Ahad, 12 Februari 2012

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Sepaktakraw: Kejohanan <b>di Kulim</b> minggu ini!

Posted: 08 Feb 2012 08:43 AM PST

Untuk kejohanan yang bakal berlangsung minggu ini di Kulim, 2 paparazzi dan wartawan Bolarotan akan bertugas di sana. mereka akan berangkat ke Kulim esok malam dan kepada sesiapa yang berhajat membantu paparazzi kami samada dalam bentuk logistik, penginapan dan makan minum adalah amat - amat di alu - alukan.

Laporan penuh kejohanan seperti KFC Utusan akan diusahakan oleh kedua - dua mereka.

Berikut ialah maklumat kejohanan yang bakal berlangsung minggu ini di dalam pusat beli belah Kulim itu






AR RISALAH الــرســالـة: Haramkan arak <b>di Kulim</b>: Cubaan sabotaj <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2012 10:56 PM PST

Keputusan Majlis Daerah Kulim untuk menghentikan jualan minuman keras mulai Jun tahun ini mungkin satu cubaan mensabotaj kerajaan negeri Kedah, kata seorang wakil rakyat PKR hari ini.

kedah defection ceramah 220510 kulim assemblyman lim soo neeMenurut ADUN Kulim, Lim Soo Nee (kanan), keputusan itu dibuat semata-mata oleh pejabat daerah itu tanpa memaklumkannya kepada exco kerajaan negeri Kedah.

Lim berkata beliau telah menerima banyak aduan mengenai perkara itu dan telah diberitahu oleh pejabat daerah bahawa tidak ada lesen akan dikeluarkan untuk kedai-kedai minuman keras selepas Jun.

"Mereka masih mengeluarkan lesen untuk separuh pertama tahun ini supaya pengendali boleh menghabiskan stok mereka.

"Saya tidak tolak kemungkinan bahawa ada orang mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Ada orang yang cuba untuk memerangkap kita," kata Lim.

Akhbar the Star hari ini melaporkan pemilik kedai minuman keras di daerah berkenaan telah menerima surat bahawa lesen mereka akan secara automatik ditamatkan pada akhir bulan Jun.

Menurut akhbar milik MCA itu, kira-kira 100 penjual arak dijangka terjejas dengan arahan baru yang dikeluarkan oleh pejabat daerah itu.

Adalah difahamkan bahawa keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh pegawai daerah Kulim tahun lalu.

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


Penagih Dadah Dicekup <b>Di Pokok Sena</b> | Al-Ziyad News

Posted: 21 Jan 2012 01:00 AM PST

POKOK SENA – Seramai 33 orang dipercayai penagih termasuk seorang pengedar dadah ditahan dalam serbuan pasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kota Setar di ladang kelapa sawit di Kampung Menerong, Mukim Derang dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata mereka berumur antara 20 hingga 50 tahun adalah rakyat tempatan terdiri daripada penduduk kampung berhampiran kawasan ladang berkenaan.

Semasa serbuan, terdapat mereka dipercayai sedang melepaskan gian dan ada di antara mereka baru masuk ke ladang itu menaiki kereta dan motosikal.

"Mereka adalah bekerja sendiri dan juga penganggur. Ada yang cuba melarikan diri tetapi polis bertindak cepat menahan mereka.

"Siasatan awal mendapati mereka mengambil dadah jenis ganja dan juga ubat batuk," katanya kepada pemberita di sini.

Adzaman berkata, pihaknya merampas 23 motosikal dan tiga kereta yang kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk disiasat.

Polis percaya ladang kelapa sawit itu digunakan sebagai tempat melepaskan ketagihan mereka sejak tiga bulan lalu dengan membina sebuah pondok kecil tersorok di hujung ladang.

Beliau berkata, pihak polis melakukan intipan sejak sebulan lalu selepas mendapat maklumat orang ramai. – BERNAMA

02 di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


Ulat Ratus Serang Sawah <b>Di Kubang Pasu</b>

Posted: 05 Feb 2012 03:37 AM PST

JITRA – Sejenis ulat dikenali sebagai ulat ratus di kalangan pesawah telah menyerang lebih 200 hektar sawah di daerah Kubang Pasu sejak sebulan lalu menyebabkan kerugian lebih RM150,000.

Serangan ulat terbabit atau nama saintifiknya 'spodoptera mauritia' membabitkan kawasan milik lebih 100 pesawah.

Ulat ratus itu kebiasaannya menyerang daun pokok padi dan kemudian melarat ke tangkai buah menyebabkan batang pokok padi patah dan tidak boleh dituai.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata ulat ratus juga dikenali sebagai ulat kerbau berasal dari sejenis kupu-kupu yang membiak dengan cepat mengancam sawah padi. – BERNAMA

Iklan Teks:

Ulat ratus serang sawah <b>di Kubang Pasu</b> |

Posted: 05 Feb 2012 12:59 AM PST

[unable to retrieve full-text content]JITRA: Sejenis ulat dikenali sebagai ulat ratus di kalangan pesawah telah menyerang lebih 200 hektar sawah di daerah Kubang Pasu sejak sebulan lalu menyebabkan kerugian lebih RM150,000.

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


HANGIT BERAPI! MELAYU SUDAH MENGAMUK <b>DI PADANG</b> <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 02:08 AM PST

Ahli Parlimen Padang Terap adalah Mohd Nasir Zakaria dari Parti PAS. Pada ketika berkempen PRU12 lalu, pelbagai janji telah ditabur. Antara janji-janji yang sehingga kini dipegang kejap oleh para penduduk dan pengundi di Padang Terap adalah membantu meringankan bebanan penduduk terutama sekali golongan marhein.

Namun setelah mendapat kuasa, lain pula ceritanya. Bukan bantuan yang diberikan, tetapi masalah kepada penduduk di Padang Terap. Paling ketara sekali ialah peniaga-peniaga pekan nat di Padang Terap.

Dengan beralasankan KOTOR, Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) bertegas untuk menutup operasi pekan sehari atau pekan nat di Naka selama dua minggu. Pun begitu, kebanyakan orang di Naka tahu, penutupan tersebut berpunca daripada persaingan politik. Akibat persaingan dan permainan politik oleh Mohd Nasir Zakaria, akhirnya yang menjadi mangsa adalah peniaga-peniaga pekan nat Naka.

Penutupan pekan nat Naka dibuat dari 5 Februari 2012 sehingga 18 Februari 2012 atas arahan Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap. Dan penutupan tersebut dibuat tanpa sebarang rundingan atau perbincangan dengan peniaga-peniaga di pekan nat itu.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Majlis Daerah Padang Terap, Abdul Ghafar Yahya berkata, peluang telah diberikan kepada para peniaga di pekan nat Naka untuk menjaga kebersihan. Disebabkan keengganan dan sikap sambil lewa para peniaga, maka tindakan menutup pekan nat itu dibuat untuk dibersihkan.

Yang menjadi persoalan ialah, setiap peniaga dikenakan.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


AZALIAHJSALLEH: <b>Tanjung Dawai</b> & Kompleks Jeti Sg.Merbok.

Posted: 10 Feb 2012 04:26 AM PST

Lembu pun sunbathing okay !
Teringat masa naik boat hari tu =)
Ikan ni sedap sgt! Makan masa kat rumah Tok Ngah hari tu..
Tanya mak cik tu nama ikan ni Ikan Bunga Ayak *bahasa kedah
Terus beli utk bawak balik Shah Alam =)
Makan tgh hari.. jemput mkn semua
Next destination, singgah Kompleks Jeti Sg Merbok
I love this place a lot. Cantiklah building dia.. 
 Posing sampai patah tulang rusuk #punboleh

The making of MV 'BERIBU X SESALAN' 
meet Lya Baizura, Dyg Victor & Nab Hamzah #punboleh
Penat dah jalan-jalan tgk pemandangan.. 


With-love, AZALIAHJSALLEH