Ya habibi..Ya maulana…. Ewah..ewah… juadahmalaysia.com baru pulang dari negara Timur Tengah kah? …. hehe..tak de maknanya nak jalan jauh-jauh nih. Setakat Pulau Langkawi tu selalu sangat la…
Baiklah…biasanya saya kongsikan juadah ala melayu dalam blog ni, tapi hari ni apakata kita ubah selera dengan menikmati juadah ala arab pulak.. Nama kedai makan ni ialah MahaRaja Lawak….. ehh..eh.. bukan rancangan Maharaja Lawak kat Astro tu tapi Restoran Maharaja yang terletak di Perdana Quay, Telaga Harbour Park, Langkawi. Lokasinya betul-betul mengadap pantai iaitu tempat parking bot-bot mewah. Suasana persekitarannya cukup mendamaikan.
Restoran ni betul-betul bersebelahan dengan satu-satunya stesyen minyak Petronas yang terdapat di kawasan Pantai Kok. Manakala di tingkat atas bangunan ni terdapat restoran KFC.
Ramai juga warga arab dan mat salleh yang suka menjamu selera di sini. Pemandangannya betul-betul mengadap bot-bot mewah. Aduh..aduh..terasa macam orang kaya pula bila dapat lepak2 cuci mata di sini
Macamana saya boleh sampai ke sini… Sebenarnya sebelum ni mr suami pernah meraikan sahabatnya dari Iran untuk makan di Maharaja. Katanya sedap… jadi haritu, dia bawa saya pula untuk mencuba kelainan makanan di sini.
Jom tengok apa makanan yang best
Nasi Beriyani Kambing. Dagingnya menyorok kat bawah nasi tu. MasyaAllah ..banyaknya portion nasi untuk satu pinggan. Saya kongsi dengan mr suami jer. Dia selera makan. Saya tak berapa lalu… Entah la, pada saya rasa nasinya tak sama macam beriyani kita. Tawar hebeh..! Harganya RM25 sepinggan.
Ini pula Hommos yang didatangkan bersama roti tempayan dan kuah kari. Cicah roti dengan Hommos yang diperbuat dari kacang kuda. Harga satu set RM12.
ayam tandori… tak ingat harga berapa.
Strawberry lasse. rasanya masam-masam
Memang banyak juadah yang disediakan di sini. Nasi beriyani pun ada bermacam-macam jenis. Ada juga juadah western food dan indian food. Lihatlah buku menu ni
Jadi sesiapa yang nak cuba pekena juadah ala arab di Langkawi, maka bolehlah singgah di Maharaja Restaurant.
pernah menghiasi slot Jalan-Jalan Cari Makan di TV3
Macamana nak sampai ke sini ?… Lihat anak panah berwarna Hijau (abaikan anak panah Perdana Quay tu..). Nampak je Steyen Minyak Petronas, maka di sebelahnya terletak MahaRaja Restaurant.
pst : Anda ada pengalaman makan di sini ? Atau anda ada cadangan lain? Jom kongsikan dikotak komen di bawah supaya saya lebih bersemangat lagi untuk melaporkan tempat-tempat makan best di seluruh Malaysia.