ads

Rabu, 31 Oktober 2012

02 di changlun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di changlun - Google Blog Search


<b>Changlun</b> bakal jadi pusat aeroangkasa SUNGAI PETA... - Shafie Nor

Posted: 14 Oct 2012 04:12 AM PDT

Changlun bakal jadi pusat aeroangkasa

SUNGAI PETANI, AHAD, 14 Oktober, 2012: Kerajaan berhasrat membangunkan kawasan Changlun sebagai pusat aeroangkasa berikutan permintaan terhadap bidang itu di Asia semakin meningkat.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, walaupun idea yang dicetuskannya itu masih baharu, namun terdapat beberapa sebab Changlun dijadikan lokasi bagi melaksanakan cadangan tersebut.

"Di Changlun sudah ada sebuah syarikat, Asian Composites Manufacturing Sdn. Bhd., yang mengeluarkan komponen kapal terbang Boeing dan kilang terbabit sudah beroperasi sejak 12 tahun lalu. Namun peluang itu tidak digunakan untuk melahirkan industri sampingan atau hiliran, yang menyokong syarikat itu.

"Ini merugikan sebenarnya, dari segi peluang keemasan yang terlepas namun masih belum terlambat kerana industri aeroangkasa di Asia, khususnya permintaan terhadap pesawat, paling pesat membangun. Jadi, kita patut guna peluang ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Himpunan Usahawan Wilayah Utara di sini hari ini.

Mukhriz berkata, keluasan tanah yang belum dibangunkan di Changlun turut menjadi faktor pemilihan kawasan itu sebagai lokasi cadangan mewujudkan pusat aeroangkasa. - BERNAMA

02 di sik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sik - Google Blog Search


Banjir Lumpur <b>di Sik</b>, Kedah – Azizan puas? – Perak Today

Posted: 16 Aug 2010 08:08 PM PDT

Azizan Razak puas hati! Hasil balak Kedah begitu menguntungkan sekali Kerajaan PAS Negeri Kedah pimpinannya. Tersengih-sengih Menteri Besar itu membentangkan keuntungan balak yang diraih. Tanpa ragu-ragu, Azizan meminta akhbar-akhbar tempatan menyiarkan "kejayaan"nya itu kepada seluruh rakyat Malaysia. Biar dari Perlis hingga ke Sabah kenal siapakah dia "Azizan Razak". Tidak habis-habis dia bercerita tentang keuntungan balaknya itu kepada semua. Gahnya Azizan sebagai Menteri Besar Kedah!

Tanpa Azizan sedari, dia telah men"zalimi" rakyat Kedah. Tanpa Azizan sedari, dia telah menempa malapetaka kepada rakyat Kedah. Hasil dari "kejayaan" kepada Kerajaan PAS Kedah itu, sebanyak 6 buah kampung di daerah Sik menjadi mangsa kerakusan Azizan untuk menjadi "cepat kaya". Azizan mungkin tidak peduli soal jerih payah penduduk 6 buah kampung itu bertarung dengan maut. Asalkan Kerajaan Negeri pimpinan "kaya", kesejahteraan rakyat ternoda. Biarlah, asalkan hati Azizan puas!

Berikutan aktiviti penebangan balak yang tidak berskala dan tidak dipantau, 6 buah kampung di daerah Sik di Kedah telah dilanda banjir lumpur yang dahsyat. 6 buah kampung itu telah dibanjiri dengan lumpur yang dalamnya hampir setengah meter! Bayangkan jika malapetaka ini melanda rumah anda. Bayangkan jika banjir lumpur ini meragut nyawa dan harta benda rakyat. Hakikatnya, malapetaka ini telah berlaku dan Azizan hanya mampu melihat sahaja seraya memberi komen "Saya pun tidak tahu, wallahu'alam..".

Memang benar bahawa Kerajaan BN Negeri Kedah sebelum ini tidak pernah mengaut keuntungan yang banyak dari hasil balak di Kedah. Kedah bukanlah sebuah negeri yang kaya dengan balak seperti di Pahang, Sabah dan Sarawak. Hutannya hanyalah sekangkang kera dan yang sekangkang kera itulah yang terpaksa dijaga, dipulihara dan jika membalak sekalipun, ianya akan dipantau ketat oleh pihak berkuasa. Mungkin sebab itu Kerajaan BN Kedah sebelum ini tidaklah mengaut keuntungan sebanyak itu. Untungnya tetap ada, namun tidaklah sehingga menggadai nyawa atau harta benda rakyat Kedah sendiri.

Memang benar keuntungan Kerajaan BN Kedah sebelum ini hanyalah "seciput". Namun, sepanjang pentadbiran Kerajaan BN Kedah dahulu, tidak pernah dilaporkan malapetaka banjir lumpur sebegini hebat berlaku di Sik atau mana-aman daerah di Kedah. Namun, baru dua tahun lebih PAS memerintah Kedah, sudah berlaku melapetaka sebegini rupa. Cuba bayangkan apa yang akan berlaku jika PAS memerintah selama 4 tahun, 8 tahun, 16 tahun dan seterusnya. Mungkin Kedah bakal menjadi "padang jarak padang tekukur".

Penulis dan rakan-rakan ada menziarahi beberapa kampung yang terjejas di Sik baru-baru ini. Kawasan Teloi merupakan salah satu kawasan yang teruk ditimpa malapetaka ini. Selain memberikan sedikit bantuan dan semangat, kami semua dapat rasakan penderitaan yang di"hadiah"kan oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah ini. Ada seorang Mak Long yang meratapi rumah usangnya yang hampir musnah akibat banjir kilat ini. Kasihan, sudahlah rumahnya usang, dilanda banjir lumpur pula…

Saya terbayang akan kejadian malapetaka yang pernah terjadi di Pos Dipang. Insiden yang meragut ramai mangsa itu masih lagi menjadi igauan seluruh rakyat Malaysia. Penulis percaya, jika kegiatan dan aktiviti pembalakan di Kedah ini tidak dipantau, tidak mustahil jika perkara yang serupa bakal berlaku di Kedah. Jika ini berlaku, siapakah yang akan bertanggungjawab? Pastinya Azizan Razak akan pantas menuding jari kepada Kerajaan Pusat. Sudahlah menuding jari pada Kerajaan Pusat, diminta pula Kerajaan Pusat menyelesaikan masalah rakyatnya. Modus operandinya pasti sama seperti Khalid Ibrahim meminta Kerajaan Pusat menyelesaikan masalah "pasir" di Selangor!

Begitulah sikap dan tabiat Pakatan Rakyat di Malaysia. Jika sebarang malapetaka, penyelewengan, salah guna kuasa dan perkara negatif berlaku, pastinya Kerajaan Pusat dan BN akan dituduh! "Cantik molek"kah perangai sedemikian?

Cubalah pembaca budiman sekalian "turun padang" melihat sendiri keghairahan pentadbiran Azizan Razak me"rompak" hasil balak di Kedah. Kerakusan itu dapat dilihat hari-hari. Lori balak berselisih jalan menuju ke Padang Terap dan Kuala Nerang. Ada juga yang begitu aktif menuju ke arah Pendang, Sungai Petani dan Bukit Selambau. Kadang-kadang, di malam hari pun mereka aktif. Jadi, tidak hairanlah mereka mengaut untung sebanyak RM35 juta! Digondolkan bumi Allah, rakyat disengsarakan, poket mereka juga yang kembung.

Hakikatnya, mungkin ada hikmah yang cuba dizahirkan di atas malapetaka ini. Mungkin ini adalah "bala" dari Allah terhadap segala tohmahan dan fitnah yang sering bermain dibibir pihak Pakatan Rakyat. Mungkin ini adalah kifarah dari Allah kepada Azizan dan konc0-konconya kerana menzalimi rakyat Kedah tanpa mereka sedari. Mungkin ini adalah satu pengajaran kepada PAS Kedah yang tidak tahu mentadbir walau hanya sebuah negeri. Bayangkan pula jika mereka yang tidak berpengalaman mentadbir ini mentadbir negara kita. Hancurlah Malaysia dilanyak sepuasnya. Na'uzubillahi min zalik!

MyKMU

02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


Tips Bercuti <b>di Langkawi</b> | Jom Travel !!

Posted: 08 Oct 2012 09:45 AM PDT

Kalau hari tu NAL update berkenaan Makanan Terbaik Langkawi, hari ni NAL nal kongsi beberapa tips untuk bercuti di Langkawi. Mungkin ada dalam kalangan korang yang belum pernah menjejakkan kaki di Langkawi. Harap tips ini berguna suatu hari kelak.

1) Kenderaan
Kalau korang datang ketika musim cuti sekolah, kebiasaannya harga kereta/van sewa lebih mahal berbanding hari biasa. Kalau korang berbajet besar tak per la tapi buat mereka yang berbajet sederhana, korang rancang dahulu perjalanan korang sebelum datang ke sini.

2) Makanan
Makanan ni bergantung restoran yang korang pergi. Biasanyar restoran yang berdekatan dengan hotel dan Pantai Chenang agak mahal, tetapi tidak semuanya sedap.
Kalau korang nak makan seafood yang fresh, murah dan sedap, NAL sarankan korang singgah di Restoran Nelayan. Korang boleh tanya orang awam kat sini. Banyak juga artis yang memilih restoran ni untuk dinner.
Kalau korang inginkan western food, korang boleh pilih sama ada nak ke EE Burger atau GM Burger. Kedua-duanya menawarkan pelbagai makanan western yang sedap dan berpatutan seperti Chicken Chop, Chicken Paper Grill, Rib Eye Steak dan pelbagai makanan lain. Char Kuey Teow dan menu tempatan yang lain juga ada di sini.
Kalau korang nakkan pizza dan pelbagai jenis spageti, korang boleh terjah Artisan's Pizza. Mereka juga penawarkan khidmat penghantaran secara percuma.

3) Tempat Penginapan
Sebelum datang Langkawi, better korang buat pilihan atau booking mana-mana hotel, chalet atau homestay. Kebiasaannya hotel ni, korang boleh agak la berapa harga semalam kan? Kalau nakkan kelainan, korang boleh singgah The Cabin. Harganya berpatutan dan lebih murah berbanding beberapa homestay taw.
Kat area rumah NAL pun ada beberapa homestay yang sangat best. Sebab suasana kampung. Malam-malam korang boleh la berbarbeque. Laman rumah juga besar dan mempunyai beranda.
Kalau hotel korang boleh try Awana Porto Malai, Mauritus Pelangi Beach Resort & Spa, Aseania, Holiday Villa, dan lain-lain. Semuanya ada pakej tertentu. Korang kena la bijak memilih.

Sumber : http://nyteamlife.blogspot.com/

About the author

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved