Selasa, 21 Februari 2012

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


Polis tahan 21 lelaki disyaki penagih dadah <b>di pokok sena</b> <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2012 04:25 PM PST

Posted on January 28, 2012, Saturday

POKOK SENA: Seramai 21 lelaki, dipercayai penagih dadah, ditahan dalam serbuan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kota Setar di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Pokok Pauh dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata, pihaknya turut merampas 18 motosikal yang kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk disiasat bagi memastikan sama ada motosikal itu milik mereka sendiri atau motosikal curi.

Beliau berkata, mereka yang ditahan berusia antara 20 dan 50 tahun adalah rakyat tempatan yang terdiri daripada penduduk setempat dan kebanyakannya bekerja kampung.

"Ada yang bertindak agresif dengan cuba melawan anggota polis dan ada juga cuba melarikan diri tetapi polis bertindak cepat dengan menahan semuanya tanpa mengakibatkan sebarang kecederaan.

"Siasatan awal mendapati mereka mengambil dadah jenis heroin," katanya kepada pemberita di sini.

Serbuan yang bermula jam 6.30 pagi dan berakhir 2 petang semalam diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik ASP Muhammad Safuan Abdul Rashid dengan dibantu tiga pegawai dan 14 anggota.

"Pihak polis percaya ladang kelapa sawit itu digunakan sebagai tempat melepaskan ketagihan kurang sebulan yang lalu dan kita menjalankan risikan dan intipan hasil maklumat orang awam sejak dua minggu lepas," kata Adzaman.

Beliau berkata kira-kira separuh daripada penagih yang ditahan itu pernah ditahan antara sekali dan tiga kali atas kesalahan sama.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.

Sementara itu, seorang penduduk kampung yang ditemui, Din Jusuh, 65, berkata kawasan ladang kelapa sawit milik persendirian itu sering dijadikan tempat melepaskan gian kumpulan berkenaan.

"Kadang-kadang mereka pindah ke kawasan lain jika ada orang datang untuk mengambil kelapa sawit. Kini kami (penduduk kampung) rasa lega selepas polis datang buat serbuan dan bawa mereka ke balai," katanya. — Bernama

02 di lunas kedah - Google Blog Search

02 di lunas kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di lunas kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2012 07:19 PM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di lunas kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Feb 2012 07:32 PM PST

URL Sumber Asal :-

&#39;Ostad&#39; Tua Dicekup Khalwat Bersama Wanita Muda <b>Di</b> Permatang <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2012 10:42 PM PST

A.S: Puak mana la pakai title Ustaz ni! Diharap jangan la juak PAS.. 
Aku sentiasa bersangka baik..
Sungguh memalukan, 
Dahlah berumur, khalwat dengan wanita muda pula di kawasan parlimen Anwar tandey....

Ostad ni sure geng nafsu kuda punya..
 Kalau mampu, baik kahwin saja..
menjatuhkan maruah agama betul la..


Seorang pengarah syarikat produk makanan yang juga kakitangan awam sebuah syarikat pelabuhan bergelar ustaz dicekup kerana bersekedudukan dengan seorang wanita bukan muhrim di sebuah rumah dekat Pangsapuri Pesona, di sini, petang semalam.

Serbuan ke atas rumah yang terletak di Blok A pangsapuri itu dilakukan Biro Keselamatan Persatuan penduduk Pangsapuri Pesona, kira-kira jam 6 petang selepas menerima aduan daripada jiran tetangga. Difahamkan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu sudah berkahwin dan mempunyai anak dan tinggal di Lunas, Kedah.

Difahamkan juga, rumah di pangsapuri itu dibeli dari seorang doktor kira-kira dua tahun lalu hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan. Sementara itu, wakil biro yang hanya mahu dikenali sebagai Lan berkata, intipan sudah dibuat ke atas rumah berkenaan sejak setahun lalu selepas pihaknya banyak menerima aduan daripada jiran lelaki berkenaan. Menurutnya, lelaki itu didakwa menggunakan tiga kenderaan berbeza setiap kali singgah ke pangsapuri itu, selain mendakwa setakat ini kira-kira enam wanita berlainan dibawa masuk ke rumah berkenaan.

 "Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu enggan memberi kerjasama dan hanya membuka pintu selepas kira-kira 20 minit diketuk. Apabila pintu dibuka, dia hanya berkain pelekat dan berbaju, manakala wanita itu pula sudah menanggalkan tudungnya. "Pada mulanya, dia memberitahu bahawa wanita berusia lingkungan 20-an itu adalah anaknya. Tetapi, apabila pemeriksaan dilakukan ke atas kad pengenalan kedua-dua mereka mendapati sebaliknya.

Dia kemudiannya menukar kenyataan pula dengan mengatakan wanita itu anak saudaranya dan memberi alasan mahu memberikan gula kepada wanita itu," katanya. Dalam pada itu, ibu wanita berkenaan yang tiba tidak lama kemudian dilihat terkejut dengan situasi yang berlaku dan mengakui lelaki itu adalah anak angkatnya. Pengerusi Kariah Masjid Timah, Ibrahim Talib turut hadir bagi memberi nasihat kepada pasangan berkenaan. Kedua mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.-SH

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Video Ahli PAS Masuk UMNO <b>di Padang Terap</b> Kedah

Posted: 07 Feb 2012 06:13 PM PST

VIDEO 1

VIDEO 2

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


MatKilau Penang: GEMPAR <b>KUALA KETIL</b> BAH KERANA BALAK <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2012 04:15 AM PST



TIDAK dinafikan hutan mempunyai nilai kormesial dan ekonomi. Hutan membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber pendapatan penting bagi negara. Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Aktiviti ini telah mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar. Eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan dan sebagainya telah menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Keadaan Banjir di salah satu kampung di Kuala Ketil Baling. Adakah banjir ini berpunca oleh penebangan balak yang semakin berleluasa di Baling yang didalangi oleh Parti Pas?




Kita harus sedar bahawa sumber bekalan air negara kita datang dari sungai, laut, kolam dan tasik. Air boleh dicemari melalui hakisan tanah akibat penebangan hutan. Penebangan hutan akan menyebabkan berlaku hakisan tanah dan seterusnya hakisan tanah ini akan memasuki sungai. Mendapan akan terbentuk di mana akan menyebabkan pula paras sungai semakin cetek dan ia boleh meningkatkan risiko berlakunya banjir.


Ketua Pemuda UMNO BHGN. Baling merangkap Penyelaras Kuala Ketil.Saudara Khairul Azhar baling menyampaikan bantuan.MKP nak tanya jugak mana pi Ahli Parlimen ????


Jikalau ada kawasan petempatan di kaki bukit di situ yang menggunakan air telaga, kesemua bahan berbahaya ini akan masuk sekali. Baja dan racun perosak mengandungi amonia, nitrat dan fosfat.


Apa yang memeranjatkan,terdapat banyak kayu2 balak yang bersaiz kecil. Bagaimana kayu balak yang bersaiz demikian boleh di tebang? Patutlah hasil kutipan balak Kedah di bawah pentadbiran Pas meningkat berkali ganda berbanding kutipan di zaman kerajaan BN dulu. Rupa-rupanya,sekarang ini semua pokok di tebang tanpa mengira saiz,sama kecil ataupun besar hingga habis gondol hutan. Rakyat Baling pulak menanggung beban kerana kerakusan PAS Kedah menggondol hasil bumi ini.Demi keuntungan kepada proksi, PAS sanggup menggadaikan keselamatan rakyat Baling.   

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 01:28 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 01:07 AM PST

URL Sumber Asal :-

MPP Online: GEMPAR!!! Wang Kutipan derma PAS <b>Padang Serai</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2012 12:52 AM PST


Mayday.. Mayday..!! Duit kutipan derma ceramah PAS serta duit simpanan tabung buluh Adun-adun PAS P.Pinang semuanya dikhabarkan telah mengalami kecurian..

Kejadian ini telah menyebabkan Markas PAS di Padang Serai Kedah mengalami kesulitan untuk mengatasi keadaan lantainya yang uzur dan bangunan yang amat menyedihkan..

Dipercayai, kesemua kutipan derma jihad semasa ceramah dan juga kutipan tabung buloh tersebut telah dicuri oleh mahkluk spesis TOYOL..

Toyol berkenaan berkemungkinan telah menyusup masuk ke kawasan Markas PAS untuk menyamun wang tersebut semasa ketiadaan ahli-ahli PAS yang membuat rombongan ke Mahkamah Tinggi tempoh hari bagi meraikan pembebasan Anwar Ibrahim..

So.., bagi sesapa yang nak menderma tu, eloklah berhubung dengan pihak Markas PAS Padang Serai yee.. Kesian dorang sebab markas tu bocor kena hujan..

Sesapa yang mempunyai kepakaran didalam ilmu Paranormal juga dialu-alukan untuk memberi bantuan sehingga tertangkapnya Toyol tersebut..

Jahat betul Toyol tu kann... Mesti Umno yang hantar tu... Hahahahahaha..., sakit perut gua taip entry nih..

Menjelang pilihan raya umum ke 13, semua pihak dalam PAS sedang berusaha keras untuk membuat persiapan terbaik.

Antara yang perlu dipersiapkan adalah markas atau pusat aktiviti kempen pilihan raya ini.

Di Padang Serai, Kedah, antara markas PAS yang sedang diperkemaskan adalah markas tarbiyah Tuan Guru Haji Khatib Sarbini, Padang Ubi, Labu Besar dekat sini.

Menurut setiausaha kerja markas ini, Anwar Md Hashim, markas ini masih berfungsi namun keadaannya menyedihkan dengan lantainya uzur, PA system kadang-kadang berfungsi, kadang-kadang tidak, tingkapnya terbuka menyebabkan air hujan dapat memasuki melaluinya, kayu dimakan anai-anai, dimamah usia dan sebagai.

Ekoran itu, katanya, pihaknya sedang berusaha untuk membaikpulihnya menjelang pilihan raya akan datang ini.

Sehubungan itu, sumbangan diperlukan untuk membaiki. Kepada yang sudi, sila hubungi Markas PAS terdekat.

Full content generated by Get Full RSS.

PAK NUAR DIKAFAN <b>DI PADANG SERAI</b> - KOMANDO PERANG <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2011 08:57 PM PST

SUMBER GAMBAR DARI BLOG KL BOYZ CHANEL
ANWAR DIKAFANKAN DI PADANG SERAI. PARLIMEN KPS ADALAH PADANG SERAI. KPS SEBELUM INI PERNAH MENDEDAHKAN ANWAR AKAN MENGADAKAN "MAJLIS SEPETANG BERKARIPAP BERSAMA PAK NUAR" BERTEMPAT DI PADANG SERAI. TAPI TEMPAT PAK NUAR NAK CERAMAH DIGEMPARKAN DENGAN JENAZAH YANG PERSIS WAJAH PAK NUAR SEPERTI DI ATAS DILETAKKAN DI SITU. APA MAKNANYA,,,,MAKNYANYA KALAU ORANG TAK MAU TOK SAH DOK TUNJUK BAGUS NAK CERAMA KAT SITU LA. APAKAH INI PERTANDA PAK NUAR AKAN HABISKAN SISA HIDUP BELIAU DI DALAM PENJARA DAN DIKAFANKAN DI PENJARA....NANTIKAN 9 JANUARI 2012... Full content generated by Get Full RSS.

BN <b>Padang Serai</b>, NGO bantah 901 | N9 Kini - Portal Berita Negeri <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2012 11:39 PM PST

KULIM 3 Jan. – Barisan Nasional (BN) Bahagian Padang Serai dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, membuat laporan polis bagi membantah kumpulan yang cuba mencetuskan perhimpunan haram, Kempen Bebaskan Anwar 901.

Kumpulan lebih 100 orang itu turut berhimpun secara aman bagi memohon Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat dan bertindak mengekang perhimpunan itu.

Dengan diketuai oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Asmadi Abdul Mutalib bersama pemimpin–pemimpin NGO, mereka membuat laporan di Balai Polis Kulim di sini petang semalam. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Full content generated by Get Full RSS.
Full content generated by Get Full RSS.

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 12:15 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Kategori Sana Sini. Jamil Khir Nafi Dakwaan Guna Peruntukan Yayasan Taqwa Untuk Program Di Jerai. PUTRAJAYA, 3 Feb – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan dakwaan ...

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Kulaan Niring: Ceramah Nik Aziz Esok Malam <b>Di Langkawi</b>, Hari Ni <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2012 01:17 AM PST

Sedang Kulaan beratur menunggu giliran untuk membeli tiket feri ke Langkawi, tiba-tiba datang sebuah bas berstikerkan Kerajaan Negeri Kedah.
Kulaan sempat bersembang dengan seorang pakcik yang turun daripada bas tersebut bertanyakan tujuan beliau ke Langkawi. Pada mulanya Kulaan ingat ada rombongan kakitangan Kerajaan Negeri Kedah nak melancong sama ke Langkawi.
Alangkah terkejutnya Kulaan bila jawapan yang diberikan adalah "nak pegi ceramah Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz mai ceramah kat Langkawi esok malam..." Terlopong mulut Kulaan seketika. Kulaan bertanya lagi, itu bukan ka bas Kerajaan Negeri Kedah. " Dah Pas pegang Kedah, mesti la Kerajaan Pas yang bagi guna".
"Asal tak naik kat Kuala Kedah?" Tanya Kulaan lagi. "Entah, takut orang UMNO nampak kot. Kat Kuala Perlis nie depa tak perasan kot" jawab pakcik tu lagi tanpa mengenali siapa Kulaan sebenarnya. Mungkin pakcik tuh ingat Kulaan pelancong macam yang lain.

Siapa kata Pas tak menyalahgunakan kenderaan kerajaan negeri demi kepentingan parti seperti yang sering dilaungkan Pas kepada kerajaan BN. Ini antara bukti penyalahgunaan kuasa yang diberikan oleh rakyat yang memberi undi kepada Pas kononnya parti yang memperjuangkan Islam tapi hakikatnya mereka juga manusia biasa yang punya nafsu.
Sah! Esok akan keluar di Harakah lidah rasmi Pas dan di blog-blog pro pakatan yang datang ke ceramah Nik Aziz beribu. Hakikatnya yang datang bukanlah orang Langkawi tapi "Pendengar Ceramah Hantu", orang luar sama seperti ceramah-ceramah mereka yang lain.
Nantikan laporan Kulaan mengenai ceramah Nik Aziz di Langkawi esok...