ads

Ahad, 28 Oktober 2012

02 di gurun kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di gurun kedah - Google Blog Search


PEMBELI EMAS DAN SURAT PAJAK <b>DI GURUN KEDAH</b>

Posted: 28 Sep 2012 11:50 PM PDT


KAMI PEMBELI EMAS DAN SURAT PAJAK GADAI DI GURUN KEDAH
MENAWARKAN BELIAN EMAS HARGA TERTINGGI 
JIKA TUAN/PUAN INGIN BERURUS NIAGA BOLEH
EJEN KAMI SEDIA KE TEMPAT ANDA!!!

02 di kubang pasu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kubang pasu - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Majlis Daerah <b>Kubang Pasu</b>

Posted: 08 Aug 2012 04:05 AM PDT


Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat KDYMM Sultan Kedah dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan berikut:-

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)

Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDKP Am 1 (dikenakan bayaran RM 5.00 sekeping) boleh didapati dengan mengemukakan sampul surat berukuran 11 cm X 22 cm yang beralamat sendiri dan bersetem atau datang sendiri di bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Kubang Pasu, Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

Maklumat lanjut iklan jawatan sila klik sini

02 di kodiang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kodiang - Google Blog Search


CINTAMANISZ Lite: Raya ke 3 - <b>Kodiang</b>

Posted: 03 Sep 2012 09:38 PM PDT

21hb Ogos 2012
Selasa..

Walaupun baru sampai umah dekat2 kul 2 pg malam tu....namun pg2 raya ke 3 tu lepas Subuh terus aje kitorang siap2 utk ke Kodiang. Abg nak bawak mak gi balik kampung...kampung sebelah arwah abah mak. Mak dh rindu nk balik Kodiang.
Hasrat mak ni dh lama al-kisahnya tp Alhamdulillah, raya ke 3 tu abg berjaya merealisasikan hasrat mak tu. Ramai lagi sanak saudara mak kat sana utk kitorang lapis2 bawah ni nk kena kenali.

Mula2 kitorang gi ke Kepala Batas, Kedah....umah ustaz Bashir, anak saudara mak. Senang sgt nk gi umah dia tambah2 kitorang dh penah sampai kat Masjid Kepala Batas tu sebelum ni, kan..hehe. Ikut jer pelan sempoi yg penah ustaz lukis sendiri masa gi umah mak dulu...kitorang takyah kol beliau pun utk tanya apa2 dh, hehe.
Cuma tu lah....bila dh sampai luar pagar umah dia...mulalah kitorang tertanya2...betoi ke ni umah ustaz Bashir ni?? Keta byk kat perkarangan umah dia. Umah lak...mak aiii...bukan banglo lagi dh tu...dh mcm rumah agam dh!!!
Teragak2 jer nk masuk ke idak....terpikir2 betoi ke idak. Tak nampak pulak no lot umah ni, mm. Tp di antara byk2 kete tu aku nampak laa kelibat odyssey putih milik ustaz yg penah digunakan masa dia dtg umah mak dulu, hehe. Dlm terpikir2 tu...tetiba jer nampak kelibat penghuni umah tu dok lambai2 soh masuk dlm perkarangan umah. Aku ni mmg tak kenai ler sape yg menggamit tu. Yg abg ngan mak pun tak perasan sape yg dok panggil2 tu, hehe. Bila nampak kelibat ustaz Bashir...baru laa konfem tu umah dia, hahahaha..

Rupa2nya yg menggamit tu abg Man....abg kepada ustaz Bashir. Aku mmg tak penah tgk abg Man sebelum2 ni. Yg mak ngan abg lak tak terperasan dh itu abg Man disebabkan rambut dia dh lain dh, hihi..

Sampai2 umah tu..segan2 jgk lah kan. Masuk umah orang berjaya ni...berjaya dlm akademik. Ustaz Bashir ni dh ada gelaran Dr kat depan nama dia....seorang pensyarah kanan kat UUM. Beliau jgk selalu ler ada kat tv kalo korang rajin tgk Forum Perdana Ehwal Islam TV1 terutama yg dirakamkan di kawasan utara tanahair ni. Kalo tak jadi pengerusi...beliau akan jadi ahli panel forum tersebut.

Sambil2 mak ngan abah bersembang sambil2 amek angin sepoi2 kat luar umah ni...aku pun sebok ler ngan kamera, kan..hehe. Aku bukan boleh nampak lanskap lawa2 ni, hihi..Tp tak semua lah aku pi amek gambo. Kat gazebo pun aku tak pi. Aku lebih tertarik ngan kolam ni sebab aku mmg suka elemen air mengalir.
Kolam ni aku heran jgk takde ikan karp ke....kan. Rupa2nya anak2 ustaz dok berendam kat sini lah. Dorang jadikan kolam renang. Nampak mcm tak dalam...tp dalam jgk lah katanya terutamanya utk orang rendah mcm aku ni lah, hehe..
Masa melaram baju raya pd raya pertama tu...lupa nk amek gambo berdua ngan abg, ngee..
Baju kurung yg aku pakai tu kaler cekelet jgk kan?? Hmm, itu lah sebenarnya kain yg sepatutnya mak aku buat baju kurungnya utk hari raya ni. Tp, Allah lebih menyayangi mak...Akhirnya kain tu aku amek dan buat baju kurung aku...
Pastu, kitorang masuk umah pulak. Byk benar ruang tamu umah ni. Luas sungguh. Penat nk jalan ulang alik dlm satu hari, ngee..
Dapur luas, ruang tamu luas, ruang makan luas, bilik tido pun byk...6-7 bilik jgk lah. Siap ada ruang atas tp tak tau ustaz nk buat ruang apa. Mgkn utk mini library ke.....
Ada lagi 1 ruang tamu bersofa tp aku tak amek lak gambonya sebab tak duduk kat situ, hehe.. Along ngan angah ni selalunya bila orang tak penah tgk dorang akan ckp budak2 ni kembar, alahaii.. Kitorang dihidangkan ngan nasik hari tu. Lauknya sempoi tp sedap lah pulak terutama sup tulang tu, pergh!!!

Dh kenyang...kitorang pun beransur nk meneruskan perjalanan ke Kodiang pulak. Abg Man yg tolong bawakkan. Ustaz tak pi sebab ada tetamu lain nak dtg umah beliau.

Jd, seperti biasa...sebelum balik tu...kena laa amek gambo ramai2 dulu, kan..

Dh salam2...kitorang pun ikut laa kete abg Man ke Kg. PIDA, Kodiang....

Sambung citer..

Nota Alona:-
~Alhamdulillah, ari ni hari ke 5 kitorang berpuasa sunat Syawal...

02 di sik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sik - Google Blog Search


KedahLanie.info: Paip baru <b>di Sik</b> atasi masalah air

Posted: 27 Oct 2012 06:37 PM PDT


SIK – Masalah gangguan tekanan air yang membelenggu kira-kira 1,000 penduduk sejak empat tahun lalu diatasi apabila Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengambil inisiatif memasang paip baru sepanjang satu kilometer.

Pegawai Perhubungan Awam SADA, Rofedi Sulaiman berkata, projek yang bernilai RM80 ribu itu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi 240 rumah daripada tiga kampung, iaitu Kampung Cemara, Kampung Baru Padang Ragut dan Kampung Lahar.

"Penambahan paip baru itu menjadikan kampung terbabit mempunyai dua saluran air iaitu menerusi Loji Batu Lima dan Loji Jeniang.


"Sebelum ini penduduk hanya bergantung kepada satu sumber air sahaja, iaitu di Loji Batu Lima, sekarang mereka bakal menerima sumber air yang di Loji Jeniang, maka ianya dapat meningkatkan tekanan air kepada seluruh penduduk di ketiga-tiga kampung ini," jelas beliau pada program gotong royong pemasangan paip baru di Kampung Cemara, di sini.

Tambah beliau, sebelum ini penduduk sering menghadapi masalah tekanan air terutama pada musim perayaan yang memerlukan kapasiti air yang banyak.

"Penggunaan air yang banyak mengakibatkan tekanan air menjadi rendah, yang akhirnya penduduk yang menghadapi masalah bekalan air, setelah siapnya projek ini penduduk tidak perlu risau lagi mengenai tekanan air kerana pemasangan paip baru ini mampu menampung penggunaan air oleh penduduk di ketiga-tiga kampung itu," ujar beliau.

Bagi penduduk, mereka bersyukur dengan pemasangan paip baru ini yang akan mengatasi masalah yang dibelenggu selama ini.

Terakhir Dikemaskini (Rabu, 24 Oktober 2012 18:23)

02 di padang serai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang serai - Google Blog Search


Penduduk Lapor Polis Khutbah Jumaat Berbaur Politik <b>Di</b> Masjid <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2012 06:30 AM PDT

PADANG SERAI: Sekumpulan penduduk dalam kariah Pekan Padang Serai di sini hari ini membuat laporan polis berhubung khutbah yang dibacakan khatib jemputan di Masjid Jamek An-Najjah di sini, Jumaat lepas, yang didakwa berbaur politik.

Mereka mendakwa khutbah Jumaat yang disampaikan khatib jemputan, berusia 29 tahun dari Kulim dekat sini, ada menyebut bahawa seorang mursyidul dan ulama Ikhwanul Muslimin dari Mesir pernah bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW pada 1998 yang menyebut akan wujud seorang pemerintah Malaysia bernama Anwar Ibrahim.

"Khatib itu dalam khutbahnya juga memuja dan memuji kewibawaan pemimpin pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan jelas menyadurkan khutbah Jumaat yang mulia itu dengan seorang pemimpin politik. Kami amat kesal atas tindakan pentadbiran masjid yang membiarkan perkara tidak sewajarnya berlaku," kata Mohd Taridi Darus, 52, ketua kumpulan kariah itu kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Padang Serai di sini.

Mohd Taridi dari Taman Serai Setia di sini meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah menyiasat tindakan pihak masjid menerima khatib jemputan setiap minggu.

Beliau berkata khutbah itu dirakam oleh jemaah yang hadir bersolat Jumaat pada hari berkenaan.

Seorang lagi anak kariah, Mohd Noor Husain, 64, tidak mahu masjid itu menjadi perhentian ceramah politik yang disampaikan melalui khutbah setiap Jumaat.

Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kulim Sheikh Radzi Abdul Mutalib ketika dihubungi berkata pihaknya akan menjalankan siasatan.

 

-- Bernama

 

 

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved