Khamis, 1 November 2012

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


Tragedi 4 sekeluarga maut dirempuh lori padi <b>di Pokok Sena</b>. | other <b>...</b>

Posted: 01 Nov 2012 04:48 PM PDT


ALOR SETAR,POKOK SENA: – Empat beranak maut manakala seorang lagi parah apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori padi yang terbabas dalam kemalangan di Jalan Tualang dekat Kampung Permatang Limau dekat sini semalam.
Mangsa yang maut ialah pesara tentera, Shafie Abd. Hamid, 57; isterinya, Che Faridah Ani, 60, serta dua anak mereka iaitu Nurul Faiz, 24, dan Mohd. Iptihar, 26.
Anak bongsu mereka, Mohd. Iqbal, 15, cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Lokasi kemalangan terletak kira-kira enam kilometer dari rumah keluarga mangsa di Kampung Kubang Pisang, Pendang.
MAYAT empat sekeluarga mangsa kemalangan ditutup dengan 
kertas surat khabar di Jalan Tualang dekat Kampung Permatang Limau, Pokok Sena, Alor Setar semalam.
Kejadian pada kira-kira pukul 3 petang itu berlaku ketika keluarga malang itu dalam perjalanan untuk menziarah keluarga mereka di sini dengan menaiki kereta Perodua Viva dari arah Pendang menghala ke Kebun 500, Pokok Sena.LIHAT VIDEO SINI
Bagaimanapun, ketika melalui tempat kejadian, sebuah lori padi tanpa muatan dari arah Kebun 500 dipercayai mengalami kerosakan stereng dan brek lalu terbabas dan bertembung dengan kereta tersebut yang dipercayai dipandu Mohd. Iptihar.
Dalam pada itu, anak kedua mangsa, Mohd. Anuar Shafie, 32, menjelaskan, dia yang berada di Jabi berasa tidak sedap hati apabila ternampak dua buah ambulans memasuki persimpangan Kebun 500.
Dia kemudian segera pulang ke rumah keluarganya di Kampung Kubang Pisang, namun sebaik dia tiba di tempat kejadian, perasaan tidak sedap hatinya menjadi kenyataan apabila kereta yang terbabit kemalangan itu adalah milik bapanya berdasarkan nombor pendaftaran KCS 396.
"Masa saya tiba, kesemua mereka sudah tidak ada lagi di tempat kejadian dan orang ramai meminta saya pulang ke rumah untuk membuat kepastian.
"Bila saya tiba di rumah, itulah kenyataan apabila empat ahli keluarga meninggalkan kami sekali gus tetapi saya tetap reda dan pasrah," katanya.
Dia menjelaskan, ibu bapanya ada mengunjungi rumahnya di Guar Kepayang, Pendang bagi menziarahi dua cucunya yang berusia lima dan setahun.
"Mereka datang ke rumah kira-kira pukul 10 malam kelmarin untuk melihat cucu tetapi mereka sudah tidur.
ROSAK...kereta mangsa yang terbabit kemalangan.
"Ibu dan bapa saya kurang bercakap dan tidak duduk lama sebelum beredar kira-kira setengah jam kemudian," katanya yang bekerja sebagai buruh di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
Sementara itu, menurut anak ketiga mangsa, Mohd. Fashah, 28, kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Kubang Pisang malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superitendan Rohana Omar mengesahkan kemalangan berlaku apabila lori terbabit yang mengalami kerosakan tiba-tiba memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Perodua Viva yang dinaiki lima beranak tersebut.
"Akibat pertembungan itu, empat mangsa mati di tempat kejadian dan mayat kesemua mereka dihantar ke HSB.
"Pemandu lori dipercayai hanya mengalami cedera ringan dan dia ke balai polis untuk diambil kenyataan," katanya.
 "Sukar menggambarkan perasaan ketika itu dan kaki saya tiba-tiba menggigil sebaik melihat nombor pendaftaran Perodua Viva yang terbabit kemalangan itu milik ayah."
Kata Mohd Anuar Shafie, 32, anak kedua tukang gunting, Shafie Hamid, 57, yang terbunuh bersama isteri, Che Faridah Ani, 60, serta dua anak mereka, Mohd Ittihal, 26, dan Nurul Faiz, 24, selepas kereta mereka naiki bertembung lori seberat dua tan dalam dalam kemalangan ngeri di Jalan Pendang-Kebun 500 berhampiran Kampung Permatang Limau, di sini, semalam.
REMUK...lori yang terbabit dalam kemalangan.
Seorang lagi anak pasangan itu, Muhd Iqbal Zakuan, 15, parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Kejadian jam 2.30 petang itu berlaku apabila lori terbabit hilang kawalan akibat kerosakan teknikal sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kereta itu menyebabkan keempat-empat mangsa mati di tempat kejadian.
Mohd Anuar berkata, dia melalui kawasan berkenaan dan melihat orang ramai mengerumuni sebuah Perodua Viva dan lori yang terbabit kemalangan ngeri, namun tidak mengesyaki apa-apa selain beranggapan ia hanya kemalangan biasa.sumber www.hmetro.com.my
Tragedi 4 sekeluarga maut dirempuh lori padi di Pokok Sena kedah, kemalangan maut, berita semasa, 

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Nasrul Saad: Lokasi Menarik <b>di Merbok</b>, Sungai Petani, Kedah

Posted: 15 Oct 2012 07:26 AM PDT

Hai kalian. Aku nak kongsikan  tempat-tempat menarik di Merbok, Sungai Petani, Kedah. Setelah tiga jam berperah otak dalam dewan peperiksaan untuk subjek Business Mathematics, MAT112, maka tiba masa untuk merehatkan otak yang sedang tertekan. 
Makan tengah hari di Restoran sekitar Taman Lembah Bujang Indah berdekatan dengan UiTM Merbok. Sebenarnya aku memang tak tahu nama restoran ini walaupun kerap makan di sini. Apa orang kata -tak alert-? Harganya murah dan makanannya sedap. Tak rugi datang sini, sebab restoran ini ada satu tempat untuk penghawa dingin dan satu lagi tempat terbuka. Jadi kami pilih untuk merasai suasana sejuk sambil menikmati makanan.
Bersiar-siar di Village Mall, Sungai Petani. Pelbagai barang dijual dengan harga murah bagi yang berkemampuan dan mahal bagi yang dalam dompet tu hanya ada RM30.00 saja. Kalau bawa duit sikit tu, harap kuatkan iman. Kehkehkeh. Juga terdapat panggung wayang dan pusat karaoke. Antara pusat membeli belah yang paling terbaik di sekitar Sungai Petani adalah Village Mall. Central Square (CS) -no komen- 
Makan ABC, Lai Chi Kang, dan laksa di Tanjung Dawai, Kedah. Tempat ini bersebelah dengan laut. Dalam perjalanan ke sini, kau orang akan perasan satu signboard dengan tertulis Singkir Darat. Dalam pemikiran aku, kita memang menuju ke laut jadi sebab itu ada satu kawasan itu dipanggil Singkir Darat, kerana kita menyingkirkan darat untuk ke laut. Ketawa lah!

Masih lokasi yang sama. Selepas makan tu, jangan terus start kereta dan gerak balik. Apa salahnya kalau kita bergambar kenang-kenangan. Buat lah aksi-aksi comel anda semua di depan kamera. Kalau ada yang, apa orang kata, -usha pelik-, "lantak pi kat depa ah, jeles ah tu" Kehkehkehkeh.
Dan secara tiba-tiba, semasa menikmati angin laut itu, aku ternampak satu makhluk. Apa dia? 
Comelkan? Sayangnya dah mati. -keras kulitnya- Kalau tidak boleh bawa balik kampus buat peliharaan. 

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


panass !! pkr akan kalah <b>di sungai petani</b> gara gara <b>...</b> - Medan Tempur

Posted: 17 Oct 2012 11:11 PM PDT

MTK berharap sokongan dari pembaca, sahabat bloggers untuk menolong menaikkan blog baru ini.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Medan Tempur Kedah di bloglist anda dan MTK akan linkkan blog anda di list kami.

Bersama la kita menentang Pakatan Haram dari terus memporak-perandakan negeri Kedah Darul Aman.

Jika anda ada maklumat yang ingin di kongsi,emailkan kepada medantempurkedah@gmail.com

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Kerajaan <b>Negeri Kedah</b> Halau Keluar Pelajar-Pelajar KUIN <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 31 Oct 2012 08:34 PM PDT

Ketika Kerajaan Negeri Kedah mempertahankan hujah kononnya mereka telah berusaha sebaik mungkin untuk menjaga KUIN, bahkan KUIN tidak mengalami sebarang kerugian di bawah pentadbiran mereka, lain pula praktikaliti mereka terhadap pusat pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri itu.

Kalau semalam, KUIN kalah dalam perbicaraan dan perlu membayar kepada syarikat Shake Cuisine Sdn. Bhd. walaupun telah menggunakan minit mesyuarat palsu, hari ini Kerajaan Negeri Kedah bagaikan dirasuk polong tidak bertuan apabila mengarahkan KUIN mengosongkan bangunan yang dijadikan Asrama Al-Faraby di belakang Sime Tyre, Mergong ekoran kegagalan membayar tunggakan sewa berjumlah RM1.5 juta.

Difahamkan notis telah dihantar oleh Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri kepada pengurusan KUIN pagi ini agar menjelaskan tunggakan sewa tersebut dalam tempoh terdekat.

Pengosongan bangunan asrama tersebut bermakna, para pelajar KUIN di Alor Star tidak lagi mempunyai tempat tinggal.

KUIN sewaktu di bawah pentadbiran UMNO-BN, mencatatkan keuntungan dan prestasi pelajaran yang tinggi, khususnya dalam bidang agama memandangkan kewujudan KUIN itu sendiri adalah untuk meningkatkan taraf pengajian pondok di Kedah khususnya dan Malaysia amnya. Walaupun pada mulanya, KUIN hanya dikhususkan kepada anak-anak Kedah dengan program berkembar 3+1 bersama-sama Universiti Al-Azhar, Mesir, namun program ditukarkan menjadi 4+0 tetapi masih lagi kelulusan dikeluarkan oleh Univesiti Al-Azhar.

Ketamakan pemimpin PAS Kedah yang cuba menunjuk pandai walaupun sebenarnya mereka tidak berkelayakan akhirnya memutuskan pertalian antara KUIN dengan Universiti Al-Azhar yang telah dirintis oleh bekas Menteri Besar Kedah, Osman Arof. KUIN sekarang ini mengeluarkan ijazahnya sendiri tetapi seperti yang sedia maklum, lulusan KUIN cukup menyedihkan. 7 orang lulusan Tahfiz KUIN tidak diiktiraf oleh MQA kerana kegagalan pihak Hal Ehwal Akademik KUIN menghantar dokumentasi untuk diproses lebih awal sebelum konvokesyen diadakan.

Jumlah pelajar di KUIN sebenarnya tidak membantu langsung peningkatan perolehan dan pendapatan Kolej Universiti Insaniah. Sekalipun kepimpinan PAS Kedah berbangga kerana jumlah kemasukan pelajar-pelajar baru melebihi seribu orang, namun dengan 47 kursus di KUIN sekarang ini berbanding 7 kursus yang mengkhususkan pengajian agama pada zaman UMNO-BN, jumlah pelajar baru berkenaan amat menyedihkan. Ini adalah kerana dengan 7 kursus yang ditawarkan pada zaman UMNO-BN, KUIN berjaya menarik jumlah pelajar yang hampir sama!

Ada desas-desus yang mengatakan, Kerajaan Negeri Kedah sebenarnya hendak menjual KUIN kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Turki. Difahamkan Kerajaan Negeri Kedah telah menerima dana daripada syarikat tersebut untuk pembiayaan pembinaan masjid di kampus KUIN di Kuala Ketil. Bagaimanapun, masjid yang khabarnya akan dibina sebahagian di atas tasik, tidak wujud. Sebaliknya wang berjumlah lebih RM330 juta telah ghaib, hilang dan ditelan begitu sahaja.

Justeru, tidak menghairankan sekiranya, Kerajaan Negeri Kedah dilihat seperti sedang menekan KUIN agar cepat-cepat membayar hutang. Alasannya apabila KUIN gagal membayar hutang, maka HALALlah untuk Kerajaan Negeri Kedah di bawah kepimpinan PAS menjual KUIN kepada pihak atau syarikat asing.

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


Project Fish Protech. Satu Lagi Projek Gagal <b>Di</b> - dpp <b>padang terap</b>

Posted: 16 Oct 2012 09:23 PM PDT

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


BERITA GEMPAR BENAR BERGAMBAR!!!!!... - Omak Kau!!!!

Posted: 31 Oct 2012 06:55 AM PDT

BIAR GAMBAR MENJADI SAKSI BERBICARA!!!!

Suasana pagi tadi di Tg Dawai, Merbuk, Kedah, sempena lawatan rasmi Najib Razak disana.

Beliau hanya disambut oleh budak-budak tadika dan murid-murid sekolah rendah sahaja selain beberapa kerat warga dewasa.

Budak-budak tadika dan sekolah rendah ini diarah kibarkan jalur gemilang dan bawa sepanduk tulis I LOVE PM,,,,SELAMAT DATANG PM.. WE LOVE U...
Budak yang langsung tak tahu apa benda ini dipergunakan oleh para pemimpin UMNO bagi menunjukkan kononnya rakyat Kedah amat sayang dan menyokong Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia.

Warga dewasa yang tahu erti dan makna I love PM dan We Love PM langsung tak terlioq nak pegang placard..

Lepas itu kecoh dan heboh satu dunia,kononnya  Kedah bakal jatuh ketangan UMNO semula pada PRU 13 nanti.

JELAS SEKALI UMNO MENYALAH GUNAKAN MURID-MURID SEKOLAH TERMASUK MURID TADIKA DEMI POLITIK SEMPIT MEREKA!!!!!

UMNO DAH TERDESAK....HANYA PARTI NAZAK AKAN LAKUKAN KERJA-KERJA TERDESAK!!!

UMNO TUMBANG... ISLAM DAN MELAYU GEMILANG.....UMNO TERSUNGKUR.. NEGARA MAKMUR....UMNO TIADA... ISLAM TIDAK LAGI DIHINA... UMNO KECUNDANG... RAKYAT SENANG.

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


Gempar !!! [VIDEO] KHATIB baca Khutbah Jumaat <b>Di Padang Serai</b> <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2012 08:16 PM PDT


SESAT lagi menyesatkan....... Khatib sesat menipu di dalam Khutbah Jumaat, kononnya Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Bermimpi, Rasulullah S.A.W menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Mengelirukan UMAT ISLAM, Anwar Ibrahim yang PAS sebagai tungangan untuk merealisasikan impian al-jubuq sebagai pemimpin. Ini kah ISLAM yang akan di bawa oleh tatok-taTok PAS untuk memimpin negara seterusnya menyebarkan syiar Islam. 
Ni Mesti yang membaca Khutbah Jumaat ni ostat PAS... kerana teks khutbah yang disampaikan oleh Khatib tersebut menyokong PERJUANGAN ANWAR IBRAHIM.
Aku Malas nak ulas panjang-panjang sebab ilmu aku bukan tinggi manapun dalam bab-bab macam ni. Korang dengarlah sendiri Nilaikan...... Rakaman tersebut.


Gambar di Luar Masjid Jamek Annajah Di Padang Serai.

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Masyimalo&#39;s Heart : Hasil borongan <b>di Langkawi</b>

Posted: 29 Oct 2012 10:00 PM PDT

Hasil rombongan di Langkawi... Banyak yg memborong mak aku la, ntah bape set pinggan mangkuk mak aku borong ntah.. Ngan gelas kristal bagai... Ktorg memang malas nak beli sebab rumah tak siap lagi, tempat nak simpan pun takde.. Tu yang hubby plan, rumah siap nnt nak gi lagi Langkawi, nak beli pinggan mangkuk, sudu garfu segala hehehe...

Budak kenit ni pun beli ok.... Beg troli Thomas... Adoi hai... Masa kat Hj Ismail la, die nampak beg ni, pastu sebok tarik ke hulur hilit. Hubby tanya la kat Rayyan, nak ke beg ni. Terus die kata nak... Aih la anak ku memang pantang nampak car ke thomas ke... Memang kesukaan die la... Beg ni RM80, tak tau la murah ke mahai.... Dulu memula aku ngan hubby nak belikan Rayyan beg Trunki tapi dah die nak beg ni, tak de lah Trunki dah lepas nie... Pakai la beg Thomas nie...
Ni coklat yang kami rembat. Gile banyakkkan? Hehe masih ada lagi dalam peti ais... Lagipun ni ada yang nak bg jiran ngan kekawan opis...

Coklat paling sedap pada aku, coklat Whittakers la. Kat KL mahai wooo.. Daim memang wajib la beli sebb kat KL mahai.


Ini je yang aku beli. Yang murah je. Kuali Tefal memang dah lama nak beli cuma kat KL mahai melampau. Kat Langkawi dapat RM100 hok yang stainless steel siap bertutup. Aku memang suka pakai Tefal ni sebab masak tak hangus then tak melekat. Lagipun ada tutup ni senang nak masak rendang ke hape...
Yang mangkuk 3 sekawan tu pun murah je RM 27, beli yang biasa bukanlah cap corningware ke hape... Tapi sedey weiii....  Barang2 ni seme letak dalam kargo tau sbb banyak brg kan, xlarat nak pegang... Sekali mangkuk 3 sekawan aku tu pecah... Yang elok sebijik je. Yang lagi 2 bijik retak seribu. Tensen aku!

Ni la bukti mangkuk aku pecah seribu.. huhuhu memula aku ingat nak email ke AA tapi  aku dah tahu dah jawapan die. So aku redho aje la... Naseb la pinggan murah kalau yang rege beratus2 memang aku tuntut ganti rugi...
Yang ni kain pelikat tanjir. Beli 2 helai kaler hijau yang sama sebab aku nak bt baju kurung Riau T___T
Sanggup ni pergi mencari masa hari last tu.. Ada jumpe kaler pepel, lawa... Tapi ada satu je, mana cukup nak bt baju kurung.. So amek la kaler ijau pucuk pisang nie.... Selai kain ni RM21. Nanti dah jadik baju aku tunjuk ok, korang leh nilai cantek ke dak...