Ahad, 14 Oktober 2012

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


<b>Kedah</b> La: PANASS!!! Salahlaku Setiausaha Kerajaan <b>Negeri Kedah</b>

Posted: 07 Oct 2012 05:12 AM PDT

SUK – DATUK RASLI DI HUJUNG TANDUK


Mungkin ramai yang tidak sedar, kedudukan Datuk Paduka Rasli Bin Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK) kini berada di hujung tanduk.

Kini Datuk Rasli terpaksa berhadapan dengan siri-siri tindakan agresif dari ahli-ahli majlis Daerah Kubang Pasu yang tidak pernah di duga olehnya dan berlaku kepada mana-mana Setiausaha Kerajaan Kedah sebelum ini.

Tindakan diluar jangka ini cukup mengejutkan dirinya, melukakan perasaanya dan menjatuhkan harga diri dan keluarganya di kalangan pegawai tadbir kerajaan (KCS) serta orang awam yang mengikuti perkembangan ini. Tidak keterlaluan, jika dikatakan bahawa pihak istana turut terkejut dan tertanya-tanya sebab-musabab  peristiwa yang berlaku ke atas Datuk Paduka Rasli.

Rakyat seluruh Kedah kini sedang melihat berlaku suatu kebangkitan dari gerombolan ahli-ahli Majlis Daerah Kubang Pasu menentang Datuk Paduka Rasli. Di mana, gerombolan tersebut bangun mencabar keputusan beliau yang mereka (ahli-ahli majlis) dapati secara sengaja atau tidak sengaja telah membelakangkan bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri, sekali gus melanggar undang-undang (Akta 171) yang menjadi kitab rujukan di dalam hal ehwal dan perjalanan sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia Barat, khususnya.

Walaupun jumlah mereka kecil dan tidak dikenali oleh orang ramai, tetapi penentangan mereka seperti tidak akan berhenti selagi mana matlamat mereka tidak tercapai. Ia juga bagaikan mendapat sokongan padu terutama dari mereka yang tidak senang dengan Datuk Paduka Rasli selama ini.
Ahli MDKP: Basir Ismail (kanan), Jamal Nasir (kiri) melancarkan kempen desak Rasli letak jawatan
Gerombolan ahli-ahli Majlis berkenaan yang diketuai oleh saudara Basir Bin Ismail telah:
(1) membuat dua laporan polis di IPD Kubang Pasu yang membabit dirinya. Kandungan laporan polis yang pertama ialah  meminta pihak polis menyiasat tentang perlantikan anak kandungnya (Mohd Rezal) sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu yang berada di dalam lingkungan pentadbiran di bawahnya secara langsung. Perlantikan Mohd Rezal seperti berlaku 'conflict of interest' yang amat nyata, sekali gus tidak selari dengan amalan di dalam pekeliling perkhidmatan awam di negara ini.

Laporan polis kedua pula tentang tindakan Datuk Rasli yang membelakangkan bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri dalam hal perlantikan maupun pertukaran Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu yang disifatkan oleh mereka (ahlimajlis) sebagai telah menjatuhkan maruah dan kedaulatan Seri Paduka Banginda Yang DiPertuan Agong kerana telah memberi perkenan perlantikan secara kontrak ke atas Datuk Paduka Rasli. Umum menyakni bahawa perlantikan secara kontrak tersebut adalah di atas keyakinan dan kepercayaan Tuanku bahawa beliau dapat menjalankan tugas secara profesional serta mengikut undang-undang demi kepentingan rakyat dan kerajaan di bawah naungan Tuanku. 

(2) Gerombolan ahli-ahli majlis juga telah mengadakan dua kali demonstrasi aman di Pekan Jitra dan Wisma Darul Aman iaitu ketika Mesyuarat Exco yang turut dihadirinya sedang berjalan. Di mana, gerombolan ahli-ahli majlis secara terbuka mendesak beliau meletakkan jawatan kerana tindakannya yang membelakang bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri. 


(3) Lebih mengejutkan Datu Paduka Rasli, apabila  gerombolan ahli-ahli majlis menggunakan hak mereka di dalam Akta 171 memanggil Mesyuarat Khas Majlis Daerah Kubang Pasu bagi membentang, membahas dan meluluskan usul mempertahankan kedudukan Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu yang diarah bertukar ke daerah Kuala Muda, Sungai Petani dengan undian sebulat suara. Ia adalah keputusan Pihak Berkuasa Tempatan yang sah, sekali gus  mencabar keputusan beliau yang belum pernah berlaku di dalam sejarah sistem pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan sejak ia diperkenalkan pada tahun 1976.

(4) Gerombolan ahli-ahli majlis dalam proses membuat semakan kehakiman bagi mendapatkan deklarasi mahkamah bahawa tindakan Datuk Rasli adalah tidak sah dan ultra vires.

(5) Tidak cukup dengan tindakan tersebut, ahli-ahli majlis turut menghantar memorandum kepada YAB Dato Seri Diraja Menteri Besar Kedah yang mengandungi kutukan, kecaman dan desakan supaya Datuk Rasli meletakkan jawatanya dengan segera. Difahamkan juga bahawa seluruh ahli-ahli majlis PBT negeri Kedah telah berkumpul di Hotel Amanpura, Sungai Petani sebulat suara mempertahankan tindakan rakan-rakan mereka di Kubang Pasu dan membuat resolusi meminta Pihak Berkuasa Negeri memecat Datuk Paduka Rasli dengan segera.

(6) Gerombolan ahli-ahli majlis juga dalam usaha untuk mendapat perkenan menghadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bagi menyampaikan memorandum mereka mendesak Datuk Paduka Rasli meletakkan jawatannya dengan terhormat dan

(7) Gerombolan ini akan menaikkan banner  "Kempen Selamatkan Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah –Datuk Paduka Rasli Tolong Letak Jawatan" di tempat-tempat strategik di negeri Kedah.

Semua tindakan tersebut memberi  tamparan hebat buat Datuk Paduka Rasli yang merupakan pegawai tadbir kerajaan negeri Kedah sangat berpengaruh dengan Istana serta mendapat sokongan kuat dari konco-konconya yang kini mereka semua sedang kepanasan dengan isu penyiasatan rasuah oleh SPRM. Lebih malang lagi, anak kandungnya (Mohd Rezal) yang ditempatkan sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu tidak dapat berbuat apa-apa terhadap gerombolan ahli-ahli majlis, melainkan melopong melihat tindakan aggresif ahli-ahli majlis mencabar bapanya.
Oleh itu, jalan terbaik dan bermaruah buat dirinya (Datuk Rasli) ialah membuat tindakan secara profesional iaitu menulis sepucuk surat secara sukarela kepada Pihak Berkuasa Negeri bahawa beliau mengambil keputusan meletakkan jawatannya serta-merta. Meletakkan jawatan secara  sukarela lebih bermaruah dari dipecat ataupun dititah berbuat demikian.

Biarlah hal berkaitan perletakan jawatannya di urus dan dimaklumkan secara rasmi oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada Seri Paduka Banginda Yang DiPertuan Agong. Tak usahlah beliau sibuk dan memeningkan kepalanya sendiri memikirkan, apakah alasan yang wajar dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebab-musabab perletakan jawatannya. Biarlah Pihak Berkuasa Negeri menggunakan kebijaksanaan mereka memberikan penjelasan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, mudah-mudahan pekung yang busuk lagi bernanah dapat dirahsiakan dari pengetahuan Seri Paduka Yang DiPertua Agong.

Sesungguhnya, tidak ada alasan kukuh buat Datuk Paduka Rasli  mempertahankan jawatan tersebut, lagipun ia hanya tinggal beberapa bulan sahaja sebelum kontrak perkhidmatannya tamat tempoh. Beliau patut memikirkan bahawa menamatkan perkhidmatan dalam keadaan yang disanjung dan dihormati oleh pegawai-pegawai tadbir (KCS), bukan dengan cara ia dihalau, dicerca dan dimaki hamun yang mengakibatkan menanggung malu dan menjatuhkan maruah diri dan keluarganya sendiri.
Datuk Rasli sudahpun dapat apa yang dia kehendaki di dalam kerjayanya. Beliau patut tahu bahawa ramai dikalangan pegawai tadbir kerajaan negeri lain yang mempunyai cita-cita sepertinya tetapi mereka tidak berpeluang mendapat seperti yang beliau nikmati. Ini kerana nasib menyebelahi dirinya, buka seperti mereka yang lain. Jadi nasib yang baik ini hendaklah dijaga supaya ia tidak menjadi bala bencana buat dirinya.

Di dalam perjalanan kariernya, beliau telah dijulang menjadi 'orang nombor satu' dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah iaitu selaku Setiausaha Kerajaan / Ketua Pegawai Pentadbir Negeri Kedah yang bergred JUSA A. Pendapatan dan kemudahan sebagai orang nombor satu telah dinikmati bukan kepalang sehingga mencecahkan angka yang tidak dipercayai oleh orang ramai. Beliau juga berpeluang ke luar negara hampir separuh dunia di atas peta yang kita belajar di sekolah kerana alasan menjalankan kerja.

Bagi anak lelakinya yang bernama Mohd Rezal, seorang pegawai tadbir kerajaan (KCS) Kedah telah berada di kerusi @ tempat kerja yang selesa. Di awal usia 30an, anaknya telah menyandang jawatan sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu, dipahamkan memangku gred N48 dan dianugerahkan dua bintang kebesaran (BKM & AMK), walaupun jarang berlaku di kalangan pegawai tadbir negeri (KCS) lain, tetapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh seniornya seramai lebih 32 orang. Nasib seniornya tidak seperti 'anak bapak' (Mohd Rezal) yang mendapat kedudukan yang lebih istimewa.
Jika tidak ada halangan atau "chah keting" dalam tempoh 8-15 tahun akan datang Mohd Rezal pula menjadi orang besar di dalam pentadbiran negeri Kedah. Ketika itu, gred perjawatannya mungkin mencapai N54. Tidak mustahil perancangan licik yang diatur oleh bapanya (Datuk Paduka Rasli), Mohd Rezal juga akan menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Jangan dilupakan tentang kedudukan anak saudaranya iaitu Puan Rozaina Binti Dato' Paduka Haji Radzi, kini menyandang jawatan sebagai Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani. Siapa yang tidak kenal dengan Dato Paduka Haji Radzi, juga merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri pada masa lalu. Adakah Puan Rozaina akan mencipta sejarah sebagai wanita pertama di Kedah dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri?

Inilah kenyataan yang perlu diterima oleh pegawai tadbir kerajaan (KCS) dan seluruh rakyat di negeri Kedah. Masa depan rakyat dan negeri Kedah adalah terletak dipundak bahu mereka. Baik mereka maka beruntunglah rakyat dan negeri Kedah, begitulah sebaliknya.
Oleh kerana itu,  Datuk Paduka Rasli tidak perlu gundah gulana apabila beliau melepaskan jawatannya kerana kedudukan pegawai tadbir negeri (KCS) yang mempunyai pertalian keluarga dan kroninya telah berada di zon selamat dan berkemungkinan pada masa depan mereka pula akan mengambil alih tempatnya. Ini bermakna, legasi Datuk Paduka Rasli dalam sistem pentadbiran kerajaan Negeri Kedah tidak akan hilang.
Sebagai penulis artikel ini, saya  tidak peduli  siapakah  mereka yang akan menjadi pegawai tadbir kerajaan. Perkara penting buat diri saya ialah memastikan mereka yang terlibat menjalankan tugas dengan amanah. Mereka wajib mengambilkira dosa dan pahala ketika menjalankan tugas. Insya allah selagi mereka mengaku seorang insan muslim dan berpegang kepada prinsip dosa dan pahala ketika menjalankan tugas, pasti tidak akan berlaku seperti yang berlaku pada Datuk Rasli hari ini.
Mudah-mudahan peristiwa yang merakan perjalanan kehidupan Datuk Paduka Rasli menjadi pedoman serta peringatan kepada pegawai tadbir kerajaaan (KCS) Kedah lain supaya lebih berhati-hati, berkerjalah secara profesional dan menghormati orang lain tidak kira dari mana asal mereka.

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Jom mengail ikan: Trip memancing <b>di</b> Sangkar <b>Tanjung Dawai</b>

Posted: 13 Oct 2012 08:43 PM PDT


  Pada 6hb Oct..bersama keluarga dan kenkawan..memancing di pelantar merangkap sangkar ternakan ikan. Caj dia cuma RM10 satu kepala. kat pelantar tu ada tempat dan kemudahan yg selesa..bilik, tempat masak, tempat rehat, meja makan dan kerusi santai. Kena naik bot dr jeti LKIM..tuan punya sangkar akan ambik kita di jeti tu dan bawa ke sangkar dia...mancing tanpa had masa..kita nak balik, dia hantar semula ke jeti. Jarak dr jeti ke sangkar dalam 500 meter juga. Kedudukan sangkar tu di tgh2 antara pantai Merdeka dan Tanjung Dawai..mmg best utk xtvt bersama keluarga atau kenkawan. Kalau nak p..boleh hubungi : Bang Ari 0111-4704894 umpan kena sediakan sendiri..paling ikan suka, umpan udang hidup ngan isi temenung..
   













Jeti LKIM..tpt bertolak

Next station...: @<b>Tanjung Dawai</b>.

Posted: 09 Oct 2012 12:45 AM PDT

01 Sept. 2012.... berjalan ke Semeling menziarahi keluarga angkat di Kedah. Tujuan utama untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan hubby di Perlis. So, dah alang2.. baik kami berhoneymoon lagi.. hihi. Semalam dari Tapah bergerak agak lewat, dengan kepenatan kerana majlis merdeka-raya di Tabika Kem keputusan diambil ialah bermalam di Taiping... SSL Traders Hotel. Ok gak la hotel nie.

Sampai semeling, mak dan siapkan menu kegemaranku... Laksa. huhu sedap. sampai tertido2 kt rumah mak sebab petang 2 mak n ayah nak bawak kami jalan2 kt T.Dawai. Em, kena tunggu ayah balik kerja la kan. Nasib baik hubby ok walaupun 1st time berjumpa dan datang ke rumah keluarga angkat aku nie. sporting lah... :)

sampai kt t.dawai..... best lak tengok orang ramai main kite... apa lg, aku pun tersengeh2 la mintak kt hubby. hehehe. dia layan je aku.. :)


pastu mak n ayah belanja kami makan malam kt restauran seafood berhampiran. tqvm..sedap.. malam 2 jugak terus bertolak ke perlis sebab esoknya akan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan.

Sebelum balik ke Tapah, habiskan duit dulu kt Padang Besar. huhuhu. seronok membeli belah. Ade rezeki boleh datang lagi. 

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


!cikcleopatra!: Tips Shopping <b>Di Langkawi</b>

Posted: 01 Oct 2012 08:24 PM PDT

Bismillahirrahmanirrahim..
Tadi kan..aku saje la dok view statistik..again!! story pasal langkawi yang sudah berabad lalu menjadi tarikan..eh bukan pasal langkawi jer..tapi semua entry pasal holiday statistik tinggi! and actually pasal langkawi dulu nak update part 3 tapi tak jadi sebab terdapat kekecohan dalam hidup sekejap.agaga..kecoh la sangat! sebenarnye dah ade niat nak share pasal tempat shopping yang menarik di langkawi tapi tergendala. so di pagi yang indah ini izinkan saya share dengan semua!! ececeyh..
untuk mendapatkan pinggan mangkuk yang cantik macam porceline (betul ke tidak spelling ni) dan macam-macam lagi la aku cadangkan pergi terus ke Idaman Suri. harga dekat sini lebih murah dan pilihan lebih banyak taw!
untuk coklat pulak disarankan pergi cari di Haji Ismail Group. macam-macam jenis coklat ade..sediakan duit je. harga takde la semua murah dekat HIG ni..depends jugak pada coklat. contoh masa aku nak beli coklat Daim haritu. dekat HIG RM14.90 tapi aku ade jumpe dekat kedai lain RM13.90 tapi coklat2 lain HIG lagi murah. so..pandai-pandai lah..
Untuk kain-kain sarung ni, setelah aku tanya kawan-kawan aku yang duduk di langkawi mereka menyarankan untuk borong di Beras Terbakar..tapi mak cakap lebih kurang je harga dia..muahaha..maybe anak jati langkawi lebih arif kot. tapi dari pandangan aku. dekat beras terbakar banyak pilihan! so takpayah nak penin-pening kepala..pergi je la sana..ngeh3.
Ok. bagi segala jenis produk yang berkaitan gamat pula, aku pergi ke Nusantara. situ macam-macam pun ada..tinggal pilih, ambil dan bayar jer. situ banyak pilihan!
Actually rokok harga sama jer dekat mana-mana dalam langkawi ni..tapi member aku kata kalau nak murah lagi carik dekat kedai-kedai runcit kecik-kecik tu je..situ harga lebih murah. let say harga 1katon RM47.00 tapi dekat kedai runcit kecik2 ni boleh dapat RM45.00 1katon.
Hmm..rasanye lima item ni je kot yang terhangat di Langkawi..huhu..dah habis idea sebab aku pergi langkawi 5bulan yang lalu..sekarang dah ingat2 tidak dah..at least aku boleh share something yang boleh memudahkan korang..so takpayah dah korang nak tercarik-carik dan membanding-banding kan harga lagi kat sana..buang masa je kan. oh ye..kalau korang balik hari je and beli barang2 banyak..korang kena tax taw! tapi kalau duduk berhari-hari takde masalah cume simpan tiket flight atau feri korang masa datang tu jer.
hope entry ni membantu lah..enjoy and happy shopping! ;)

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


SERAMMNYAA!! Kisah Misteri Penunggu Tetap <b>di</b> Gunung <b>Jerai</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2012 08:17 AM PDT


Hampir jam 8.00 malam, dua orang gadis terus berkeliaran di sekitar puncak gunung jerai. Mereka tercari-cari seseorang. Di puncak gunung itu, kedua-dua gadis ini telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Ramli bin Haji Khamis, 48. Dia bekerja dengan sebuah organisasi yang terletak di puncak gunung itu. Sudah hampir 20 tahun beliau bekerja di situ.

"Abang, kami nak bermalam di sini, di Padang Tok Sheikh, boleh tak ? " Tanya salah seorang daripada mereka. Namanya Rasidah. Kawasan padang yang ditanyakan oleh gadis itu adalah sebuah tempat lapang di puncak gunung itu. Ia dipanggil Padang Tok Sheikh.

En.Ramli bingung. Biasanya orang yang hendak berkhemah atau berkelah di situ memang akan bertanya dan meminta kebenaran daripada beliau terlebih dahulu. Boleh atau tidak, beliau yang akan putuskan.

Tapi kali ini beliau terpaksa menegah kerana sungguh tidak molek anak gadis bermalam di situ. Lalu beliau menyuruh kedua-dua gadis yang bertelekung ini pulang sahaja. Namun gadis-gadis itu enggan. " Tolonglah bang, malam ni aja. Lepas ni, kami takkan datang lagi," pinta Rasidah lagi.

En.Ramli tidak mahu berganjak daripada keputusannya. Berulang kali difikirkannya, apa gadis-gadis ini tidak takut dengan gunung ini ? Gunung ini 'bernyawa'. Ia banyak menyimpan cerita misterinya yang tersendiri.

Orang-orang di Gurun, Kedah, semuanya tahu puncak gunung itu adalah perkampungan bunian. Di puncak itu ada sebuah kerajaan besar. Ada istana dan pemerintahnya. Juga, ada kampung-kampung dan rakyat jelatanya.

Jadi, tidak perlu gadis-gadis tersebut bermalam di puncak gunung itu. Bahaya! Nanti disorok orang bunian. Tetapi berulang kali beliau menghalang, ada-ada saja alasan yang diterimanya.

"Kami dah janji dengan tok wan. Tok wan nak datang malam ni. Bolehlah, bang…" rayu Rasidah, tinggi suaranya.

Tok wan mana pula, fakir En.Ramli. Ada sesuatu yang tidak kena ! Segera beliau amati wajah kedua-dua gadis yang bertelekung ini. Air muka mereka berdua manis dan berseri. Berumur sekitar awal 20-an. Salah seorang daripada mereka senyap sahaja, hanya Rasidah yang bersuara. Pada pandangan Ramli, gadis-gadis ini bukan jelmaan makhluk halus. Bukan… mereka bukan orang bunian !

"Tolonglah, bang. Puteri dah mimpi semalam ! Tok wan nak datang malam ni. Puteri dah janji dengan tok wan," kata Rasidah lagi.

Puteri ? Siapa puteri ? Fikiran beliau semakin bercelaru. Siapakah gadis-gadis ini sebenarnya ? Mengapa lain benar percakapan mereka ?

Nak tahu apa cerita?? Sambung baca kat Darulaman.My