Sabtu, 4 Ogos 2012

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


<b>Merbok</b> Terus Maju, Kini Merupakan Hab Pendidikan <b>Di</b> Negeri <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2012 04:03 PM PDT

SUNGAI PETANI  - Hasrat menjadikan kawasan Merbok sebagai hab pendidikan lengkap di Kedah bakal terlaksana apabila sebuah sekolah pendidikan khas bertaraf tinggi bernilai RM20 juta beroperasi tidak lama lagi.
Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, projek sekolah berkenaan yang merupakan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) itu akan turut dilengkapi dengan kemudahan lif, laluan orang buta, asrama dan lapan bilik darjah serta empat tandas.
Beliau berkata, projek tersebut dimulakan sejak tahun 2009 dan kini pembinaan telah siap sepenuhnya serta boleh diduduki dalam tempoh terdekat.

"Proses pemindahan murid orang kurang upaya (OKU) sedang dijalankan dan dijadual selesai dalam masa dua bulan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan kunci secara simbolik daripada kontraktor kepada Bahagian Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah di sini semalam.

Tajul Urus yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok berkata, buat masa ini, senarai  pelajar OKU telah dilengkapkan dengan sebahagian daripada mereka telah menumpang di sekolah  harian biasa di sekitar Sungai Petani sejak tahun lalu.
"Apabila  semua telah siap dan dilengkapi dengan kemudahan sepenuhnya, bukan sahaja murid terbabit akan dapat belajar  dalam suasana lebih kondusif, malah kualiti pendidikan khas juga diharap dapat ditingkatkan",
"Sekarang  di Merbok  sudah pun ada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Institut Perubatan, Sains danTeknologi Asia (AIMST) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan projek ini merupakan pelengkap kepada usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadikan Merbok sebagai hab pendidikan di negeri ini," ujarnya.
Tambahnya, kemudahan pendidikan yang disediakan ini bakal memberikan manfaat besar bukan sahaja kepada penduduk Merbok tetapi juga di seluruh Negeri Kedah amnya.

02 di gurun kedah - Google Blog Search

02 di gurun kedah - Google Blog Search


Green Oranges Perindustrian <b>di Gurun</b>, <b>Gurun</b>, <b>Kedah</b>.

Posted: 27 Jul 2012 03:11 AM PDT

Telefon Hafiz Mohamed di talian 016 475 9633 "Untuk HF Flexi Truck Mobile Hawking Complete Set berharga RM49,900 (on the road), kami lengkapkan antaranya dengan generator, tong gas, mesin pengira wang, dua meja dan lapan kerusi untuk pelanggan duduk. Itu standard dan kenderaan ini memang sesuai digunakan oleh peniaga di pasar malam atau di tepi jalan

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


TERAWIH BERDARAH <b>DI SIK</b> KEDAH | ArauBlogger Dot Com

Posted: 21 Jul 2012 08:57 PM PDT

Klik sini untuk melihat Blog Hiburan Terhangat Sekarang !!
Ajal maut di tangan Tuhan , begitulah terjadi pada seorang warga mas , difahamkan asalnya merekan nak merompak , tapi jadi pula kes bunuh ...

Kepulangan seorang suami daripada menunaikan solat sunat Tarawih 'disambut' dengan tragedi apabila melihat isterinya terbaring tidak bermaya dengan kesan kelar di leher di atas katil bilik mereka di Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam, Halimah Yunus, 66, ditemui dalam keadaan berlumuran darah sebelum disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sik untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan, Halimah adalah bekas Ketua Cawangan Wanita Umno Bukit Hangus sekitar 1990-an namun sudah bersara berikutan keadaan kesihatannya.

Suami mangsa, Mee Hashim, 63, berkata dia pulang daripada mengerjakan solat Tarawih jam 9.20 malam sebelum dikejutkan dengan jeritan isterinya yang meminta tolong.

"Sebaik mendengar jeritan arwah, saya bergegas masuk ke bilik dan terkejut melihat isteri berlumuran darah dan tidak bermaya.

"Ketika itu, arwah masih boleh bercakap dan memberitahu seorang lelaki menyerangnya namun tidak mengenalinya," katanya kepada pemberita di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam.

Mee berkata, selepas melihat keadaan isterinya, dia berlari keluar untuk meminta pertolongan orang kampung sebelum menghubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, arwah biasanya pergi bersamanya untuk menunaikan solat sunat tarawih, namun pada malam kejadian dia tinggal di rumah berseorangan berikutan masalah kesihatan.

Anaknya, Norliza Mansor, 46, berkata dia sempat berjumpa arwah Rabu lalu dan arwah menyatakan hasrat memakai jubah dan barang kemas perhiasan sempena Aidilfitri, namun tidak menyangka itu hasrat terakhir ibunya.

"Saya sudah membeli jubah namun tidak sempat berjumpa emak untuk menyerahkannya. Selain itu, saya bercadang membeli barang kemas perhiasan hari ini (semalam) dan menyerahkan kedua-dua barang itu ketika berbuka puasa, namun tidak kesampaian.

"Kami sekeluarga menerima tragedi ini sebagai takdir Tuhan dan reda dengan ketentuan-Nya, tambahan pula kejadian berlaku pada malam pertama Ramadan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, mangsa cedera parah berikutan kesan kelar di kiri leher dan kehilangan banyak darah sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, pihaknya menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada percubaan samun berikutan barang kemas mangsa masih ada di tubuhnya.

Menurutnya, suspek dipercayai masuk melalui pintu bilik air di belakang rumah mangsa berdasarkan kesan pecah masuk.

"Kami masih menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes ini, termasuk motif serangan, sehingga membawa kepada kematian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan," katanya.
SUMBER

PENDAPATAN MUDAH DARI FACEBOOK!!!

02 di padang terap - Google Blog Search