Isnin, 8 Oktober 2012

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


Banjir Lumpur <b>di Sik</b>, Kedah – Azizan puas? – Perak Today

Posted: 16 Aug 2010 08:08 PM PDT

Azizan Razak puas hati! Hasil balak Kedah begitu menguntungkan sekali Kerajaan PAS Negeri Kedah pimpinannya. Tersengih-sengih Menteri Besar itu membentangkan keuntungan balak yang diraih. Tanpa ragu-ragu, Azizan meminta akhbar-akhbar tempatan menyiarkan "kejayaan"nya itu kepada seluruh rakyat Malaysia. Biar dari Perlis hingga ke Sabah kenal siapakah dia "Azizan Razak". Tidak habis-habis dia bercerita tentang keuntungan balaknya itu kepada semua. Gahnya Azizan sebagai Menteri Besar Kedah!

Tanpa Azizan sedari, dia telah men"zalimi" rakyat Kedah. Tanpa Azizan sedari, dia telah menempa malapetaka kepada rakyat Kedah. Hasil dari "kejayaan" kepada Kerajaan PAS Kedah itu, sebanyak 6 buah kampung di daerah Sik menjadi mangsa kerakusan Azizan untuk menjadi "cepat kaya". Azizan mungkin tidak peduli soal jerih payah penduduk 6 buah kampung itu bertarung dengan maut. Asalkan Kerajaan Negeri pimpinan "kaya", kesejahteraan rakyat ternoda. Biarlah, asalkan hati Azizan puas!

Berikutan aktiviti penebangan balak yang tidak berskala dan tidak dipantau, 6 buah kampung di daerah Sik di Kedah telah dilanda banjir lumpur yang dahsyat. 6 buah kampung itu telah dibanjiri dengan lumpur yang dalamnya hampir setengah meter! Bayangkan jika malapetaka ini melanda rumah anda. Bayangkan jika banjir lumpur ini meragut nyawa dan harta benda rakyat. Hakikatnya, malapetaka ini telah berlaku dan Azizan hanya mampu melihat sahaja seraya memberi komen "Saya pun tidak tahu, wallahu'alam..".

Memang benar bahawa Kerajaan BN Negeri Kedah sebelum ini tidak pernah mengaut keuntungan yang banyak dari hasil balak di Kedah. Kedah bukanlah sebuah negeri yang kaya dengan balak seperti di Pahang, Sabah dan Sarawak. Hutannya hanyalah sekangkang kera dan yang sekangkang kera itulah yang terpaksa dijaga, dipulihara dan jika membalak sekalipun, ianya akan dipantau ketat oleh pihak berkuasa. Mungkin sebab itu Kerajaan BN Kedah sebelum ini tidaklah mengaut keuntungan sebanyak itu. Untungnya tetap ada, namun tidaklah sehingga menggadai nyawa atau harta benda rakyat Kedah sendiri.

Memang benar keuntungan Kerajaan BN Kedah sebelum ini hanyalah "seciput". Namun, sepanjang pentadbiran Kerajaan BN Kedah dahulu, tidak pernah dilaporkan malapetaka banjir lumpur sebegini hebat berlaku di Sik atau mana-aman daerah di Kedah. Namun, baru dua tahun lebih PAS memerintah Kedah, sudah berlaku melapetaka sebegini rupa. Cuba bayangkan apa yang akan berlaku jika PAS memerintah selama 4 tahun, 8 tahun, 16 tahun dan seterusnya. Mungkin Kedah bakal menjadi "padang jarak padang tekukur".

Penulis dan rakan-rakan ada menziarahi beberapa kampung yang terjejas di Sik baru-baru ini. Kawasan Teloi merupakan salah satu kawasan yang teruk ditimpa malapetaka ini. Selain memberikan sedikit bantuan dan semangat, kami semua dapat rasakan penderitaan yang di"hadiah"kan oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah ini. Ada seorang Mak Long yang meratapi rumah usangnya yang hampir musnah akibat banjir kilat ini. Kasihan, sudahlah rumahnya usang, dilanda banjir lumpur pula…

Saya terbayang akan kejadian malapetaka yang pernah terjadi di Pos Dipang. Insiden yang meragut ramai mangsa itu masih lagi menjadi igauan seluruh rakyat Malaysia. Penulis percaya, jika kegiatan dan aktiviti pembalakan di Kedah ini tidak dipantau, tidak mustahil jika perkara yang serupa bakal berlaku di Kedah. Jika ini berlaku, siapakah yang akan bertanggungjawab? Pastinya Azizan Razak akan pantas menuding jari kepada Kerajaan Pusat. Sudahlah menuding jari pada Kerajaan Pusat, diminta pula Kerajaan Pusat menyelesaikan masalah rakyatnya. Modus operandinya pasti sama seperti Khalid Ibrahim meminta Kerajaan Pusat menyelesaikan masalah "pasir" di Selangor!

Begitulah sikap dan tabiat Pakatan Rakyat di Malaysia. Jika sebarang malapetaka, penyelewengan, salah guna kuasa dan perkara negatif berlaku, pastinya Kerajaan Pusat dan BN akan dituduh! "Cantik molek"kah perangai sedemikian?

Cubalah pembaca budiman sekalian "turun padang" melihat sendiri keghairahan pentadbiran Azizan Razak me"rompak" hasil balak di Kedah. Kerakusan itu dapat dilihat hari-hari. Lori balak berselisih jalan menuju ke Padang Terap dan Kuala Nerang. Ada juga yang begitu aktif menuju ke arah Pendang, Sungai Petani dan Bukit Selambau. Kadang-kadang, di malam hari pun mereka aktif. Jadi, tidak hairanlah mereka mengaut untung sebanyak RM35 juta! Digondolkan bumi Allah, rakyat disengsarakan, poket mereka juga yang kembung.

Hakikatnya, mungkin ada hikmah yang cuba dizahirkan di atas malapetaka ini. Mungkin ini adalah "bala" dari Allah terhadap segala tohmahan dan fitnah yang sering bermain dibibir pihak Pakatan Rakyat. Mungkin ini adalah kifarah dari Allah kepada Azizan dan konc0-konconya kerana menzalimi rakyat Kedah tanpa mereka sedari. Mungkin ini adalah satu pengajaran kepada PAS Kedah yang tidak tahu mentadbir walau hanya sebuah negeri. Bayangkan pula jika mereka yang tidak berpengalaman mentadbir ini mentadbir negara kita. Hancurlah Malaysia dilanyak sepuasnya. Na'uzubillahi min zalik!

MyKMU

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Gieyana.Com ®: Sepetang bersama <b>di Tanjung Dawai</b>, Kedah

Posted: 07 Oct 2012 06:07 PM PDT




Best makan seafood kat sini. Nanti saya buat full review yer... ^_~

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


YB SAIFUDIN NASUTION AKAN BERADA <b>DI PADANG SERAI</b>

Posted: 04 Oct 2012 06:48 AM PDT

CERAMAH POLITIK TARIKH ; 6 OKT 2012 HARI ; SABTU LOKASI ; TAMAN KERANJI (DEPAN ESSO) WAKTU ; 9 MALAM PENCERAMAH; YB DATO SAIFUDIN NASUTION AZMAN NASRUDIN N SURENDREN ...SIMON OII ANJURAN AMK PDG SERAI DAN PENYELARAS DUN LUNAS