Selasa, 9 Oktober 2012

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


Langsung : Ceramah <b>di</b> Kompleks PAS <b>Pokok Sena</b>... Jom <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2012 07:21 AM PDT

Jam: 9.30 malam ini

Penceramah adalah
YB Dato Seri Panglima Haji Lajim Ukim
YB Dato Mahfuz Omar

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


My First Blog: PROJEK TANAMAN <b>DI</b> KBB <b>KODIANG</b> FASA PERTAMA

Posted: 05 Sep 2012 08:51 AM PDT

PADA 9/8/2012 adalah merupakan hari pertama kami memulakan projek tanaman pisang berangan di KBB Kodiang.. memandangkan kawasan untuk tanaman tidak lah berapa luas jadi lebih kurang anggaran 50 pokok aja yang boleh ditanam di tapak tersebut.


Mike Romeo sedang menggali lubang
Itulah serba sedikit cerita berkenaan projek tanaman pisang berangan di KBB Kodiang

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Dia buat dah: Ops Samseng tahan 111 motosikal <b>di Kuala Kedah</b>

Posted: 17 Sep 2012 09:25 AM PDT

KUALA KEDAH - Polis menahan 111 motosikal dalam Ops Samseng Jalan Raya di Kampung Padang Garam, Kota Marina, Kuala Kedah dekat sini semalam.

Operasi yang bermula pukul 3 petang dan berakhir kira-kira 11 malam diketuai Ketua Polis Trafik Kota Setar DSP Jamil Ahamed, menahan 132 remaja berusia lingkungan 14 dan 21 tahun termasuk 15 remaja perempuan yang terlibat dalam aktiviti merempit.

Ketua Polis Kedah ACP Adzaman Mohd Jan berkata 86 motosikal disita kerana penunggangnya melakukan pelbagai kesalahan seperti pengubahsuaian kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

"Kita bebaskan 25 motosikal yang mempunyai lesen memandu, cukai jalan selain motosikal mereka tidak diubah suai, selain ujian air kencing negatif," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata polis turut menahan empat remaja lelaki yang positif dadah.

Tinjauan Bernama ketika operasi malam tadi mendapati ibu bapa remaja yang ditahan menunggu di luar pagar Balai Polis Kuala Kedah untuk melihat kelibat anak masing-masing sebelum membawa mereka pulang.

Kesemua remaja terbabit kemudian dibebaskan selepas menjalani ujian air kencing manakala motosikal yang disita akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar. - Bernama

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


Ramlee Awang Murshid akan menemui peminat <b>di Jitra</b>

Posted: 24 Sep 2012 09:30 PM PDT


Ramlee Awang Murshid, salah seorang  novelis bergenre thriller yang terkenal dengan novel bersiri yang mempunyai watak Laksamana Sunan di dalam novel-novel tersebut. Mungkin ramai juga mengenali beliau sebagai bekas pengacara tv di RTM sesuatu ketika dahulu.

Berita baik untuk peminat-peminat Ramlee Awang Murshid, Ramlee Awang Murshid akan berada kedai I Love Novel di Jitra Mall pada 29/9/2012 (Sabtu). Kepada adik-adik, abang-abang, dan akak-akak yang mempunyai novel-novel beliau, bolehlah dapatkan tandatangan beliau disana. Sesi akan bemula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang. Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang ye.

Terima Kasih

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


Meter Paip Pun Dicuri | <b>Kuala Ketil</b>

Posted: 25 Sep 2012 01:32 AM PDT

Kuala Ketil 25 September – Kehilangan harta awam semakin menjadi-jadi sejak kebelangan ini. Jika sebelum ini kabel telefon, besi dan  kabel elektrik menjadi sasaran tapi sekarang meter paip pula yang menjadi sasaran golongan yang tidak bertanggungjawab ini. Setiap hari masyarakat terputus bekalan air dan mengakibatbatkan urusan harian terbatas terutama penduduk sekitar dan kilang-kilang juga menjadi tumpuan mereka. Hal Ini, kemungkinan disebabkan terdapat aluminium yang boleh dijual dengan harga yang agak tinggi dipasaran sekarang.Menurut sumber daripada SADA kawasan Kuala Ketil, kelmarin  sebanyak 10 biji meter paip yang telah dicuri sekitar kawasan ini dan hari ini sebantak 8 biji meter paip pula yang di curi. Sampai bilakah masyarakat harus teraniaya begini? Siapakah dalang sebenarnya dalam kes kecurian ini?Apakah tindakan pihak penguasa tempatan bagi menyelesaikan kes ini?

Tags: , , ,

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


LAGUNAMERBOK: Shopping Hasil Laut <b>Di Tanjung Dawai</b>.

Posted: 22 Jul 2012 07:16 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Beberapa hari yang lalu, saya dan family ke Tanjung Dawai untuk membeli-belah hasil laut. Antara yang dibeli ialah ikan bilis, terubuk masin, ikan kering dan lain-lain. Bahan mentah yang dibeli ini adalah sebagai persediaan untuk membuat juadah berbuka.
Macam-macam ada kat kedai yang kami singgah ni. Harganya pun berpatutan.

SZ: Anda pernah sampai ke Tanjung Dawai?

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


Banjir <b>Di Pendang</b>, Ahli Parlimen Entah Ke Mana, ADUN Pula <b>...</b>

Posted: 04 Oct 2012 09:35 PM PDT

Minggu lepas, daerah Pendang dilanda banjir. Lebih 100 orang di beberapa buah kampung terpaksa dipindahkan ke tempat selamat apabila kawasan mereka dinaiki air. Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Batu Hampar Kanan, Banggol Kambing, Tanah Merah, Batu Hampar dan Kubur Panjang. Kebanyakan penduduk dipindahkan ke Dewan Orang Ramai.

Walaupun tidak dipersoalkan  tetapi Kerajaan Negeri Kedah cuba menyalahkan Kerajaan Pusat kerana tidak membina tebatan bernilai RM280 juta yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri terdahulu, Abdullah Badawi. Tebatan banjir berkenaan merupakan sebahagian daripada projek di bawah NCER yang tidak mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Kedah apabila UMNO-Barisan Nasional hilang genggaman ke atas Kedah. 

Alasan yang diberikan itu, hampir sama ketika banjir besar pada tahun 2010 apabila PAS Kedah menyalahkan pembinaan rel berkembar sebagai punca utama banjir walaupun punca sebenar adalah penebangan balak yang begitu berleluasa di Kedah. Penebangan balak dan pembalakan haram semenjak PAS berkuasa di Kedah, telah mengakibatkan seluruh Kedah kerapkali dilanda banjir besar yang menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit.

Natijah daripada pembalakan sudah terlalu banyak didedahkan, sama ada pihak geologis tempatan, mahupun pada peringkat global. Bagaimanapun PAS Kedah lebih hebat apabila mengalihkan punca banjir daripada pembalakan tidak terkawal yang telah merosakkan saliran dan kadar air yang diserap kepada tebatan banjir dan sebagainya yang dianggap boleh mengelirukan orang ramai. 

Pada 1 November 2011, penduduk Pendang menyuarakan perasaan tidak puas tentang pembalakan di Bukit Perak, Pendang yang mengancam sumber bekalan air bersih mereka. Malah, penduduk terutama di Kampung Mahawangsa, Rasau, Sungai Durian, Sungai Mas, Sungai Pisang, Sungai Siput dan Titi Akar juga mengatakan, pembalakan di Bukit Perak akan mengakibatkan banjir  yang tidak akan berkesudahan di Pendang. 

Ternyata, telahan penduduk-penduduk kampung yang 'tidak begitu cerdik' berbanding para pemimpin PAS Kedah, benar belaka. Namun kecerdikan para pemimpin PAS Kedah pula mengalihkan kesalahan dan pengkhianatan yang telah mereka lakukan kepada projek tebatan banjir yang telah dijanjikan tetapi masih belum dilaksanakan. 

Anehnya, pada zaman Barisan Nasional menjadi Kerajaan Negeri Kedah beberapa tahun dahulu, masalah banjir di Pendang, tidak pula kedengaran walaupun tebatan banjir yang dipertikaikan itu tidak wujud juga.

Barangkali disebabkan kurangnya tumpuan media massa, maka para pemimpin PAS seperti Ahli Parlimen Pendang, Dr. Hayati Othman dan ADUN Tokai yang bercita-cita besar mahu menjadi Menteri Besar Kedah menggantikan Azizan Abdul Razak, Taulan Rasul, hilang ghaib entah ke mana. Dan kalaulah bukan kerana bantuan daripada agensi-agensi Kerajaan Pusat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, barangkali penduduk-penduduk yang terjejas akibat banjir minggu lepas, pakat minum air bah dan memungut makanan hanyut untuk mengisi perut. 

Nak harapkan Kerajaan PAS Kedah… macam mengharapkan ketul batu jadi buntat. Langsung tidak ada inisiatif membantu rakyat dan penduduk yang terjejas dek banjir. Kalau ceramah dan kempen, merekalah yang paling hebat. Merekalah yang paling kuat memperjuangkan rakyat. Dan mereka jugalah yang mengusung tabung minta derma daripada orang ramai yang mendengar ceramah, tetapi bila mai tang susah, batang hidung para pemimpin PAS pun tak kelihatan. 

Tak payahlah nak suruh pemimpin PAS dari Alor Star atau dari Jalan Raja Laut yang datang ambil tahu hal orang ramai yang dah susah, itu jauh sangat. Kita tanya, mana pi Taulan Rasul dan Hayati Othman? Takkan depa tak tahu, kawasan yang dilanda banjir itu adalah kawasan yang sepatutnya depa jaga? Takkanlah depa tak tahu, orang ramai yang terjejas akibat banjir itu adalah orang-orang yang telah mengundi depa untuk naik jadi Wakil Rakyat? 

Tak cukup menyalahkan tebatan banjir yang tidak wujud itu kalau pembalakan dijalankan macam orang lapar tak jumpa nasi seminggu. Tak cukup menyalahkan para pemimpin Pusat, kalau pemimpin setempat yang telah dinaikkan oleh penduduk tempatan macam Taulan Rasul dan Hayati Othman ghaib dan ghuyub entah ke mana masa penduduk dalam kesusahan!!!