ads

Jumaat, 13 April 2012

02 di pokok sena - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pokok sena - Google Blog Search


Tanah kebun untuk <b>di</b> jual <b>di</b> Kubur Panjang, <b>Pokok Sena</b> Offer <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2012 06:40 AM PDT

Publish Date: 04-04-2012 21:40:29 | Contact name: Asmaniza | Location: Pokok Sena | Place: Kubur Panjang | 7 times displayed |

Tanah kebun untuk di jual di Kubur Panjang, Pokok Sena, Mukim Rambai, Pendang, Kedah.

Terletak hampir dikawasan pekan Kubur Panjang. Ada akses jalan hingga ke kebun.

Jarak tanah kebun dari jalan kampung luar 250 ke 300 meter. Jarak sekolah rendah 400 meter.

Tanah kebun getah pertengahan umur dan masih mengeluarkan hasil.

Sesuai untuk pertanian dan pelaburan jangka panjang. Dijangka kawasan sekitar pekan akan dibangunkan.

Pelaburan untuk perumahan amat bersesuaian kerana keadaan tanah yang rata, lebar dan panjang.

Seluas 6 relung sepenjuru (sekitar 4.5 ekar). estimate luaskaki 272250 kps

Harga 450K nego.

* Mahu dijual segera oleh waris2. Hanya untuk yang serius dan benar2 berminat.

Berminat atau sebarang pertanyaan boleh hubungi NurAsmaniza 01114734167 @ Bashirun 0194238023.

Contact Asmaniza: Tanah kebun untuk di jual di Kubur Panjang, Pokok Sena

Send me an email with links to manage my Ad

02 di lunas kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di lunas kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di lunas kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Apr 2012 07:13 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di lunas kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

KOMANDO PERANG SIBER: USTAZ KAMAL SAIDIN <b>DI LUNAS</b> <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2012 12:33 AM PST

[unable to retrieve full-text content]USTAZ KAMAL SAIDIN DI LUNAS MALAM ESOK.....AYUH TURUN RAMAI-RAMAI. ESOK CERAMAH USTAZ KAMAL SAIDIN DI KAMPUNG BATU 6, LUNAS, KEDAH. KPS: USTZ KAMAL SAIDIN GEMPUR LUNAS, KEDAH MALAM ESOK ...

02 di sik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sik - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di sik</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Apr 2012 10:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di sik</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jan 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di sik</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jan 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di sik</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jan 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di sik</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jan 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di sik</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jan 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

Media Kedah: Panas,,!!! lagi cerita PAS <b>di Sik</b>,,

Posted: 30 Jan 2012 04:55 PM PST

Pisau Kedah nak dedahkan cerita panas yang Pisau Kedah dapat dari salah sorang ahli PAS yang loncat masuk UMNO,ia berkaitan dengan PAS di Sik,,korek punya korek baru lah terdedah cerita tentang PAS Sik,,

Macam ni ceritanya,,di khabarkan puak-puak PAS di Sik berpecah kepada 3 puak,,Puak Pas Pro Ahli Parlimen  Che Uda Che Nik,,Puak Pas Pro SETPOL Sanusi,,Puak Pas Pro Tok,tok Guru Sik,betui ka??,,

Puak Pas yang pro Tok,tok guru depa mahukan seorang yang bernama Ku Baharom untuk di jadikan calon parlimen PRU 13,Pisau Kedah pun tak pernah kenal siapa tu Ku Baharom,,nampak gayanya seorang kuat agamanya,,kalau tak buat apa tok,tok guru mahukan dia jadi calon PRU12

Puak Pas yang pro Che Uda pulak,,tetap mahukan Che Uda jadi calon parlimen PRU 13,,bagi pendapat puak Pas pro tok,tok guru,,kalau masih Che Uda jadi calon parlimen akan bungkus la Pas di Sik,,dengar kata perang dingin juga la sesama depa..

Yang Pisau Kedah pelik tu,,mai kot mana pulak yang pro SETPOL tu,,tentu ada sebab tertentu puak Pas pro SETPOL tu menolak calon dari puak pro Che Uda dan dari calon puak pro tok,tok guru,,

Untuk pengetahuan ketiga-tiga puak Pas,,hampa letak pi la calon sapa pun,,dah tergugat dah Pas di Sik,,lepas ni boleh la tempah batu nisan boh kat kubur parti Pas Sik,,apa lagi yang Pas Nak banggakan di Sik??Sedangkan Kampung-kampung yang dulunya hardcore PAS,,dah BN tawan,,

Pisau Kedah:-

Pas Kedah boleh la siapa sedia menerima kekalahan di PRU 13 ni,,tapi rasanya kalau Pas Kedah kalah depa tak hairan la,,duit balak dah banyak dalam poket,,,


Published with Blogger-droid v2.0.4
Full content generated by Get Full RSS.

Kedah Ke KL: EKSKLUSIF!! Lagi Ahli Pas Tegar Keluar Parti <b>di Sik</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2012 12:00 AM PST

Kubu Kuat PAS Sik Kedah berjaya BN tawan
Tahniah YB Datuk Mohd Tajudin (Adun Belantik)
Semalam Team Media Kedah telah pergi ke satu perkampungan yang cukup terkenal dengan perkampungan Hard core PAS di Sik, Kedah, bertempat di Kampung Batu Besar Mukim Teloi Tua Sik, yang kini ramai penduduknya mula sudah berubah angin keluar dari PAS.
Kalau dulu BN jangan harap la nak masuk kampung ni, nak pacak bendera BN pun jangan mimpi la, namun kini angin perubahan telah melanda di kampung tersebut, seramai 61 orang ahli PAS telah keluar dari parti termasuk lah sepupu dan juga Mak Saudara Ahli Parlimen Sik (MP Sik Che Uda), dan selepas ini ramai lagi yang akan menyertai UMNO dalam masa terdekat, kalau tak percaya tanya la Ahli Parlimen Sik, siapa dalam gambar bawah ni..
Agak-agak, Ahli Parlimen Sik kenal tak dengan wanita ini? Bukankah wanita ini adalah Ibu kepada saudara Ahli Parlimen Sik? Bukankah suatu ketika dahulu, wanita ini pernah menyuapkan makanan dan basuh pungkoq Ahli Parlimen Sik? Setelah menjadi Ahli Parlimen selepas PRU 12, ada pernah walaupun sekali, Ahli Parlimen Sik menjejakan kakinya melawat wanita ini yang pernah satu ketika dahulu menjaga Ahli Parlimen Sik bagai anak sendiri?? 


Wanita ini bercerita lagi pada Team Media Kedah walaupun Ahli Parlimen itu datang berceramah berhampiran dengan rumahnya, namun sekali pun tak pernah di ziarahnya atau menjenguk muka sedangkan... wanita ini bukan sekadar ibu saudara Ahli Parlimen Sik malah beliau diantara penyokong kuat Pas yang selama ini membantu jentera Pas di Sik.
Bagaimana pulak dengan lelaki ini, Ahli Parlimen Sik kenal tak lelaki ini ?? Bukankah lelaki  sepupu kepada Ahli Parlimen Sik dan juga pengerak PAS sehingga Ahli Parlimen Sik boleh menang pada PRU 12..untuk pengetahuan semua, Pak Long ni sudah 30 tahun lebih menjadi hard core PAS di Mukim Teloi Tua, Sik.Kedah. Namun selepas ini semuanya telah berubah..
Kalau dulu BN nak pacak bendera di Kampung tersebut, BN perlu berhadapan dengan Pak Long ni dulu la..sehingga tak berani BN nak pasang bendera..namun kini rasanya berbangga, di hadapan rumah Pak Long ni telah ada Bendera BN dan UMNO dan tak siapa berani nak usik bendera tersebut..
Zainudin B Abdul Wahab (Apit)
Apit anak sepupu Ahli Parlimen Sik, pemuda PAS pertama yang memasuki UMNO di Sik ni, dia merasa amat kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Sik, dia juga antara orang yang aktif di dalam PRU 12 berjuang untuk PAS..namun kini dia merasa sia-sia berada di dalam PAS... tidak dihargai..
Mat Isa antara penyokong kuat PAS mukim Teloi Tua, merupakan Ahli PAS sejak azali lagi, niat untuk Mat Isa memasuki UMNO sudah lama, setelah kecewa dengan Ahli Parlimen Sik, Adun Jeneri dan juga MKK, tapi keinginan Mat Isa memasuki UMNO tiba kemuncaknya bila peristiwa anaknya terlibat dengan kemalangan, tak seorang pun wakil PAS yang datang menziarah. 
Sedangkan pernah sekali ceramah Pas cuma diadakan berhadapan dengan rumahnya hanya beberapa meter sahaja tak sampai 10 meter untuk Adun dan Ahli Parlimen Sik melangkah kerumahnya menziarahi anaknya yang memerlukan bantuan, namun yang datang menziarahi anaknya dan memberi bantuan kerusi roda adalah Adun BN (YB Datuk Tajudin) yang sebelum ini di anggapnya musuh ketatnya..
Abang Mat dan Abg Man, juga merupakan penyokong  kuat PAS sejak azali lagi..dulunya kalau kerat tubuh mereka berdua ni rasanya keluar darah hijau.. he he..begitulah perumpamaan yang dapat kami berikan betapa hard core nya mereka bersama PAS, namun kekecewaan mereka adalah kerana sikap PAS sudah berubah dari perjuangan sebenar iaitu memperjuangkan Islam, tambahan pulak pemecatan Hasan Ali menjadi penyebab juga mereka keluar dari PAS.
Mereka semua ini adalah orang yang membawa masuk BN di Kampung Batu Besar, Mukim Teloi Tua ,Sik. Dan mereka akan menjadi sejarah apabila buat kali pertama BN menjejak kaki di tempat berkenaan, di sini Mc juga nak mengingatkan UMNO dan juga Ketua Bahagian Sik, jangan lupa jasa mereka ini, kerana jasa mereka, seramai 61 orang telah menyertai UMNO dan tinggalkan PAS, dan lebih banyak lagi akan tinggalkan PAS di Kampung berkenaan pada masa akan datang dan semoga mereka di hargai..
Che Uda Che Nik (Ahli Parlimen Sik-PAS)
 Yahaya Abdullah (Adun Jeneri-PAS)
Ahli Parlimen dan juga Adun ini akan merima akibatnya pada PRU 13 ini,
Nampaknya rakyat sudah sedar bahawa parti Pas hanya pandai mengunakan orang sewaktu pilihanraya. Kononnya berjuang secara jihad sewaktu mereka susah, namun diketika mereka sudah senang, mereka melupakan siapa yang pernah bersama mereka. Itulah Pas.. itulah jihad Pas. Sudah sama-sama, senang sorang-sorang..

McTheory:
Terima kasih pada Pisau Kedah, kerana melaporkan dari Sik Kedah..

Full content generated by Get Full RSS.

Ayu wanie choc8lat: Wedding Man + Ikin <b>di Sik</b>, Kedah- Oreo Choc <b>...</b>

Posted: 25 Dec 2011 01:18 AM PST

Last week sy tutup kedai sat..huhu..balek kedah 4 hari coz adek ipar kawen..simple but still meriah + nice..terigt lak zaman2 kt kawen dulu..=P..Pengantin sama cantek ,sama padan, semoga berbahagia keanak cucu...Majlis rumah perempuan di Weng, Sabtu 17 Dis 2011, berhampiran Kg Memali ( for  those yg tak tahu, search kat google pasal Memali ya. )..Sebelah lelaki di Parit Panjang, Bt 5 Sik, Kedah 18 Dis 2011.. Tema, merah itam, cream koko..Mmg penat cket, org kg ramai dtg , maklumlah sekarang time2 cuti sek..Okeh, meh layan pic dulu...=)

Full content generated by Get Full RSS.

02 di baling - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


KedahLanie.info: Lebih 30 rumah rosak akibat ribut <b>di Baling</b>

Posted: 18 Mar 2012 05:00 PM PDT

BALING - Lebih 30 rumah di lima buah kampung di sini musnah akibat dilanda ribut 4.30 petang semalam.

Tiga buah kedai menjual makanan dan barang keperluan harian turut roboh dalam kejadian itu.

Kampung terbabit ialah Kampung Lanai melibatkan 23 buah rumah, Kampung Sungai Tas (empat termasuk sebuah surau), Kampung Carok Salang (dua), kampung Sungai Tembak (lima) dan Kampung Parit Panjang (tiga).

Dalam kejadian itu kebanyakan rumah yang terbabit kehilangan bumbung dan rosak akibat dihempap pokok.

Sementara itu, seorang peniaga kedai makan di kampung Sungai Tembak, Yusuf Ahmad, 58, bersyukur kerana keluarganya terselamat apabila kedainya roboh ketika kejadian itu.

"Waktu kejadian dalam kedai saya terdapat seorang pelanggan selain tiga anak saya serta isteri turut terperangkap dalam runtuhan kedai," kata Yusuf kepada Bernama di sini, hari ini.

Akibat kejadian itu, laluan utama dari Parit Panjang Ke Baling dan dari Kampung Lanai ke Kuala Pegang tergendala lebih tiga jam akibat pokok tumbang di atas jalan.

Difahamkan semua kenderaan yang hendak ke pekan Baling terpaksa menggunakan laluan Kuala Ketil ke pekan Baling sejauh 60 kilometer. - Bernama

02 di padang serai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang serai - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2012 01:14 AM PDT

URL Sumber Asal :-

CERAMAH YB GOBALAKRISNAN <b>DI PADANG SERAI</b> MALAM NI

Posted: 08 Apr 2012 07:17 AM PDT

KALAU TAK SALAH KPS, HARI NI ADA SATU CERAMAH YANG WAJIB HADIR DI PADANG SERAI. CERAMAH APA????? TAJUK DIA SEPENGETAHUAN KPS LEBIH KURANG LAGU NI " PENDEDAHAN YB GOBALAKRISNAN KENAPA JADI YB BEBAS".....PEGHHHHH,,,PANAS BEB,,,,,AREA MANA KPS TAK PASTI,,,,,YANG PASTI DI PADANG SERAI....

02 di jerai kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jerai kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2012 01:02 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 01:20 AM PST

URL Sumber Asal :-

Jamil Khir Salahguna Wang Yayasan Taqwa (MAIWP) – Buat <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2012 11:30 PM PST

KUALA LUMPUR, 2 Feb:Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengecam keras tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang didakwa menggunakan wang Yayasan Taqwa untuk  melaksanakan beberapa program di kawasan Jerai, Kedah.

Tindakan tersebut ternyata amat aneh kerana Yayasan Taqwa adalah sebuah agensi yang berada di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan dananya adalah dari peruntukan MAIWP.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail berkata, disebabkan yayasan tersebut berada di bawah MAIWP, wang tersebut sepatutnya digunakan untuk kepentingan penduduk di Wilayah Persekutuan.

Beliau mendakwa, namun Jamil ternyata telah melakukan tindakan aneh apabila telah membawa dana dari MAIWP ke kawasan Jerai dengan mengadakan beberapa majlis untuk memberikan bantuan kepada penduduk di kawasan itu.

Katanya, pada hal bantuan dari MAIWP amat susah untuk diperolehi oleh penduduk di kawasan Wilayah Persekutuan sendiri, tetapi kini Jamil tergamak membawa keluar dana yayasan tersebut ke luar kawasan MAIWP khususnya ke Jerai.

"Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, sehingga sekarang sudah lima majlis bantuan kepada penduduk di kawasan Jerai yang menggunakan wang dari Yayasan Taqwa yang diadakan oleh Datuk Seri Jamil Khir.

"Dari majlis-majlis yang diadakan itu bermakna sudah cukup banyak wang dari peruntukkan MAIWP yang sepatutnya digunakan di Wilayah Persekutuan dibawa ke Jerai," dakwanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Dana dari Yayasan Taqwa, menurutnya, diyakini datangnya dari wang zakat dan peruntukan MAIWP dan tindakan Jamil itu dibimbangi turut membabitkan penyalahgunaan wang zakat.

"Datuk Seri Jamil Khir tidak sepatutnya bertindak seperti itu. Beliau sepatutnya menggunakan wang tersebut dengan betul dengan menyalurkannya kepada mereka yang lebih berhak menerimanya di Wilayah Persekutuan sendiri," tegasnya.

Sebelum ini, Jamil juga turut dikaitkan dengan penyalahgunaan wang zakat dengan menggunakannya bagi kepentingan peribadinya untuk pembiayaan kes mahkamah yang melibatkannya.

Dengan tindakannya yang menggunakan wang yayasan tersebut bagi memberikan bantuan kepada penduduk Jerai, tindakan-tindakannya kini semakin diragui banyak pihak.

Lebih diragui lagi, dakwa Nasie, apabila bantuan-bantuan yang diberikan oleh beliau kepada penduduk Jerai itu diyakini mempunyai kaitan dengan kepentingan peribadinya sendiri. -harakahdaily

Keputusan pilihanraya umum P.12 Jerai, Kedah pada 8 mac 2008

Ustaz Mohd Firdaus Jaafar memperolehi 26,510 undi berbanding Datuk Paduka Badruddin Amiruldin memperolehi hanya 24,211 undi. Mohd firdaus Jaafar menang dengan majoriti 2299.

Dari sumber yang boleh dipercayai  dari Umno Bahagian Jerai, hangat dan hampir pasti Umno bahagian Jerai akan meletakkan tokoh agama iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai calon pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Umno bahagian Jerai dikatakan menyetujui langkah PM Najib untuk menurunkan calon BOLEH MENANG untuk merampas kembali kerusi Parlimen Jerai yang buat kedua kalinya ditawan oleh Pas. Calon Pas ustaz Nasharudin Mat Isa memenanginya buat pertama kali bagi Pas pada pilihanraya umum ke 10 pada 1999 mengalahkan Dato' Paduka Badruddin Amiruldin.

 Petikan dari abushahid.wordpress.com

Share

Full content generated by Get Full RSS.

JOM JALAN-JALAN...: GUNUNG <b>JERAI</b>, <b>KEDAH</b> : Gunung yang <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2012 08:31 PM PST

Macam-macam cerita mistik tentang Gunung Jerai yang tidak berbanjaran ni.Dengar cerita kat sini tempat orang mencari batu permata dan batu lumut secara mistik.Pastu daripada cerita orang-orang tua, Gunung Jerai ni adalah tempat buangan banyak jin-jin daripada bomoh-bomoh...Itu sebabnya, pegawai perhutanan bagitau kat kami sebelum mendaki kena jaga mulut, jangan sombong, jangan ambil benda-benda pelik sepanjang perjalanan dan jalan secara berkumpulan...

Gambar di atas : Lokasi Titi Hayun (tempat memulakan mendaki)
Sebenarnya mudah je nak pergi Gunung Jerai. Ikut Highway PLUS Utara Selatan. Kemudian exit Gurun dan ikut je papan tanda Gunung Jerai atau Regency Resort Gunung Jerai. Daripada highway lagi kita boleh nampak gunung yang tersergam indah. Disebabkan kami nak daki gunung maka kami kena naik di Titi Hayun. Untuk ke sana kena masuk Guar Cempedak dan pastu tanya la orang.Gunung Jerai juga dipanggil Puncak Jerai, dulu dipanggil Pulau Serai, setinggi 1,217 meter, sempadan antara Kuala Muda dan Yan
Menurut cerita Pegawai Hutan yang menguruskan pendakian kami, pada zaman dulu, kedudukan Gunung Jerai adalah sangat strategik sebagai panduan pelayar untuk berdagang di negeri Kedah. Ada cerita mistik dikaitkan dengan Gunung Jerai iatu Raja Bersiong la yang sebenarnya membuka kawasan penempatan di Gunung Jerai. Ntah betul ntah tidak....Diceritakan di sini ada batu besar seperti sebuah kapal milik Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja cuba nak labuhkan kapalnya di Gunung Jerai. Memang susah nak percaya.....

Setelah hampir 4 jam bersama-sama 40 orang pelajar Kolej MARA Kuala Nerang, akhirnya berjaya gak sampai kat atas. Pendakiannya tak la mencabar sangat. Mula-mula naik lebih 1000 anak tangga, pastu ikut jalan curam sikit, pastu ada jalan landai sikit, pastu sampai. Boleh tahan gak letih sebab tak 'training' sebelum tu....

Gambar di bawah : Di sini la tempat kami berkhemah. Di sini ada sebuah rumah besar dengan 2 bilik, ada pentas terbuka, ada swimming pool herba, airnya datang daripada gunung cuma hitam la sikit, dikatakan ada unsur herba daripada akar-akar kayu. Bagus untuk menyembuhkan sakit berkaitan kulit.Surau pun ada begitu juga toilet.Kira semua 'complete' la bagi tujuan perkhemahan. Cuma yang sedikit menakutkan, menurut Pegawai Perhutanan, di kawasan ini adalah pusat penempatan bunian. So kena berhati-hati la sebab dah 10 orang hilang di Gunung Jerai yang tidak dijumpai hingga sekarang.

Gambar di bawah : Pemandangan dari tapak khemah.menarik..menenangkan tengok sawah terbentang luas.
Gambar di bawah : Tak sangka atas Gunung Jerai ni ada Muzium Perhutanan. Semuanya berkaitan pameran alam semulajadi. Yang paling menarik perhatian saya ialah burung cenderawasih yang telah diawet

 Hari seterusnya kami berjalan pergi ke tempat yang dikatakan bersejarah iaitu Telaga Tok Sheikh dan Padang Tok Sheikh. Ceritanya cukup menarik... Ini cerita pada tahun 1136 masihi (531 hijrah).Ketika itu, Sultan Kedah ke-9 bernama Maharaja Derbar Raja merupakan seorang hindu. Diceritakan datang seorang alim dari negeri Shahir, Yaman bernama Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri ke negeri Kedah dan berlabuh di Kuala Sungai Baboor (Kuala Sungai Merbok). Beliau mengadap Sultan Kedah untuk berdakwah dan dengan izin Allah, sultan memeluk Islam dan menggantikan nama beliau sebagai Sultan Muzaffar Shah. Sultan pun melantik Sheikh Abdullah menjadi penasihat sultan. Pada suatu hari, Sultan bertanya kepada Sheikh Abdullah apakah yang lebih mulia di Tanah Arab. Sheikh menjawab 'Menara' bagi tujuan melaungkan azan. Maka, Sultan Muzaffar menitahkan agar dibuat Menara di puncak Gunung Jerai bagi tujuan azan dan memperingati pertukaran nama sultan dan negeri. Ketika menara tersebut sedang dalam pembinaan, Sheikh Abdullah jatuh sakit dan mewasiatkan agar beliau dikebumikan di tanah rata berhampiran menara tersebut. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil Padang Tok Sheikh hingga sekarang.
TELAGA AIR TOK SHEIKH....Air yang cukup jernih dan boleh diminum....
Memang meletihkan naik ke puncak gunung Jerai semata-mata nak tengok lokasi Padang Tok Sheikh..Lebih sejam gak...sakit kaki dibuatnya...

Full content generated by Get Full RSS.

Gambar Menarik <b>di</b> Gunung <b>Jerai</b> | MyMekar.com

Posted: 26 Nov 2011 08:10 AM PST

Assalammualaikum….

SABAN hari mengharungi kesesakan lalu lintas ke pejabat boleh membuat seseorang sesak nafas. Sesekali, tentu timbul keinginan untuk lari daripada hiruk pikuk kota, keluar kota mencari ketenangan, terutama di hujung minggu.

Sempena cuti sekolah ini, apakata kawan-kawan membuat pertimbangan untuk bercuti ( dalam negara jer) bersama anak-anak ke sebuah pusat peranginan di atas puncak bukit iaitu di Gunung Jerai, Kedah.

Baru-baru ni saya berpeluang sekali lagi ke Gunung Jerai dan ini merupakan kali ke-2 saya ke sana.  Kali pertama pergi sana sekitar bulan Febuari lepas. Jadi artikel kali ni saya tak nak berceloteh panjang cuma lebih kepada berkongsi gambar-gambar menarik sepanjang 1 hari berada di Gunung Jerai. Untuk info-info lain tentang gunung jerai, bolehlah kawan-kawan klik Teruja ke Gunung Jerai dan Cendawan Shiitake kebanggaan Gunung Jerai  iaitu artikel yang pernah saya tulis suatu ketika dulu.

Berikut adalah gambar-gambar yang saya ambil menggunakan Canon EOS 1000D :-

Pemandangan yang damai dan sedikit berkabus  di sekitar Regency Jerai Hills Resort (RJHR). Masa saya pegi kali ni cuacanya amatlah sejuk. Menggigil segala tulang dalam badan nih :D

macam rumah banglo tapi ada 4 unit bilik di teratak yang tersergam indah ini

Deluxe Room yang cukup selesa buat kami. Harga bilik (termasuk tax) tak sampai RM200. Murahkan..! Sebab dapat special rate dari kawan.

SubhanaAllah..luasnya bumi ciptaan tuhan. Dari atas puncak, kita dapat lihat sebahagian Negeri Kedah yang memiliki sawah padi luas terbentang dan lautan nan membiru

Dengan paras ketinggian 986 M dari aras laut

Ladang penanaman orkid yang baru beberapa bulan dibuka. Tak banyak lagi bunga yang tumbuh semasa saya pegi baru-baru ni

antara gambar terbaik yang mampu saya hasilkan. okeyla tahap amatur spti saya :wink:

Dan yang paling saya suka…….Tengok tu…geram sungguh dengan bunga2 di sini yang hidup subur dan berkembang mekar. terasa nak bawa balik utk tanam kat rumah :mrgreen:

Ada banyak lagi gambar tapi saya nak stop di sini ! Banyak sangat gambar boleh membuatkan loading blog ni jadi berat. Kang tak pasal-pasal pulak kena top-up bandwidth untuk bulan ni yang tinggal beberapa hari lagi. SELAMAT TAHUN BARU 1433 HIJRIAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full content generated by Get Full RSS.
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved