Ahad, 7 Oktober 2012

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


Azrul 3R: PROGRAM 3R <b>DI</b> KOMUNITI TAMAN TEJA <b>CHANGLUN</b> <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2012 05:43 PM PDT

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KOMUNITI TAMAN TEJA, CHANGLUN, KEDAH
Selepas program 3R di Tabika Perpaduan Taman Changlun, pihak PPSPPA Negeri Kedah berkunjung pula ke Taman Teja, Changlun Kedah untuk menjalankan program 3R. Antara aktiviti yang dijalankan di sana ialah aktiviti kutipan barangan kitar semula dari rumah ke rumah yang dirancangkan oleh pihak PPSPPA Kedah dan juga pensyarah daripada Universiti Utara Malaysia. Aktiviti kutipan berkaitan dibantu oleh pihak vendor berhampiran.





Sebanyak lebih kurang 360 kg barangan kitar semula yang berjaya dikutip di komuniti taman tersebut bersamaan dengan RM 160.00 lebih. Pelbagai barangan kitar semula yang dikutip oleh pihak vendor termasuklah surat khabar, besi pagar, botol-botol plastik dan kertas putih. Segala maklumat kutipan pada hari tersebut akan digunakan sebagai data kajian kitar semula di kalangan masyarakat umum yang akan diguanakan oleh pensyarah UUM, Pn Wahida dalam tesis beliau. Insyaallah, aktiviti ini akan dijalankan sekali lagi pada masa yang akan datang.

PROGRAM 3R <b>DI</b> TABIKA PERPADUAN TAMAN <b>CHANGLUN</b>

Posted: 03 Oct 2012 05:28 PM PDT

AKTIVITI CERAMAH BANK KITAR SEMULA DI TABIKA PERPADUAN TAMAN CHANGLUN, KEDAH
Dengan bantuan dan kerjasama daripada pihak Pejabat Perpaduan Daerah Kubang Pasu, pihak PPSPPA Negeri Kedah mengunjungi Tabika Perpaduan Taman Changlun, Kedah pada 20 September 2012. Kunjungan pihak PPSPPA yang diwakili oleh En Mohd Azrul Bin Azmi selaku Pegawai Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam disambut baik oleh para guru dan murid-murid sekolah tabika berkenaan seterusnya pihak ibu bapa murid (waris). Antara pengisian program 3R pada hari tersebut ialah penyampaian ceramah mengenai Program Bank Kitar Semula di tabika berkenaan dan para guru dan waris bersetuju untuk menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula yang pertama pada 30 Oktober 2012 nanti.



02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Kalimah "Jihad" berkumandang <b>di Sungai Petani</b> - Penerangan <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2012 01:13 AM PDT

SUNGAI PETANI: Kalimah-kalimah jihad tentunya sedang menggegar seluruh dunia lantaran kebiadaban musuh Islam kepada junjungan agung Nabi Muhammad SAW.
Episod terbaru penyiaran filem 'Innocence of Muslims" karya seorang Yahudi Amerika Syarikat ternyata mengulangi siri penghinaan terhadap Baginda Rasulullah SAW.
Tentunya tidak ada seincipun bumi umat Islam yang reda dengan sebarang bentuk sindiran, apatah lagi penghinaan jelas menerusi perbuatan sebagaimana digambarkan filem berkenaan.
Maka, bantahan dan kecaman dizahirkan umat Islam seluruh dunia adalah ekspresi kecintaan kepada Rasulullah sekaligus ketidakrelaan menerima perbuatan sedemikian dari terus berulang.
Sewajarnya, telah menjadi perkara maklum kepada setiap penghuni muka bumi bahawa penghinaan ke atas mana-mana agama dan tokohnya sekalipun adalah urusan yang wajib dihindari sama sekali.
Amerika Syarikat secara khusus perlu segera tampil memohon maaf dan mengambil tindakan kepada penerbitan berkenaan. Jika tidak, besar kemungkinan api kemarahan umat Islam upaya membakar negara Uncle Sam itu.
"Kami sedia berikan nyawa demi mempertahankan Rasulullah SAW!" demikian antara ungkapan jihad pada Himpunan Bantah Filem Hina Nabi di Masjid Padang Temusu, di sini 14 September.
Ia tentunya sebahagian dari jutaan laungan kesediaan umat Islam di seluruh dunia untuk melancarkan jihad bagi menghentikan penghinaan yang berlaku.
Himpunan aman kendalian Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah itu disertai umat Islam dari pelbagai peringkat umur dan kaum termasuk warga Bangladesh dan Pakistan.
Bantahan diketuai Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah. Antara pimpinan yang hadir sama ialah Setiausaha Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Rosli Azmi; Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Nasir Zakaria; Yang DiPertua PAS Kawasan Sungai Petani, Abdullah Jusoh dan Timbalan Pengerusi KeADILan Kedah, Ir Zamri Yusuf.

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Ayam <b>Merbok</b>: Ternakan <b>di</b> Ayam <b>Merbok</b>

Posted: 29 Sep 2012 01:32 AM PDT




saya ada juga membiak haiwan-haiwan seperti ini..saje sonok2 bela..heheh..kalu rasa nak cari haiwan2 cam ni tahun depan..bole la contact saya..heheh

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Kedahkini: PANAS ! Krisis Kerajaan <b>Negeri Kedah</b>..Apa nak Jadi <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2012 08:15 AM PDT


PANASS!!! Salahlaku Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

Oleh: MATA KCS

Mungkin ramai yang tidak sedar, kedudukan Datuk Paduka Rasli Bin Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK) kini berada di hujung tanduk.

Kini Datuk Rasli terpaksa berhadapan dengan siri-siri tindakan agresif dari ahli-ahli majlis Daerah Kubang Pasu yang tidak pernah di duga olehnya dan berlaku kepada mana-mana Setiausaha Kerajaan Kedah sebelum ini.

Tindakan diluar jangka ini cukup mengejutkan dirinya, melukakan perasaanya dan menjatuhkan harga diri dan keluarganya di kalangan pegawai tadbir kerajaan (KCS) serta orang awam yang mengikuti perkembangan ini. Tidak keterlaluan, jika dikatakan bahawa pihak istana turut terkejut dan tertanya-tanya sebab-musabab peristiwa yang berlaku ke atas Datuk Paduka Rasli.

Rakyat seluruh Kedah kini sedang melihat berlaku suatu kebangkitan dari gerombolan ahli-ahli Majlis Daerah Kubang Pasu menentang Datuk Paduka Rasli. Di mana, gerombolan tersebut bangun mencabar keputusan beliau yang mereka (ahli-ahli majlis) dapati secara sengaja atau tidak sengaja telah membelakangkan bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri, sekali gus melanggar undang-undang (Akta 171) yang menjadi kitab rujukan di dalam hal ehwal dan perjalanan sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia Barat, khususnya.

Walaupun jumlah mereka kecil dan tidak dikenali oleh orang ramai, tetapi penentangan mereka seperti tidak akan berhenti selagi mana matlamat mereka tidak tercapai. Ia juga bagaikan mendapat sokongan padu terutama dari mereka yang tidak senang dengan Datuk Paduka Rasli selama ini.

Gerombolan ahli-ahli Majlis berkenaan yang diketuai oleh saudara Basir Bin Ismail telah

 (1) membuat dua laporan polis di IPD Kubang Pasu yang membabit dirinya. Kandungan laporan polis yang pertama ialah meminta pihak polis menyiasat tentang perlantikan anak kandungnya (Mohd Rezal) sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu yang berada di dalam lingkungan pentadbiran di bawahnya secara langsung. Perlantikan Mohd Rezal seperti berlaku 'conflict of interest' yang amat nyata, sekali gus tidak selari dengan amalan di dalam pekeliling perkhidmatan awam di negara ini.

Laporan polis kedua pula tentang tindakan Datuk Rasli yang membelakangkan bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri dalam hal perlantikan maupun pertukaran Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu yang disifatkan oleh mereka (ahlimajlis) sebagai telah menjatuhkan maruah dan kedaulatan Seri Paduka Banginda Yang DiPertuan Agong kerana telah memberi perkenan perlantikan secara kontrak ke atas Datuk Paduka Rasli. Umum menyakni bahawa perlantikan secara kontrak tersebut adalah di atas keyakinan dan kepercayaan Tuanku bahawa beliau dapat menjalankan tugas secara profesional serta mengikut undang-undang demi kepentingan rakyat dan kerajaan di bawah naungan Tuanku.

 (2) Gerombolan ahli-ahli majlis juga telah mengadakan dua kali demonstrasi aman di Pekan Jitra dan Wisma Darul Aman iaitu ketika Mesyuarat Exco yang turut dihadirinya sedang berjalan. Di mana, gerombolan ahli-ahli majlis secara terbuka mendesak beliau meletakkan jawatan kerana tindakannya yang membelakang bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri.

(3) Lebih mengejutkan Datu Paduka Rasli, apabila gerombolan ahli-ahli majlis menggunakan hak mereka di dalam Akta 171 memanggil Mesyuarat Khas Majlis Daerah Kubang Pasu bagi membentang, membahas dan meluluskan usul mempertahankan kedudukan Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu yang diarah bertukar ke daerah Kuala Muda, Sungai Petani dengan undian sebulat suara. Ia adalah keputusan Pihak Berkuasa Tempatan yang sah, sekali gus mencabar keputusan beliau yang belum pernah berlaku di dalam sejarah sistem pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan sejak ia diperkenalkan pada tahun 1976.

 (4) Gerombolan ahli-ahli majlis dalam proses membuat semakan kehakiman bagi mendapatkan deklarasi mahkamah bahawa tindakan Datuk Rasli adalah tidak sah dan ultra vires.
(5) Tidak cukup dengan tindakan tersebut, ahli-ahli majlis turut menghantar memorandum kepada YAB Dato Seri Diraja Menteri Besar Kedah yang mengandungi kutukan, kecaman dan desakan supaya Datuk Rasli meletakkan jawatanya dengan segera. Difahamkan juga bahawa seluruh ahli-ahli majlis PBT negeri Kedah telah berkumpul di Hotel Amanpura, Sungai Petani sebulat suara mempertahankan tindakan rakan-rakan mereka di Kubang Pasu dan membuat resolusi meminta Pihak Berkuasa Negeri memecat Datuk Paduka Rasli dengan segera.
 (6) Gerombolan ahli-ahli majlis juga dalam usaha untuk mendapat perkenan menghadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bagi menyampaikan memorandum mereka mendesak Datuk Paduka Rasli meletakkan jawatannya dengan terhormat dan
(7) Gerombolan ini akan menaikkan banner "Kempen Selamatkan Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah –Datuk Paduka Rasli Tolong Letak Jawatan" di tempat-tempat strategik di negeri Kedah.

Semua tindakan tersebut memberi tamparan hebat buat Datuk Paduka Rasli yang merupakan pegawai tadbir kerajaan negeri Kedah sangat berpengaruh dengan Istana serta mendapat sokongan kuat dari konco-konconya yang kini mereka semua sedang kepanasan dengan isu penyiasatan rasuah oleh SPRM. Lebih malang lagi, anak kandungnya (Mohd Rezal) yang ditempatkan sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu tidak dapat berbuat apa-apa terhadap gerombolan ahli-ahli majlis, melainkan melopong melihat tindakan aggresif ahli-ahli majlis mencabar bapanya.

Oleh itu, jalan terbaik dan bermaruah buat dirinya (Datuk Rasli) ialah membuat tindakan secara profesional iaitu menulis sepucuk surat secara sukarela kepada Pihak Berkuasa Negeri bahawa beliau mengambil keputusan meletakkan jawatannya serta-merta. Meletakkan jawatan secara sukarela lebih bermaruah dari dipecat ataupun dititah berbuat demikian.

Biarlah hal berkaitan perletakan jawatannya di urus dan dimaklumkan secara rasmi oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada Seri Paduka Banginda Yang DiPertuan Agong. Tak usahlah beliau sibuk dan memeningkan kepalanya sendiri memikirkan, apakah alasan yang wajar dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebab-musabab perletakan jawatannya. Biarlah Pihak Berkuasa Negeri menggunakan kebijaksanaan mereka memberikan penjelasan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, mudah-mudahan pekung yang busuk lagi bernanah dapat dirahsiakan dari pengetahuan Seri Paduka Yang DiPertua Agong.

Sesungguhnya, tidak ada alasan kukuh buat Datuk Paduka Rasli mempertahankan jawatan tersebut, lagipun ia hanya tinggal beberapa bulan sahaja sebelum kontrak perkhidmatannya tamat tempoh. Beliau patut memikirkan bahawa menamatkan perkhidmatan dalam keadaan yang disanjung dan dihormati oleh pegawai-pegawai tadbir (KCS), bukan dengan cara ia dihalau, dicerca dan dimaki hamun yang mengakibatkan menanggung malu dan menjatuhkan maruah diri dan keluarganya sendiri.

Datuk Rasli sudahpun dapat apa yang dia kehendaki di dalam kerjayanya. Beliau patut tahu bahawa ramai dikalangan pegawai tadbir kerajaan negeri lain yang mempunyai cita-cita sepertinya tetapi mereka tidak berpeluang mendapat seperti yang beliau nikmati. Ini kerana nasib menyebelahi dirinya, buka seperti mereka yang lain. Jadi nasib yang baik ini hendaklah dijaga supaya ia tidak menjadi bala bencana buat dirinya.

Di dalam perjalanan kariernya, beliau telah dijulang menjadi 'orang nombor satu' dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah iaitu selaku Setiausaha Kerajaan / Ketua Pegawai Pentadbir Negeri Kedah yang bergred JUSA A. Pendapatan dan kemudahan sebagai orang nombor satu telah dinikmati bukan kepalang sehingga mencecahkan angka yang tidak dipercayai oleh orang ramai. Beliau juga berpeluang ke luar negara hampir separuh dunia di atas peta yang kita belajar di sekolah kerana alasan menjalankan kerja.

Bagi anak lelakinya yang bernama Mohd Rezal, seorang pegawai tadbir kerajaan (KCS) Kedah telah berada di kerusi @ tempat kerja yang selesa. Di awal usia 30an, anaknya telah menyandang jawatan sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu, dipahamkan memangku gred N48 dan dianugerahkan dua bintang kebesaran (BKM & AMK), walaupun jarang berlaku di kalangan pegawai tadbir negeri (KCS) lain, tetapi itulah hakikat yang terpaksa di telan oleh seniornya seramai lebih 32 orang. Nasib seniornya tidak seperti 'anak bapak' (Mohd Rezal) yang mendapat kedudukan yang lebih istimewa.

Jika tidak ada halangan atau "chah keting" dalam tempoh 8-15 tahun akan datang Mohd Rezal pula menjadi orang besar di dalam pentadbiran negeri Kedah. Ketika itu, gred perjawatannya mungkin mencapai N54. Tidak mustahil perancangan licik yang diatur oleh bapanya (Datuk Paduka Rasli), Mohd Rezal juga akan menjadi Setiausaha Kerajaan negeri Kedah. Sekiranya Mohd Rezal dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan negeri, saya yakin akan berulang sekali lagi penentangan oleh rakyat ke atasnya pula kerana perangai, sikap dan tingkah lakunya saling tidak tumpah dengan bapanya sekarang. Waktu itu, tindakan gerombolan ahli-ahli Kubang Pasu akan dikenang oleh mereka yang terlibat menjalankan protes tersebut.

Jangan dilupakan tentang kedudukan anak saudaranya iaitu Puan Rozaina Binti Dato' Paduka Haji Radzi, kini menyandang jawatan sebagai Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani. Siapa yang tidak kenal dengan Dato Paduka Haji Radzi, juga merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri pada masa lalu. Adakah Puan Rozaina akan mencipta sejarah sebagai wanita pertama di Kedah dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri.


Inilah kenyataan yang perlu diterima oleh pegawai tadbir kerajaan (KCS) dan seluruh rakyat di negeri Kedah. Masa depan rakyat dan negeri Kedah adalah terletak dipundak bahu mereka. Baik mereka maka beruntunglah rakyat dan negeri Kedah, begitulah sebaliknya.

Oleh kerana itu, Datuk Paduka Rasli tidak perlu gundah gulana apabila beliau melepaskan jawatannya kerana kedudukan pegawai tadbir negeri (KCS) yang mempunyai pertalian keluarga dan kroninya telah berada di zon selamat dan berkemungkinan pada masa depan mereka pula akan mengambil alih tempatnya. Ini bermakna, legasi Datuk Paduka Rasli dalam sistem pentadbiran kerajaan Negeri Kedah tidak akan hilang.

Sebagai penulis artikel ini, saya tidak peduli siapakah mereka yang akan menjadi pegawai tadbir kerajaan. Perkara penting buat diri saya ialah memastikan mereka yang terlibat menjalankan tugas dengan amanah. Mereka wajib mengambilkira dosa dan pahala ketika menjalankan tugas. Insya allah selagi mereka mengaku seorang insan muslim dan berpegang kepada prinsip dosa dan pahala ketika menjalankan tugas, pasti tidak akan berlaku seperti yang berlaku pada Datuk Rasli hari ini.

Mudah-mudahan peristiwa yang merakan perjalanan kehidupan Datuk Paduka Rasli menjadi pedoman serta peringatan kepada pegawai tadbir kerajaaan (KCS) Kedah lain supaya lebih berhati-hati, berkerjalah secara profesional dan menghormati orang lain tidak kira dari mana asal mereka.

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


WHY PAY MORE: Rayau Raya <b>di Jitra</b> Kedah

Posted: 26 Aug 2012 10:07 PM PDT

Tahun ni sangat bermakna buat kak-M sekelaurga kerana berpeluang menyambut Aidil Fitri bersama seluruh keluarga di Kampung HIjrah , Jitra, Kedah. Walaupun ianya hanya pada hari keemapt, tetapi perasaannya sama seperti hari pertama di sana.
Gembiranya hati dapat berkumpul kami empat beradik bersama anak-anak. Memang meriah rumah Tok Wan dan Maktok. Sampaikan sekeping gambar pun tak amik..huhu, punyalah kami menghabiskan masa bersama. anak-anak kak-M pun begitu gembira dapat bertemu mak dan ayah sedara serta sepupu mereka.
Kali ni hampir 5 hari kami di Kampung Hijrah. Asalnya nak naik flight sebab perjalanan yang agak jauh dan lama dengan anak-anak yang mingkun meragam. Tetapi tiket yang terlalu mahal membuatkan kami mengambil keputusan untuk naik kereta jer. Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik sanagt lancar dengan keadaa traffik yang begitu baik. Semoga dapat lagi bersama seperti ini :)

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


Azizan Perlu Jawab Persoalan <b>Di Baling</b> Sebelum Dikejarkan Ke <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2012 07:05 PM PDT

Nampaknya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak tak senang duduk sejak seminggu dua ini. Apa tidaknya apabila isu Ladang "Sejahtera"nya yang menggondolkan hasil balak di Hutan Simpan Gunung Inas "terlondeh"!

Bermula dari blog, isu pembalakan yang memusnahkan eko-sistem alam semula jadi dan mencemarkan kawasan air terjun Lata Celak melarat sehingga membawa "team" Aduan Rakyat dari TV3 membongkar "projek ibu duit"nya.

Semalam melalui TV3, wartawannya Puspavathy Ramaloo menyiarkan rintihan rakyat dan penduduk kampung di Mukim Kupang, Baling, yang pernah disiarkan oleh Kedahan69ers.com.

Hakikatnya, ia adalah satu isu yang memaparkan bantahan dan penderitaan rakyat hasil kerakusan pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah.

Melalui Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang menggunakan alasan "Ladang Sejahtera", Hutan Simpan Gunung Inas "ditarah" sehingga gondol sejauh mata memandang.

Kesannya? Bukan sedikit kesan buruk. Dan yang "baik"nya hanya dua perkara saja.

"Baik" yang pertama ialah bagi Kerajaan PAS Negeri Kedah kerana berjaya meningkatkan hasil balak sehingga RM80 juta tahun lalu dan "baik" yang kedua ialah ia dijangka sangat membantu dana Pilihanraya PAS Kedah pada PRU ke-13 nanti.

Kesan buruknya banyak…

Antaranya ialah hakisan tanah yang teruk di mana kesan pembalakan itu menyebabkan tanah runtuh yang berlaku di lereng-lereng hutan dan menjejaskan 'pasak bumi.

Selain itu, eko-sistem hutan simpan kekal itu juga terjejas teruk di mana kehijauan flora dan fauna telah kehilangan habitan semulajadi.

Lebih ketara ialah sumber air bersih lima kampung di sekitar kaki gunung itu tercemar dan keruh.

Rentetan itu, rakyat terpaksa minum air yang tercemar. Rakyat juga terpaksa membasuh dengan air keruh sehingga baju sekolah anak-anak mereka bertukar warna kuning keperangan.

Para penduduk juga terpaksa pasrah menerima ancaman sumber air beracun sekiranya Ladang Sejahtera yang melibatkan tanaman getah di situ.

Ekoran sumber air tercemar, beberapa penduduk di situ juga telah mengalami sakit kulit dipercayai akibat menggunakan air yang bercampur buah beracun yang hanyut di sumber air tersebut.

Struktur jalan raya di kampung-kampung itu juga rosak teruk akibat "dilanyak" oleh lori-lori balak yang keluar masuk dari lokasi pembalakan di kawasan itu.

Lebih mengejutkan, projek pembalakan dan ladang PAS itu didakwa belum mendapat kelulusan EIA dari Jabatan Alam Sekitar.

Jelaslah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak perlu menjawab segera segala persoalan ini. Apakah kerana kerakusan menjana sumber kewangan dan dana PRU, maka kesejahteraan rakyat wajar tidak diendahkan?

Harapnya Azizan tidak perlu dikejarkan ke IJN bagi menjawab isu ini…

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


Jawatan Kosong 2012 <b>di</b> Majlis Daerah <b>Padang Terap</b>

Posted: 01 Oct 2012 04:50 PM PDT

jawatan kosong 2012 Majlis Daerah Padang Terap

Jawatan Kosong 2012: Majlis Daerah Padang Terap ditubuhkan pada tahun 1976 adalah susulan daripada penyusunan semula Kerajaan Tempatan Lembaga Bandaran Padang Terap.Kawasan Majlis Daerah Padang Terap merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah yang meliputi kawasan seluas 135684.41 hektar bersamaan 330799 ekar atau 1356.84 km persegi. Lokasinya terletak bersempadanan dengan negara Thailand di utara, sebelah barat bersempadanan dengan daerah Sik dan Pendang.

Permohonan-permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk memenuhi jawatan seperti berikut:-

Nama Jawatan Gred  : Pembantu Undang-undang L29
Jumlah Kekosongan  : 1
Jabatan                           : Pengurusan
Taraf Jawatan              : Tetap

Cara Permohonan

1) Semua borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman Portal MDPTK http://www.mdptk.gov.my
2) Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab 'A' 21 dan pastikan Laporan Prestasi tahunan terkini disertakan.
a) 2 keping gambar berukuran passport
b) Salinan Sijil Kelahiran
c) Salinan Kad Pengenalan
d) Salinan Sijil Peperiksaan
e) Lain-lain Sijil yang berkaitan
4) Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah.
5) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 25 sm x 32 sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon dan disertakan bayaran wang pos RM 2.00.
6) Permohonan yang tidak lengkap, tidak jelas dan tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan akan DITOLAK. Permohonan hendaklah sampai di alamat seperti berikut:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH PADANG TERAP,
06300 KUALA NERANG,
KEDAH DARUL AMAN.

7) Tarikh Tutup Permohonan : 15 OKTOBER 2012

 Sila klik sini untuk muatturun borang permohonan

Sila klik sini untuk maklumat lanjut dan syarat permohonan iklan jawatan kosong 2012 ini.

*Jawatan Kosong 2012 di Majlis Daerah Padang Terap*

You can leave a response, or trackback from your own site.

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


BANJIR <b>DI PENDANG</b> KERANA BALA ALLAH????

Posted: 02 Oct 2012 09:52 PM PDT

MAT SABU SYIAH KOMUNIS WA LIWATI NI DENGAQ KATA DIA NAK BERTANDING ATAS TIKET PAS DI PENDANG KEDAH. DALAM MASA YANG SAMA DIA JUGA MERUPAKAN PENGGERAK SYIAH DI MALAYSIA BERDASARKAN MAKLUMAT SERTA VIDEO MENGENAI BELIAU YANG ADA UNSUR SYIAH.... MALAH MUNGKIN PAS JUGA DIANCAM SYIAH YANG TERKELUAQ DARI MULUT KEPALA PEMUDA PAS PALING BEBAL SAAT INI IAITU HASSAN TANTAWI MANTAN USTAZ PAS NI PUN DEDAHKAN JUGAK.... BERBALIK KEPADA ISU ASAL....BANJIR DI PENDANG BARU-BARU INI....MASA 2005 KEDAH DILANDA BANJIR YANG AGAK BESAR PAS MENGANGGAP ITU BALA ALLAH YANG DITURUNKAN KEPADA KERAJAAN YANG ZALIM....MAKA PADA 2010 KEDAH DILANDA BANJIR LEBIH BESAR MAKA BALACI-BALACI PAS MENEGASKAN ITU ADALAH UJIAN ALLAH KERANA KETIKA ITU MEREKA YANG MEMERINTAH.....TAPI BEBERAPA HARI LALU BANJIR DI PENDANG....APA KOMEN ANDA????? MKOMEN KPS MUDAH, DI SITU SEDANG TERSEBAR FAHAMAN SYIAH YANG BERBAHAYA MAKA APAKAH ITU BALA DARI ALLAH UNTUK MEMBERSIHKAN SYIAH TERSEBUT?????? BENDA NI BUKAN KPS SAJA BUAT CERITA TAPI DENGAQ SYIAH DI PENDANG NI SERISU DARI HARD CORE PAS SENDIRI.....SEKARANG SYIAH DAH TERSEBAR....DI MELAKA PULAK DAH BERANI DEPA LETAK RISALAH DI KERETA.....PEGHHHHHRRRR....MEMANG BAHAYA ANCAMAN SYIAH.....