Khamis, 20 September 2012

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


Mahfuz, Elok Tengok-Tengok Sama Port Dadah Ayam Laga <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2012 02:43 AM PDT

Mahfuz Omar, nama yang sangat 'hebat'!

Bukan kerana hebatnya dia bekerja atau menjalankan amanah selaku Ahli Parlimen atau wakil rakyat, tetapi hebatnya dia kerana dia sentiasa terlalu sibuk dengan pelbagai isu yang langsung tiada kena-mengena dengannya. Hebatnya Mahfuz Omar sekarang ini ialah bagaimana dia berusaha untuk menjatuhkan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak yang digelarkannya sebagai ORANG TUA BERPENYAKIT.

Sebelum ini, dia terlupa bahawa dia hanyalah Ahli Parlimen Pokok Sena dan bukannya Menteri Besar Kedah mahupun Pesuruhjaya PAS Kedah. Dia bercakap dan memberikan kenyataan mendahului Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya PAS Kedah. Akalnya agak berkurangan dalam hal ini.

Hari ini, berita tentang penangkapan dan penahanan 39 orang penagih dadah di Kampung Baru, Lesong, Pokok Sena telah tersiar.

Daripada Mahfuz Omar menyibuk tentang hal-hal lain, ada baiknya kalau dia melihat-lihat dan melawat-lawat kawasan yang diwakilinya. Bukankah salah seorang anak lelakinya pernah dipenjarakan kerana kesalahan narkotik di Penjara Alor Star tidak lama dahulu?

Takkanlah kerana anaknya terperangkap dan jatuh ke lembah dadah, maka Lebai Mahfuz Omar nak semua orang lain terlibat sama kut?

Bukankah antara tugas Ahli Parlimen ialah jaga rakyat?

Takkanlah benda-benda sebegitu pun, Mahfuz Omar tak boleh nak jaga? Sekurang-kurangnya bagilah bantuan kepada PDRM yang bertungkus lumus mengejar, menahan, bahkan ada yang tercedera diserang oleh penagih dan tokan dadah di Pokok Sena.

BERITA SELANJUTNYA BACA DI SINI

Kedah La: Perang besar UMNO Bahagian <b>Pokok Sena</b>

Posted: 20 Sep 2012 08:24 PM PDT

Oleh Mat Kering Bakaq Bata Lama tak jenguk kawan2 lama dalam UMNO Bahagian Pokok Sena. Pagi tadi sempat minum di sebuah kedai catok kat pekan Langgar yang kini tak semeriah dulu lagi sejak wujud highway yang melencong di luar pekan tu. Desas desusnya UMNO Pokok Sena kembali bergolak kini apabila nama ketua bahagian, Datuk Ahmad Lebai Sudin tak tersenarai untuk mana-mana kerusi. Dia dok aim Bukit Lada, tiba-tiba nama Datuk Ariffin Man yang jadi top list. Man Sudin harap mokalau tak lekat Bukit Lada bagilah Parlimen Pokok Sena tup tup nama Datuk Dr. Mashitah yang naik. Jadi hijau macam incridible Hulk orang tua tu... "Hang baru masuk politik berapa hari, jadi payung terjun nak mai kacau tempat orang..cehh". Bukan setakat Mat Sudin saja tak senang, Haris Che Mat pun yang dok pulun sakan untuk kerusi Bukit Lada keciwa tiada terkata. Maka.. macam dok katalah, PRU13 nanti 'salam terkalih' akan bergerak kencang lagi di Pokok Sena, khususnya DUN Bukit Lada. La la ni pun ayat mengugut kalau si anu si anu jadi calon sudah tersebar merata tempat. MK saja menduga soalan maut untuk rakan UMNO tadi, "Mat Sudin dulu dah kena gantung buat kerja sabotaj, takkan dia berani buat lagi?" Jawab rakan MK, "Kalau UMNO Pusat nak bertindak tegas terhadap pemimpin bawah yang sabotaj calon sendiri dalam PRU... UMNO akan hilang lebih separuh dari pemimpin UMNO bahagian seluruh negara." Teruk sungguh rupanya penyakit dalaman UMNO nii. Patutlah Najib tak berani nak bubar Parlimen.

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Ratu cantik pondan diserbu <b>di Sungai Petani</b> | blogr.my

Posted: 10 Sep 2012 03:51 PM PDT

Ratu cantik pondan diserbu di Sungai Petani

1 minggu lepas oleh Faizol88 di blog-ketegaq.blogspot.com

Sebahagian pondan yang menyertai pertandingan ratu cantik di sebuah hotel di Taman Ria Jaya, Sungai Petani ditahan malam kelmarin.Pondan sertai ratu cantik diserbu penguat kuasaSungai Petani: Lebih 30 pondan bertempiaran lari selepas dewan hotel yang menjadi lokasi pertandingan ratu cantik mak nyah diserbu pihak berkuasa, malam kelmarin. Kumpulan pondan yang masing-masing melaram dengan pelbagai fesyen itu bertempiaran lari menuju padang golf serta tasik berhampiran hotel di Taman Ria Jaya,

02 di lunas kedah - Google Blog Search

02 di lunas kedah - Google Blog Search


DAP <b>Kedah</b> mohon PKR segera bincang soal kerusi | Berita Terkini <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2012 06:23 AM PDT

DAP Kedah mohon PKR segera bincang soal kerusi
Lee Guan Aik

ALOR SETAR – DAP mahu PKR segera bincang isu agihan kerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana ia kini dikembalikan kepada Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) Kedah untuk diselesaikan.
           
Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik berkata, kepimpinan pusat mengarahkan supaya perbincangan diselesaikan di peringkat negeri.
           
"Agihan kerusi masih belum selesai. Saya tunggu Sekretariat PR Kedah atau PKR panggil untuk bincang. Perbincangan hanya libatkan pertindihan kerusi antara PKR-DAP tanpa membabitkan kerusi milik Pas yang sudah selesai," katanya, pada sidang media hari ini.
           
Menurutnya, sejak awal lagi, DAP bersedia untuk berunding namun PKR dilihat sering berdolak-dalik hingga ia dirujuk kepada Pusat. Bagaimana pun, baru-baru ini, Pusat mengarahkan perkara itu lebih sesuai dibincang di peringkat negeri.
           
"Kita akan bangkitkan tuntutan sebelum ini supaya DAP diberi lebih kerusi bertanding, babitkan dua kawasan parlimen dan enam Dewan Undangan Negeri (Dun). Kita bukan mahu merayu tetapi ini hak DAP dalam PR," katanya.
 
Sebelum ini, DAP menuntut supaya parti itu bertanding di dua kerusi parlimen dan enam kawasan Dun pada PRU13  melibatkan Parlimen Bagan Serai dan Alor Setar manakala enam Dun ialah Kota Darul Aman, Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas.
           
Berdasarkan formula agihan 2008, Pas bertanding 24 kerusi manakala 12 lagi kerusi dibahagikan antara DAP dan PKR dengan 10 daripadanya diberi kepada PKR. DAP hanya di Kota Darul Aman dan Derga. Enam kawasan Dun yang dituntut DAP itu, lima kerusi berlaku pertindihan antara DAP dan PKR.
           
Guan Aik yang juga Adun Kota Darul Aman berharap perbincangan itu kelak menjurus kepada 'win-win situation' bagi mengelak pertandingan tiga penjuru antara PKR-DAP seperti PRU12 lalu (Dun Derga).
           
"Jika berulang, ia merugikan PR. Sekurang-kurangnya bagi tambahan kerusi kepada DAP berbanding kuota pada PRU12. Kita tidak minta kerusi di kawasan majoriti Melayu, hanya kawasan majoriti Cina atau campuran memadai," katanya.
               
Menurutnya, perbincangan itu kelak akan dibuat dalam suasana setiakawan PR, dan bukannya serius hingga boleh memecah-belahkan kesepakatan dalam PR.
           
"Saya cadangkan mana-mana kerusi sebelum ini ditandingi PKR tetapi kalah, boleh dibincangkan untuk diserahkan kepada DAP, jika bersesuaian," katanya.
           
Ditanya sama ada jalan penyelesaian boleh dicapai menjelang pembubaran Parlimen yang belum diketahui tarikhnya, Guan Aik berkata, perkara itu akan diputuskan apabila tiba masanya.
           
"Saya percaya pasti ada jalan penyelesaian selepas bincang dalam Sekretariat PR Kedah. Sebab itu saya harap PKR segera adakan perbincangan sebelum Parlimen bubar," katanya.
           
Pada sidang media sama, Guan Aik mengumumkan DAP Kedah akan mengadakan mesyuarat agung tahunan pada 21 September, di Dewan Perhimpunan Cina Tanjung Bendahara, dirasmikan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
           
"Sebanyak 11 cawangan layak menghantar wakil pada konvensyen ini, antaranya Taman Selasih (Selatan), Kuala Muda (Tengah) dan selebihnya Alor Setar. Bagaimana pun tiada pemilihan dibuat kerana ianya ditangguh ke tahun depan atas arahan Pusat," katanya.

Article source: http://www.sinarharian.com.my/politik/dap-kedah-mohon-pkr-segera-bincang-soal-kerusi-1.85698?localLinksEnabled=false

Zierwa Zainal: "Segmen <b>di</b> mana anda beraya pada tahun ini <b>...</b>

Posted: 14 Aug 2012 10:15 AM PDT

dh lama zz x join segmen taw.. 
so ade sedikit masa sblum zz tdo..
zz tlah ditag oleh kak ruha yg sgt comel..hehe
soalan: di mana zz akan beraya thn ini??
dgn bangganya zz akan beraya di lunas, kedah(kmpung sblh ummi zz)
dkt perumahan awam lunas 1... act, zz jrg taw 1st day raya ade dkt lunas
sbbnya slalu ade dkt kampung belah ayah. tpi thn ni, ade kejutan sikit dr ayah zz.. kmpung zz nk x de la kampung pun sbnrnya.. dkt bndar jgk..
sgt teruja sbb nya ramai makcik n pak cik yg balik
eventhough ade perkara yg zz x suke akan berlaku(*rahsia)
tpi zz sgt suka untuk beraya di lunas thn ini..
and zz x thu nk tag spe.. tak tag x pe x? hehe..
p/s selamat balik kampung ye.. 

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Hujan ribut rosakkan 22 buah rumah <b>di</b> Jalan <b>Kuala Kedah</b>

Posted: 28 Aug 2012 06:00 PM PDT

ALOR SETAR - Sebanyak 22 buah rumah di dua taman perumahan yang berkembar di Jalan Kuala Kedah dekat sini rosak akibat dilanda hujan ribut awal hari ini.
Hujan yang disertai angin kencang bermula kira-kira pukul 2.30 pagi dan berhenti hampir waktu Subuh, merosakkan 14 buah rumah di Taman Pelangi dan lapan buah di Taman Mega.
Seorang pemilik rumah di Taman Pelangi, Ahmed Bahrom, 61, berkata dia dan anggota keluarga seramai lima orang terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi 'prak... prak...'
"Masa saya bangun pukul 2.45 pagi. Hujan sedang lebat dan angin kencang.
Masa itu saya lihat siling plaster di ruang tamu mulai runtuh sedikit-sedikit sehingga habis semuanya manakala bumbung rumah diterbangkan angin," kata pesara tentera itu yang kerugian hampir RM10,000.
Seorang lagi mangsa, Sufiah Ahmad, 58, dari Taman Mega kerugian lebih RM5,000 akibat bumbung rumahnya terbongkah diterbangkan ribut kencang dalam kejadian itu.

Sementara itu, taksiran awal oleh Umno bahagian Kuala Kedah mendapati mangsa bencana tersebut mengalami kerugian termasuk kerosakan perkakas rumah berjumlah hampir RM200,000.
Naib ketuanya Datuk Abdul Mutholib Harun bertindak pantas mengetuai 20 anggota Skuad Prihatin Gagasan Generasi Gemilang Parlimen Kuala Kedah membantu mangsa bencana itu.
"Kita membantu membersihkan runtuhan siling plaster, bumbung rumah dan garaj yang diterbangkan angin kencang serta mengeringkan air yang memenuhi rumah mangsa dan selesai kira-kira pukul 12 tengah hari.
"Semua mangsa juga dibantu membuat laporan polis serta permohonan bantuan pemulihan rumah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya kepada Bernama semasa ditemui di tempat kejadian.

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


AZ.<b>Di</b>.ZA INN <b>LANGKAWI</b> MOTEL

Posted: 15 Sep 2012 11:32 PM PDT

MaYa MustWany: Bercuti <b>di Langkawi</b>

Posted: 08 Sep 2012 12:00 AM PDT


Entah pe la mimpi update blog kan? dah naik bersawang dah blog ni..maaf dah lama tak blogwalking blog korang..sejak kerja memang teruz menyepi dalam dunia blog ni. Yela pergi kerja pagi, balik malam. Penat, sampaikan tertido depan netbook. Mas sendiri dah tak jadi 'Pengomen Tegar' bak kata Lyssa & Fizzy

La ni, Mas nak share cerita BERCUTI DI LANGKAWI. Ingat lagi tak, bulan 5 hari tuh, Mas pergi bercuti bersama keluarga? haaaa bayangkan sekarang ni dah bulan 9..baru nak update. hihihi.. maaf ~

Ok, nak shortkan story..

Mula-mula kami tidur rumah family Abang Long Mas kat Dengkil. Jarak dekat sikit, lagipun senang berkumpul sekali. Semua ahli ada kecuali family Abang Ngah Mas. Kami bertolak lepas subuh. Dalam 45minit dah sampai di Langkawi.


Masa kami mahu berlepas, kami teringin nak bergambar satu keluarga kat kawasan lapangan terbang. Hanya satu je, ada la seorang lelaki encem datang nak tolong snapkan picture kami, alih-alih kami ditengking pekerja Air Asia. Tak bagi peluang langsung, tak beradab. Serious menyirap dengan pekerja lelaki tuh. Kami tahu perbuatan kami salah, tapi tak boleh ke cakap sopan? Please Air Asia, ajar para pekerja bersopan santun!

Sampai je, terus ambik kereta dan isi perut dulu. Lepas breakfast baru pergi tempat yang Mas memang teringinnnnn sangat nak pergi, iaitu- CABLE CAR! kat Oriental Village.

Perasaan memang best la time tuh. SubhanaAllah cantik sungguh permandangan dari atas. Mak & abah tak naik, takut. Akak Mas mula-mula tak nak, tapi lepas dipujuk, baru la dia kuatkan semangat.

Kalau nak diikutkan, de je macam-macam aktiviti nak buat tapi alih-alih semua dok sakan bershopping kat Idaman Suri, Hj Ismail & Minyak Gamat.

Apa-apa pun, kami tak lepaskan peluang bergambar di Dataran Helang.

Percutian kami 3hari 2Malam, selesai dengan gembira..

# Kedai Makan Selera Petani- terbaek. Murah & sedap.

# Ada kedai makan tepi jalan dekat area tempat Minyak Gamat- sedap, layanan yang sangat peramah & murah.

# Kedai makan sebelah kiri Idaman Suri, layanan teruk, siap jeling, masam & marah bila ditanya, mahal & tak sedap.

# Kenapa yea pekerja Idaman Suri jenis muka masam-masam je? susah ke nak senyum?


02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


Laporan Polis Terhadap Imam Masjid An-Najah, <b>Padang Serai</b> <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2012 01:51 AM PDT

Ekoran pendedahan yang dibuat oleh beberapa buah blog tentang khutbah Jumaat yang dibacakan oleh khatib jemputan bernama Mohd Halizal bin Allias di Masjid An-Najah, Padang Serai pada Jumaat 7 September 2012, seramai 20 orang penduduk tempatan telah berkumpul dan kemudian membuat satu laporan polis di Balai Polis Padang Serai diketai oleh Mohamad Taridi bin Darus mewakili qariah Masjid An-Najah, Padang Serai. Selepas itu, perhimpunan bantahan turut diadakan di luar Balai Polis Padang Serai.

Dalam khutbahnya, Mohd Halizal yang telah dijemput oleh Imam masjid berkenaan, menyatakan kononnya, Mursyidul dan beberapa orang tok guru kepada ulama-ulama Ikhwanul Muslimin telah bermimpikan Rasulullah s.a.w pada tahun 1998. Dalam mimpi mereka, Rasulullah s.a.w telah menunjuk Anwar Ibrahim sebagai penyelamat Islam di Malaysia dan ASEAN.

Ketika itu, Anwar Ibrahim adalah penyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sebelum kemudiannya diterajang keluar dari kabinet dan keahliannya dalam UMNO digugurkan kerana salahlaku dan seks luar tabie. Dakwaan itu kemudiannya dipanjangkan ke mahkamah dan Anwar Ibrahim didapati bersalah kerana melakukan salahguna kuasa dan meliwat bekas pemandu peribadi isterinya yang bernama Azizan Abu Bakar. 

Anwar Ibrahim bagaimanapun, sehingga kini menyatakan bahawa semuanya itu adalah palsu dan fitnah semata-mata. Bagaimanapun, pada masa yang sama, sehingga sekarang, Anwar Ibrahim tidak dapat menafikan atau menyanggah bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah dalam kes berkenaan. 

Namun, pada 2005, campurtangan dan masalah teknikal menyaksikan Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. 

Dalam bantahan berkenaan, dilaporkan hadirin memaparkan empat placard yang bertulis: 

1. KAMI HENDAK KHATIB TEMPATAN

2. JANGAN BERPOLITIK DI DALAM MASJID

3. IMAM SILA LETAK JAWATAN

4. JANGAN SESATKAN KAMI

Bantahan berkenaan bagaimanapun, tidak disertai oleh pemimpin-pemimpin politik tempatan selain mendapat liputan daripada beberapa agensi berita seperti BERNAMA, RTM dan BERNAMATV.

Isu khatib jemputan sebenarnya sudah berlarutan sekian lama. Masjid An-Najah berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Kedah (MAIK). Pada masa yang sama, masjid berkenaan turut menerima bantuan dan geran daripada Kerajaan Persekutuan. Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan, masjid berkenaan telah dijadikan sebagai markas PAS menerusi pelbagai aktiviti politik yang sangat cenderung kepada PAS dan Pakatan Rakyat. 

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


kejoraku bersatu...: singgah sebentar <b>di</b> Pantai Murni, <b>Yan</b>, <b>Kedah</b>

Posted: 19 Sep 2012 10:33 PM PDT