ads

Khamis, 8 Mac 2012

02 di changlun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di changlun - Google Blog Search


150 rumah <b>di Changlun</b> dinaiki air | Free MalaysiaKini

Posted: 08 Mar 2012 12:10 AM PST

Sebanyak tujuh buah kampung yang melibatkan 150 rumah di kawasan Changlun, Kedah, dinaiki air berikutan hujan lebat sejak petang semalam.

Kampung berkenaan ialah kampung Paya Nongmi, Belakang Pasar Changlun, Padang Pasir, Masjid, Paya Lantau, Titi Kerbau, Kubang Hamid, Taman Sayang, Pasar Changlun serta sekitar pekan Changlun lama, yang dinaiki air hampir satu meter.

Zakaria Ahmad, 77, dari Kampung Paya Nongmi berkata rumahnya mula dinaiki air sejak jam 7 pagi tadi.

"Saya sudah mula kemas barang sejak semalam. Selalunya kalau hujan lebat macam ini, air akan naik," katanya.

Zakaria berkata sejak banjir besar melanda Kedah pada hujung tahun 2010, kawasan kampungnya tidak pernah dinaiki air sehingga sekarang.

Rokiah Hashim, 64, juga berkata dia sudah mengemaskan barang-barang di dalam rumahnya sejak hujan turun mulai petang semalam.

Pengerusi Bencana Alam Daerah Kubang Pasu, Ahmad Fisol Md Nor berkata buat sementara waktu pihaknya belum membuka pusat pemindahan.

"Kita akan memantau dan bersiap sedia dari semasa ke semasa dan jika ia hujan berlarutan, barulah kita buka pusat pemindahan," katanya.

Di Padang Terap, sebanyak 19 rumah di Kampung Perik, Kuala Nerang turut dinaiki air berpunca daripada limpahan air sungai.

Tiga keluarga telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai selepas rumah mereka dimasuki air melebihi paras pinggang selepas hujan turun bermula 6.30 petang hingga 8.30 malam tadi.

Mohd Risham Abdul Rahman, 28, berkata hujan lebat turun sejak tiga hari lalu dan semalam adalah yang terburuk.

"Pada pukul 8.30 malam tadi, hujan mula berhenti dan air mula naik dalam masa 15 minit sudah memenuhi kawasan rumah," katanya.

ADUN Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid melawat dan menyampaikan bekalan makanan kepada penduduk.

Beliau yang juga ketua Umno bahagian Padang Terap berkata, pasukan bertindak seramai 20 orang telah dikerah untuk membantu mangsa banjir.

- Bernama

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=19193

02 di lunas kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di lunas kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di lunas kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Mar 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di lunas kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 12:00 AM PST

[unable to retrieve full-text content][unable to retrieve full-text content]BLOG KEDAH: 02 <b>di lunas kedah</b> - Google Blog Search. Posted: 02 Jun 2011 12:00 AM PDT. PADA Sabtu lalu, penulis berkesempatan menghadiri majlis perjumpaan Ahli Majlis ...

BLOG KEDAH: 02 <b>di lunas kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Feb 2012 07:32 PM PST

URL Sumber Asal :-

&#39;Ostad&#39; Tua Dicekup Khalwat Bersama Wanita Muda <b>Di</b> Permatang <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2012 10:42 PM PST

A.S: Puak mana la pakai title Ustaz ni! Diharap jangan la juak PAS.. 
Aku sentiasa bersangka baik..
Sungguh memalukan, 
Dahlah berumur, khalwat dengan wanita muda pula di kawasan parlimen Anwar tandey....

Ostad ni sure geng nafsu kuda punya..
 Kalau mampu, baik kahwin saja..
menjatuhkan maruah agama betul la..


Seorang pengarah syarikat produk makanan yang juga kakitangan awam sebuah syarikat pelabuhan bergelar ustaz dicekup kerana bersekedudukan dengan seorang wanita bukan muhrim di sebuah rumah dekat Pangsapuri Pesona, di sini, petang semalam.

Serbuan ke atas rumah yang terletak di Blok A pangsapuri itu dilakukan Biro Keselamatan Persatuan penduduk Pangsapuri Pesona, kira-kira jam 6 petang selepas menerima aduan daripada jiran tetangga. Difahamkan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu sudah berkahwin dan mempunyai anak dan tinggal di Lunas, Kedah.

Difahamkan juga, rumah di pangsapuri itu dibeli dari seorang doktor kira-kira dua tahun lalu hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan. Sementara itu, wakil biro yang hanya mahu dikenali sebagai Lan berkata, intipan sudah dibuat ke atas rumah berkenaan sejak setahun lalu selepas pihaknya banyak menerima aduan daripada jiran lelaki berkenaan. Menurutnya, lelaki itu didakwa menggunakan tiga kenderaan berbeza setiap kali singgah ke pangsapuri itu, selain mendakwa setakat ini kira-kira enam wanita berlainan dibawa masuk ke rumah berkenaan.

 "Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu enggan memberi kerjasama dan hanya membuka pintu selepas kira-kira 20 minit diketuk. Apabila pintu dibuka, dia hanya berkain pelekat dan berbaju, manakala wanita itu pula sudah menanggalkan tudungnya. "Pada mulanya, dia memberitahu bahawa wanita berusia lingkungan 20-an itu adalah anaknya. Tetapi, apabila pemeriksaan dilakukan ke atas kad pengenalan kedua-dua mereka mendapati sebaliknya.

Dia kemudiannya menukar kenyataan pula dengan mengatakan wanita itu anak saudaranya dan memberi alasan mahu memberikan gula kepada wanita itu," katanya. Dalam pada itu, ibu wanita berkenaan yang tiba tidak lama kemudian dilihat terkejut dengan situasi yang berlaku dan mengakui lelaki itu adalah anak angkatnya. Pengerusi Kariah Masjid Timah, Ibrahim Talib turut hadir bagi memberi nasihat kepada pasangan berkenaan. Kedua mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.-SH

BLOG KEDAH: 02 <b>di lunas kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di lunas kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Feb 2012 07:30 PM PST

URL Sumber Asal :-

KOMANDO PERANG SIBER: USTAZ KAMAL SAIDIN <b>DI LUNAS</b> <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2012 12:33 AM PST

ESOK CERAMAH USTAZ KAMAL SAIDIN DI KAMPUNG BATU 6, LUNAS, KEDAH
KPS: USTZ KAMAL SAIDIN GEMPUR LUNAS, KEDAH MALAM ESOK

02 di baling - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


Muslimeen United: Umno bakal kalah 4 - 0 <b>di Baling</b>?

Posted: 08 Mar 2012 08:24 AM PST

Dalam dok semua orang sibuk bagi tumpuan kepada konflik yang berlaku di Kedah baru-baru ni, ramai yang tak perasan, PAS Kedah melalui PAS Kawasan Baling cipta rekod baru, berjaya tubuhkan cawangan PAS yang ke 156.

Dengan jumlah 156 cawangan tu aku rasa takdak Kawasan PAS yang boleh lawan PAS Kawasan Baling. Bukan setakat ada banyak cawangan tapi semua cawangan tu aktif.

Yang menariknya cawangan baru tu ditubuhkan di kawasan kubu kuat Umno di Kampung Seniyek dalam Dun Bayu, satu-satunya Dun yang masih dikuasai oleh Umno dalam Parlimen Baling. Katanya sebelum ni, PAS langsung tak boleh masuk kampung tu.

Selain Parlimen Baling 2 lagi Dun dalam Parlimen Baling iaitu Kupang dan Kuala Ketil juga dimenangi oleh calon PAS masa PRU12 dulu.

Yang lebih menarik lagi, cawangan baru tu dirasmikan oleh Ir. Amiruddin Hamzah, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Kedah merangkap Exco Negeri Kedah. Dalam dok kalut pening masalah perlantikan Exco Kedah untuk tahun 2012 tu, Amiruddin masih boleh luangkan masa untuk rasmi cawangan baru tu.

Harakah cetak melaporkan:

Kalau ikut maklumat member di Baling, angka 156 tu takkan bertahan lama, pasainya akan ada lagi cawangan baru yang akan ditubuhkan tak lama lagi. Memang ada beberapa kampung lagi yang sebelum ni jadi kubu Umno dalam Dun Bayu yang akan ikut jejak langkah Kampung Seniyek tubuhkan cawangan PAS.

Nampak gayanya, peluang untuk YB Azmi Che Husin untuk pertahankan Dun Bayu di tangan BN semakin terancam, bunga-bunga untuk kalah semakin nampak. Masa PRU12 yang lepas, calon Umno tu cuma menang dengan majoriti 984 undi sahaja.

Selain usaha giat untuk tubuh cawangan baru di kawasan kubu kuat Umno, PAS Baling melalui Sekretariat Wakil Rakyat ada lagi satu gerak kerja yang lebih hebat untuk tawan Dun Bayu, tapi yang tu kita cerita lain kali.

02 di pendang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pendang - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Pendang</b>

Posted: 07 Mar 2012 09:07 PM PST

[KLIK] KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA DI FACEBOOK

Majlis Daerah Pendang pada mulanya dikenali sebagai Lembaga Bandaran Pendang yang mana dari segi pentadbirannya terletak di di bawah Lembaga Kota Setar. Walaubagaimanapun mulai 1 Januari 1976, Lembaga Bandaran Pendang telah dipisahkan dari Lembaga Bandaran Kota Setar dan mempunyai kawasan pentadbiran serta perkhidmatan tersendiri meliputi Pekan Pendang, Pekan Bukit Jenun dan Pekan Tokai dengan keluasan 6.825 km/per.

Permohonan-permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Kedah Darul Aman / warganegara
Malaysia untuk memenuhi jawatan seperti berikut :-

1. Pegawai Tadbir

2. Penolong Pegawai Tadbir

3. Penolong Akuantan

4. Penolong Juruaudit

5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan: 22 Mac 2012

02 di jerai kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jerai kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 12:03 AM PST

URL Sumber Asal :-

UMNO Online - Jamil Khir Nafi Dakwaan Guna Peruntukan Yayasan <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2012 12:40 AM PST

Kategori Sana Sini

Jamil Khir Nafi Dakwaan Guna Peruntukan Yayasan Taqwa Untuk Program Di Jerai

PUTRAJAYA, 3 Feb – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan dakwaan pembangkang bahawa beliau menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk program politiknya sebagai berniat jahat.

Katanya permainan politik pembangkang sudah tidak amanah kerana sanggup mengetepikan aspek benar dan salah demi menimbulkan persepsi negatif rakyat.

"Dakwaan yang kata saya guna duit Yayasan Taqwa tidak betul," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jamil Khir mengulas dakwaan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan bahawa beliau menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa yang berada di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dipengerusikannya bagi membiayai program politiknya di Jerai, Kedah.

Laporan itu menyebut Jamil Khir menggunakan peruntukan tersebut untuk memberi bantuan kepada masyarakat di Jerai iaitu kawasan yang akan ditandingi beliau pada pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata dakwaan itu juga tidak tepat kerana membayangkan Yayasan Taqwa hanya membantu mereka yang berada di Wilayah Persekutuan.

"Seluruh Malaysia kita bagi bantuan melalui Yayasan Taqwa. Baru-baru ini saya sampaikan bantuan di Terengganu dan Kelantan," katanya.

Jamil Khir sebelum itu menghadiri majlis perhimpunan agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta melancarkan Ensiklopedia Ulama dan buku-buku terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang akan dijual di pasaran.

Pada majlis itu Jamil Khir turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada mangsa banjir di Thailand yang diterima wakil kedutaan Thailand di Negara ini, Songsak Saicheua.

Sumbangan itu adalah hasil kutipan masjid-masjid di bawah kendalian Jakim iaitu Masjid Negara dan Masjid Wilayah di Kuala Lumpur serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya.

Lagi Berita Berkaitan :

Berita Bertarikh 3 February 2012 Pada 4:40 PM

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved