Rabu, 24 Oktober 2012

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


PASPB: LAPORAN AUDIT!!! <b>Di Kedah</b> angkara UMNO, <b>di negeri</b> <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2012 11:33 PM PDT

JOHOR


Rupanya, dalam sibuk menuduh negeri Pakatan Rakyat tidak cekap dalam menguruskan sumber kewangan negeri, tiba-tiba negeri yang ditadbir Umno ini sejak merdeka semakin lama semakin membimbangkan.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara, prestasi Kumpulan Wang Disatukan bagi Johor menjunam lebih RM50 juta kepada RM450.50 juta berbanding RM505.81 juta pada tahun 2010.
Laporan tersebut mendedahkan kerajaan negeri mencatatkan lebihan hasil berjumlah RM6.40 juta menjadikan defisit Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2011 berkurangan kepada RM319.29 juta berbanding baki defisit berjumlah RM325.69 juta pada 2010.
Tambah laporan itu lagi, hasil kerajaan negeri pada 2011 juga menurun kepada RM841.77 juta berbanding RM1,023.17 juta pada 2010.
Penurunan juga berlaku ke atas prestasi perbelanjaan kepada RM835.37 juta pada 2011 berbanding RM864.81 juta pada 2010.
Ekoran itu, Ketua Audit Negara menegur kerajaan negeri pimpinan menteri besar, Abdul Ghani Othman supaya mengekalkan perbelanjaan secara berhemah tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri serta berusaha menambah sumber pendapatan.
"Tindakan mengutip tunggakan hasil perlu diteruskan kerana jumlah tunggakaan hasil pada tahun 2011 berjumlah RM160.81 juta telah menurun sejumlah RM15.09 juta atau 8.6 peratus berbanding RM175.90 juta pada tahun 2010.
"Tindakan yang lebih berkesan perlu diambil juga untuk menuntut tunggakan pinjaman daripada Perbadanan Johor (JCorp) berjumlah RM75.14 juta," tambah laporan itu. 
Ketua Audit Negara juga menggesa Johor mempertingkat prestasi kewangan supaya pendapatan yang diperoleh dapat menampung perbelanjaan mengurus dan menanggung tanggungan semasa.
"Penetapan Indeks Prestasi Utama (KPI) dan operasi semua syarikat subsidiari perlu dipantau dengan tegas untuk memastikan pelaburan kerajaan negeri dalam syarikat subsidiari tersebut memberi pulangan sewajarnya," kata Ketua Audit Negara, Ambrin Buang.
 Hutang kerajaan negeri Melaka meningkat kepada RM865.94 juta iaitu meningkat sebanyak RM12.87 juta. Fakta didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara berkaitan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Melaka dan Jabatan/Agensi tahun 2011 bahagian II muka surat xiii.

Manakala Kerajaan Negeri Melaka hanya membayar hutang sebanyak RM0.18juta sahaja pada tahun 2011. Kalau macam inilah prestasi membayar hutang, kita yakin sampai bilapun hutang kerajaan negeri tidak akan habis.


Antara beberapa penemuan yang mengejutkan dalam laporan Ketua Audit Negara yang baru dikeluarkan ialah :
Perbelanjaan tahunan untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah menurun ke RM 5.63 juta untuk tahun 2011 berbanding RM 7.15 juta pada tahun 2010.
Hasil cukai tanah telah menurun ke RM 112.51 juta untuk tahun 2011 berbanding RM 114.03 juta pada tahun 2010.
Penjualan saham yang begitu banyak. Pada akhir tahun 2011, pelaburan saham Kerajaan Negeri dalam Penyata Kedudukan Kewangan berjumlah RM0.59 juta. Ini merupakan penurunan sebanyak 97.5% ekoran 3 daripada 4 saham Kerajaan Negeri iaitu saham Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Malaysia Airport Holdings dengan nilai pokok RM22.91 juta telah dijual dalam tahun 2011.
Terdapat 33 unit rumah Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) yang masih kosong semenjak tahun 2005. Tunggakan sewa Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) semakin meningkat pada tahun 2011 berbanding tahun 2009 dan 2010 iaitu sebanyak 25.4% berbanding kutipan sepatutnya.  Terdapat rumah Rumah Awam Harga Rendah (RAHR yang belum dikeluarkan hak milik walaupun pembeli telah selesai bayaran sewa beli antara 1 hingga 7 tahun.
Tunggakan sewa premis Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mencapai 25.0% daripada jumlah hasil sewa yang sepatutnya diterima. Empat projek usaha sama yang ditandatangani oleh MAINS di antara tahun 2000 hingga 2002 dengan syarikat pemaju telah mengambil masa yang lama selepas tempoh perjanjian untuk mendapatkan pulangan yang dijanjikan kerana pelbagai masalah. Satu daripada projek usaha sama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)  masih belum bermula walaupun perjanjian telah ditandatangani pada tahun 2002 dan menyebabkan baki pulangan kepada MAINS sejumlah RM7.9 juta masih tertangguh.
Program Pembangunan Industri Lembu Dan Kerbau di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana sejumlah 254 (77.4%) perjanjian Skim PINTAF dan 27 (26.7%) perjanjian Skim TRUST masih belum disediakan walaupun bantuan ternakan telah diagihkan.
Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau dan Kuala Pilah. Antara kelemahan yang diperhatikan ialah:
1. Terdapat pembinaan kemudahan awam dalam kawasan tanah milik tanpa dokumen kebenaran daripada pemilik.
2.  Tiada penyenggaraan kemudahan awam secara berkala.
3.  Daftar inventori kemudahan awam di mukim luar bandar tidak diselenggarakan bagi tujuan rujukan untuk penyenggaraan dan baik pulih.
YNS Management Sdn. Bhd. (YNSM) merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan) dengan modal saham diterbitkan dan modal berbayar berjumlah RM0.50 juta. YNSM masih mempunyai kerugian terkumpul yang agak tinggi iaitu sebanyak RM0.43 juta pada tahun 2010 berbanding modal berbayar RM0.50 juta.  Kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:
1. Pengurusan aktiviti YNSM tidak memuaskan kerana aktivitinya semakin berkurangan.
2. Tiada pertambahan kontrak baru dan tiada penetapan kadar harga bagi aktiviti khidmat pembersihan yang merupakan aktiviti utama syarikat.
3. Tadbir urus korporat berkaitan pematuhan YNSM kepada Pekeliling Perbendaharaan mengenai tatacara pembayaran bonus serta kekerapan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah adalah kurang memuaskan.
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN - Negeri Roadstone Sdn. Bhd.
Terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki seperti berikut:
1. Berlaku kelewatan kutipan hasil jualan batu-batan daripada pelanggan antara 7 hingga 58 bulan.
2. Tiada pemantauan Unit Audit Dalam dan Jawatankuasa Audit
3. Pembayaran bonus tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN
Terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan program ini seperti berikut:
1. Sejumlah 79.6% bilangan kompaun di bawah Undang-undang Kecil Taman bagi tempoh 2009 hingga 2011 masih tertunggak.
2. Undang-undang Kecil Vandalisme sukar dilaksanakan menyebabkan meningkatnya kejadian vandalisme terhadap landskap yang dibangunkan.
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
1. Empat lot tanah masih belum dimajukan, 3 daripadanya telah dimiliki PKNNS melebihi 20 tahun menyebabkan PKNNS telah menanggung bayaran cukai sejumlah RM0.33 juta tanpa sebarang hasil.
2. Tanah milik masih dalam kaveat pihak ketiga telah tertangguh pembangunannya sedangkan sejumlah RM91,368 perlu dibelanjakan untuk cukai tanah dan cukai pintu setiap tahun.
3. Pulangan projek sejumlah RM1.99 juta masih belum diperoleh akibat projek terbengkalai yang mana sepatutnya disiapkan pada bulan Mei 2007.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011 untuk N.Sembilan
Pada akhir tahun 2011, pelaburan saham Kerajaan Negeri dalam Penyata Kedudukan Kewangan berjumlah RM0.59 juta. Ini merupakan penurunan sebanyak 97.5% ekoran 3 daripada 4 saham Kerajaan Negeri iaitu saham Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Malaysia Airport Holdings dengan nilai pokok RM22.91 juta telah dijual dalam tahun 2011.
A. UNIT PERUMAHAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI - Pengurusan Program Rumah Awam Harga Rendah (RAHR)
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan perumahan yang sempurna kepada golongan berpendapatan rendah di luar bandar dan pinggir bandar disamping kemudahan asas dan sosial. Bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011 peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk program RAHR berjumlah RM11.54 juta di mana sejumlah RM9.65 juta telah dibelanjakan untuk projek sedia ada.
Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga November 2011 mendapati secara amnya pengurusan program RAHR adalah kurang memuaskan. Terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki seperti berikut:
1.  Terdapat 33 unit rumah yang masih kosong semenjak tahun 2005.
2.  Rumah yang belum diagih didapati tidak disenggarakan dengan baik.
3.  Tunggakan sewa semakin meningkat pada tahun 2011 berbanding tahun 2009 dan 2010 iaitu sebanyak 25.4% berbanding kutipan sepatutnya.
4.  Terdapat rumah yang belum dikeluarkan hak milik walaupun pembeli telah selesai bayaran sewa beli antara 1 hingga 7 tahun.
5.  Terdapat tapak tanah program Rumah Awam Harga Rendah yang masih belum didaftar sebagai hak milik Kerajaan Negeri walaupun pampasan telah dibayar kepada pemilik asal seawal tahun 1982 hingga 2004.
B. MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN - Pengurusan Hartanah
Bagi tahun 2009 hingga 2011, nilai hartanah yang dimiliki oleh MAINS seperti yang dilaporkan di dalam penyata kewangan beraudit pada akhir tahun 2011 berbaki sejumlah RM45.04 juta. Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki seperti berikut:
1.  Tunggakan sewa premis mencapai 25.0% daripada jumlah hasil sewa yang sepatutnya diterima.
2.  Empat projek usaha sama yang ditandatangani oleh MAINS di antara tahun 2000 hingga 2002 dengan syarikat pemaju telah mengambil masa yang lama selepas tempoh perjanjian untuk mendapatkan pulangan yang dijanjikan kerana pelbagai masalah.
3.  Satu daripada projek usaha sama tersebut masih belum bermula walaupun perjanjian telah ditandatangani pada tahun 2002 dan menyebabkan baki pulangan kepada MAINS sejumlah RM7.9 juta masih tertangguh.
C. JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR - Pengurusan Program Pembangunan Industri Lembu Dan Kerbau
Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Oktober 2011 mendapati pada keseluruhannya pelaksanaan Program Pembangunan Industri Lembu Dan Kerbau di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana:
1. Sejumlah 254 (77.4%) perjanjian Skim PINTAF dan 27 (26.7%) perjanjian Skim TRUST masih belum disediakan walaupun bantuan ternakan telah diagihkan.
2.  Sebanyak 227 ekor anak lembu atau 79.4% agihan Skim PINTAF bagi tempoh tahun 2004 hingga 2009 belum dipulangkan oleh penternak kepada Jabatan.
Bagi tahun 2009 hingga 2011, Jabatan telah diperuntukkan sejumlah RM2.23 juta bagi Skim PINTAF di mana kesemua jumlah tersebut telah dibelanjakan untuk membeli 782 ekor lembu dan 130 ekor kerbau.
Manakala bagi Skim TRUST dalam tempoh 3 tahun tersebut, sejumlah 1,242 ekor lembu bernilai RM6.63 juta telah dibekalkan oleh Jabatan PerkhidmatanVeterinar Putrajaya.
Sehingga tahun 2011, Jabatan mempunyai 2,037.72 hektar kawasan padang ragut dan sejumlah RM1.79 juta telah dibelanjakan bagi tahun 2009 hingga 2011 untuk membangunkan kawasan padang ragut tersebut.
D. PEJABAT DAERAH DAN TANAH REMBAU DAN KUALA PILAH - Pembinaan Dan Penyenggaraan Kemudahan Awam Di Mukim-Mukim
Bagi tahun 2009 hingga 2011 Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan sejumlah RM15.13 juta untuk tujuan pembinaan dan penyenggaraan kemudahan awam di mukim-mukim luar bandar di Negeri Sembilan di mana sejumlah RM14.12 juta telah dibelanjakan.
Pengauditan yang dijalankan di Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau dan Kuala Pilah antara bulan Julai 2011 hingga Oktober 2011 terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dan diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak yang berkaitan. Antara kelemahan yang diperhatikan ialah:
1. Terdapat pembinaan kemudahan awam dalam kawasan tanah milik tanpa dokumen kebenaran daripada pemilik.
2.  Tiada penyenggaraan kemudahan awam secara berkala.
3.  Daftar inventori kemudahan awam di mukim luar bandar tidak diselenggarakan bagi tujuan rujukan untuk penyenggaraan dan baik pulih.
Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan adalah disyorkan supaya Pejabat Daerah Dan Tanah memberi pertimbangan kepada perkara berikut:
1.  Kemudahan awam yang dibina di kawasan tanah milik perlu mendapatkan kebenaran izin guna tanah atau izin lalu secara bertulis dari pemilik tanah untuk mengelakkan pertelingkahan di masa hadapan.
2.  Pejabat Daerah Dan Tanah perlu memastikan Pengerusi JKKK bertanggungjawab menyelia kemudahan awam di kawasan masing-masing.
E. MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN - Pengurusan Program Pengindahan Dan Landskap
Peruntukan bagi program pengindahan dan landskap bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011 masing-masing berjumlah RM1.69 juta, RM0.75 juta dan
Terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan program ini seperti berikut:
1. Sejumlah 79.6% bilangan kompaun di bawah Undang-undang Kecil Taman bagi tempoh 2009 hingga 2011 masih tertunggak.
2. Undang-undang Kecil Vandalisme sukar dilaksanakan menyebabkan meningkatnya kejadian vandalisme terhadap landskap yang dibangunkan.
F. PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN - Pengurusan Hartanah
Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) sebagai sebuah agensi pembangunan yang diberi tanggungjawab bagi memimpin, menyertai dan menggalak penyertaan proses perubahan sosioekonomi ke arah mencapai matlamat pembangunan negeri. Nilai hartanah PKNNS bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011 masing-masing RM45.36 juta, RM43.12 juta dan RM42.18 juta.
Terdapat beberapa kelemahan dan tindakan terdahulu yang perlu diberi perhatian supaya tidak berulang, antaranya adalah seperti berikut:
1. Empat lot tanah masih belum dimajukan, 3 daripadanya telah dimiliki PKNNS melebihi 20 tahun menyebabkan PKNNS telah menanggung bayaran cukai sejumlah RM0.33 juta tanpa sebarang hasil.
2. Tanah milik masih dalam kaveat pihak ketiga telah tertangguh pembangunannya sedangkan sejumlah RM91,368 perlu dibelanjakan untuk cukai tanah dan cukai pintu setiap tahun.
3. Pulangan projek sejumlah RM1.99 juta masih belum diperoleh akibat projek terbengkalai yang mana sepatutnya disiapkan pada bulan Mei 2007.
G.  YAYASAN NEGERI SEMBILAN - YNS Management Sdn. Bhd.
YNS Management Sdn. Bhd. (YNSM) merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan) dengan modal saham diterbitkan dan modal berbayar berjumlah RM0.50 juta. YNSM ditubuhkan pada 15 September 1988 dengan nama N.S. Concentrate Rubber Sdn. Bhd. dan ditukar nama kepada YNS Management Sdn. Bhd. Pada 22 Februari 1992.
Pada awal penubuhannya, fungsi syarikat ini adalah untuk menyediakan kakitangan bagi perkhidmatan pentadbiran dan teknikal kepada Yayasan serta syarikat subsidiari Yayasan. Di samping itu, YNSM juga menjalankan perniagaan urus niaga saham, menyediakan perkhidmatan pembersihan, pengurusan tempat letak kereta dan percukaian.
Aktiviti YNSM bagi tempoh tahun 2008 hingga 2011 lebih menjurus kepada perkhidmatan pembersihan, sewaan kenderaan, pembekalan komputer dan perkhidmatan sewaan papan iklan elektronik.
Pengauditan yang dijalankan pada bulan Mei hingga Jun 2011 mendapati pengurusan YNSM secara keseluruhannya adalah kurang memuaskan.
YNSM masih mempunyai kerugian terkumpul yang agak tinggi iaitu sebanyak RM0.43 juta pada tahun 2010 berbanding modal berbayar RM0.50 juta.
Kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:
1. Pengurusan aktiviti YNSM tidak memuaskan kerana aktivitinya semakin berkurangan.
2. Tiada pertambahan kontrak baru dan tiada penetapan kadar harga bagi aktiviti khidmat pembersihan yang merupakan aktiviti utama syarikat.
3. Tadbir urus korporat berkaitan pematuhan YNSM kepada Pekeliling Perbendaharaan mengenai tatacara pembayaran bonus serta kekerapan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah adalah kurang memuaskan.
H. PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN - Negeri Roadstone Sdn. Bhd.
Negeri Roadstone Sdn. Bhd. (NRSB) ditubuhkan pada 22 April 1974. NRSB mempunyai modal saham dibenarkan berjumlah RM10 juta dan modal berbayar berjumlah RM4 juta pada RM1 sesaham yang mana Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) memegang 51% saham.
Objektif penubuhan NRSB adalah untuk menjalankan aktiviti penggalian, jualan batu-batan, kerja-kerja pembinaan/kontrak, penurapan jalan dan infrastruktur. NRSB mempunyai sebuah syarikat subsidiari iaitu Roadstone Construction & Development Sdn. Bhd. (RCDSB) yang telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 10 April 1991. RCDSB mempunyai modal saham dibenarkan berjumlah RM0.50 juta dan modal berbayar berjumlah RM0.10 juta bernilai RM1.00 seunit dan 100% milik NRSB.
Terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki seperti berikut:
1. Berlaku kelewatan kutipan hasil jualan batu-batan daripada pelanggan antara 7 hingga 58 bulan.
2. Tiada pemantauan Unit Audit Dalam dan Jawatankuasa Audit
3. Pembayaran bonus tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.


02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


Sampaikan Salam Raya Anda <b>Di Kuala Ketil</b> dot com | Kuala Ketil

Posted: 25 Sep 2012 06:14 AM PDT

Sampaikan mesej raya anda kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda di website kami.

Dengan hanya semurah Rm 1.00/mesej.

Promosi ini sah bermula pada hari ini hingga 1 Syawal 1433 Hijrah…….

Dapatkan borang ucapan  raya di KMK Resources Sdn. Bhd hari ini.

Cepat-Cepat rebut peluang ini!!!!!!

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


Ekspedisi Gunung <b>Jerai</b> 2012 - Anjuran PEMBELA | PEMBELA

Posted: 14 Oct 2012 05:20 AM PDT

PEMBELA adalah akronim kepada Pertubuhan Belia Amanah, satu badan bebas (NGO) dan tidak terikat dengan mana mana pergerakan parti politik.

PEMBELA di tubuhkan sekitar Jun 2009 dan berpengkalan di Sungai Petani, Kedah seterusnya mendapat kelulusan pendaftaran pada Ogos 2009.

Nombor Pendaftaran: PPBM 4514/09

Emel: pembelasp [at] gmail [dot] com

Jika berminat untuk bekerjasama dengan PEMBELA dalam melaksanakan sebarang aktiviti atau program, sila emel pihak PEMBELA untuk sessi perbincangan.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui:
Bank Muamalat
Akaun no: 0202-0023485-72-6