Ahad, 21 Oktober 2012

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Dosa Kadir Syeikh Fadzir Terlalu Besar <b>Di Kulim</b>-Bandar Baru <b>...</b>

Posted: 03 May 2012 08:08 PM PDT

Kadir Syeikh Fadzir telah berjaya membina legasi tersendiri di Kulim-Bandar Baru selepas berpuluh-puluh tahun dia menjadi Ahli Parlimen di daerah itu. Walau bagaimanapun, keadaan di Kulim-Bandar Baru tidak setanding seperti daerah jirannya, Sungai Petani sungguhpun Kulim juga terletak tidak jauh dari Butterworth dan Pulau Pinang, akses perdagangan antarabangsa menerusi lapangan terbang dan dermaga pelabuhan.

Kini, Kulim-Bandar Baru 'dijaga' oleh adik Kadir.

Walaupun Kulim sebenarnya sangat berpotensi sebagai destinasi pelaburan berikutan kewujudan Kulim Hi-Tech Park, namun selepas UMNO-BN kalah di Kedah, taman teknologi tersebut bagaikan hidup segan mati tak mahu. Banyak pelabur terpaksa membawa pelaburan masing-masing yang jumlahnya berbilion-bilion ringgit ke Senai Hi-Tech Park yang baru ditubuhkan.

Ramai penyokong Kadir yang menyatakan kononnya kewujudan Kulim Hi-Tech Park itu sebenarnya adalah jasa terbesar Kadir di Kulim-Bandar Baru. Walaupun mungkin ada kebenarannya, tetapi berdasarkan beberapa faktor, sebenarnya Kulim patut jauh lebih maju berbanding sekarang, malah sepatutnya telah lama maju dan tidak hanya memiliki Kulim Hi-Tech Park semata-mata.

Kehadiran Kadir Syeikh Fadzir di pejabat Menteri Besar Kedah sewaktu demonstrasi dan penyerahan memorandum anti-Memorial Park Sungai Kob sememangnya sudah dijangka oleh banyak pihak. Malah ada suara-suara nakal yang menuduh Kadir Syeikh Fadzir sebenarnya mempunyai kepentingan secara langsung dalam Memorial Park Sungai Kob itu sungguhpun sehingga kini suara-suara nakal berkenaan gagal memberikan dan menunjukkan bukti tentang pembabitan Kadir Syeikh Fadzir dalam tanah perkuburan bukan Islam di tengah-tengah perkampungan orang Melayu itu.  

Memorial Park Sungai Kob mendapat tempat yang paling berharga dan perhatian yang sangat besar kepada PKR. PKR yang merupakan rakan kongsi PAS dalam pentadbiran negeri, sentiasa menggunakan isu kaum Cina sebagai usaha mereka untuk mengekalkan tekanan. Kadir yang merupakan antara pemimpin bekas UMNO yang kini berada dalam kem PKR, pastinya mempunyai kepentingan dalam kes ini memandangkan dia adalah bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru.

Sebenarnya, walaupun Kadir pernah menjawat jawatan Menteri sewaktu masih di dalam UMNO, tidak banyak kemajuan yang dibawanya ke Kulim-Bandar Baru. Sewaktu dia menjadi Menteri Pelancongan, Kadir tidak pernah menggerakkan sebarang usaha menarik pelancong ke daerah Kulim-Bandar Baru. Kulim-Bandar Baru tidak wujud dalam peta pelancongan, baik di Malaysia apatah lagi di dunia. Ada tidak pun, cumalah Sungai Sedim. Itu pun diusahakan oleh penduduk tempatan tanpa bantuan Kementerian Pelancongan yang diterajui oleh Kadir pada waktu itu. 

Begitu juga dengan Gunung Bongsu yang mempunyai fauna dan flora yang menarik. Gunung berkenaan tidak pernah dijadikan destinasi pelancongan. Homestay di daerah Kulim-Bandar Baru hidup segan mati tak mahu. Prasarana pelancongan di Kulim-Bandar Baru boleh dikatakan hampir tidak wujud kecuali di sekitar bandar Kulim. Itu pun sebagai back-up untuk Kulim Hi-Tech Park, bukannya untuk pelancongan.

Kononnya, Kulim-Bandar Baru sengaja tidak dimajukan walaupun mempunyai kedudukan yang sangat strategik kerana bimbangkan limpahan penduduk dari kaum Cina ke kawasan tersebut, sekaligus merencatkan peluang UMNO untuk kekal menang. Dek kerana itulah, Kulim-Bandar Baru tidak perlu dimajukan dan dikekalkan dengan suasana tradisinya. 

Itu pendapat Kadir Syeikh Fadzir suatu ketika dahulu. Sekarang, Kadir sudah berubah pendapat. Apa yang diperjuangkannya dahulu, kini menjadi bahan cercaan. Kalau dahulu dia tidak mahu Kulim-Bandar Baru mempunyai demografi yang bercampur-campur, sekarang ini Memorial Park di tengah-tengah perkampungan Melayu pun, menjadi teras perjuangannya bagi membuktikan Pakatan Rakyat adalah gabungan parti yang menyokong kepelbagaian kaum.

Bagi mereka yang waras, pastinya akan berasa aneh dengan sikap Kadir Syeikh Fadzir yang sangat berbeza itu. Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru itu seolah-olah melupakan dosa silamnya terhadap penduduk di Kulim-Bandar Baru yang sentiasa terkebelakang semata-mata mengikut kehendaknya untuk mengekalkan legasinya di daerah tersebut. 

Mungkinkah Memorial Park Sungai Kob akan membuka mata penduduk dan pengundi di daerah Kulim-Bandar Baru bagi memastikan mereka tidak lagi ketinggalan menerusi pemilihan wakil rakyat yang betul dan bukannya wakil rakyat yang hidup dalam nostalgia semata-mata?

Tepuk dada tanya selera!

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Diskaun lagi + temujanji bersemuka <b>di Sungai Petani</b>

Posted: 18 Oct 2012 05:09 PM PDT

Sempena bakal tibanya Hari Raya Aidil Adha pada 26 Oktober nanti, saya mengumumkan harga diskaun untuk sesi konsultansi bagi setiap tempahan bermula hari ini 19 Oktober hingga 24 Oktober 2012, bererti kos perlu bayar ialah:-
*temujanji bersemuka hanya RM100 (tanpa bayaran tambahan),
*temujanji menerusi telefon RM50 dan
*temujanji via YM hanya RM70.

Untuk tempahan, sila buat bayaran dengan jumlah ditetapkan ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services kemudian SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama anda ke talian 013-2545965 dan nyatakan temujanji pilihan anda. Booking temujanji boleh dibuat bagi tarikh2 akan datang juga (selepas 24 Oktober).

Saya akan terima temujanji bersemuka di Sungai Petani pada 29 Oktober terhad untuk TIGA sesi sahaja. Untuk info, setakat update status ini, temujanji bersemuka di KL yg terdekat ialah pada 23 Oktober. Seterusnya untuk temujanji bersemuka di KL ialah pada 10 Oktober.

Tiada temujanji bersemuka diterima untuk tarikh lain dalam jangka masa tersebut kerana saya selepas Aidil Adha, berada di Kedah dan Penang untuk program dan temujanji bersemuka di Kedah. Pada minggu awal Nov, jadual saya penuh dengan program. Namun, saya terima temujanji tru fon atau chat pada sebelah malam. Tolong deal dgn PA saya - yg menguruskan jadual kerja saya, SMS ke 013-2545965 atau emel ke binabahagia@gmail.com untuk maklumat terperinci. Terima kasih atas sokongan rakan2... (",)

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


LAGUNAMERBOK: Senja <b>Di</b> Laguna <b>Merbok</b>.

Posted: 03 Oct 2012 04:10 AM PDT

" ); (function(){ var nnx = document.createElement('script'); nnx.type = 'text/javascript'; nnx.async = true; nnx.src = "http://tr.nuffnangx.com/nnx.js"; var x = document.getElementsByTagName('script')[0]; x.parentNode.insertBefore(nnx, x.nextSibling); })();

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


TAKZIAH BUAT KELUARGA 9W2KKK <b>DI SIK</b>, KEDAH <b>...</b> - 9W2ABW

Posted: 13 Oct 2012 07:40 AM PDT

Saya sekeluarga dan rakan Ham di Labis  merakamkan salam takziah buat kelurga 9W2KKK di atas kembalinya rakan kita ke Rahmatullah.  Semoga roh  beliau dicucuri rahmat dan diterima disisi Allah hendaknya.  Harapan kami, keluarganya menerima dengan hati yang tabah dan bersabar dalam menghadapi sebarang  musibah.  Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti menemui kematian. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama-sama dengan roh orang-orang yang soleh. Jasa dan bakti Allahyarham dalam kenangan. Amin.... 

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


JAWA BERNAM: ANWAR <b>DI BALING</b> TELUR SEMASA JELAJAH KE <b>...</b>

Posted: 21 Oct 2012 05:53 AM PDT



Petang tadi Anwar Juburi telah mengadakan Roadshow Pakatan mengelilingi Selangor untuk meraih undi orang Selangor. Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat ke Selangor yang bermula dari Puchong dan berakhir di Depan Masjid Batu 8, Ijok petang tadi.

Laporan yang JB terima melalui orang kampung Ijok mengatakan jumlah kehadiran hanya sekitar 100 orang dari masyarakat tempatan dan yang selebihnya adalah kumpulan bermotor dan rombongan yang dipungut dari tempat-tempat lain yang Anwar singgah sebelum ini, seperti Kuala Langat, Kapar, Pandamaran dan Assam Jawa.

Gambar di atas, JB dapat dari sahabat yang mengikut rombongan tersebut di Assam Jawa. JB boleh katakan jumlah kehadiran termasuk rombongan ada la dalam 300++ orang...

Malu lah Ketua Pembangkang datang yang sambut hanya 300 orang je? Lebih kurang jumlah yang selalu Mat Sabu dapat bila berceramah cerita seks nya bersama Normah.

Dan yang boleh JB katakan di semua tempat yang dikunjungi Anwar jumlah kehadiran hanyalah sekitar 300 ke 400 orang sahaja.

Kita nantikan berapa orang pulak yang hadir kat stadium malam ni..

Pakatan semakin musnah....

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


Melayu Mengamuk <b>Di Padang Terap</b> Kerana Ahli Parlimen Tak <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 02:00 AM PST

Ahli Parlimen Padang Terap adalah Mohd Nasir Zakaria dari Parti PAS. Pada ketika berkempen PRU12 lalu, pelbagai janji telah ditabur. Antara janji-janji yang sehingga kini dipegang kejap oleh para penduduk dan pengundi di Padang Terap adalah membantu meringankan bebanan penduduk terutama sekali golongan marhein.

Namun setelah mendapat kuasa, lain pula ceritanya. Bukan bantuan yang diberikan, tetapi masalah kepada penduduk di Padang Terap. Paling ketara sekali ialah peniaga-peniaga pekan nat di Padang Terap.

Dengan beralasankan KOTOR, Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) bertegas untuk menutup operasi pekan sehari atau pekan nat di Naka selama dua minggu. Pun begitu, kebanyakan orang di Naka tahu, penutupan tersebut berpunca daripada persaingan politik. Akibat persaingan dan permainan politik oleh Mohd Nasir Zakaria, akhirnya yang menjadi mangsa adalah peniaga-peniaga pekan nat Naka.

Penutupan pekan nat Naka dibuat dari 5 Februari 2012 sehingga 18 Februari 2012 atas arahan Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap. Dan penutupan tersebut dibuat tanpa sebarang rundingan atau perbincangan dengan peniaga-peniaga di pekan nat itu.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Majlis Daerah Padang Terap, Abdul Ghafar Yahya berkata, peluang telah diberikan kepada para peniaga di pekan nat Naka untuk menjaga kebersihan. Disebabkan keengganan dan sikap sambil lewa para peniaga, maka tindakan menutup pekan nat itu dibuat untuk dibersihkan.

Yang menjadi persoalan ialah, setiap peniaga dikenakan sejumlah bayaran tertentu oleh pihak majlis. Bagaimanapun, menurut Abdul Ghafar, bayaran tersebut adalah untuk sewa tapak, bukannya untuk kos pembersihan yang dilakukan oleh pihak majlis. 46 kes demam denggi dan 20 kes kencing tikus dipersalahkan kepada para peniaga pekan nat, sekalipun yang sepatutnya menjalankan tugas pembersihan pada sepanjang masa adalah Majlis Daerah Padang Terap sendiri.

Siang tadi, dari jam 9:45 pagi sehingga 11.30 pagi, satu demonstrasi aman telah diadakan oleh peniaga-peniaga pekan nat seramai 50 orang di pekan nat Naka. Demonstrasi tersebut bertujuan untuk membantah tindakan Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) menutup operasi pekan nat selama dua minggu selain mengutuk keras tindakan kerajaan PAS Kedah bersabit isu ini.

Turut terlibat dalam perhimpunan tersebut ialah Persatuan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (IKHLAS).

Sudah terdengar khabar, pekan nat Kuala Nerang juga akan ditutup selama dua minggu oleh PAS Kedah sebagai hukuman kepada para peniaga yang tidak lagi memperlihatkan sokongan kepada PAS Kedah.

Seandainya itu yang berlaku, amat malang bagi para peniaga terbabit yang sudah tentu terpaksa mencari sumber pendapatan baru memandangkan mereka tidak lagi dibenarkan berniaga. Kerajaan Negeri seharusnya menyelesaikan masalah ini dengan cara yang lebih baik berbanding tindakan yang bukan sahaja merugikan Kerajaan Negeri sendiri, sebaliknya menganiaya golongan marhein yang juga merupakan golongan paling ramai membuang undi.

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Gieyana.Com ®: Sepetang bersama <b>di Tanjung Dawai</b>, Kedah

Posted: 07 Oct 2012 06:07 PM PDT




Best makan seafood kat sini. Nanti saya buat full review yer... ^_~