Jumaat, 30 Mac 2012

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Sejarah Pengurusan Wakaf <b>Di Negeri Kedah</b> | Majlis Agama Islam <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2012 05:53 PM PDT

Pengurusan Wakaf Sebelum Tanah Melayu Merdeka

Sebelum Tanah Melayu merdeka Kerajaan Negeri Kedah telah mewujudkan Ordinan Agama Islam dan pada masa itu negeri Kedah telah berada di bawah pengaruh British. Tiada undang-undang khusus mengenai wakaf diwujudkan. Pentadbiran Agama Islam dilaksanakan melalui Majmag Masyaih Islam di mana Syeikul Islam dilantik oleh Sultan sebagai mengetuai urusan pentadbiran Islam dan dilantik seorang Khadi Besar sebagai pegawai khusus untuk mentadbir hal ehwal agama Islam.

Tanah-tanah wakaf telah ditadbir urus mengikut keminiti masyarakat setempat di mana Imam atau penghulu masjid-masjid menguruskan harta-harta wakaf masjid dan perkuburan Islam. Bagi tanah-tanah wakaf yang bukan untuk tujuan umum nazir khas telah dilantik oleh pewakaf untuk menguruskan harta wakaf mengikut tujuan dan kehendak pewakaf.

Walaubagaimanapun pada masa itu pejabat-pejabat tanah telah memainkan peranan sebagai pendaftar harta wakaf di mana harta-harta wakaf didaftarkan sebagai tanah reserve kerajaan. Di bawah pengaruh pentadbiran British tanah-tanah wakaf disenaraikan di dalam tanah RC (reserve Certificate), tanah-tanah wakaf didaftar dan diletakkan nombor RC, lot, syarat tanah seperti tapak masjid, tanah perkuburan orang Islam, tapak sekolah agama dan lain-lain di samping dinyatakan pemegang hakmilik seperti Khadhi Besar, Imam Masjid, Penghulu Masjid dan lain-lain. Pendaftaran wakaf ini dilaksanakan sehingga Tanah Melayu merdeka dan Enakman Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah diwujudkan.

Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah

Undang-undang khusus wakaf di Negeri Kedah telah ditubuhkan pada tahun 1962 serentak dengan penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Kedah sebagai sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri. Undang-undang tersebut dikenali sebagai Enekmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah No 9. tahun 1962. Di dalam enakmen tersebut telah memperuntukan bahawa harta-harta wakaf terserah milik dan terletakhak kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah sebagai pemegang amanah tunggal wakaf di negeri Kedah.

Enakmen ini ditubuhkan selaras dengan Perlembagaan Malaysia yang ditubuhkan selepas Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 di mana hal ehwal Agama Islam diserahkan kepada kuasa negeri iaitu Sultan sebagai pemerintah. Sehinggalah tahun 2008 kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 bagi menggantikan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah No 9. tahun 1962 bagi tujuan penambahbaikan dan penyeragaman Undang-undang di antara negeri-negeri di Malaysia.

Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008

Pengurusan wakaf di Negeri Kedah dilaksanakan berdasarkan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 seksyen 52 :

Walau apapun apa-apa peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana surat cara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal, atau menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal :-

(a) semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas;
(b) semua nazr am;
(c) segala jenis amanah yang mewujudkan apa-apa amanah khariat bagi menyokong dan memajukan Agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut hukum syarak.

Dan seksyen 53 : Semua harta yang tertakluk kepada seksyen 52 hendaklah tanpa apa-apa pindah hak, serah hak, atau pindah milik, dan dalam hal harta tak alih sebaik sahaja didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, terletak hak pada Majlis, bagi maksud wakaf, nazr am atau amanah yang menyentuh harta itu.

Dengan pengwujudan Enakmen ini semua harta-harta wakaf tak alih seperti tanah, rumah, bangunan dan lain-lain yang mempunyai dokumen hakmilik didaftarkan di atas nama Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Pentadbiran Majlis melalui Bahagian wakaf dipertanggungjawabkan untuk mengurus, mentadbir serta membangunkan harta-harta wakaf di negeri Kedah mengikut tujuan wakaf yang telah ditetapkan dan selaras dengan hukum syarak.

BLOG KEDAH: <b>di negeri kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Mar 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

DAP <b>Kedah</b> ugut akan bertanding tiga penjuru <b>di</b> PRU13. | UtaraNews

Posted: 26 Mar 2012 05:00 AM PDT

Jika DAP gagal mendapatkan lebih banyak kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, parti itu mungkin tidak mempunyai pilihan tetapi akan berentap dalam pertandingan tiga penjuru.

ADUN tunggal DAP di Kedah, Lee Guan Aik berkata, ini bukan hasrat parti mahupun keinginan rakyat tetapi kerana landskap politik di negeri itu telah berubah sejak pilihan raya umum 2008.

Lee, yang merupakan ADUN Kota Darulaman, menambah bahawa parti itu mahu memainkan peranan lebih besar dalam kerajaan negeri Kedah, dan oleh itu ia berhasrat mempunyai perwakilan yang lebih besar di negeri ini.

"Kami tidak menuntut, kami akan serahkan kepada kepimpinan pusat untuk memutuskannya dan kita akan menghormati keputusan itu tetapi kami ingin mendapatkan lebih banyak kerusi kerana kita mempunyai kubu kuat di Kedah juga," katanya kepada Malaysiakini.

"Ia bukan kerana kita mahu mengurangkan pengaruh PAS di negeri ini tetapi disebabkan oleh kesan limpahan sokongan yang kuat untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Pulau Pinang, sokongan untuk kami di sini semakin meningkat," katanya.

Lee merujuk kepada pengumuman Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam bahawa DAP tidak akan mendapat sebarang kerusi tambahan dalam pilihan raya umum akan datang.

Azizan dipetik oleh media sebagai berkata pengagihan kerusi di kalangan PAS, PKR dan DAP adalah berdasarkan status quo 2008.

Lee yang tidak bersetuju dengan kenyataan Azizan, berkata beliau tidak pasti sama ada pesuruhjaya PAS negeri itu "hanya bermain politik atau mahu mencetuskan masalah kepada Pakatan Rakyat di Kedah".

Menurut Lee, menteri besar telah beberapa kali membuat kenyataan seumpama itu.

Lee turut mendedahkan bahawa DAP berminat bertanding di enam kerusi Dewan Undangan Negeri dan dua kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti bila kepimpinan gabungan pusat akan memutuskan kerana mereka belum bertemu untuk membincangkan peruntukan kerusi di negeri ini.

Kini terdapat 36 kerusi negeri di Kedah - Pakatan mempunyai 20, BN 14 dan terdapat dua Bebas - di Lunas dan Bakar Arang.

Pada 2008, PAS bertanding 24 kerusi negeri dan menang 16, PKR bertanding 11 tetapi menang empat, di mana dua daripada mereka kemudian menjadi ADUN Bebas. DAP menang satu kerusi, manakala baki 14 kerusi lagi dipegang oleh BN.

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di padang terap</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

Kedah Ke KL: TUDIAA LAA!! Lagi Pas Masuk UMNO <b>di Padang</b> <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2012 12:00 AM PST

Semalam berlangsungnya penyerahan borang keahlian baru UMNO di Padang Terap. Dalam keahlian baru UMNO itu ada diselitkan dengan geng Terap Care, salah satu badan bergerak dari Pas.

Alhamdulillah..majlis penyerahan borang keahlian SMP dan borang keahlian UMNO berjalan dengan lancar di Kampung Bukit Nyamuk semalam. Seramai 50 org pemuda daripada Malau, Bkt Nyamuk, Kuala Janing dan Bukit Endin telah menyerahkan borang keahlian SMP. Ada diantara mereka adalah bekas ahli Terapcare (PAS). Seramai 20 org pemuda jugak telah menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua Pemuda UMNO Kedah/Padang Terap Hj Badrol Hisham. Lebih membanggakan lagi apabila 2 org anak kepada pengerusi PKR Bukit Nyamuk jugak turut menyertai UMNO.

Ironinya bulan lepas, 2 org ahli UMNO Bukit Nyamuk telah masuk PKR dan majlis dibuat dirumah pengerusi PKR Bukit Nyamuk namun takdir Allah, mlm semalam 2 org anak dia telah dibukakan pintu hatinya oleh Allah untuk bersama2 berjuang dengan kami di dalam UMNO..TAHNIAH..SELAMAT DATANG BUAT SAHABAT BARU UMNO PADANG TERAP..KAMI MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN KALIAN.

Ada sapa-sapa nak masuk tender untuk bida projek membina muzium Pas Padang Terap dan Terapcare tak? Tak perlu lesen kontrak, cukup sekadar tunjukkan no keahlian pas saja. Ahli seumur hidup Pas diutamakan, borang tender boleh didapati di MTD Pas Pedu..atau hubungi yb Nasir Zakaria dan Miezan..

Majlis yang sangat santai, tanpa protokol, tenang dan yg penting skali..sangat INTIM..pakai kain pelekat lagi..janji matlamat tercapai..pemuda yg berbaju putih dn berambut ala-ala mat emo tu adalah anak kepada pengerusi pkr Bkt Nyamuk.

Mc ucapkan syabas kepada Troopers TMK  Padang Terap kerana membawa info yang berharga ini.



McTheory:
Pada sesiapa yang nak masuk UMNO tu boleh contact kami.. jangan malu-malu.

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Mar 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Mar 2012 01:26 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 12:15 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 12:15 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 12:15 AM PST

URL Sumber Asal :-

UMNO Online - Jamil Khir Nafi Dakwaan Guna Peruntukan Yayasan <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2012 12:40 AM PST

Kategori Sana Sini

Jamil Khir Nafi Dakwaan Guna Peruntukan Yayasan Taqwa Untuk Program Di Jerai

PUTRAJAYA, 3 Feb – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan dakwaan pembangkang bahawa beliau menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk program politiknya sebagai berniat jahat.

Katanya permainan politik pembangkang sudah tidak amanah kerana sanggup mengetepikan aspek benar dan salah demi menimbulkan persepsi negatif rakyat.

"Dakwaan yang kata saya guna duit Yayasan Taqwa tidak betul," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jamil Khir mengulas dakwaan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan bahawa beliau menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa yang berada di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dipengerusikannya bagi membiayai program politiknya di Jerai, Kedah.

Laporan itu menyebut Jamil Khir menggunakan peruntukan tersebut untuk memberi bantuan kepada masyarakat di Jerai iaitu kawasan yang akan ditandingi beliau pada pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata dakwaan itu juga tidak tepat kerana membayangkan Yayasan Taqwa hanya membantu mereka yang berada di Wilayah Persekutuan.

"Seluruh Malaysia kita bagi bantuan melalui Yayasan Taqwa. Baru-baru ini saya sampaikan bantuan di Terengganu dan Kelantan," katanya.

Jamil Khir sebelum itu menghadiri majlis perhimpunan agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta melancarkan Ensiklopedia Ulama dan buku-buku terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang akan dijual di pasaran.

Pada majlis itu Jamil Khir turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada mangsa banjir di Thailand yang diterima wakil kedutaan Thailand di Negara ini, Songsak Saicheua.

Sumbangan itu adalah hasil kutipan masjid-masjid di bawah kendalian Jakim iaitu Masjid Negara dan Masjid Wilayah di Kuala Lumpur serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya.

Lagi Berita Berkaitan :

Berita Bertarikh 3 February 2012 Pada 4:40 PM

Full content generated by Get Full RSS.