Selasa, 16 Oktober 2012

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


Mukhriz idam bina pusat aeroangkasa <b>di Changlun</b> | Berita Terkini <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2012 09:10 AM PDT

Kerajaan berhasrat membangunkan kawasan Changlun sebagai pusat aeroangkasa berikutan permintaan terhadap bidang itu di Asia semakin meningkat.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata walaupun idea yang dicetuskannya itu masih baharu, namun terdapat beberapa sebab Changlun dijadikan lokasi bagi melaksanakan cadangan tersebut.

"Di Changlun sudah ada sebuah syarikat, Asian Composites Manufacturing Sdn Bhd, yang mengeluarkan komponen kapal terbang Boeing dan kilang terbabit sudah beroperasi sejak 12 tahun lalu. Namun peluang itu tidak digunakan untuk melahirkan industri sampingan atau hiliran, yang menyokong syarikat itu.

"Ini merugikan sebenarnya, dari segi peluang keemasan yang terlepas namun masih belum terlambat kerana industri aeroangkasa di Asia, khususnya permintaan terhadap pesawat, paling pesat membangun. Jadi, kita patut guna peluang ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Himpunan Usahawan Wilayah Utara di Sungai Petani hari ini.

Mukhriz berkata keluasan tanah yang belum dibangunkan di Changlun turut menjadi faktor pemilihan kawasan itu sebagai lokasi cadangan mewujudkan pusat aeroangkasa.

"Pendekatan kementerian dan Mida (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) ialah pengelompokan iaitu jika ada industri induk di sesuatu tempat, kita mahu cari syarikat lain untuk menyokong syarikat itu.

"Setakat ini, banyak syarikat yang berminat malah dalam pertemuan saya dengan beberapa usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) pagi tadi, mereka turut menyambut baik cadangan ini dan mengemukakan banyak idea yang dapat membantu dalam program perintis ini," katanya.

Sementara itu, Mukhriz berkata Kulim, yang terkenal sebagai kawasan perindustrian, juga boleh dimanfaat dengan mewujudkan sebuah universiti berasaskan sains bagi melahirkan lebih ramai modal insan berkualiti untuk memenuhi keperluan industri.

"Saya yakin semua anak Kedah mahu melihat negeri ini lebih maju daripada sekarang, dan dari segi kemampuan dan peluang, tidak ada sebab kita boleh terpinggir dari arus pembangunan perdana.

"Dalam hal ini, bekalan modal insan berkualiti untuk industri tertentu, tidak kurang pentingnya dan salah satu cara melahirkan modal insan seperti ini ialah dengan mewujudkan universiti sains," katanya.

Mukhriz berkata di negara maju seperti Jepun, Taiwan dan Korea, universiti berteraskan sains, khususnya penyelidikan dan pembangunan, dikelilingi industri yang canggih, sebaliknya di Taman Teknologi Tinggi Kulim tidak ada universiti.

"Jadi, saya cadangkan kita dirikan sebuah universiti yang dapat bekerjasama rapat dengan industri sehingga industri menganggap universiti sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan dalaman mereka.

"Industri pula boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai trend terbaru dan permintaan pasaran daripada industri," katanya.

Mukhriz berkata gandingan kedua-dua pihak akan menjayakan hasrat untuk melihat Kedah lebih maju berteraskan industri, namun ia tidak bermakna industri pertanian yang selama ini menjadi kekuatan negeri ini akan dipinggirkan.

- Bernama

Article source: http://www.malaysiakini.com/news/211664

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Mengapa 31.8% Agensi Kerajaan <b>Negeri Kedah</b> Takut Kemukakan <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2012 12:12 AM PDT

Kerajaan 'Islam' PAS negeri Kedah nampaknya tidak mampu membuktikan integriti dan ketelusan yang tinggi sepertimana yang dikehendaki dalam Islam.  Walaupun, laporan audit negeri secara umumnya direkod sebagai memuaskan, namun ia wajar dipersoal atau ditolak memandangkan masih ada 31.8% dari 22 agensi-agensi kerajaan negeri gagal mengemukakan penyata kewangan mengikut masa yang ditetapkan.  Kegagalan ini menyebabkan kita musykil sama ada terdapat sesuatu yang cuba disembunyikan atau sekadar kelemahan pihak yang terbabit.

Walau bagaimanapun, secara keseluruhan kedudukan ini adalah lebih baik dari tahun lalu di mana lebih 43% dari agensi kerajaan negeri gagal mengemukakan penyata kewangan pada tarikh ditetapkan.  

Namun begitu, peningkatan ini masih tidak menggambarkan sebarang penambahbaikan dari segi kecekapan kerana daripada 17 Jabatan/Agensi Negeri dinilai pencapaian pengurusan, hanya 3 Agensi Negeri berada pada tahap sangat baik dengan diberi penarafan 4 Bintang.

Manakala 12 Jabatan/Agensi Negeri berada pada tahap baik dengan penarafan 3 Bintang. 2 Jabatan Negeri iaitu Majlis Daerah Pendang dan Pejabat Daerah Kulim pula berada pada tahap memuaskan dengan penarafan 2 Bintang.

Kerajaan Negeri Kedah juga pada tahun 2011 masih mengekalkan perbelanjaan defisit sama seperti tahun-tahun sebelumnya.  Penyata Kedudukan Kewangan pula menunjukkan jumlah RM252.36 juta iaitu penurunan sejumlah RM75.92 juta atau 23.1% berbanding RM328.28 juta pada tahun 2010.

Lebihan pendapatan semasa dicatatkan pada angka RM2.39 juta iaitu penurunan sejumlah RM20.11 juta. 

Kegagalan pelaksanaan beberapa projek utama oleh anak syarikat dibawah Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) merupakan salah satu punca kerajaan negeri mencatat kerugian.  Projek-projek seperti pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea, Projek 99 East di Lankawi serta projek udang kerpan, tanaman getah dan kelapa sawit semuanya mencatatkan kerugian dengan nota audit yang menyatakan kelemahan dari segi perlaksanaan, perjanjian dan pemantauan.  

Nampaknya, ini adalah bukti jelas bahawa kepimpinan Ulama PAS di Kedah telah tidak mampu untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik dari kepimpinan bukan Ulama di negeri-negeri lain.  

Namun, apa yang lebih mengejutkan dari laporan audit Kedah ialah apabila terdedahnya bagaimana Kerajaan PAS Kedah telah membayar RM2.55 juta kepada 5 kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi melaksanakan projek Taman Seri Gemilang, Flat Seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat simpang Kuala, Flat tongakng Yard dan Taman Kota Nelayan.  

Lebih dahsyat lagi ialah apabila didapati bahawa Pengarah yang bagi lima syarikat pembinaan tersebut mempunyai hubungan keluarga antara satu sama lain.  Tidak cukup dengan itu, pembayaran kepada kontraktor-kontraktor pula menunjukkan ketidaktelusan yang serius di mana RM500,000 telah dibayar dengan menggunakan nama syarikat lain serta tuntutan-tuntutan yang dibuat secara berulang.  

Jelas, apa yang dikatakan kepimpinan Ulama atau kerajaan yang telus yang diwar-warkan oleh Pakatan Rakyat hanyalah satu hipokrasi tahap tertinggi.  

Sedangkan hakikatnya, kerajaan PAS Kedah selama ini berselindung di sebalik papan-tanda 'Islam' di sekitar negeri Kedah yang menggunakan tulisan jawi dan hanya memaparkan wanita yang menutup aurat.  Namun, di sebalik papan-tanda tersebut, telah berlakunya amalan kronisme dan rasuah yang berleluasa selain kelemahan dan ketidakcekapan yang ketara sepertimana yang direkodkan dalam teguran oleh Jabatan Audit Negara.

BERUANG BIRU  

<b>Kedah</b> La: PANASS!!! Salahlaku Setiausaha Kerajaan <b>Negeri Kedah</b>

Posted: 07 Oct 2012 05:12 AM PDT

SUK – DATUK RASLI DI HUJUNG TANDUK


Mungkin ramai yang tidak sedar, kedudukan Datuk Paduka Rasli Bin Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK) kini berada di hujung tanduk.

Kini Datuk Rasli terpaksa berhadapan dengan siri-siri tindakan agresif dari ahli-ahli majlis Daerah Kubang Pasu yang tidak pernah di duga olehnya dan berlaku kepada mana-mana Setiausaha Kerajaan Kedah sebelum ini.

Tindakan diluar jangka ini cukup mengejutkan dirinya, melukakan perasaanya dan menjatuhkan harga diri dan keluarganya di kalangan pegawai tadbir kerajaan (KCS) serta orang awam yang mengikuti perkembangan ini. Tidak keterlaluan, jika dikatakan bahawa pihak istana turut terkejut dan tertanya-tanya sebab-musabab  peristiwa yang berlaku ke atas Datuk Paduka Rasli.

Rakyat seluruh Kedah kini sedang melihat berlaku suatu kebangkitan dari gerombolan ahli-ahli Majlis Daerah Kubang Pasu menentang Datuk Paduka Rasli. Di mana, gerombolan tersebut bangun mencabar keputusan beliau yang mereka (ahli-ahli majlis) dapati secara sengaja atau tidak sengaja telah membelakangkan bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri, sekali gus melanggar undang-undang (Akta 171) yang menjadi kitab rujukan di dalam hal ehwal dan perjalanan sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia Barat, khususnya.

Walaupun jumlah mereka kecil dan tidak dikenali oleh orang ramai, tetapi penentangan mereka seperti tidak akan berhenti selagi mana matlamat mereka tidak tercapai. Ia juga bagaikan mendapat sokongan padu terutama dari mereka yang tidak senang dengan Datuk Paduka Rasli selama ini.
Ahli MDKP: Basir Ismail (kanan), Jamal Nasir (kiri) melancarkan kempen desak Rasli letak jawatan
Gerombolan ahli-ahli Majlis berkenaan yang diketuai oleh saudara Basir Bin Ismail telah:
(1) membuat dua laporan polis di IPD Kubang Pasu yang membabit dirinya. Kandungan laporan polis yang pertama ialah  meminta pihak polis menyiasat tentang perlantikan anak kandungnya (Mohd Rezal) sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu yang berada di dalam lingkungan pentadbiran di bawahnya secara langsung. Perlantikan Mohd Rezal seperti berlaku 'conflict of interest' yang amat nyata, sekali gus tidak selari dengan amalan di dalam pekeliling perkhidmatan awam di negara ini.

Laporan polis kedua pula tentang tindakan Datuk Rasli yang membelakangkan bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri dalam hal perlantikan maupun pertukaran Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu yang disifatkan oleh mereka (ahlimajlis) sebagai telah menjatuhkan maruah dan kedaulatan Seri Paduka Banginda Yang DiPertuan Agong kerana telah memberi perkenan perlantikan secara kontrak ke atas Datuk Paduka Rasli. Umum menyakni bahawa perlantikan secara kontrak tersebut adalah di atas keyakinan dan kepercayaan Tuanku bahawa beliau dapat menjalankan tugas secara profesional serta mengikut undang-undang demi kepentingan rakyat dan kerajaan di bawah naungan Tuanku. 

(2) Gerombolan ahli-ahli majlis juga telah mengadakan dua kali demonstrasi aman di Pekan Jitra dan Wisma Darul Aman iaitu ketika Mesyuarat Exco yang turut dihadirinya sedang berjalan. Di mana, gerombolan ahli-ahli majlis secara terbuka mendesak beliau meletakkan jawatan kerana tindakannya yang membelakang bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri. 


(3) Lebih mengejutkan Datu Paduka Rasli, apabila  gerombolan ahli-ahli majlis menggunakan hak mereka di dalam Akta 171 memanggil Mesyuarat Khas Majlis Daerah Kubang Pasu bagi membentang, membahas dan meluluskan usul mempertahankan kedudukan Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu yang diarah bertukar ke daerah Kuala Muda, Sungai Petani dengan undian sebulat suara. Ia adalah keputusan Pihak Berkuasa Tempatan yang sah, sekali gus  mencabar keputusan beliau yang belum pernah berlaku di dalam sejarah sistem pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan sejak ia diperkenalkan pada tahun 1976.

(4) Gerombolan ahli-ahli majlis dalam proses membuat semakan kehakiman bagi mendapatkan deklarasi mahkamah bahawa tindakan Datuk Rasli adalah tidak sah dan ultra vires.

(5) Tidak cukup dengan tindakan tersebut, ahli-ahli majlis turut menghantar memorandum kepada YAB Dato Seri Diraja Menteri Besar Kedah yang mengandungi kutukan, kecaman dan desakan supaya Datuk Rasli meletakkan jawatanya dengan segera. Difahamkan juga bahawa seluruh ahli-ahli majlis PBT negeri Kedah telah berkumpul di Hotel Amanpura, Sungai Petani sebulat suara mempertahankan tindakan rakan-rakan mereka di Kubang Pasu dan membuat resolusi meminta Pihak Berkuasa Negeri memecat Datuk Paduka Rasli dengan segera.

(6) Gerombolan ahli-ahli majlis juga dalam usaha untuk mendapat perkenan menghadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bagi menyampaikan memorandum mereka mendesak Datuk Paduka Rasli meletakkan jawatannya dengan terhormat dan

(7) Gerombolan ini akan menaikkan banner  "Kempen Selamatkan Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah –Datuk Paduka Rasli Tolong Letak Jawatan" di tempat-tempat strategik di negeri Kedah.

Semua tindakan tersebut memberi  tamparan hebat buat Datuk Paduka Rasli yang merupakan pegawai tadbir kerajaan negeri Kedah sangat berpengaruh dengan Istana serta mendapat sokongan kuat dari konco-konconya yang kini mereka semua sedang kepanasan dengan isu penyiasatan rasuah oleh SPRM. Lebih malang lagi, anak kandungnya (Mohd Rezal) yang ditempatkan sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu tidak dapat berbuat apa-apa terhadap gerombolan ahli-ahli majlis, melainkan melopong melihat tindakan aggresif ahli-ahli majlis mencabar bapanya.
Oleh itu, jalan terbaik dan bermaruah buat dirinya (Datuk Rasli) ialah membuat tindakan secara profesional iaitu menulis sepucuk surat secara sukarela kepada Pihak Berkuasa Negeri bahawa beliau mengambil keputusan meletakkan jawatannya serta-merta. Meletakkan jawatan secara  sukarela lebih bermaruah dari dipecat ataupun dititah berbuat demikian.

Biarlah hal berkaitan perletakan jawatannya di urus dan dimaklumkan secara rasmi oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada Seri Paduka Banginda Yang DiPertuan Agong. Tak usahlah beliau sibuk dan memeningkan kepalanya sendiri memikirkan, apakah alasan yang wajar dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebab-musabab perletakan jawatannya. Biarlah Pihak Berkuasa Negeri menggunakan kebijaksanaan mereka memberikan penjelasan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, mudah-mudahan pekung yang busuk lagi bernanah dapat dirahsiakan dari pengetahuan Seri Paduka Yang DiPertua Agong.

Sesungguhnya, tidak ada alasan kukuh buat Datuk Paduka Rasli  mempertahankan jawatan tersebut, lagipun ia hanya tinggal beberapa bulan sahaja sebelum kontrak perkhidmatannya tamat tempoh. Beliau patut memikirkan bahawa menamatkan perkhidmatan dalam keadaan yang disanjung dan dihormati oleh pegawai-pegawai tadbir (KCS), bukan dengan cara ia dihalau, dicerca dan dimaki hamun yang mengakibatkan menanggung malu dan menjatuhkan maruah diri dan keluarganya sendiri.
Datuk Rasli sudahpun dapat apa yang dia kehendaki di dalam kerjayanya. Beliau patut tahu bahawa ramai dikalangan pegawai tadbir kerajaan negeri lain yang mempunyai cita-cita sepertinya tetapi mereka tidak berpeluang mendapat seperti yang beliau nikmati. Ini kerana nasib menyebelahi dirinya, buka seperti mereka yang lain. Jadi nasib yang baik ini hendaklah dijaga supaya ia tidak menjadi bala bencana buat dirinya.

Di dalam perjalanan kariernya, beliau telah dijulang menjadi 'orang nombor satu' dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah iaitu selaku Setiausaha Kerajaan / Ketua Pegawai Pentadbir Negeri Kedah yang bergred JUSA A. Pendapatan dan kemudahan sebagai orang nombor satu telah dinikmati bukan kepalang sehingga mencecahkan angka yang tidak dipercayai oleh orang ramai. Beliau juga berpeluang ke luar negara hampir separuh dunia di atas peta yang kita belajar di sekolah kerana alasan menjalankan kerja.

Bagi anak lelakinya yang bernama Mohd Rezal, seorang pegawai tadbir kerajaan (KCS) Kedah telah berada di kerusi @ tempat kerja yang selesa. Di awal usia 30an, anaknya telah menyandang jawatan sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu, dipahamkan memangku gred N48 dan dianugerahkan dua bintang kebesaran (BKM & AMK), walaupun jarang berlaku di kalangan pegawai tadbir negeri (KCS) lain, tetapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh seniornya seramai lebih 32 orang. Nasib seniornya tidak seperti 'anak bapak' (Mohd Rezal) yang mendapat kedudukan yang lebih istimewa.
Jika tidak ada halangan atau "chah keting" dalam tempoh 8-15 tahun akan datang Mohd Rezal pula menjadi orang besar di dalam pentadbiran negeri Kedah. Ketika itu, gred perjawatannya mungkin mencapai N54. Tidak mustahil perancangan licik yang diatur oleh bapanya (Datuk Paduka Rasli), Mohd Rezal juga akan menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Jangan dilupakan tentang kedudukan anak saudaranya iaitu Puan Rozaina Binti Dato' Paduka Haji Radzi, kini menyandang jawatan sebagai Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani. Siapa yang tidak kenal dengan Dato Paduka Haji Radzi, juga merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri pada masa lalu. Adakah Puan Rozaina akan mencipta sejarah sebagai wanita pertama di Kedah dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri?

Inilah kenyataan yang perlu diterima oleh pegawai tadbir kerajaan (KCS) dan seluruh rakyat di negeri Kedah. Masa depan rakyat dan negeri Kedah adalah terletak dipundak bahu mereka. Baik mereka maka beruntunglah rakyat dan negeri Kedah, begitulah sebaliknya.
Oleh kerana itu,  Datuk Paduka Rasli tidak perlu gundah gulana apabila beliau melepaskan jawatannya kerana kedudukan pegawai tadbir negeri (KCS) yang mempunyai pertalian keluarga dan kroninya telah berada di zon selamat dan berkemungkinan pada masa depan mereka pula akan mengambil alih tempatnya. Ini bermakna, legasi Datuk Paduka Rasli dalam sistem pentadbiran kerajaan Negeri Kedah tidak akan hilang.
Sebagai penulis artikel ini, saya  tidak peduli  siapakah  mereka yang akan menjadi pegawai tadbir kerajaan. Perkara penting buat diri saya ialah memastikan mereka yang terlibat menjalankan tugas dengan amanah. Mereka wajib mengambilkira dosa dan pahala ketika menjalankan tugas. Insya allah selagi mereka mengaku seorang insan muslim dan berpegang kepada prinsip dosa dan pahala ketika menjalankan tugas, pasti tidak akan berlaku seperti yang berlaku pada Datuk Rasli hari ini.
Mudah-mudahan peristiwa yang merakan perjalanan kehidupan Datuk Paduka Rasli menjadi pedoman serta peringatan kepada pegawai tadbir kerajaaan (KCS) Kedah lain supaya lebih berhati-hati, berkerjalah secara profesional dan menghormati orang lain tidak kira dari mana asal mereka.