Isnin, 5 November 2012

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


TERGEMPAR : 2 PERAGUT DISEMBELIH HIDUP-HIDUP <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2012 07:32 AM PDT

Posted by Dr. Fuh!! Thursday, 18 October 2012

CHANGLUN - 18/10/12, begitulah nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung kayu ara pasong, menurut saksi,hj manan jalil 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu...tapi sempat dihalang oleh jirannya...namun ketika peragut itu ditangkap,pihak saksi mengatakan tidak ada apa2 barang yang berharga yang didapati pada peragut itu,Salah seorang penduduk tempatan juga ketua kampung disitu pula yang berang pada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua2 peragut ini,kaki2 peragut itu diikat...dengar takbir yang bergema...dia telah sembelih peragut tanpa rasa belas kasihan...darah menyembur keluar,orang tempatan tidak berani menghalang perbuat ketua kampung itu,kerana yang disembelih itu ialah seeokor kambing dan sesekor lembu yang meragut rumput disembelih untuk hari raya korban...

SALAM AIDIL ADHA....smile

Fuh!! Jom Baca Entry Terbaik Lain!! : Fuh Berita, Fuh Ngeri, Fuh Seram, gambar pelik, misteri, seram

FUH!!! KAMI KONGSIKAN SEGALANYA

Tajuk : TERGEMPAR : 2 PERAGUT DISEMBELIH HIDUP-HIDUP DI KAMPUNG NAPOH, CHANGLUN
Ditulis oleh Dr. Fuh!!
Rating Blog 5 dari 5

Fuh!! amacam?nak lagi?kalau nak tengok/baca entry macam ni lagi boleh clik pada kategori di sidebar sebelah kanan. Kalau nak copy mohon nyatakan sumber dan backlink kan ke entry ini. http://www.fuh.my/2012/10/tergempar-2-peragut-disembelih-hidup.html. Fuh!! Harap maklom .

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Pelacur Budak Sekolah <b>Di Kulim</b> Dibela Oleh PAS Kedah? | Keris 7 <b>...</b>

Posted: 05 Nov 2012 01:38 AM PST

Semakin hari gejala sebegini semakin parah dikalangan anak bangsa Melayu. Mengapa? Tidak nampak penyelesaian? InsyaAllah akan kita sama-sama fikrikan untuk membendung polemik ini kelak.

KULIM - Permasalahan remaja, terutama dalam kalangan pelajar perempuan berusia 14 hingga 17 tahun semakin membimbangkan kerana ada dalam kalangan mereka sudah bergelar ibu ayam.

Sinar Harian sempat menemu bual seorang pelajar berusia 17 tahun yang masih bersekolah dan dia hanya mahu dikenali sebagai Jaja.

Menurutnya, sebelum ini dia pernah dirogol ahli keluarganya, bagaimanapun perkara itu dirahsiakan kerana tidak mahu dimarahi ibunya.

Perlakuan sumbang mahram itu berterusan sehingga dia sendiri berasa seronok dan sering bertukar pasangan melakukan hubungan seks dengan sesiapa sahaja.

Ketika berusia 16 tahun, hubungannya dengan mat rempit semakin luas kerana sering menunggang motosikal bersama mereka.

Ini membuatkan dia semakin ghairah untuk mendapatkan wang, malah setiap pelajar yang berhadapan dengan masalah kewangan akan berjumpa dengannya dan meminta supaya dicarikan pelanggan untuk dilayan.

"Selalunya saya akan mengenakan bayaran RM150 hingga RM200 kepada mana-mana mat rempit yang ingin melakukan hubungan seks dengan mereka.
"Dari jumlah itu saya hanya mengambil RM50 sahaja. Kebanyakan mereka terlibat dalam kegiatan ini terdiri daripada remaja miskin, berpelesiran dan lari dari rumah," katanya.

Jaja berkata, remaja bawah umur bukan sahaja ditiduri mat rempit, malah ada dalam kalangan mereka yang lebih dewasa juga ingin meniduri mereka.

atanya, setiap remaja perempuan yang ingin melakukan kerja itu mesti pernah melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya dengan teman lelaki mereka.

"Ini kerana kebanyakan lelaki tidak mahu melakukan hubungan seks dengan remaja yang masih dara kerana bimbang akan timbul sebarang masalah," katanya.

Bagi mat rempit, pelajar yang pernah melakukan hubungan seks mudah dipujuk kerana apa yang dilakukan dibayar berbanding melakukan hubungan seks dengan kekasih dilakukan secara percuma.

Menurutnya, terdapat beberapa cara memastikan remaja perempuan tidak mengandung antaranya memakan ubat, memakai kondom dan sebagainya.

Bagaimanapun, jika ada dalam kalangan mereka yang hamil, dia mendapatkan nasihat seorang teman untuk membeli ubat RM400 untuk menggugurkan kandungan.

Bagi remaja perempuan yang tidak ada modal untuk menggugurkan kandungan, mereka terpaksa tinggal bersama teman lain sehingga bersalin dan bayi itu akan dijual dengan harga RM5,000 hingga RM10,000, termasuk wang rawatan sebelum dan selepas bersalin.

"Sekarang ada beberapa pelajar hamil dan masih bersekolah. Ada antaranya berusia 14 tahun. Perut mereka lambat membesar kerana badan mereka kecil.

Jaja berkata, ketika kandungan berusia lima bulan, pasangan yang ingin membeli bayi itu harus membawa pelajar terbabit untuk membuat pemeriksaan bagi mengesahkan jantina bayi dalam kandungan.

"Sekiranya bersetuju, pasangan itu akan membawa remaja itu tinggal bersama mereka sehingga bersalin. Kerana itu ada dalam kalangan mereka yang lari dari rumah dan balik ke pangkuan keluarga setelah hampir setahun melarikan diri," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, perlakuan memperdagangkan manusia satu kesalahan jenayah serius yang boleh dihukum penjara.

Menurutnya, sehingga kini perlakuan seks yang dilakukan terhadap mana-mana remaja perempuan bawah umur akan diklasifikasikan sebagai rogol.

Mereka yang melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur boleh dikenakan hukuman penjara dan sebatan.

"Permasalahan remaja hari ini sememangnya membimbangkan. Kebanyakan dari mereka terlalu terpengaruh dengan janji kekasih.

"Apabila ini berlaku, remaja perempuan khususnya sanggup meninggalkan keluarga walaupun baru berusia 14 tahun," katanya. - 

SINAR HARIAN
K7L : Kesian sebenarnya..kecik-kecik dah bertindan dosanya..

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Terkini (Patut Baca) !!! Kerajaan <b>Negeri Kedah</b> Dapat Malu <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2012 04:20 PM PST


imgr = new Array();
imgr[0] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";
imgr[1] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";
imgr[2] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";
imgr[3] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";
imgr[4] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";

showRandomImg = true;
boxwidth = 220;
cellspacing = 8;
borderColor = "#ffffff";
bgTD = "#000000";
thumbwidth = 10;
thumbheight = 10;
fntsize = 8;
acolor = "#666";
aBold = true;
icon = " ";
text = "comments";
showPostDate = false;
summaryPost = 40;
summaryFontsize = 8;
summaryColor = "#666";
icon2 = " ";
numposts = 5;
home_page = "http://www.unitmediakedah.blogspot.com/";

Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


Rumah Kayu Terbakar <b>Di Sik</b> - PjO putrajaya-online

Posted: 25 Oct 2012 11:05 PM PDT

SIK - Sebuah rumah kayu di Kampung Kuala Temin, Mukim Jeneri dekat sini musnah dalam satu kebakaran awal Khamis.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sik Pegawai Bomba Kanan I Hanapi Azizan berkata rumah berkenaan didiami Mahmud Man, 59, bersama isteri dan tiga anak sejak lebih 30 tahun lalu.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.45 pagi dan memulakan operasi pada pukul 4.27 pagi. Sebanyak dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sik dengan kekuatan 12 anggota, digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kita turut mendapat bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Yan dengan kekuatan enam anggota dan pasukan bomba sukarela Pekan Jeniang dengan kekuatan empat anggota. Operasi tamat pada pukul 5.13 pagi," kata beliau.

Katanya tiada kecederaan dilaporkan. - BERNAMA

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


BERITA GEMPAR BENAR BERGAMBAR!!!!!... - Omak Kau!!!!

Posted: 31 Oct 2012 06:55 AM PDT

BIAR GAMBAR MENJADI SAKSI BERBICARA!!!!

Suasana pagi tadi di Tg Dawai, Merbuk, Kedah, sempena lawatan rasmi Najib Razak disana.

Beliau hanya disambut oleh budak-budak tadika dan murid-murid sekolah rendah sahaja selain beberapa kerat warga dewasa.

Budak-budak tadika dan sekolah rendah ini diarah kibarkan jalur gemilang dan bawa sepanduk tulis I LOVE PM,,,,SELAMAT DATANG PM.. WE LOVE U...
Budak yang langsung tak tahu apa benda ini dipergunakan oleh para pemimpin UMNO bagi menunjukkan kononnya rakyat Kedah amat sayang dan menyokong Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia.

Warga dewasa yang tahu erti dan makna I love PM dan We Love PM langsung tak terlioq nak pegang placard..

Lepas itu kecoh dan heboh satu dunia,kononnya  Kedah bakal jatuh ketangan UMNO semula pada PRU 13 nanti.

JELAS SEKALI UMNO MENYALAH GUNAKAN MURID-MURID SEKOLAH TERMASUK MURID TADIKA DEMI POLITIK SEMPIT MEREKA!!!!!

UMNO DAH TERDESAK....HANYA PARTI NAZAK AKAN LAKUKAN KERJA-KERJA TERDESAK!!!

UMNO TUMBANG... ISLAM DAN MELAYU GEMILANG.....UMNO TERSUNGKUR.. NEGARA MAKMUR....UMNO TIADA... ISLAM TIDAK LAGI DIHINA... UMNO KECUNDANG... RAKYAT SENANG.

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


sumijellymanis: Raya Kami Bhg. 3 : Merayap <b>di Yan, Kedah</b>.

Posted: 24 Sep 2012 01:11 AM PDT


Sambung lagi cerita raya.  Raya dah berlalu pergi, tapi masih lagi nak cerita.  Masih menggunakan alasan cuti raya yang lama di kampung.   En WTT bawak kami berjalan-jalan lagi.  Yang ni kejadian pada raya ke bila aku tak berapa ingat tapi rasanya raya ke belas-belas  dah.   
Daerah Yan dengan Sik ni pun tak jauh  sebenarnya, kalo jalan clear lebih kurang setengah jam ke 45 minit sampai dah..  Sepanjang hidup, ini pertama kali aku jejak kaki ke kawasan Yan ni, nama saja orang Kedah. Sedih bunyinya. Hehehe
Luas  jugak daerah Yan ,  dia macam  gabungan tiga pemandangan indah yang berlapis-lapis.  Di hujung sana  ada gunung-gunung, di tengah-tengahnya sawah padi dan jugak pantai…  Yang pasti Yan ni banyak kawasan perkelahan dan air terjun yang sungguh cantik.  Sangat menggoda naluri semulajadi mak yang sukakan air nih tapi oleh kerana terpapar papan tanda memberi amaran tentang gejala-gejala penyakit kencing tikus, terus termati nafsu nak mandi manda di situ.  Kami hanya tengok-tengok saja sambil menikmati keindahan alam sekitar.   Terkagum sebentar mak dibuatnya.  Chalet-chalet jugak banyak didirikan untuk para pelanciong yang ingin menetap di sana, sambil menikmati udara sejuk dan redup. 
 



  
 
 
 
Tapi sat sebelum tu nak tunjuk satu gambar yang buat aku terkagum-kagum dan rasa nak balik pindah dok Kedah time tu jugak…
Ni ada dua plastik cucoq ni, satu cucoq pisang satu lagi cucoq cempedak.  Dua-dua aku beli RM2 setiap satu.  Kiranya cucoq pisang RM2, cucoq cempedak RM2.  Bukak plastik terus macam wahhhh gila banyak.. Kira punya kira.. sekeping cucoq pisang bersamaan dengan sekupang.  Gila kagum wei… macam tu jugak dengan cucoq cempedak.  Dengan RM4 kami dapat 20 keping cucoq pisang dan 18 bijik cucoq cempedak.  AKu doakan murah rezeki makcik penjual cucoq2 nih! Amin…  Kat sini mana nak dapat rega tu.. Yang selalu dok tengok kat pasar malam belah-belah sini, cucoq pisang RM1 dpt 4 keping, manakala cucoq cempedak sebijik 40c. 
Tapi cucoq ni bukan beli kat Yan la, yang ni beli kat Baling.  Depan sekolah berhampiran dengan jalan masuk nak ke Air Panas Ulu Legong tu.. hehehe.  OK sori mak terkeluar dari landasan penceritaan hari ni.  Aku tak mampu nak menyekat keterujaan menceritakan perihal cucoq tersebut dalam entry kali ni..
Dan pasal Yan tu, nanti aku citer pelan-pelan ya… aku dah tak mampu nak menaip or bercerita kerana tetiba lapaq cucoq pisang dan cempedak.  Nyesal plak cerita.. hihihi !