ads

Selasa, 25 September 2012

02 di kulim - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


Mencari rumahsewa <b>di Kulim</b> | Rumah Sewa

Posted: 22 Sep 2012 05:58 PM PDT

Publish date: September 23, 2012 1:02 am
Contact Name: Syahrim
Price: RM400
Region: Kedah
Location: Kulim
Phone: 0124066434
Tags: , ,

Berkeluarga, kakitangan kerajaan, mencari rumah sewa semi-D berkeadaan baik dan mesra keluarga.

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

di negeri kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Jabatan Zakat <b>Negeri Kedah</b> Darul Aman | Kerja <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2012 09:56 PM PDT

zakat kedah

Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman mempunyai 7 bahagian di ibupejabat,dan 11 cawangan di seluruh negeri Kedah.
Motto Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman ialah "BERZAKAT MEMBAWA BERKAT".Visi bagi Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman pula ialah"Berusaha sedaya upaya menjadikan Jabatan Zakat Negeri Kedah sebuah organisasi pemangkin kemajuan dalam menguruskan zakat" manakala misinya pula adalah untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pembayar zakat dalam memaksimumkan hasil zakat dan mengagihkan hasil zakat secara lebih sempurna dan berkesan kepada asnaf-asnaf zakat."

Jawatan Kosong di Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon anak Negeri Kedah Darul Aman yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di dalam perkhidmatan Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman

1. Penolong Pegawai Zakat Gred S27 -Jumlah kekosongan : 3

2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29-Jumlah kekosongan : 1

3. Penolong Pegawai Korporat Gred S27 -Jumlah kekosongan : 1

4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 - Jumlah kekosongan : 2

CALON-CALON HENDAKLAH :
Warganegara Malaysia
 Mendapat kepujian lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan)
 Mahir menggunakan komputer; dan
 Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan sekurangkurangnya setahun.

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan keterangan lengkap peribadi (resume),
kelayakan, pengalaman dan disertakan dokumen/sijil-sijil berkaitan (hendaklah disahkan salinan sebenar) serta
sekeping gambar berukuran passport kepada :
DATO' SETIAUSAHA
JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
ARAS 5, MENARA ZAKAT
JALAN TELOK WANJAH
05200, ALOR SETAR, KEDAH
(U/P: Bahagian Sumber Manusia)

 Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon dibahagian atas kiri sampul surat.
 Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.
PENTING
 Maklumat yang tidak lengkap akan ditolak
 Permohonan yang lewat tidak akan dilayan.
 Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan di dalam tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
Tel : 04-7331740 Faks : 04-7316280
Email : info@zakatkedah.com
Web : www.zakatkedah.com

Tarikh tutup permohonan: 18 Oktober 2012

Maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong ini: sila klik sini

from your own site.

02 di kodiang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kodiang - Google Blog Search


WELCOME TO AFATS 13TH: PERTEMUAN SAHABAT LAMA <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 09:13 PM PDT

RENUNGAN MASA DEPAN YANG CERAH BUAT SAHABAT KITA RUDZALI SEMASA WAK K BERKUNJUNG KE RUMAHNYA DI KODIANG KEDAH.
GERAI PERNIAGAAN TEMBAKAU DAN SET ROKOK DAUN SERTA UBAT-UBATAN YANG ADA DI JUAL OLEH SAHABAT KITA RUDZALI KODIANG DI PASAR PAGI PEKAN CHANGLUN KEDAH. TAHNIAH PENGUSAHA YANG BERJAYA TIADA DIMANA-MANA KITA JUMPA HANYA DI KAWASAN UTARA NEGARA KITA.

PERTEMUAN WAK K DAN RUDZALI KODIANG SETELAH LEBIH KURANG 27 TAHUN TERPISAH PADA 08 SEPT 2012 JAM 08.08 PAGI DI PASAR PAGI PEKAN CHANGLUN.
CHANGLUN 08 SEPT 2012 (SABTU) JAM 08.08 PAGI. KEBETULAN WAK K DAN KELUARGA PERGI MENGHANTAR ANAK PEREMPUAN WAK YANG KE 3 UNTUK MASUK SEMULA SEMESTER KE DUA DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SINTOK KEDAH. SEBELUM ITU WAK MEMANG DAH LAMA TAK JUMPA SAHABAT KITA INI SEJAK TERPISAH DI ITU TUDM KINRARA KL PADA TAHUN 1985. USAHA PUNYA USAHA MINTA NO TEL DENGAN SAHABAT KITA YUSRI WAK CUBA CALL DAN JANJI UNTUK JUMPA SEBAB WAK KEBETULAN NAK KE UUM SINTOK TAK JAUH DARI RUMAH BELIAU. WAK SAMPAI DI PEKAN CHANGLUN PADA PETANG JUMAAT DAN BERMALAM DI T HOTEL CHANGLUN. JANJI PUNYA JANJI AKHIRNYA PADA PAGI SABTU WAK PERGI KE PASAR PAGI CHANGLUN AKHIRNYA KAMI BERTEMU SETELAH LEBIH KURANG 27 TAHUN TAK BERJUMPA. ALHAMDULILLAH BELIAU SUDAH MENJADI SEORANG PENGUSAHA PENJUAL TEMBAKAU YANG BERJAYA DI PEKAN CHANGLUNG. TAHNIAH KEPADA SAHABAT KITA INI. TERIMA KASIH KEPADA BELIAU DAN KELUARGA KERANA SEMASA KUNJUNGAN WAK DAN KELUARGA KE RUMAHNYA DI KODIANG BELIAU DAN KELUARGA TELAH MENYEDIAKAN MAKAN TENGAHARI UNTUK KAMI SEKELUARGA. ALHAMDULLILLAH SEMOGA REZEKINYA BERTAMBAH LAGI. AMIN

02 di kuala kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Polis tahan 111 motosikal dalam Ops Samseng Jalan Raya <b>di Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2012 03:14 AM PDT

KUALA KEDAH: Polis menahan 111 motosikal dalam Ops Samseng Jalan Raya di Kampung Padang Garam, Kota Marina, Kuala Kedah dekat sini, semalam.

Operasi yang bermula jam 3 petang dan berakhir kira-kira 11 malam diketuai Ketua Polis Trafik Kota Setar, Deputi Superintendan Jamil Ahamed, menahan 132 remaja berusia lingkungan 14 dan 21 tahun termasuk 15 remaja perempuan yang terlibat dalam aktiviti merempit.

Ketua Polis Kedah, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, 86 motosikal disita kerana penunggangnya melakukan pelbagai kesalahan seperti pengubahsuaian kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

"Kita bebaskan 25 motosikal yang mempunyai lesen memandu, cukai jalan selain motosikal mereka tidak diubah suai, selain ujian air kencing negatif," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, polis turut menahan empat remaja lelaki yang positif dadah.

Tinjauan ketika operasi malam tadi mendapati ibu bapa remaja yang ditahan menunggu di luar pagar Balai Polis Kuala Kedah untuk melihat kelibat anak masing-masing sebelum membawa mereka pulang.

Kesemua remaja terbabit kemudian dibebaskan selepas menjalani ujian air kencing manakala motosikal yang disita akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar. – BERNAMA, 17 September 2012.

02 di kuala ketil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala ketil - Google Blog Search


Bunuh Diri atau Orang Bunuh? | <b>Kuala Ketil</b>

Posted: 24 Aug 2012 09:59 PM PDT

Kuala Ketil 25 Ogos – Seorang warga Myanmar didapati tergantung disebatang pokok berhampiran kawasan perindustrian Kuala Ketil hari ini. Kes ini masih dikenalpasti sama kes bunuh atau bunuh diri. Beliau berkemungkinan pekerja di salah sebuah kilang di sini. Kejadian ini telah mengejutkan penduduk sekitar apabila terdapat orang awam yang telah terlihat mayat tergantung dengan tali yang mengikat leher di atas pokok tersebut. Kejadian ini kemudiannya dilaporkan di balai polis Kuala Ketil bagi tindakan lanjut. Kes masih disisasat bagi mengenalpasti motif kejadian. Pada sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini sila beri maklumat di balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

02 di pendang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pendang - Google Blog Search


THE DUKE&#39;S BLOG: TOLONG..!!! TOLONGLAH BIARKAN SUAMI <b>...</b>

Posted: 29 Jul 2012 09:04 PM PDT

Sebelum ini saya ada menulis mengenai "komunis" yang dikatakan bakal bertanding di Parlimen Pendang. Siapa lagi "komunis" itu kalau bukan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, yang mempunyai "agenda tersembunyi" di Kedah…
Baru-baru ini portal pro-pembangkang, Malaysiakini, mengesahkan kesahihan maklumat yang saya sampaikan mengenai wujudnya pihak yang cuba mencantas Mat Sabu dari menjadi calon Parlimen Pendang pada PRU ke-13 nanti.
Namun sebagaimana yang didakwa portal itu, dikatakan bahawa usaha mencantas Mat Sabu itu telah gagal dan PAS di kawasan itu telah menetapkan bahawa mereka mahu Timbalan Presiden PAS itu bertanding di Parlimen Pendang, Kedah.
Justeru itu secara tidak langsung, laporan tersebut juga mengesahkan bahawa ada pihak yang berpengaruh di dalam PAS Kedah yang enggan membenarkan suami kepada dua orang "Normah" itu masuk ke Kedah.
Persoalannya, siapakah gerangan yang mahu mencantas "komunis alaf baru" itu?
Menurut sumber dalaman yang saya peroleh baru-baru ini, pihak yang dikatakan cuba mencantas Mat Sabu dari masuk bertanding di Kedah ialah Pesuruhjaya PAS Kedah sendiri iaitu Datuk Seri Azizan Razak.
Sumber tersebut menyatakan bahawa Azizan Razak sememangnya tidak sebulu dengan Mat Sabu dan sekiranya Timbalan Presiden PAS itu tercalon di negeri Kedah, maka ia sudah tentu akan berlaku "perang saudara" di dalam PAS Kedah.
Selain itu, dikatakan bahawa tujuan Mat Sabu untuk tercalon di Kedah adalah untuk melemahkan kuasa Azizan Razak yang kini begitu dibenci oleh ramai pemimpin-pemimpin PAS negeri yang gagal memonopoli projek-projek kerajaan negeri tersebut.
Dia khabarnya merupakan dalang di sebalik komplot menjatuhkan Azizan Razak dan menyerahkan negeri itu di bawah penguasaan "suku kaum" Anwarinas yang semakin bermaharajalela "menerajang" golongan pro-ulama PAS di Kedah.
Menariknya, Mahfuz semalam menegaskan bahawa dia tidak tahu mengenai sebarang usaha untuk mencantas Mat Sabu dari menjadi calon di Pendang dan menafikan sebarang pergolakan dalaman di dalam PAS Kedah.
Pada saya, terdapat dua kemungkinan dari kenyataan Naib Presiden PAS itu.
Pertamanya, takkanlah dia nak mengaku bahawa ada usaha untuk mencantas "boss" yang menjadi "batu loncatan" untuknya bertanding di peringkat DUN dan Parlimen serentak pada PRU ke-13 nanti?
Keduanya, nampak sangat Mahfuz jarang-jarang pulang ke Kedah mengambil tahu hal ehwal Parlimen Pokok Sena yang diwakilinya. Kalau Mahfuz selalu balik ke kawasan dan bercampur dengan orang-orang PAS Kedah, sudah tentu dia tahu betapa teruknya partinya dilanda "ribut taufan"!
Atau, mungkin juga Mahfuz tahu mengenai kemelut PAS Kedah yang sedang bergoncang panas, tapi sengaja dia sembunyikan dari media. Dia fikir rakyat Kedah bodoh sepertinya yang tidak tahu perkembangan politik dalaman PAS?
Saya sebenarnya sangat berminat untuk melihat Mat Sabu bertanding di Pendang. Kalau boleh, saya teringin sangat melihat calon luar yang bertopengkan "komunis" itu tumbang ditewaskan oleh seorang calon "underdog" UMNO/BN di Kedah.
Yang lebih menarik, saya mendapat maklumat bahawa Mat Sabu sengaja dicalonkan oleh PAS Pendang bagi "membunuh" Timbalan Presiden PAS yang cuba campur tangan dalam hal ehwal PAS Kedah itu.
Khabarnya, hanya segelintir saja yang mahu Mat Sabu bertanding di Pendang dan dikatakan bahawa lebih separuh dari golongan pro-ulama PAS Pendang yang berpengaruh di bawah "Tok Guru" Hj Rahim menolak Timbalan Presiden PAS itu sepenuhnya.
Kita sama-sama nantikan sama ada Mat Sabu akan tercalon di Pendang atau tidak. Dan kita sama-sama lihat sama ada suami kepada "dua orang Normah" ini akan berjaya menjajah kubu kuat bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadhil Noor atau tidak…
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved