerang
Rumah Kelahiran Tun Mahathir, Alor Setar
Seri Perigi Waterfall, Yan
Sungai Merbok Recreation Park, Sungai Petani
Sungai Sedim Tree Top Walk, Kulim
Titi Hayun Waterfall, Yan




via : Windows 7 | Safari

Forum Jump:



Full content generated by Get Full RSS.

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


TOMOI: <b>Kuala Ketil</b> Muaythai Challenge 2012

Posted: 04 Feb 2012 12:08 PM PST

picture by Useart.




Full content generated by Get Full RSS.

BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

KedahLanie.info: Tuanku berharap Kolej Insaniah <b>di Kuala Ketil</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2012 04:14 PM PST

Wartawan Sinar Harian
January 15, 2012

ANAK BUKIT - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyeru agar Kerajaan Negeri terus menyalurkan bantuan kepada 17,000 keluarga miskin yang didaftar di Kedah setakat 31 Oktober lalu.

Baginda bertitah, bantuan boleh disalurkan dalam pelbagai bentuk bantuan am dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Zakat atau penglibatan syarikat korporat.

"Golongan miskin dan tidak bernasib baik akan terus dibela oleh kerajaan. Beta harap taraf hidup rakyat akan bertambah baik dan hidup dalam suasana harmoni, aman dan sejahtera dalam persekitaran yang selamat," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim juga mahu Kerajaan Negeri memantapkan pembangunan modal insan yang berpegang teguh kepada ajaran agama, dan dengan adanya kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil, diharap dapat membuka lebih banyak peluang dan cabang ilmu kepada rakyat Kedah.

"Kerajaan beta juga memperuntukkan sejumlah peruntukan untuk membiayai pengurusan dan pembangunan Maktab Mahmud, antaranya membina asrama putera Maktab Mahmud Pokok Sena dan bangunan akademik Maktab Mahmud Kulim," titah baginda.

Baginda juga menyeru kepada pengurusan masjid dan surau supaya berfungsi dengan lebih baik untuk membimbing ummah ke arah masa depan cemerlang.

"Beta juga berharap semua pihak memandang ke hadapan dan optimis demi mencapai kejayaan dan kemajuan. Semua pihak hendaklah berusaha mencipta lebih banyak kejayaan supaya dapat memajukan negeri Kedah," titah baginda.

Full content generated by Get Full RSS.

WOW!. POKOK PISANG BERSAIZ GERGASI <b>DI KUALA KETIL</b>

Posted: 13 Dec 2011 05:55 PM PST


KUALA KETIL - Seorang pekebun di Kampung Belakang Malayawat dekat sini memiliki pokok pisang yang mencatat ketinggian luar biasa sehingga ada yang mencecah 10 meter.

Abu Hassan Jaafar, 56, berkata, pokok pisang yang ditanam 25 tahun lalu turut menghasilkan buah yang lebih besar iaitu mencecah sehingga 35 kilogram setandan.

Menurutnya, antara pokok pisang yang ditanamnya adalah jenis awak, emas dan nangka.

"Walaupun saya hanya menggunakan baja pokok, pokok pisang ini membesar dengan sempurna. Saiz batang pisang ini juga menyamai sebuah batang balak muda.

"Seorang peniaga goreng pisang pernah memberitahu saya dia boleh membelah sebiji buah pisang kepada lima. Ramai yang bertanya mengenai rahsia tanaman pisang ini, namun, saya tidak mempunyai sebarang rahsia kerana benih pisang dan cara penanamannya adalah biasa," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, saiz pokok pisangnya yang besar ini kemungkinan disebabkan tanah kebunnya yang merupakan bekas tempat pembuatan arang.

"Pada 1969, kawasan ini merupakan kawasan pembuatan arang, jadi tanah ini sesuai untuk bertani.

"Bukan sekadar pisang, tetapi pokok lain antara pokok keladi telur turut mempunyai saiz yang besar berbanding keladi biasa," katanya.

Menurutnya, walaupun pisangnya mendapat sambutan menggalakkan, dia tidak menjadikan tanaman pisang sebagai pekerjaan utamanya.

"Tanaman pisang ini adalah kerja sambilan saya. Saya mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan.

"Sebagai pemimpin kampung, saya perlu mengutamakan keperluan masyarakat kampung," katanya.

Abu Hassan berkata, kemungkinan dia akan memfokuskan kepada tanaman pisang ini selepas bersara sebagai seorang pemimpin.

"Sekiranya saya tidak mempunyai komitmen lain, saya akan memberikan fokus kepada tanaman pisang ini.

"Kemungkinan, saya akan mengeluarkan produk yang berasaskan pisang kerana itulah idaman saya dalam dunia pertanian ini," katanya.

Ditanya mengenai nasihat kepada pekebun baru yang ingin berkecimpung dalam tanaman pisang ini, Abu Hassan berkata, komunikasi dan hubungan pekebun dengan pegawai pertanian haruslah baik.

"Kita perlu rajin bertanya kepada pegawai pertanian kerana mereka turut mempunyai kelebihan tertentu dalam bidang bertani.

"Sekiranya kita mengikut nasihat selain pengalaman, kita akan berjaya dalam bidang pertanian," katanya.




SUMBER: SH Full content generated by Get Full RSS.

022 - Birthday Ryan <b>di Kuala Ketil</b> ~ DCJ Online

Posted: 14 Nov 2011 05:57 PM PST

Sempena Hari Raya Haji yang lalu, kitorang beraya di Kuala Ketil pasal nenek pada orang rumah aku nak buat kenduri korban. Sempat jugak menyelitkan birthday Ryan kat dalam tuh...nam amik berkat..

Aku update gambor-gambor kat bawah ni pun pasal mak-mak sedara si Ryan ni tanya, mana gambor hari tuh? Hahahaha...aku sudah terlupa la, masih lagi ada dalam kamera, sibuk berbagai sangat dua tiga minggu kebelakangan ni. Tugasan universiti ada dua tiga belum selesai.
Oklah, disamping aku sharekan gambor-gambor hari tuh di Facebook, aku letak la sekeping dua kat sini. Saja seronok tengok gambor kek tu. Opahnye tempah kek berbentuk no 1 (sempena ulang tahun pertama) ngan kek Angry Bird. Full content generated by Get Full RSS.
Full content generated by Get Full RSS.

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


Asrama lelaki SMA Nahdzah <b>di Yan, Kedah</b> terbakar |

Posted: 24 Jan 2012 02:19 AM PST

[unable to retrieve full-text content]YAN: Sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdzah, Bukit Besar dekat sini musnah dalam satu kebakaran pada jam 12.40 tengah hari tadi dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.

Asrama lelaki SMA Nahdzah <b>di Yan, Kedah</b> terbakar | Berita Harian <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2012 03:18 AM PST

YAN: Sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdzah, Bukit Besar dekat sini musnah dalam satu kebakaran pada jam 12.40 tengah hari tadi dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.

Pengetua sekolah, Adnan Osman, berkata pihak sekolah menyedari kejadian itu selepas seorang jiran yang tinggal berdekatan sekolah memaklumkan kepada pengawal keselamatan mengenai asap tebal dari arah kawasan blok asrama lelaki sekolah berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, Adnan berkata, ketika kejadian berlaku tiada pelajar berada di sekolah kerana semua sedang bercuti sempena Tahun Baru Cina.

"Saya sangat bersyukur semasa kejadian ini berlaku sekolah masih bercuti dan tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku, cuma yang terbakar adalah katil, tilam serta buku sekolah saja," katanya.

Katanya, blok asrama lelaki sekolah itu mempunyai 14 buah bilik iaitu tujuh bilik di tingkat atas manakala tujuh lagi di tingkat bawah dan bilik asrama lelaki yang terbakar itu menempatkan 10 pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga dan Empat.

Sekolah itu adalah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan mempunyai 710 pelajar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Abdul Muin Ayob yang mengetuai operasi memadam kebakaran berkata, bomba menerima panggilan pada jam 12.40 tengah hari dan 11 anggota bomba bersama dua jentera tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Katanya, api dapat dipadam sepenuhnya pada jam 1.30 tengah hari dan punca kejadian sedang disiasat.

Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, yang melawat kawasan kejadian menghulurkan sumbangan kepada pengetua sekolah bagi meringankan beban pihak sekolah untuk membaik pulih asrama itu. – BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Written by

Blogger dari kota Marudu sejak 2008. Sebarang pertanyaan bolehlah menghantar melalui email di donnyien@yahoo.com. kenali admin melalui fb http://www.facebook.com/donny.ien

Filed under: Uncategorized

Full content generated by Get Full RSS.

Asrama lelaki SMA Nahdzah <b>di Yan, Kedah</b> terbakar | Sharing ur Life

Posted: 24 Jan 2012 02:19 AM PST

YAN: Sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdzah, Bukit Besar dekat sini musnah dalam satu kebakaran pada jam 12.40 tengah hari tadi dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.

Full content generated by Get Full RSS.

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Kulaan Niring: Ceramah Nik Aziz Esok Malam <b>Di Langkawi</b>, Hari Ni <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2012 01:17 AM PST

Sedang Kulaan beratur menunggu giliran untuk membeli tiket feri ke Langkawi, tiba-tiba datang sebuah bas berstikerkan Kerajaan Negeri Kedah.
Kulaan sempat bersembang dengan seorang pakcik yang turun daripada bas tersebut bertanyakan tujuan beliau ke Langkawi. Pada mulanya Kulaan ingat ada rombongan kakitangan Kerajaan Negeri Kedah nak melancong sama ke Langkawi.
Alangkah terkejutnya Kulaan bila jawapan yang diberikan adalah "nak pegi ceramah Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz mai ceramah kat Langkawi esok malam..." Terlopong mulut Kulaan seketika. Kulaan bertanya lagi, itu bukan ka bas Kerajaan Negeri Kedah. " Dah Pas pegang Kedah, mesti la Kerajaan Pas yang bagi guna".
"Asal tak naik kat Kuala Kedah?" Tanya Kulaan lagi. "Entah, takut orang UMNO nampak kot. Kat Kuala Perlis nie depa tak perasan kot" jawab pakcik tu lagi tanpa mengenali siapa Kulaan sebenarnya. Mungkin pakcik tuh ingat Kulaan pelancong macam yang lain.

Siapa kata Pas tak menyalahgunakan kenderaan kerajaan negeri demi kepentingan parti seperti yang sering dilaungkan Pas kepada kerajaan BN. Ini antara bukti penyalahgunaan kuasa yang diberikan oleh rakyat yang memberi undi kepada Pas kononnya parti yang memperjuangkan Islam tapi hakikatnya mereka juga manusia biasa yang punya nafsu.
Sah! Esok akan keluar di Harakah lidah rasmi Pas dan di blog-blog pro pakatan yang datang ke ceramah Nik Aziz beribu. Hakikatnya yang datang bukanlah orang Langkawi tapi "Pendengar Ceramah Hantu", orang luar sama seperti ceramah-ceramah mereka yang lain.
Nantikan laporan Kulaan mengenai ceramah Nik Aziz di Langkawi esok...
Full content generated by
Get Full RSS.