Sabtu, 15 September 2012

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


PANASS!! Mahfuz Bakal Tersungkur <b>di Pokok Sena</b>? ~ Kedah Ke KL

Posted: 15 Sep 2012 08:36 PM PDT


Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS dan juga Ahli Parlimen Pokok Sena adalah antara nama yang dikatakan begitu 'berminat' dengan jawatan Menteri Besar Kedah. Namun, untuk mencapai matlamat itu amatlah sukar kerana beliau perlu berhadapan bukan sahaja dengan Dato' Seri Azizan Razak, yang mendapat sokongan akar umbi dan golongan ulama tetapi juga Mat Sabu dan Phahrolrazi yang menyimpan cita-cita yang sama.

Dan lebih dari itu, Mahfuz juga sedar bahawa beliau perlu terlebih dahulu memastikan yang PAS menang di Kedah.

Untuk rekod, BN memenangi 14 daripada 36 Negeri pada 2008 yang hampir kesemuanya dikuasai UMNO manakala Pakatan memenangi 22 kerusi, dengan majoriti dikuasai PAS dengan 16 kerusi.

Namun, ada juga yang berkata bahawa Mahfuz adalah antara yang telah dipilih oleh Anwar untuk berada dalam barisan Ahli Parlimen dan bakal Menteri Kabinet jika PR menang dalam PRU-13 ini.

Bagaimanapun, keadaan semasa di dalam PAS di mana kumpulan Anwarinas kini menghadapi kebangkitan kumpulan ulama, meyakinkan kita bahawa Anwar lebih memerlukan Mahfuz untuk menerajui Kedah bagi mengekang kebangkitan ini berbanding di dalam kabinet PR yang belum tentu akan atau bila boleh diwujudkan.

Sehubungan dengan itu, desas-desus kedengaran bahawa Mahfuz bakal bertemu dengan Dato' Sahlan Ismail Nasution, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, yang juga merupakan abang kepada Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution di gelanggang N9 Bukit Lada di dalam Parlimen Pokok Sena. Kerusi tersebut kini dipegang oleh Ahmad Izzat Shauki (PAS) yang menang tipis menentang Datuk Ariffin Man (BN) dengan majoriti 208.

Jika ini berlaku, kita hampir pasti akan dapat menyaksikan mimpi-mimpi Mahfuz untuk menjadi Menteri Besar Kedah, hancur berkecai.

Ini kerana Dato' Sahlan adalah seorang yang berintegriti dan berkeperibadian tinggi. Sebelum ini, beliau pernah diura-urakan akan dicalonkan di Kulim-Bandar Bharu menentang adiknya sendiri dan mengikut perkiraan, beliau mampu menang mudah mengatasi adiknya berdasarkan sentimen politik rakyat setempat dan keperibadian antara kedua mereka.

Dato' Sahlan dengan Mahfuz adalah umpama langit dengan bumi dari segenap segi iaitu keperibadian, pengalaman dan juga pendidikan. Dengan latarbelakang pendidikan Mahfuz yang berbekalkan SRP dan pengalaman menjadi porter di lapangan terbang, bagaimana beliau mampu meyakinkan rakyat yang beliau adalah pemimpin yang lebih baik dari dari seorang yang berpengalaman luas termasuk sebagai Setiausaha Sulit Perdana Menteri seperti Dato' Sahlan?

Lebih malang lagi, Mahfuz juga tidak boleh menggunakan 'agama' sebagai modal politiknya kerana umum tahu beliau bukan ulama. Malah, sekali pandang, Dato' Sahlan tampak lebih 'beragama' dari Mahfuz walaupun Mahfuz mewakili parti yang menggunakan nama agama.

Atas faktor ini, maka kita tidak hairan apabila kajiselidik tidak rasmi yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu menganggarkan Mahfuz bakal kalah dengan majoriti lebih 1,000 jika menentang Dato' Sahlan. Tidak mustahil angka ini bertambah jika diambil kira tindakan sabotaj terhadap Mahfuz yang bakal dilancarkan oleh mereka-mereka di dalam PAS yang turut mengidamkan kerusi Menteri Besar Kedah tadi.

Ini bukan sesuatu yang mustahil memandangkan akhir-akhir ini, kumpulan Mat Sabu dikatakan semakin agresif 'mengintai' percaturan pihak Mahfuz.

Seperti juga Mahfuz, Mat Sabu telah dan sedang melakukan berbagai cara untuk mempengaruhi kepimpinan PAS pusat untuk menyokong dan membantunya mencapai matlamat menjadi MB Kedah.

Nampaknya jalan yang perlu dilalui Mahfuz untuk duduk di takhta Wisma Darulaman adalah sama sukarnya dengan jalan yang perlu dilalui oleh Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Superneena : Al-Mawlid dan UNIC <b>di</b> UiTM <b>Merbok</b>

Posted: 11 Sep 2012 04:03 AM PDT

Seperti title di atas, yes 8hb September 2012 hari tu kumpulan nasyid Al-Mawlid which is gabungan antara Lah & Zaf ex-VE, Amir & Azan ex-Ruffedge, Adib ex fabulous cat dan lagi dua orang anggota kumpulan plus UNIC datang buat konsert kat UiTM Merbok dihatiku. Pewwit dihatiku ku ku ku~
Aku dengan kawan2 ni,kalau bab2 konsert ni cukup suka la. Disamping dapat have fun,kami jugak boleh release stress! Huhuh Best2. Tambah2 pi dengan kawan2 rapat yg sekepala ni,enjoy dia lain tau. Enjoy luar biasa punyaaaaa~ :D

with my girls sebelum start konsert. ^___^
Dimulai dengan persembahan daripada kumpulan Al-Mawlid.
Alhamdulillah mereka byk mengetengahkan selawat,qasidah dan sebagainya. Yg best tu,lagu "Belaian Jiwa" digubah liriknya jadi lebih Islamik. Sangat best lirik tu! Semuanya mengenai konsep ketuhanan,ya of course la dah nama pun kumpulan nasyid kan. Apalah aku ni wkwkwkw.
Selingan dpd Student Art and Design UiTM Merbok.

 Dan yg aku dok tunggu2 pun keluarrr, U-N-I-C yihaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
Lagu2 depa semua aku boleh nyanyi dgn lancar muaahahaha!!! Ya la,minat dari sekolah rendah lagi kot. Dulu aku minat gila dekat Hafiz Hamidun,lepas tu sekarang dia dah keluar dpd kumpulan tu,so aku minat fazli pulak(kanan sekali). Minat punya minat,last2 kawan aku bg tau,dia dah kahwin. Uwaaaaaaaaaa so sad! Rasa frust lah jugak muahahah! :D

Penutup, Selawat beramai2~
Overall,memang best sangat2! Semua buat persembahan yg menakjubkan! Even dewan tak penuh,dan kaum Adam sangat2 sikit,tapi still meriah. Ya meriah cara kaum Hawa maksud aku. Hee Kalau depa mai lagi,confirm aku nakpi lagi! Memang tak rugi beli tiket awal. Heee ^___^
Sebelum balik,macam biasalah artis2 duduk di luar dewan dan sign autograf. Aku beli album daripada UNIC  "Selawat Relaksasi" harga rm 19.90. Dan dok pasang selalu kat laptop. Hati pun boleh jadi tenang maaa~ InsyaAllah. Lepas tu,aku dgn kawan2 apa lagi,tangkap gambarss dgn retis lah kan. Apa lagi. Bila lagi nak boleh jumpa depa kan,so better grab the chance. Hee

With Fakhrul Radhi UNIC. 
Bihah selalu nak menyibuk ja aku snap dgn Fakhrul ni,sebab dia peminat tegar kot? Haha aku nak tangkap gambar 2 orang pun tak boleh,nanti dia jeles. So dia mesti kena ada sama lol
With Amir Al-Mawlid. Yg belakang2 tu my juniour. Hee

Ceritanya.aku ingat Amir belum kahwin,jadi aku pun macam nak minat lah kat dia. Siap suruh sign dekat hp lagi(cover ja pun) heheheh. Then gambar ni aku letak wallpaper tau. Sambil makan aku tengok,kadang pasang laptop saja tgk gambar ni saja kot. Lepas tu aku rasa aishh kena google ni samada dia dah kahwin ka belumm kan,so google punya google tgk2 amir dah kahwin!Dah lama pulak tu hahahahahaha ketinggalan gila aku sobs. Jadi terus tukar wallpaper baq hang! hahaha oh btw,aku harap ketinggian suami aku nanti macam Amir ni. Eh? Muahahaha! :D
With UNIC! Fazli yg kiri~
Habis sudaahhhh~ Otw balik kolej! Masing2 muka happy kemain! Hehehe Dari keluar dewan sampaila balik kolej,tak habis2 cakap pasal fan masing2! Habis suara aku dok bgosip dengan depa dgn begitu excited! hahahahaha Thank you dear friends! Sbb best pi konsert tu,rasa tak menyesal melepaskan "peluang" yg aku cerita hari tu. lol Till then,daaaaaaaaaaaaa~

LAGUNAMERBOK: Jamuan Raya <b>di</b> Laguna <b>Merbok</b>.

Posted: 08 Sep 2012 05:37 PM PDT

gambar kaum adam saja...heeee.. berat sebelah ni

Ini besar-besaran punya jamuan raya

@ ANIM
hehehe...tak sempat la ambil gambar depa..

@khairul
meriah sgt bro...

@Hanif Idrus
seluruh penduduk di Laguna...

@Manab Qayyim: Ya... mcmmana kenal?

siape tak kenal ustaz borhan....
tuan keja dimana?

@Manan Qayyim: awak student Uitm kan...?? saya kat Matriks Teknikal.

Berenang-Renang <b>Di</b> KeLab Bandar Laguna <b>Merbok</b>.

Posted: 07 Sep 2012 07:30 PM PDT

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.
Pagi ni saya menghabiskan masa dengan swimming kat Club BLM. Turut serta Haifa Dan Anak-Anak saudara.
Anda pula.. apa aktiviti hari ini?

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Mila Ahmad: Majlis Kahwin <b>di Sungai Petani</b>, Kedah

Posted: 04 Sep 2012 07:19 PM PDT

Haisshhh malas bebeno rasanya nak ngedate entry tapi disebabkan BE tengah running kemain lajunye aku dgn kadar suam-suam kuku update lah jugak. Cete pun macam dah nak basilah jugak. So baca jelah ye jangan cakap pape. baca sampai abes paksa ni !!!!!! hohOho.
24-08-2012 aku bercuti kembali setelah bekerja satu hari sebelumnya, patutnya boleh je nak terus cuti tapi memandangkan terpaksa bergilir-gilir cuti dengan staff lain aku pasrah. So 24 tu bersamaan hari jumaat aku bersama Encik Suami gerak ke Sungai Petani, Kedah. Perjalanan dari KL ke Kedah amek masa lebih kurang 5-6 jam sebab 2 kali berhenti di perhentian RnR.

Sampai sana terus check in  Casa Lagenda Hotel . Perjalanan yang sangat meletihkan tapi best sampaikan kena tukar 3 driver satu kereta hahaha.... Dah alang-alang sampai sana kalau xbeli dan blah memg xsahla kan walaupun penat petang tu jugak aku ajak Encik Suami p shopping karpet. Entry untuk barang yang dibeli kat Kedah tu nanti ya. satu-satu entry akan diupdate lepas ni. tapi bergantung pada situasi mood yaaaa....
Adik ipar aku bersanding pada keesokkan harinya, tema yang dipilih adalah merah putih so aku dan Encik Suami mengenakan sepasang kurung dan baju melayu berwarna merah putih sedondon gitu hihi..Kelihatan aku membesar dengan begitu jayanya kan ? kan ? oh akur dengan kehendak-Nya... Hati banyak senang maaaa.....

talk to my hand : entry seterusnya aku update entry majlis kahwin kt Perak serta gambar-gambar jakun dibendang.

Ratu cantik pondan diserbu <b>di Sungai Petani</b> | blogr.my

Posted: 10 Sep 2012 03:51 PM PDT

Ratu cantik pondan diserbu di Sungai Petani

5 hari lepas oleh Faizol88 di blog-ketegaq.blogspot.com

Sebahagian pondan yang menyertai pertandingan ratu cantik di sebuah hotel di Taman Ria Jaya, Sungai Petani ditahan malam kelmarin.Pondan sertai ratu cantik diserbu penguat kuasaSungai Petani: Lebih 30 pondan bertempiaran lari selepas dewan hotel yang menjadi lokasi pertandingan ratu cantik mak nyah diserbu pihak berkuasa, malam kelmarin. Kumpulan pondan yang masing-masing melaram dengan pelbagai fesyen itu bertempiaran lari menuju padang golf serta tasik berhampiran hotel di Taman Ria Jaya,

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


Laporan Polis Terhadap Imam Masjid An-Najah, <b>Padang Serai</b> <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2012 01:51 AM PDT

Ekoran pendedahan yang dibuat oleh beberapa buah blog tentang khutbah Jumaat yang dibacakan oleh khatib jemputan bernama Mohd Halizal bin Allias di Masjid An-Najah, Padang Serai pada Jumaat 7 September 2012, seramai 20 orang penduduk tempatan telah berkumpul dan kemudian membuat satu laporan polis di Balai Polis Padang Serai diketai oleh Mohamad Taridi bin Darus mewakili qariah Masjid An-Najah, Padang Serai. Selepas itu, perhimpunan bantahan turut diadakan di luar Balai Polis Padang Serai.

Dalam khutbahnya, Mohd Halizal yang telah dijemput oleh Imam masjid berkenaan, menyatakan kononnya, Mursyidul dan beberapa orang tok guru kepada ulama-ulama Ikhwanul Muslimin telah bermimpikan Rasulullah s.a.w pada tahun 1998. Dalam mimpi mereka, Rasulullah s.a.w telah menunjuk Anwar Ibrahim sebagai penyelamat Islam di Malaysia dan ASEAN.

Ketika itu, Anwar Ibrahim adalah penyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sebelum kemudiannya diterajang keluar dari kabinet dan keahliannya dalam UMNO digugurkan kerana salahlaku dan seks luar tabie. Dakwaan itu kemudiannya dipanjangkan ke mahkamah dan Anwar Ibrahim didapati bersalah kerana melakukan salahguna kuasa dan meliwat bekas pemandu peribadi isterinya yang bernama Azizan Abu Bakar. 

Anwar Ibrahim bagaimanapun, sehingga kini menyatakan bahawa semuanya itu adalah palsu dan fitnah semata-mata. Bagaimanapun, pada masa yang sama, sehingga sekarang, Anwar Ibrahim tidak dapat menafikan atau menyanggah bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah dalam kes berkenaan. 

Namun, pada 2005, campurtangan dan masalah teknikal menyaksikan Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. 

Dalam bantahan berkenaan, dilaporkan hadirin memaparkan empat placard yang bertulis: 

1. KAMI HENDAK KHATIB TEMPATAN

2. JANGAN BERPOLITIK DI DALAM MASJID

3. IMAM SILA LETAK JAWATAN

4. JANGAN SESATKAN KAMI

Bantahan berkenaan bagaimanapun, tidak disertai oleh pemimpin-pemimpin politik tempatan selain mendapat liputan daripada beberapa agensi berita seperti BERNAMA, RTM dan BERNAMATV.

Isu khatib jemputan sebenarnya sudah berlarutan sekian lama. Masjid An-Najah berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Kedah (MAIK). Pada masa yang sama, masjid berkenaan turut menerima bantuan dan geran daripada Kerajaan Persekutuan. Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan, masjid berkenaan telah dijadikan sebagai markas PAS menerusi pelbagai aktiviti politik yang sangat cenderung kepada PAS dan Pakatan Rakyat. 

Anak Haji Amir: Berteraweh dan Moreh <b>di</b> Kampung <b>Padang Serai</b>

Posted: 07 Aug 2012 02:22 PM PDT

Tahun ni alhamdulillah dapat gak sekali berteraweh di kampung ( Padang Serai ). Walaupun orangnya tak la seramai berteraweh kat Penang ni. Tapi kemeriahan dan ke'semangat'an ( ada ke words ni ..hhehehehe )semasa berselawat lebih bersemangat lagi..Imam pada malam tu Imam Muda Azmi dan bilal Pak Lang Hashim...
Lepas teraweh macam biasa la ada moreh..! Aku tak pasti malam ni turn sapa, yang aku tau Bihun sup dan kopi O kaww...hehehe...Abah siap bawak balik lagi sebab tak ramai orang yang makan.
Selepas teraweh selalunya anak-anak muda akan ketuk gendang yang diperbuat dari kulit lembu, tapi sekarang dah takdak...Mungkin semuanya berhijrah ke bandar atau yang muda-muda dulu dah pun berusia...Yang ada hanyalah kanak-kanak...
Jemaah teraweh tak sampai 2 saf..tapi masa selawat memang kuat..

Jangan salah sangka, yang mengambil gambar ni anak sedara aku, si Safwan..

Ni part yang paling best..Makan moreh..!!

Ni la juadahnya, bihun sup dan kopi O...perghhh..!!
Abang Yus...tak angkat kepala tu..

Pak Lang ( Haji ) Hasyim dan Haji Hamid..
Beberapa orang kampung....
Kat belakang tu Ustaz Azmi ( Aa )..
Zul, anak Pak Lang Hasyim, sedang mengemas....
Adik Faiez, nak bungkus balik ke...?
*** Lain rasanya bila dapat bersembahyang sebelah abah...rasa kagum, dengan umur dia yang lanjut dan ditambah pulak segala macam sakit tapi bersemangat menghabiskan 20 rakaat dengan bertenaga dan pantas....Ada yang muda lapan rakaat dah cabut....