Khamis, 9 Februari 2012

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di merbok</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

Gambar-Gambar Gadis Seksi Melampau <b>Di</b> Padang <b>Merbok</b>, KL

Posted: 18 Jan 2012 08:15 AM PST

MerbokOnline: 3000 Sertai Sambutan Maulidur Rasul <b>Di Merbok</b>.

Posted: 01 Feb 2012 12:00 AM PST

12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh penting dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Disaat manusia berada dalam kekufuran serta tidak mengenal  pencipta mereka, Allah S.W.T mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan dan membawa kepada cahaya Ilahi.Kedatangan Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini.

Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda Nabi S.A.W dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam.


Di Merbok, lebih dari 3,000 umat Islam dari pelbagai lapisan berkumpul bersama Ketua UMNO Bahagian yang juga Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain  untuk menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1433H, peringkat Parlimen Merbok, semalam.Perarakan yang bermula dari perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok itu berarak sejauh kira-kira 2 kilometer menuju ke Masjid Merbok.Lebih menarik, orang ramai yang berada di tepi jalan sepanjang laluan perarakan juga turut tidak melepaskan peluang menyertai perarakan itu.

Di Masjid Merbok, sambutan turut diserikan dengan alunan merdu bacaan Al-Quran oleh adik Khairul Hakimi Mohd Fadli yang merupakan johan tilawah KAFA Negeri Kedah.
Ceramah sempena Maulidur Rasul juga turut disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Shuib dari Jabatan Hal Ehwal Khas(JASA).
Dalam ucapannya, Dato' Hj. Tajul Urus mengingatkan tentang sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W yang perlu dihayati dan diteruskan.Katanya umat Islam harus sedar dari sikap tak ambil kisah terhadap ancaman-ancaman yang dihadapi oleh ummah pada masa kini. Antaranya dakyah pemurtadan, pengliberal akidah, penghalalan seks songsang-bebas, dasar pemencilan ummah dan pencabulan teras ummah secara sistematik oleh kaum kuffar yang dibantu oleh golongan munafik.
Bahaya ancaman katanya ini memang tidak nampak pada masa sekarang kerana kita dikaburi oleh kepura-puraan mereka.Namun apa yang ada dalam hati mereka, sentiasa ingin menghancurkan umat Islam dan tidak akan puas selagi umat Islam masih menguasai pemerintahan.Dengan perancangan serta bantuan dari pihak luar mereka berselindung di sebalik ketelusan dan hak asasi serta akan mencari segenap kelemahan ummah untuk diperalatkan.

Beliau yang diminta mengulas sambutan itu kemudian berkata, apa yang dilihat hari ini merupakan menifestasi kesedaran umat Islam khususnya orang melayu untuk bersatu dalam konteks menghadapi cabaran-cabaran yang dihadapi  oleh umat Islam hari ini khususnya di Malaysia dimana menurutnya gerakan-gerakan anti Islam semakin berleluasa.


Menurutnya jumlah melebihi angka 3,000 yang menghadiri program itu melepasi jangkaan awal iaitu seramai 2,000 orang.

"Jadi semua ini amat membanggakan dan memberi satu semangat kepada orang Islam bahawa jika kita tidak bersatu, kita akan lemah dan kita akan ditindas dalam semua segi",katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Kedah Ke KL: TERKINI!! KEBAKARAN <b>DI KUALA KEDAH</b>!!

Posted: 09 Dec 2011 12:21 AM PST

Satu kebakaran berlaku di Kuala Kedah Kampung seberang Baru. Dua keluarga terlibat, seramai 20 orang ahli keluarga. Kerugian dianggarkan dalam rm50,000.

Kejadian berlaku dengan pantas dan tuan rumah tidak dapat mengawal kebakaran yang berlaku. Sebanyak lima buah rumah terbakar.

Keluarga ni hanya bergantung pada kerja nelayan, kebakaran difahamkan berlaku pada waktu sembahyang jumaat. Keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Tuan rumah Azhar Aziz, umur 67thn. Satu lagi keluarga Soberi b. Baharom. Azhar Aziz ialah setiausaha Pas Kuala Kedah.

Turut berada di tempat kejadian ialah Dato Latt Shariman Ketua Bahagian Kuala Kedah yang menghulurkan bantuan segera pada kedua-dua keluarga terbabit.

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

KedahLanie.info: Tuanku berharap Kolej Insaniah <b>di Kuala Ketil</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2012 04:14 PM PST

Wartawan Sinar Harian
January 15, 2012

ANAK BUKIT - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyeru agar Kerajaan Negeri terus menyalurkan bantuan kepada 17,000 keluarga miskin yang didaftar di Kedah setakat 31 Oktober lalu.

Baginda bertitah, bantuan boleh disalurkan dalam pelbagai bentuk bantuan am dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Zakat atau penglibatan syarikat korporat.

"Golongan miskin dan tidak bernasib baik akan terus dibela oleh kerajaan. Beta harap taraf hidup rakyat akan bertambah baik dan hidup dalam suasana harmoni, aman dan sejahtera dalam persekitaran yang selamat," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim juga mahu Kerajaan Negeri memantapkan pembangunan modal insan yang berpegang teguh kepada ajaran agama, dan dengan adanya kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil, diharap dapat membuka lebih banyak peluang dan cabang ilmu kepada rakyat Kedah.

"Kerajaan beta juga memperuntukkan sejumlah peruntukan untuk membiayai pengurusan dan pembangunan Maktab Mahmud, antaranya membina asrama putera Maktab Mahmud Pokok Sena dan bangunan akademik Maktab Mahmud Kulim," titah baginda.

Baginda juga menyeru kepada pengurusan masjid dan surau supaya berfungsi dengan lebih baik untuk membimbing ummah ke arah masa depan cemerlang.

"Beta juga berharap semua pihak memandang ke hadapan dan optimis demi mencapai kejayaan dan kemajuan. Semua pihak hendaklah berusaha mencipta lebih banyak kejayaan supaya dapat memajukan negeri Kedah," titah baginda.

Full content generated by Get Full RSS.

WOW!. POKOK PISANG BERSAIZ GERGASI <b>DI KUALA KETIL</b>

Posted: 13 Dec 2011 05:55 PM PST


KUALA KETIL - Seorang pekebun di Kampung Belakang Malayawat dekat sini memiliki pokok pisang yang mencatat ketinggian luar biasa sehingga ada yang mencecah 10 meter.

Abu Hassan Jaafar, 56, berkata, pokok pisang yang ditanam 25 tahun lalu turut menghasilkan buah yang lebih besar iaitu mencecah sehingga 35 kilogram setandan.

Menurutnya, antara pokok pisang yang ditanamnya adalah jenis awak, emas dan nangka.

"Walaupun saya hanya menggunakan baja pokok, pokok pisang ini membesar dengan sempurna. Saiz batang pisang ini juga menyamai sebuah batang balak muda.

"Seorang peniaga goreng pisang pernah memberitahu saya dia boleh membelah sebiji buah pisang kepada lima. Ramai yang bertanya mengenai rahsia tanaman pisang ini, namun, saya tidak mempunyai sebarang rahsia kerana benih pisang dan cara penanamannya adalah biasa," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, saiz pokok pisangnya yang besar ini kemungkinan disebabkan tanah kebunnya yang merupakan bekas tempat pembuatan arang.

"Pada 1969, kawasan ini merupakan kawasan pembuatan arang, jadi tanah ini sesuai untuk bertani.

"Bukan sekadar pisang, tetapi pokok lain antara pokok keladi telur turut mempunyai saiz yang besar berbanding keladi biasa," katanya.

Menurutnya, walaupun pisangnya mendapat sambutan menggalakkan, dia tidak menjadikan tanaman pisang sebagai pekerjaan utamanya.

"Tanaman pisang ini adalah kerja sambilan saya. Saya mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan.

"Sebagai pemimpin kampung, saya perlu mengutamakan keperluan masyarakat kampung," katanya.

Abu Hassan berkata, kemungkinan dia akan memfokuskan kepada tanaman pisang ini selepas bersara sebagai seorang pemimpin.

"Sekiranya saya tidak mempunyai komitmen lain, saya akan memberikan fokus kepada tanaman pisang ini.

"Kemungkinan, saya akan mengeluarkan produk yang berasaskan pisang kerana itulah idaman saya dalam dunia pertanian ini," katanya.

Ditanya mengenai nasihat kepada pekebun baru yang ingin berkecimpung dalam tanaman pisang ini, Abu Hassan berkata, komunikasi dan hubungan pekebun dengan pegawai pertanian haruslah baik.

"Kita perlu rajin bertanya kepada pegawai pertanian kerana mereka turut mempunyai kelebihan tertentu dalam bidang bertani.

"Sekiranya kita mengikut nasihat selain pengalaman, kita akan berjaya dalam bidang pertanian," katanya.




SUMBER: SH Full content generated by Get Full RSS.

022 - Birthday Ryan <b>di Kuala Ketil</b> ~ DCJ Online

Posted: 14 Nov 2011 05:57 PM PST

Sempena Hari Raya Haji yang lalu, kitorang beraya di Kuala Ketil pasal nenek pada orang rumah aku nak buat kenduri korban. Sempat jugak menyelitkan birthday Ryan kat dalam tuh...nam amik berkat..

Aku update gambor-gambor kat bawah ni pun pasal mak-mak sedara si Ryan ni tanya, mana gambor hari tuh? Hahahaha...aku sudah terlupa la, masih lagi ada dalam kamera, sibuk berbagai sangat dua tiga minggu kebelakangan ni. Tugasan universiti ada dua tiga belum selesai.
Oklah, disamping aku sharekan gambor-gambor hari tuh di Facebook, aku letak la sekeping dua kat sini. Saja seronok tengok gambor kek tu. Opahnye tempah kek berbentuk no 1 (sempena ulang tahun pertama) ngan kek Angry Bird. Full content generated by Get Full RSS.

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


jom makan !: JOM SHOOPING IKAN MASIN KAT <b>TANJUNG DAWAI</b> <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2012 09:50 PM PST


   Salam semuam N3 kali ini tak ada masak- memasak, yang ada adalah bahan untuk memasak, mengambil kesempatan pulang bercuti di kampung di utara nun, tak cukup program kalau tak pergi ke Tanjung dawai, beli ian masin ka, bilis yang murah2 ka, atau pun belacan atau pun keropok, meriah betul kalau musim cuti di Tanjung Dawai, cuma nak komen sikit kebersihan kawasan Tg, dawai, malu sikit aih orang mai rumah kita tak terurus.                                  Banyak sangat pilihan, susah nak pilih yang mana satu                                   Pilihan keropok yang berwarna- warni                          Pilih-pilih jangan tak pilih, bawa ole-ole dari Tanjung Dawai.                                                                                     Selamat berkunjung ke Tanjung Dawai.                                                                                                                             

BLOG KEDAH: 02 <b>di tanjung dawai</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 03:05 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di tanjung dawai</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 03:25 AM PST

URL Sumber Asal :-

The Last Post: <b>Tanjung Dawai</b> Kedah

Posted: 29 Dec 2011 09:40 AM PST


Tanjung Dawai. sebenarnya ini kampung wife aku. TANJUNG Dawai adalah perkampungan kecil nelayan di pinggir pantai di daerah Kuala Muda, Kedah dan kira-kira 30 kilometer dari bandar Sungai Petani. Ia terletak di utara muara Sungai Merbok dan menjadi tempat penduduk tempatan mencari rezeki sebagai nelayan. Bagi memudahkan nelayan mendaratkan bot, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membina jeti. Setiap pagi, jeti itu sibuk dengan gelagat nelayan dan peraih yang berjual beli ikan.

Seawal jam 5.30 pagi, kedai makan dan restoran di sini sudah beroperasi. Nasi campur antara menu istimewa dan menjadi kebiasaan nelayan mengalas perut dengan nasi campur pada awal pagi. Jika berminat melihat persekitaran perairan Tanjung Dawai, anda boleh menyewa bot dengan harga berpatutan. Antara pulau di sekitar Tanjung Dawai adalah Pulau Bidan, Pulau Telor, Pulau Songsong dan Pulau Bunting.

Anda juga boleh menyeberang dengan bot ke Pantai Merdeka menggunakan bot laju yang mengambil masa kira-kira lima minit. Pantai Merdeka adalah kawasan pelancongan utama di Kedah dan sentiasa menjadi tumpuan untuk aktiviti rekreasi dan mandi-manda.

Pada hari biasa, Tanjung Dawai agak sunyi kecuali kelibat nelayan dan penduduk tempatan, tetapi apabila hari minggu, kawasan sekitar menjadi tumpuan orang ramai termasuk pelancong dari Kuala Lumpur dan Johor. Jika mahu menikmati keenakan makanan laut terutama ikan bakar, Tanjung Dawai adalah tempatnya. Apabila matahari terbenam, anda boleh mengunjungi deretan premis makanan laut di tepi pantai. Ikan bakar yang dicicah dengan air asam atau kicap memang terkenal di sini, malah harganya jauh lebih murah berbanding di beberapa tempat lain.


Tanjung Dawai juga terkenal dengan produk hasil laut seperti ikan talang kering, ikan bilis, belacan dan keropok. Pada musim cuti persekolahan, ramai pelancong dari luar datang untuk membeli makanan laut hasil penduduk tempatan kerana harganya murah.

Jika anda jarang menikmati suasana perkampungan nelayan, apatah lagi penduduk bandar, inilah masa untuk merasai pengalaman seumur hidup itu.

Peta Lokasi

Laluan dari Tol Sungai Petani (U) ke Tanjung Dawai


Full content generated by Get Full RSS.

@UmMu HuMaiRa&#39;@: SePeTaNG <b>Di TaNJuNG DaWai</b>

Posted: 10 Jan 2012 10:15 PM PST

Pada 08/01/2012 sblm asar dlm kul 4.10 pm abi bawa ummi n humaira' jln2 kat tanjung dawai,,,ummi pun xpernah smpai tnjung dawai ni,,so wt ummi n humaira' ni la first time kt sampai kat tanjung dawai,,TQ abg bawakan ayg n adik p jln2 tepi pntai ni wlpn pntai ni x la cntik,,kat sini bknnya trknal ngn pantainya tp trkenal ngn tempat org membeli ikan,keropok n lain2,,,ummi mmg beria gak nk knl tmpat ni,,maklumla setiap orng dtng SP ni mst p tnjung dawai,,ummi pun rasa nk knl gak la mcm mna tempat ni,,upanya tempat ni biasa je,,xdok pe2 pun yg menarik,,cuma kat sini bnyak restoren,,kira best gak la mkn kat tepi pntau nni,,tp ktorng x mkn pun,,just raung2 nk knl tmpat je,,pas2 ktorng balik,,ktorng xbeli pe pun mai sini,just beli romper untuk humaira' ni jela,,kbtulan ada orng jual pakaian tepi jln,,so ummi belikan untuk anak ummi 2 helai roper,,sesgt la cntik wrnanya,,ummi suka warna pink n hijau,,
smpt ag snaap gmbr smbl tnggu abi slt asar  brjemaah,,,
Pic kt atas ni ummi snap mada ummi n adik tnggu abi p slt asar kt msjd tnjng dawai kt kg nelayan kot,,msjd ni dok tepi pntai,,klu dok pntai merdeka kt sbrng sna pun nmpk msjd ni,,rupanya pntai merdeka n tnjng dawai dipishkn oleh laut,,masa kt pntai merdeka 2 ar lps kt dh nmpk msjd n pasar tnjng dawai,,,masa ni humaiara' dh nk tdr,,yala masa kt umh xtdr,,,bila nk p berjln dio lk mngntuk nk tdr,,,biasanya kalu ada abi kt umh,adk ni ssh nk tdr,,almklum la,,abi ksygn ada kt um,adik ni lbh mnj ngnabi drpd ummi tau,,sdh ummi,huhu,,abi humaira' ni seorng yg penyayang,penyabar n yg utma skali,,suka n pndai brgurau,,tmbh lk ngn so comel ni,,2 la yg si comel ni slalu nk ngn abi,,abi ni mmg tul2 layan adik main,,xpernah nk mrh mcm ummi ni,,hehe,,ummi mrh gak kat adik tp mrh2 syg la,,ummi pun jelous gak adik nk ngn abi ag dr ummi,,huhu,,mgkn btl la kata orng,,seorng ayah ni lebih penyayang n sbr ngn ank nk dbndingkn ngn ibunya,,tp bkn smua ayah mcm abi humaira' tau,ada gk ayah ni xpndai main ngn ank,,alhamdulillah la humaira' dpt ayh mcm abi ni,,kna brsyukur tau,,ummi pun bersyukur dpt suami mc abi ni,,tul2 pnyayang, n take care,abi ni ank lebhkn adik n umi dr diri abi tau,,,
snap gmbr lu untuk wt kenangan,,hehe
Abg,tq bawakan ummi n adik p jln2 ptng ni ek,,ktorng x p mano pun,,just jln2 n knl tnjng dawai,,ingtkan mcm mna la tnjng dawai ni,,hehe,,rupanya ada pntai,,hehe,,pas2 ada la pekan tmpt orng jual ikan,kerepok n pakaian,,biasa2 je tmpat ni,,xdok pun yg mnrik perhatian,,cuma tmpat ni lbh dikenali n lbh dikunjungi kt kdai mkn je,,kat sini bnyk restoren untuk mkn ikn bakar,,nmpak mcm menarik je kedai,,tp rasa masakan  xtau la sdp o x,,lps jln2 jap kt tepi pntai smbil snap gmbr,ktoerng pun trs blik,,2 jela,,blk awl ag la,,sblm mgrb dah sapa umh da,,,
Full content generated by Get Full RSS.

MerbokOnline: Majlis Penyerahan BR1M DUN <b>Tanjung Dawai</b>.

Posted: 25 Jan 2012 07:30 AM PST


Majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi DUN Tanjung Dawai berjaya disempurnakan dengan lancar di Dewan Kompleks Penyayang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Muda.

Seramai 2579 orang menerima bantuan tersebut iaitu 1500 orang pada sesi pagi manakala baki 1079 orang lagi pada sesi petang.

YBhg. Dato Hj. Tajul Urus Mat Zain yang merasmikan majlis itu turut meluangkan masa bersama penerima dan petugas bagi melancarkan proses penukaran baucer bantuan kepada tunai.Bantuan khas juga turut diberikan kepada warga emas serta orang kurang upaya.

Full content generated by Get Full RSS.
Full content generated by Get Full RSS.

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 01:28 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 01:07 AM PST

URL Sumber Asal :-

MPP Online: GEMPAR!!! Wang Kutipan derma PAS <b>Padang Serai</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2012 12:52 AM PST


Mayday.. Mayday..!! Duit kutipan derma ceramah PAS serta duit simpanan tabung buluh Adun-adun PAS P.Pinang semuanya dikhabarkan telah mengalami kecurian..

Kejadian ini telah menyebabkan Markas PAS di Padang Serai Kedah mengalami kesulitan untuk mengatasi keadaan lantainya yang uzur dan bangunan yang amat menyedihkan..

Dipercayai, kesemua kutipan derma jihad semasa ceramah dan juga kutipan tabung buloh tersebut telah dicuri oleh mahkluk spesis TOYOL..

Toyol berkenaan berkemungkinan telah menyusup masuk ke kawasan Markas PAS untuk menyamun wang tersebut semasa ketiadaan ahli-ahli PAS yang membuat rombongan ke Mahkamah Tinggi tempoh hari bagi meraikan pembebasan Anwar Ibrahim..

So.., bagi sesapa yang nak menderma tu, eloklah berhubung dengan pihak Markas PAS Padang Serai yee.. Kesian dorang sebab markas tu bocor kena hujan..

Sesapa yang mempunyai kepakaran didalam ilmu Paranormal juga dialu-alukan untuk memberi bantuan sehingga tertangkapnya Toyol tersebut..

Jahat betul Toyol tu kann... Mesti Umno yang hantar tu... Hahahahahaha..., sakit perut gua taip entry nih..

Menjelang pilihan raya umum ke 13, semua pihak dalam PAS sedang berusaha keras untuk membuat persiapan terbaik.

Antara yang perlu dipersiapkan adalah markas atau pusat aktiviti kempen pilihan raya ini.

Di Padang Serai, Kedah, antara markas PAS yang sedang diperkemaskan adalah markas tarbiyah Tuan Guru Haji Khatib Sarbini, Padang Ubi, Labu Besar dekat sini.

Menurut setiausaha kerja markas ini, Anwar Md Hashim, markas ini masih berfungsi namun keadaannya menyedihkan dengan lantainya uzur, PA system kadang-kadang berfungsi, kadang-kadang tidak, tingkapnya terbuka menyebabkan air hujan dapat memasuki melaluinya, kayu dimakan anai-anai, dimamah usia dan sebagai.

Ekoran itu, katanya, pihaknya sedang berusaha untuk membaikpulihnya menjelang pilihan raya akan datang ini.

Sehubungan itu, sumbangan diperlukan untuk membaiki. Kepada yang sudi, sila hubungi Markas PAS terdekat.

Full content generated by Get Full RSS.

PAK NUAR DIKAFAN <b>DI PADANG SERAI</b> - KOMANDO PERANG <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2011 08:57 PM PST

SUMBER GAMBAR DARI BLOG KL BOYZ CHANEL
ANWAR DIKAFANKAN DI PADANG SERAI. PARLIMEN KPS ADALAH PADANG SERAI. KPS SEBELUM INI PERNAH MENDEDAHKAN ANWAR AKAN MENGADAKAN "MAJLIS SEPETANG BERKARIPAP BERSAMA PAK NUAR" BERTEMPAT DI PADANG SERAI. TAPI TEMPAT PAK NUAR NAK CERAMAH DIGEMPARKAN DENGAN JENAZAH YANG PERSIS WAJAH PAK NUAR SEPERTI DI ATAS DILETAKKAN DI SITU. APA MAKNANYA,,,,MAKNYANYA KALAU ORANG TAK MAU TOK SAH DOK TUNJUK BAGUS NAK CERAMA KAT SITU LA. APAKAH INI PERTANDA PAK NUAR AKAN HABISKAN SISA HIDUP BELIAU DI DALAM PENJARA DAN DIKAFANKAN DI PENJARA....NANTIKAN 9 JANUARI 2012... Full content generated by Get Full RSS.

BN <b>Padang Serai</b>, NGO bantah 901 | N9 Kini - Portal Berita Negeri <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2012 11:39 PM PST

KULIM 3 Jan. – Barisan Nasional (BN) Bahagian Padang Serai dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, membuat laporan polis bagi membantah kumpulan yang cuba mencetuskan perhimpunan haram, Kempen Bebaskan Anwar 901.

Kumpulan lebih 100 orang itu turut berhimpun secara aman bagi memohon Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat dan bertindak mengekang perhimpunan itu.

Dengan diketuai oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Asmadi Abdul Mutalib bersama pemimpin–pemimpin NGO, mereka membuat laporan di Balai Polis Kulim di sini petang semalam. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Full content generated by Get Full RSS.

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 12:15 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 12:15 AM PST

URL Sumber Asal :-

UMNO Online - Jamil Khir Nafi Dakwaan Guna Peruntukan Yayasan <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2012 12:40 AM PST

Kategori Sana Sini

Jamil Khir Nafi Dakwaan Guna Peruntukan Yayasan Taqwa Untuk Program Di Jerai

PUTRAJAYA, 3 Feb – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan dakwaan pembangkang bahawa beliau menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk program politiknya sebagai berniat jahat.

Katanya permainan politik pembangkang sudah tidak amanah kerana sanggup mengetepikan aspek benar dan salah demi menimbulkan persepsi negatif rakyat.

"Dakwaan yang kata saya guna duit Yayasan Taqwa tidak betul," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jamil Khir mengulas dakwaan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan bahawa beliau menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa yang berada di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dipengerusikannya bagi membiayai program politiknya di Jerai, Kedah.

Laporan itu menyebut Jamil Khir menggunakan peruntukan tersebut untuk memberi bantuan kepada masyarakat di Jerai iaitu kawasan yang akan ditandingi beliau pada pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata dakwaan itu juga tidak tepat kerana membayangkan Yayasan Taqwa hanya membantu mereka yang berada di Wilayah Persekutuan.

"Seluruh Malaysia kita bagi bantuan melalui Yayasan Taqwa. Baru-baru ini saya sampaikan bantuan di Terengganu dan Kelantan," katanya.

Jamil Khir sebelum itu menghadiri majlis perhimpunan agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta melancarkan Ensiklopedia Ulama dan buku-buku terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang akan dijual di pasaran.

Pada majlis itu Jamil Khir turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada mangsa banjir di Thailand yang diterima wakil kedutaan Thailand di Negara ini, Songsak Saicheua.

Sumbangan itu adalah hasil kutipan masjid-masjid di bawah kendalian Jakim iaitu Masjid Negara dan Masjid Wilayah di Kuala Lumpur serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya.

Lagi Berita Berkaitan :

Berita Bertarikh 3 February 2012 Pada 4:40 PM

Full content generated by Get Full RSS.