ads

Isnin, 12 November 2012

02 di changlun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di changlun - Google Blog Search


Maybank baru dibuka <b>di Changlun</b> | Di Luar Lingkungan...

Posted: 09 Nov 2012 02:29 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Petang tadi saya meminjam kereta Afiq Khalid untuk ke Changlun (sesetengah mengeja 'Changloon') untuk urusan peribadi. Jalan-jalan lah saya pada hari ini kerana pada pagi tadi, saya menghantar abang Borhan dan ...

02 di kulim - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


KPDNKK Rampas 1,250 Liter Diesel <b>Di Kulim</b> | MyNewsHub

Posted: 20 Sep 2012 11:58 PM PDT

KULIM – Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) Kulim, merampas 1,250 liter diesel subsidi daripada sebuah lori ketika pemandunya mengisi minyak di Taman Lobak dekat sini pada Khamis.

Ketua Bahagian itu, Roffa Mat berkata, diesel bernilai lebih RM2,000 itu ditemui tersimpan dalam sebuah tangki kaca gentian yang dipasang dan diubahsuai pada sebuah lori tiga tan kira-kira pukul 10.30 pagi.

Roffa berkata, pemeriksaan awal mendapati lori berkenaan dari Changlun dan pemandunya yang berusia 53 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Lori yang diubahsuai ini dilitupi rapi dengan kanvas bagi melindungi tangki kaca gentian itu. Selepas mengisi minyak pada tangki asal lori, mesin penyedut automatik digunakan untuk menyedut minyak daripada tangki asal ke tangki besar yang diubahsuai," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya kini masih memantau kegiatan itu kerana daripadaintipan yang dibuat, terdapat beberapa sindiket sama beroperasi sekitar PulauPinang dan Kedah Selatan.

Roffa memberitahu bahawa kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM250,000. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

02 di kuala kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Azrul 3R: PROGRAM 3R <b>DI</b> MASJID AMAN, <b>KUALA KEDAH</b>, ALOR <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2012 06:08 AM PST

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI MASJID AMAN, KUALA KEDAH, ALOR SETAR




Program 3R secara amal jariah dijalankan sekali lagi di Masjid Aman yang dianjurkan oleh pihak PPSPPA Negeri Kedah diketuai oleh En Mohd Azrul Bin Azmi selepas kutipan di Wisma Darul Aman dan Komuniti Taman Teratai Jingga, Fasa 2 pada 11 November 2012. Sisa pepejal yang boleh dikitar semula ini dikumpul dan diasingkan oleh pihak Koperasi Masjid Aman dan ditimbang serta dijual oleh vendor yang berdekatan. Sebanyak 44 kg kotak terpakai dan 1.5 kg botol-botol plastik ditimbang dan dijual menghasilkan sejumlah RM 13.37 dan diberikan kepada pihak koperasi masjid. Program 3R ini bukan sahaja membersihkan kawasan masjid, bahkan menjadi suatu aktiviti amal jariah yang membuahkan pahala berlipat ganda kepada sesiapa yang terlibat membersihkan kawasan masjid. Ini boleh dijadikan suatu pengajaran buat generasi muda untuk menghargai dan menjaga kebersihan dan keceriaan masjid kita. 

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Gieyana.Com ®: Sepetang bersama <b>di Tanjung Dawai</b>, Kedah

Posted: 07 Oct 2012 06:07 PM PDT




Best makan seafood kat sini. Nanti saya buat full review yer... ^_~

02 di jerai kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jerai kedah - Google Blog Search


Pendang Kini!!: HOT KINI : PAS <b>JERAI</b> BAKAL HANCUR !! ORANG <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2012 11:27 PM PST


Bekas Ketua Pemuda PAS Kedah iaitu Haji Najib Fahmi Haji Yahya berkata beliau takut apa yang berlaku di Kedah dan juga belaku pada PAS Pusat yang sudah lari dari landasan sebenar. Haji Fahmi juga antara orang kuat Sekolah Pondok Pak Ya atau Madrasah Taufikiah Khairiah Al- Halimiah di Jerai, Kedah dan orang kuat PAS Jerai dan PAS Kedah.

jeraitv: AL-KISAH <b>JERAI KEDAH</b> DArUL AMAN

Posted: 29 Oct 2012 12:44 AM PDT



Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya setinggi 2,107 meter.

Gunung Jerai boleh dilihat dari Hotel E & O di Pulau Pinang kerana jarak dari Butterworth ke Gunung Jerai cuma 50 kilometer sahaja.

Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.

Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya diPulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.


Gunung Rekreasi

Gunung Jerai menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semulajadi. Terdapat kepelbagaian tumbuh-tumbuhan tropika yang termasuk kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.

Dari Butterworth mengikut jalan persekutuan (1), memandu ke Sungai Petani, melalui Bedong, Kedah. Kemudian ke Gurun. Dari sana ada jalan tar menuju ke stesen radio sepanjang 11 km. Ada sebuah hotel di sana yang sekarang telah diambil alih dan dinamakan The Regency Jerai Hill Resort. Ada tapak perkhemahan dan tapak perkelahan di pertengahan jalan.
Mengikut Lebuhraya Utara-Selatan PLUS, dari Tol Sg. Dua, Prai menuju utara dan keluar di Exit Gurun. Belok kiri selepas tol, kemudian belok kanan di simpang lampu trafik.
Dari utara melalui Guar Chempedak, Yan Kecil dan ke Yan Besar . Anda dakilah dari Yan Besar melalui trak lama.

Dari puncak akan kelihatan permandangan indah negeri Kedah terutama permandangan sawah padi yang luas terbentang bak saujana mata memandang.
1884 telah ada kerja-kerja memecah batu di atas puncak Gunung Jerai . Sebuah bangunan misteri terdapat di sana dipercayai 1000 tahun. Binaan ini tidak dketahui oleh kebanyakan penduduk tempatan. Kini binaan tersebut telah hampir dimusnahkan oleh kerja-kerja meratakan tapak bagi stesen radio.

02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


MaYa MustWany: Bercuti <b>di Langkawi</b>

Posted: 18 Sep 2012 11:41 PM PDT


Entah pe la mimpi update blog kan? dah naik bersawang dah blog ni..maaf dah lama tak blogwalking blog korang..sejak kerja memang teruz menyepi dalam dunia blog ni. Yela pergi kerja pagi, balik malam. Penat, sampaikan tertido depan netbook. Mas sendiri dah tak jadi 'Pengomen Tegar' bak kata Lyssa & Fizzy

La ni, Mas nak share cerita BERCUTI DI LANGKAWI. Ingat lagi tak, bulan 5 hari tuh, Mas pergi bercuti bersama keluarga? haaaa bayangkan sekarang ni dah bulan 9..baru nak update. hihihi.. maaf ~

Ok, nak shortkan story..

Mula-mula kami tidur rumah family Abang Long Mas kat Dengkil. Jarak dekat sikit, lagipun senang berkumpul sekali. Semua ahli ada kecuali family Abang Ngah Mas. Kami bertolak lepas subuh. Dalam 45minit dah sampai di Langkawi.


Masa kami mahu berlepas, kami teringin nak bergambar satu keluarga kat kawasan lapangan terbang. Hanya satu je, ada la seorang lelaki encem datang nak tolong snapkan picture kami, alih-alih kami ditengking pekerja Air Asia. Tak bagi peluang langsung, tak beradab. Serious menyirap dengan pekerja lelaki tuh. Kami tahu perbuatan kami salah, tapi tak boleh ke cakap sopan? Please Air Asia, ajar para pekerja bersopan santun!

Sampai je, terus ambik kereta dan isi perut dulu. Lepas breakfast baru pergi tempat yang Mas memang teringinnnnn sangat nak pergi, iaitu- CABLE CAR! kat Oriental Village.

Perasaan memang best la time tuh. SubhanaAllah cantik sungguh permandangan dari atas. Mak & abah tak naik, takut. Akak Mas mula-mula tak nak, tapi lepas dipujuk, baru la dia kuatkan semangat.

Kalau nak diikutkan, de je macam-macam aktiviti nak buat tapi alih-alih semua dok sakan bershopping kat Idaman Suri, Hj Ismail & Minyak Gamat.

Apa-apa pun, kami tak lepaskan peluang bergambar di Dataran Helang.

Percutian kami 3hari 2Malam, selesai dengan gembira..

# Kedai Makan Selera Petani- terbaek. Murah & sedap.

# Ada kedai makan tepi jalan dekat area tempat Minyak Gamat- sedap, layanan yang sangat peramah & murah.

# Kedai makan sebelah kiri Idaman Suri, layanan teruk, siap jeling, masam & marah bila ditanya, mahal & tak sedap.

# Kenapa yea pekerja Idaman Suri jenis muka masam-masam je? susah ke nak senyum?


02 di yan kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di yan kedah - Google Blog Search


Asrama lelaki SMA Nahdzah <b>di Yan, Kedah</b> terbakar | :: cina islam <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2012 02:07 AM PST

1 Rabiul awal 1433H. [MOD] -
YAN: Sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdzah, Bukit Besar dekat sini musnah dalam satu kebakaran pada jam 12.40 tengah hari tadi dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.
Pengetua sekolah, Adnan Osman, berkata pihak sekolah menyedari kejadian itu selepas seorang jiran yang tinggal berdekatan sekolah memaklumkan kepada pengawal keselamatan mengenai asap tebal dari arah kawasan blok asrama lelaki sekolah berkenaan.
Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, Adnan berkata, ketika kejadian berlaku tiada pelajar berada di sekolah kerana semua sedang bercuti sempena Tahun Baru Cina.
"Saya sangat bersyukur semasa kejadian ini berlaku sekolah masih bercuti dan tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku, cuma yang terbakar adalah katil, tilam serta buku sekolah saja," katanya.
Katanya, blok asrama lelaki sekolah itu mempunyai 14 buah bilik iaitu tujuh bilik di tingkat atas manakala tujuh lagi di tingkat bawah dan bilik asrama lelaki yang terbakar itu menempatkan 10 pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga dan Empat.
Sekolah itu adalah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan mempunyai 710 pelajar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Abdul Muin Ayob yang mengetuai operasi memadam kebakaran berkata, bomba menerima panggilan pada jam 12.40 tengah hari dan 11 anggota bomba bersama dua jentera tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
Katanya, api dapat dipadam sepenuhnya pada jam 1.30 tengah hari dan punca kejadian sedang disiasat.
Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, yang melawat kawasan kejadian menghulurkan sumbangan kepada pengetua sekolah bagi meringankan beban pihak sekolah untuk membaik pulih asrama itu. - BERNAMA

02 di kulim - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


SERAM: Hantu TANPA KEPALA <b>di Kulim</b> | Que Achmad menulis...

Posted: 13 Oct 2012 04:30 PM PDT

Gambar Hiasan – Hantu tanpa kepala yang sering menggangu penduduk Kulim
Ada dalam kalangan kita menolak kewujudan alam misteri dan mistik. Tidak kurang yang menyatakan ia hanya tahyul dan tidak seharusnya dipercayai. Bagi penduduk Terap Daerah Kulim Kedah, penemuan mayat tiga beradik tanpa kepala beberapa tahun lalu, meninggalkan kesan kepada mereka apabila jelmaan hantu lembaga tanpa kepala sering ditemui berdiri di tepi jalan apabila menjelang waktu tengah malam terutama ketika waktu hujan.
Ada juga penduduk kampung yang pernah melihat lembaga itu pada waktu pagi, terutama yang bekerja di ladang getah. Seorang Penoreh Getah, En. Abu Hassan Ismail yang tinggal di Terap sejak 54 tahun lalu berkata, hanya mereka yang pernah bertemu dengan lembaga hantu itu sahaja akan mempercayai kewujudannya. Menurutnya, sehingga kini, ramai penduduk sudah melihat sendiri dan ada antara mereka yang sampai demam kerana terkejut.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
"Sekitar tahun 2007 dan 2008, penduduk kawasan ini digemparkan dengan penemuan mayat tiga beradik tanpa kepala di dalam kawasan ladang getah. Mereka dipercayai dibunuh di tempat lain dan mayat mereka dibuang disini."
"Selepas kejadian itu berlaku, ada penduduk kampung, terutama penoreh getah yang keluar bekerja seawal jam 4 pagi, ternampak lembaga tanpa kepala berdiri di tepi pagar kawasan ladang atau di tepi jalan. Sejak itu laluan dari Terap ke Sungai Tengas dikatakan berpuaka" kata En.Abu Hassan.
Sementara itu, seorang penggemar burung yang sering masuk ke kawasan hutan berdekatan berkata, dia turut menemui lembaga itu kira-kira jam 12 tengah hari. Ketika sedang leka mengunggu, dengan tiba-tiba burung yang dijadikan umpan bertukar menjadi liar. Sedang dalam kehairanan itu, dia merasa seram sejuk dan seakan ada orang sedang memerhati. Apabila dia menoleh ke belakang, lembaga hantu tidak berkepala itu telah ada di belakangnya.

Selain itu, kawasan misteri berkenaan juga sering berlaku kemalangan. Penunggang motosikal, pemandu kereta, bahkan pemandu lori treler juga dilaporkan sering terbabas kerana cuba mengelak daripada lembaga tidak berkepala yang sedang melintas jalan. Anggota-anggota polis dari Pondok Polis Terap yang sering membuat rondaan juga menyatakan yang kawasan berkenaan amat menyeramkan terutama apabila tiba di puncak bukit.

* Okeylah, untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved