ads

Selasa, 23 Oktober 2012

02 di kulim - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


MPP Online: Isteri orang kantoi berasmara dalam van <b>di Kulim</b> <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2012 08:11 PM PDT

Seorang wanita beranak enam berusia 36 tahun ditahan bersama pasangannya di dalam sebuah van pekerja yang diletakkan di tempat gelap dan dalam keadaan enjin dimatikan di belakang sebuah stesen minyak di kawasan Taman Selasih Zon Dua, Kulim Kedah, kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Ketua Skim Rondaan Sukarela (SRS) Komuniti, Rizal Md Saad berkata, dia bersama anggota polis dan ahli SRS pergi ke tempat kejadian selepas menerima aduan penduduk.

Menurutnya, ketika pemeriksaan, polis mendapati pasangan lelaki yang bekerja sebagai pemandu van berusia 26 tahun dan masih bujang berbaring di kerusi pemandu, manakala pasangannya duduk di kerusi penumpang.

"Selain itu terdapat kesan lebam di leher pasangan perempuan, manakala tudungnya sudah dibuka. Pemeriksaan mendapati kedua-dua bukan mahram.

"Pasangan terbabit memberikan pelbagai alasan elak ditahan dan mereka dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut," katanya.

Kedua-dua pasangan itu kemudiannya diserahkan kepada pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) untuk tindakan lanjut.

Rizal berkata, sehingga hari ini, ramai pasangan kekasih yang menjadikan stesen minyak itu sebagai tempat melakukan perbuatan maksiat.

"Kami tidak akan berkompromi atau menanggung dosa mereka terlibat, sekiranya tidak mengambil tindakan terhadap mana-mana pasangan yang melakukan maksiat di kawasan taman perumahan kami.

"Saya menasihatkan mereka supaya jangan melakukan perbuatan terkutuk itu di sini dan mencemarkan imej penduduk Taman Selasih," katanya.

Beliau berkata, sekiranya mereka merasakan alam percintaan mereka itu tidak dapat dikawal lagi, beliau menasihatkan mereka agar segera bernikah.

"Dengan cara ini mereka dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan mungkar," katanya.

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Gieyana.Com ®: Ikan Bakar yg Awesome <b>di Tanjung Dawai</b>, Kedah.

Posted: 14 Oct 2012 11:27 PM PDT

Baru2 nie team saya yg tersayang sempat menjejakkan kaki di sini. Ini kiranya kali pertama saya sampai kat Tanjung Dawai nie. Suami dah banyak kali dah sampai psl rumah nenek dgn Tanjung Dawai nie memang dekat. Dari Merbok ke sini dalam 20 minit jer. Selalunya kalau pergi ziarah nenek, saya dan keluarga banyak kali ke Pantai Merdeka jer sambil lepak2..
Kali ni saja tukar selera dan suasana utk tgk dan membeli ikan2 kering dan seumpamanya kat sini. Tempat nyer best! Santai jer...Mostly kat sini ada jual ala2 macam kat Pangkor tue...nanti saya buat preview kat separate entry yer! (ni mau tunggu berkurun kot nak keluarkan entry! ngeh3..entry last day kat KL pon belum keluar lagi..oppss..insyaallah early next month saya ke KL lagi!)
First at all, sila layan gambar gediks Ummi bersama Abah yg di snap oleh photo cilik! Macam2 aksi haa dia suruh we all posing! Saya dah lupa nama kedai makan nie tp sepanjang deretan persisiran laut nie mmg ada kedai makanan..so uols boleh pilih  mana satu yg berkenan! hihihi... 









Komen saya pasal makan kat sini.
Harga seafood dia mengikut berat. Saya dan suami ambil ikan Jenahak, kalau kat Melaka panggil ikan Jenak kan? cuma RM25 jer sekali masak.Kalau kat Penang mostly RM35+..huhu
Then sotong goreng tepung dier memamg the best! terasa kesegaran sotong tue..cuma RM8.90/6 ekor sotong besar kalau tak silap saya.
Ketam size besar seekor siap masak cuma RM10.00. tue pon anak dara tue mmg suka bebenor dengan  ketam . Perghh..memang murah dan makan sampai senak perut haa nasib baik early dinner at 5.45pm kot dan lepak sini until 7.00pm.

02 di jerai kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jerai kedah - Google Blog Search


SERAMMNYAA!! Kisah Misteri Penunggu Tetap <b>di</b> Gunung <b>Jerai</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2012 08:17 AM PDT


Hampir jam 8.00 malam, dua orang gadis terus berkeliaran di sekitar puncak gunung jerai. Mereka tercari-cari seseorang. Di puncak gunung itu, kedua-dua gadis ini telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Ramli bin Haji Khamis, 48. Dia bekerja dengan sebuah organisasi yang terletak di puncak gunung itu. Sudah hampir 20 tahun beliau bekerja di situ.

"Abang, kami nak bermalam di sini, di Padang Tok Sheikh, boleh tak ? " Tanya salah seorang daripada mereka. Namanya Rasidah. Kawasan padang yang ditanyakan oleh gadis itu adalah sebuah tempat lapang di puncak gunung itu. Ia dipanggil Padang Tok Sheikh.

En.Ramli bingung. Biasanya orang yang hendak berkhemah atau berkelah di situ memang akan bertanya dan meminta kebenaran daripada beliau terlebih dahulu. Boleh atau tidak, beliau yang akan putuskan.

Tapi kali ini beliau terpaksa menegah kerana sungguh tidak molek anak gadis bermalam di situ. Lalu beliau menyuruh kedua-dua gadis yang bertelekung ini pulang sahaja. Namun gadis-gadis itu enggan. " Tolonglah bang, malam ni aja. Lepas ni, kami takkan datang lagi," pinta Rasidah lagi.

En.Ramli tidak mahu berganjak daripada keputusannya. Berulang kali difikirkannya, apa gadis-gadis ini tidak takut dengan gunung ini ? Gunung ini 'bernyawa'. Ia banyak menyimpan cerita misterinya yang tersendiri.

Orang-orang di Gurun, Kedah, semuanya tahu puncak gunung itu adalah perkampungan bunian. Di puncak itu ada sebuah kerajaan besar. Ada istana dan pemerintahnya. Juga, ada kampung-kampung dan rakyat jelatanya.

Jadi, tidak perlu gadis-gadis tersebut bermalam di puncak gunung itu. Bahaya! Nanti disorok orang bunian. Tetapi berulang kali beliau menghalang, ada-ada saja alasan yang diterimanya.

"Kami dah janji dengan tok wan. Tok wan nak datang malam ni. Bolehlah, bang…" rayu Rasidah, tinggi suaranya.

Tok wan mana pula, fakir En.Ramli. Ada sesuatu yang tidak kena ! Segera beliau amati wajah kedua-dua gadis yang bertelekung ini. Air muka mereka berdua manis dan berseri. Berumur sekitar awal 20-an. Salah seorang daripada mereka senyap sahaja, hanya Rasidah yang bersuara. Pada pandangan Ramli, gadis-gadis ini bukan jelmaan makhluk halus. Bukan… mereka bukan orang bunian !

"Tolonglah, bang. Puteri dah mimpi semalam ! Tok wan nak datang malam ni. Puteri dah janji dengan tok wan," kata Rasidah lagi.

Puteri ? Siapa puteri ? Fikiran beliau semakin bercelaru. Siapakah gadis-gadis ini sebenarnya ? Mengapa lain benar percakapan mereka ?

Nak tahu apa cerita?? Sambung baca kat Darulaman.My

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved