Isnin, 1 Oktober 2012

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


Ramlee Awang Murshid akan menemui peminat <b>di Jitra</b>

Posted: 24 Sep 2012 09:30 PM PDT


Ramlee Awang Murshid, salah seorang  novelis bergenre thriller yang terkenal dengan novel bersiri yang mempunyai watak Laksamana Sunan di dalam novel-novel tersebut. Mungkin ramai juga mengenali beliau sebagai bekas pengacara tv di RTM sesuatu ketika dahulu.

Berita baik untuk peminat-peminat Ramlee Awang Murshid, Ramlee Awang Murshid akan berada kedai I Love Novel di Jitra Mall pada 29/9/2012 (Sabtu). Kepada adik-adik, abang-abang, dan akak-akak yang mempunyai novel-novel beliau, bolehlah dapatkan tandatangan beliau disana. Sesi akan bemula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang. Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang ye.

Terima Kasih

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Sister&#39;s Little Diary: Senja <b>di Tanjung Dawai</b>

Posted: 25 Sep 2012 09:31 AM PDT






Ya, kisah di suatu senja di musim yang lalu, ketika itu hujan rintik... di Tanjung Dawai. 

Berjalan berpimpin tangan, tatkala pipi ku dicuit..kami lari berkejar-kejaran. Sesekali si dia menyimbah air laut masin kepada ku....
muahaha....novel jenis apa ni....??! 

Takdak makna nya yaa nak berkejaran di pantai Tanjung Dawai ni. Saja nak ambik mood romantik layan sunset boleh laaa....

Tanjung Dawai is a small town in Kedah, more specifically, 30km away from Sg. Petani. Kegiatan ekonomi penduduknya more to bertani dan sebagai nelayan...memang fishing village pun..! Kak Dinas Aldi pernah buat entry Tanjung Dawai. Boleh klik di kedua-dua link beliau dan layan gambar-gambar cun di sana.


Kesinambungan dari entri lepas -- selepas menerjah restoran usop mee udang di Pulau Sayak, we all terus ke Pantai Merdeka. Tak semua ahli konvoi ikut serta, ada yang dah balik ke pangkal jalan dan ada yang masih tak patah semangat meneruskan misi walaupun kalau ikutkan badan dah memang penat sangat *okey, mengata diri sendiri. 

Dari Pantai Merdeka, we all sekali lagi naik bot *last week naik bot pi Pulau Aman. Tambang sehala adalah RM 2.00. Perjalanan melalui bot dari Pantai Merdeka menuju ke Tanjung Dawai adalah sekitar 10min. Tapi best, sebab tak pening macam bot ke Pulau Aman. Bayu laut memang menyamankan! We all naik bot lebih kurang pukul 6 petang, hanya ada sejam untuk beraktiviti di Tanjung Dawai sebelum bot terakhir pukul 7 malam.


 
Bagai kanak-kanak riang mereka berjalan-jalan sejurus turun dari bot...majority of us, tak pernah sampai. Dan paling menggemparkan adik iols yang bajet bangsawan tu pun tak pernah sampai...oh-em-gee....this is sooooo surprising! Macammana I boleh leading..dah empat lima kali pi Tanjung Dawai.




Apa yang best kat Tanjung Dawai...? 

Kecik je pekan dia..aman tenteram gitu. Dulu...tak ada orang berjual tepi jalan macam tu, harapkan arked kat jeti tu saja..itu pun di hujung minggu baru la ada orang luar datang memukat membeli hasil laut seperti ikan bilis, belacan, ikan, udang dan sotong kering, keropok lekor, keropok tanpa kaler, keropok kaler maler...memandai je tokok tambah kan.....

 






 
Yaa, itu dia, kelihatan mereka sedang memukat hasil laut....laut ganas bergelora bagi Cikgu Junita manakala Puan Sugarhoney masih terkapai-kapai dilambung ombak..meneliti keropok lekor dan ikan kering sambil otak beliau ligat mengira-ngira sekiranya duit gaji masih berbaki..! That's why la dah pesan, kalau bot kecik, time musim tengkujuh macam ni jangan la keluaq memukat...esok-esok iols jugak jadi peminjam wang tak berlesen...dan tak balik modai pulak tu!




We ols bersama hasil tangkapan! Mujur la ombak besor tak mengganas..dua plastik je uols..hanya keropok lekor dan satay ikan di dalamnya.




Buah tangan paling mahal dari Tanjung Dawai!! I love sunset.....!!! Sunset not just meant for couple in love.....sunset tu anugerah Allah untuk manusia yang mahu berfikir, mahu mencari diri dengannya.... :-) 




"There's a sunrise and a sunset every single day, and they're absolutely free. Don't miss so many of them."
Jo Walton



Gambar atas -- diambil dari dalam bot sewaktu perjalanan balik menuju Pantai Merdeka. It's a rare experience...tak pernah rasa tengok bot nelayan besar macam ni, sehampir ini.
 
Overall -- Puan Sugarhoney so satisfied with this trip. Rare experience..that she's able to capture those beautiful sunset dan dapat membeli keropok lekor kegemaran beliau. 

For me, it's more like giving in. Sometimes, life could be even more beautiful when u see other peoples around u, happy...in their own way. Me...? I'll treat this as a cure...time..will heal.



p/s: entah mana pulak depa nak terjah lepas ni...hmm..mood mari menabung di tabung buluh...lalalala..




ADUN <b>Tanjung Dawai</b> Difitnah Isu Video Seks? | kedah69ers

Posted: 14 Feb 2012 10:34 PM PST

Kebanyakan penyokong Hamdan Mohd Khalib atau mereka yang enggan menerima hakikat bahwa Hamdan juga adalah manusia biasa apatah lagi dia merupakan seorang ahli politik, beranggapan bahawa berita tentang VCD Siam Doll membabitkan ADUN itu hanyalah berita lapuk atau helah UMNO semata-mata.

Mereka yang enggan menerima kenyataan, terpaksa menjadikan paras rupa dan penampilan Hamdan sebagai alasan untuk menolak berita berkenaan, bukannya melakukan siasatan untuk mengelakkan musuh Hamdan menyebarkan VCD itu.

VCD itu sebenarnya sudah pun ada di tangan beberapa pihak, termasuklah di tangan seorang Ketua UMNO salah satu bahagian di Kuala Lumpur yang sangat terkenal kerana hubungan baiknya dengan beberapa pihak yang mengendalikan media sosial baru seperti blog, portal, twitter dan Facebook. Bagaimana VCD tersebut berada di tangan seorang Ketua UMNO Bahagian, itu merupakan permainan yang boleh memerangkap UMNO.

Rakaman tersebut telah dibuat oleh mereka yang berlagak sebagai penyokong Hamdan sendiri. Hamdan yang tidak pernah menyangka bahawa doktrin wala' yang sering ditanamkannya boleh memakan diri, kini berada pada penghujung kerjaya selaku ahli politik. Siapa sangka, di kalangan ahli-ahli PAS yang seringkali dianggap bodoh oleh para pemimpin PAS, ada yang terlebih pandai, dan sangat sedar dengan tanggungjawab mereka untuk memastikan tiadanya musang berbulu ayam seperti Hamdan dalam PAS.

Bagi mereka yang sukar menerima kenyataan, penampilkan Hamdan Mohd Khalib dijadikan sebagai alasan. Kononnya Hamdan yang sangat jarang  tampil dengan serban dan jubah, menjadi sasaran fitnah UMNO. Itu adalah alasan standard yang diberikan oleh para penyokong Hamdan atau mana-mana pemimpin Pakatan yang lain. Sukar sungguh untuk menerima kenyataan bahawa Hamdan juga manusia biasa yang mempunyai syahwat dan nafsu.

Penafian awal seperti itu, samalah apabila Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang tidak dapat memberikan jawapan terbaik tentang video seks Anwar Ibrahim apabila menyatakan video tersebut tidak boleh dijadikan bukti kerana ia adalah BESI. Dan sebagai BESI, MAKA IA ADALAH TULI DAN BISU.

Alasan seperti itu kelihatan seperti sangat bijak, tetapi sebenarnya menunjukkan kejumudan dan kurangnya ilmu yang menjadi teras kepada kelangsungan hidup PAS selaku parti politik di negara ini. Apatah lagi PAS sendiri adalah parti yang menggunakan Islam sebagai modal.

Seharusnya, siasatan segera dijalankan untuk membersihkan nama Hamdan Mohd Khalib dan PAS sendiri, bukannya penolakan dan penafian semata-mata. Kalau orang ramai sudah memperkatakannya, malah sudah banyak pihak yang menonton video berkenaan, membuat penafian kosong seperti itu sahaja, hanya akan menjadikan keadaan lebih teruk dan buruk!