Rabu, 21 November 2012

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


Mahfuz, Elok Tengok-Tengok Sama Port Dadah Ayam Laga <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2012 02:43 AM PDT

image (2)

Mahfuz Omar, nama yang sangat 'hebat'! Bukan kerana hebatnya dia bekerja atau menjalankan amanah selaku Ahli Parlimen atau wakil rakyat, tetapi hebatnya dia kerana dia sentiasa terlalu sibuk dengan pelbagai isu yang langsung tiada kena-mengena dengannya. Hebatnya Mahfuz Omar sekarang ini ialah bagaimana dia berusaha untuk menjatuhkan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak yang digelarkannya sebagai ORANG TUA BERPENYAKIT.

Sebelum ini, dia terlupa bahawa dia hanyalah Ahli Parlimen Pokok Sena dan bukannya Menteri Besar Kedah mahupun Pesuruhjaya PAS Kedah. Dia bercakap dan memberikan kenyataan mendahului Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya PAS Kedah. Akalnya agak berkurangan dalam hal ini. Hari ini, berita tentang penangkapan dan penahanan 39 orang penagih dadah di Kampung Baru, Lesong, Pokok Sena telah tersiar. Daripada Mahfuz Omar menyibuk tentang hal-hal lain, ada baiknya kalau dia melihat-lihat dan melawat-lawat kawasan yang diwakilinya. Bukankah salah seorang anak lelakinya pernah dipenjarakan kerana kesalahan narkotik di Penjara Alor Star tidak lama dahulu? Takkanlah kerana anaknya terperangkap dan jatuh ke lembah dadah, maka Lebai Mahfuz Omar nak semua orang lain terlibat sama kut? Bukankah antara tugas Ahli Parlimen ialah jaga rakyat? Takkanlah benda-benda sebegitu pun, Mahfuz Omar tak boleh nak jaga? Sekurang-kurangnya bagilah bantuan kepada PDRM yang bertungkus lumus mengejar, menahan, bahkan ada yang tercedera diserang oleh penagih dan tokan dadah di Pokok Sena. BERITA SELANJUTNYA BACA DI SINI

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


MPP Online: Isteri orang kantoi berasmara dalam van <b>di Kulim</b> <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2012 08:11 PM PDT

Seorang wanita beranak enam berusia 36 tahun ditahan bersama pasangannya di dalam sebuah van pekerja yang diletakkan di tempat gelap dan dalam keadaan enjin dimatikan di belakang sebuah stesen minyak di kawasan Taman Selasih Zon Dua, Kulim Kedah, kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Ketua Skim Rondaan Sukarela (SRS) Komuniti, Rizal Md Saad berkata, dia bersama anggota polis dan ahli SRS pergi ke tempat kejadian selepas menerima aduan penduduk.

Menurutnya, ketika pemeriksaan, polis mendapati pasangan lelaki yang bekerja sebagai pemandu van berusia 26 tahun dan masih bujang berbaring di kerusi pemandu, manakala pasangannya duduk di kerusi penumpang.

"Selain itu terdapat kesan lebam di leher pasangan perempuan, manakala tudungnya sudah dibuka. Pemeriksaan mendapati kedua-dua bukan mahram.

"Pasangan terbabit memberikan pelbagai alasan elak ditahan dan mereka dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut," katanya.

Kedua-dua pasangan itu kemudiannya diserahkan kepada pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) untuk tindakan lanjut.

Rizal berkata, sehingga hari ini, ramai pasangan kekasih yang menjadikan stesen minyak itu sebagai tempat melakukan perbuatan maksiat.

"Kami tidak akan berkompromi atau menanggung dosa mereka terlibat, sekiranya tidak mengambil tindakan terhadap mana-mana pasangan yang melakukan maksiat di kawasan taman perumahan kami.

"Saya menasihatkan mereka supaya jangan melakukan perbuatan terkutuk itu di sini dan mencemarkan imej penduduk Taman Selasih," katanya.

Beliau berkata, sekiranya mereka merasakan alam percintaan mereka itu tidak dapat dikawal lagi, beliau menasihatkan mereka agar segera bernikah.

"Dengan cara ini mereka dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan mungkar," katanya.

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


tinta pelangi hasyafiy: The Carnival <b>Sungai Petani</b>

Posted: 02 Nov 2012 08:02 PM PDT


The Carnival Sungai Petani merupakan taman tema air yang terbesar di Sungai Petani ( rasanya hanya yang ini satu je kat sini....hehehe ). Pasti orang Sungai Petani rasa bangga kan ?

Jarak dari pusat bandar dalam 5 km dan ianya terletak di kawasan Cinta Sayang Resort. Kalau daripada Plus Highway Utara Selatan, kita kena ambil exit Sungai Petani Utara ( Sg Petani dan Sg Lalang ), pastu belok kekiri  ( Kat traffic-light ) dan memandu terus je hingga jumpa signboard ke Hospital Sultan Abdul Halim ( sebelah sampai sini kena tempuh 2 traffic light), pastu ambil kiri. Jalan terus je hingga jumpa Hospital Sultan Abdul Halim ( terletak disebelah kiri ). Bila sampai di traffic-light selepas hospital, ambil sebelah kanan dan jalan terus je sampai jumpa The Carnival disebelah kanan. Maka anda sudah sampai di The Carnival.

Tempat parking rasanya tidak perlu bimbang kerana luas juga tempat parking yang disediakan dan kat kiri jalan pun boleh parking tapi kalau kena saman, bayar sendirilah.

Sebelum masuk tu kena beli tiket dulu. Seeloknya booking online...boleh dapat murah lagi. Kami haritu dapat dalam RM 18/pax online booking. Kalau tidak dalam RM 25/ pax. Jauh beza juga untuk orang-orang yang pergi  cara rombongan Cik Kiah.

Seperti biasa, setiap theme park tidak membenarkan makanan dan minuman luar di bawa masuk. Di sini pun tidak terkecuali, setiap beg akan diperiksa satu persatu. Tapi pekerjanya memang berhemah dan bersopan-santun. Ini memang patut dipuji. Tempatnya tidak terlampau besar. Rasanya 15 minit dah habis round satu kawasan ni. Kalau bawa kanak-kanak memang sesuai kerana mudah nak jaga dan tidak banyak tempat mandi.

Kalau weekday, lagi sesuai sebab orang tidak ramai jadi boleh main dan mandi-manda sepuasnya. Di dalam theme parak terdapat gerai makanan yang menjual aneka minuman dan makanan. Jadi kita takkan berlapar kat sini. Harga tu bolehlah...berpatutan.

Ada setengah kolam tu, airnya berkeladak sikit dan banyak daun-daun yang terapung, ranting-ranting kayu yang tenggelam di dalam air yang mana mencacatkan mood untuk mandi. Part ni, pihak pengurusan patut ambil tindakan segera.

Bagi aku, tempat ni tiada apa yang istimewa sangat. Kalau tidak pergi pun tidak apa dan kalau pergi pun boleh juga. Biasa-biasa je. Kalau orang KL tu nak turun Sungai Petani disebabkan nak pergi ke The Carnival, memang tidak berbaloi langsung. Salah satu promosi dia orang. Kalau harga tiket murah tu...bolehlah juga pergi sekali-sekali kerana tiada pilihan lain di Sungai Petani.

Selamat mandi- manda dan enjoy.

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Mengapa 31.8% Agensi Kerajaan <b>Negeri Kedah</b> Takut Kemukakan <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2012 12:12 AM PDT

Kerajaan 'Islam' PAS negeri Kedah nampaknya tidak mampu membuktikan integriti dan ketelusan yang tinggi sepertimana yang dikehendaki dalam Islam.  Walaupun, laporan audit negeri secara umumnya direkod sebagai memuaskan, namun ia wajar dipersoal atau ditolak memandangkan masih ada 31.8% dari 22 agensi-agensi kerajaan negeri gagal mengemukakan penyata kewangan mengikut masa yang ditetapkan.  Kegagalan ini menyebabkan kita musykil sama ada terdapat sesuatu yang cuba disembunyikan atau sekadar kelemahan pihak yang terbabit.

Walau bagaimanapun, secara keseluruhan kedudukan ini adalah lebih baik dari tahun lalu di mana lebih 43% dari agensi kerajaan negeri gagal mengemukakan penyata kewangan pada tarikh ditetapkan.  

Namun begitu, peningkatan ini masih tidak menggambarkan sebarang penambahbaikan dari segi kecekapan kerana daripada 17 Jabatan/Agensi Negeri dinilai pencapaian pengurusan, hanya 3 Agensi Negeri berada pada tahap sangat baik dengan diberi penarafan 4 Bintang.

Manakala 12 Jabatan/Agensi Negeri berada pada tahap baik dengan penarafan 3 Bintang. 2 Jabatan Negeri iaitu Majlis Daerah Pendang dan Pejabat Daerah Kulim pula berada pada tahap memuaskan dengan penarafan 2 Bintang.

Kerajaan Negeri Kedah juga pada tahun 2011 masih mengekalkan perbelanjaan defisit sama seperti tahun-tahun sebelumnya.  Penyata Kedudukan Kewangan pula menunjukkan jumlah RM252.36 juta iaitu penurunan sejumlah RM75.92 juta atau 23.1% berbanding RM328.28 juta pada tahun 2010.

Lebihan pendapatan semasa dicatatkan pada angka RM2.39 juta iaitu penurunan sejumlah RM20.11 juta. 

Kegagalan pelaksanaan beberapa projek utama oleh anak syarikat dibawah Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) merupakan salah satu punca kerajaan negeri mencatat kerugian.  Projek-projek seperti pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea, Projek 99 East di Lankawi serta projek udang kerpan, tanaman getah dan kelapa sawit semuanya mencatatkan kerugian dengan nota audit yang menyatakan kelemahan dari segi perlaksanaan, perjanjian dan pemantauan.  

Nampaknya, ini adalah bukti jelas bahawa kepimpinan Ulama PAS di Kedah telah tidak mampu untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik dari kepimpinan bukan Ulama di negeri-negeri lain.  

Namun, apa yang lebih mengejutkan dari laporan audit Kedah ialah apabila terdedahnya bagaimana Kerajaan PAS Kedah telah membayar RM2.55 juta kepada 5 kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi melaksanakan projek Taman Seri Gemilang, Flat Seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat simpang Kuala, Flat tongakng Yard dan Taman Kota Nelayan.  

Lebih dahsyat lagi ialah apabila didapati bahawa Pengarah yang bagi lima syarikat pembinaan tersebut mempunyai hubungan keluarga antara satu sama lain.  Tidak cukup dengan itu, pembayaran kepada kontraktor-kontraktor pula menunjukkan ketidaktelusan yang serius di mana RM500,000 telah dibayar dengan menggunakan nama syarikat lain serta tuntutan-tuntutan yang dibuat secara berulang.  

Jelas, apa yang dikatakan kepimpinan Ulama atau kerajaan yang telus yang diwar-warkan oleh Pakatan Rakyat hanyalah satu hipokrasi tahap tertinggi.  

Sedangkan hakikatnya, kerajaan PAS Kedah selama ini berselindung di sebalik papan-tanda 'Islam' di sekitar negeri Kedah yang menggunakan tulisan jawi dan hanya memaparkan wanita yang menutup aurat.  Namun, di sebalik papan-tanda tersebut, telah berlakunya amalan kronisme dan rasuah yang berleluasa selain kelemahan dan ketidakcekapan yang ketara sepertimana yang direkodkan dalam teguran oleh Jabatan Audit Negara.

BERUANG BIRU  

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Kota <b>Kuala Kedah</b> – Pelabuhan Jadi Saksi, Dermaga Tua Menanti <b>...</b>

Posted: 07 Nov 2012 06:24 AM PST

Percutian saya macam pertukaran mata pelajaran di sekolah pula.  Kalau dari entri pertama kami anak beranak mengenal matapelajaran Geografi dengan melihat pembentukan Stalaktit dan Stalagmit di Gua Tempurung, kali ini kami sekeluarga menjejak memasuki kelas Sejarah di Kota Kuala Kedah.

Tagline blog ini adalah kisah hidup yang terlalu indah untuk dibiar tanpa erti… jadi, inilah kisahnya!

Selepas turun dari Gunung Jerai dan merempit di  Jambatan Pulau Bunting di Yan , Kedah kami meneruskan perjalanan percutian ke Kuala Kedah. Tujuannya adalah untuk melawat Muzium Kota Kuala Kedah. Sesiapa yang mengikut blog kehidupan ini tentu saja tahu bahawa kami sekeluarga adalah peminat dan pengunjung muzium yang tegar. Tiap tempat percutian, kami sebolehnya akan mencari tempat warisan sejarah.

Sepanjang tahun 2012 ini saya telah melawat Memorial Batu Bersurat Terengganu di Kuala Berang Terengganu,  Muzium Warisan Kuala Lipis, Muzium Felda Lurah Bilut, Bentong Pahang , Muzium Perang Bank Kerapu , Kota Bharu Kelantan termasuk beberapa tempat lain yang tidak kurang juga kisah sejarahnya.

jambatan tok pasai, kuala kedah

Jambatan Tok Pasai , Kuala Kedah

Untuk sampai ke Muzium Kota Kuala Kedah, kita perlu melintasi  Sungai Kedah melalui Jambatan Tok Pasai.   Jambatan Tok Pasai ini  menghubungkan Kampung Kubang Jerangau, dari Seberang Kota Kuala Kedah ke Kampung Ulu, Kuala Kedah

Muzium Kota Kuala Kedah

Muzium Kota Kuala Kedah

Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara Sungai Kedah, kira-kira 12 kilometer dari bandar Alor Setar. Kota ini merupakan satu-satunya Kota Melayu yang diperbuat daripada batu-bata yang masih kekal dan boleh dilihat hingga hari ini.

komplek muzium kuala kedah

Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium Malaysia sebagai "Tapak Tanah Bersejarah"

Mengikut sejarah, Kota Kuala Kedah  dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa dan siap pembinaanya dalam tahun 1780 semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin ibni Sultan Abdullah Mukarram Shah II. . Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato' Maharaja Kadhi.

Pintu Gerbang British.

Pintu Gerbang British

Manakala tukang-tukang mahirnya dibawa darpada India dan pada mulanya kota ini dibina menggunakan tanah liat, kayu bakau dan buluh.  Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama Pintu Gerbang Kadapuri.

lokasi muzium kota kuala kedah

Tembok menghadap ke Alor Melaka

Apabila Kedah dengan rasminya diletakkan di bawah penguasaan British pada 1909, beberapa pejabat kerajaan dibina dalam kawasan kota ini, termasuklah sebuah rumah api yang masih berfungsi sehingga ke hari ini.

Rumah api Kota Kuala Kedah

Rumah Api Kota Kuala Kedah

Kota ini pernah dimusnahkan oleh armada Acheh pada tahun 1619. Setelah diperbaiki, kota ini sekali lagi dimusnahkan oleh armada Bugis (1770) . Kota Kuala Kedah ini juga pernah diserang dan dimusnahkan oleh Armada Siam pada 12 November 1821.

merian di muzium kota kuala kedah

Meriam di sekitar Kota Kuala Kedah

Kota ini meliputi kawasan seluas 2 ekar. Pada bahagian menghala ke laut dan sungai, dua tembok dibina dan di antaranya diisikan dengan tanah, manakala bahagian belakangnya didirikan tembok selapis sahaja, Meriam-meriam besar buatan British dibeli dan dipasang pada kota yang menghala ke laut dan dua di antaranya mempunyai nama khas iaitu "Badak Berendam" dan "Katak Puru"

tembok kota kuala kedah

Kota ini dibina bertujuan sebagai benteng pertahanan Kedah

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu,  Kota Kuala Kedah  ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945.

Jambatan Tok Pasai, Kota Kuala Kedah

Jambatan Tok Pasai dilihat dari Kota Kuala Kedah

Masa lawatan ke Muzium Kota Kuala Kedah.

Sabtu – Khamis :

  • 9.00 pagi – 6.00 petang

Jumaat:

  • 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
  • 2.30 petang – 6.00 petang

Sewaktu lawatan kami awal November 2012, Galeri di bahagian tengah kota ini sedang dibaikpulih.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pengkalan Kuala Kedah

Dihadapan Kompleks Sejarah Kota Kuala Kedah terdapat bangunan tersergam milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pengkalan Kuala Kedah.

©kujie – saya tak berkongsi gambar peribadi di blog , tetapi 'Kawan Blogger'  berpeluang melihat album gambar peribadi percutian di Facebook saya.

Post Lain Yang Berkaitan:

  1. Day #2 – Puncak Tertinggi Ke Lembah Dan Lautan
  2. Muzium Warisan Kuala Lipis – Siapa Sebenarnya Bidan Perdana Menteri?
  3. Melawat Muzium Perang Bank Kerapu
  4. Kalau pergi ke Kuala Kubu, tulis nama atas batu
  5. Gambar Empangan Sungai Selangor ( Empangan Kuala Kubu Bharu ) Yang Kering

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


Alert! Wang palsu ditemui <b>di Jitra</b>... - When You Give a LiL <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2012 07:24 AM PDT

Ala2 tajuk Hairan Metro gitu..

Berita terkini:
Aku dapat duit palsu RM10 ringgit dari 2 kedai berbeza dalam masa 30 minit!. Serius tak sangka benda ni boleh terjadi kat aku yang tinggal hujung negeri kedah ni. Bukan ke kes2 gini selalu jadi kat kay ell dan kota metropolitan lain je?

Sunday (9/9/12) <---Jitra Headquarters
Jam 5.15: Aku terpacak kat depan kaunter kedai tudung di pekan Jitra dan membayar RM50 kepada cashier. Wang sebanyak RM40 (sepuluh2) dikembalikan. Seperti kebanyakkan customer yang tersangatlah senang percayakan orang...memang aku jarang or x pernah kira duit baki. Jadi tanpa ragu-ragu aku terus ke Watson utk beli barangan lain. Aku hanya sedar duit tu palsu selepas aku buat pembayaran RM10 kt watson! HOW DO I KNOW? Syukur ..adik WATSON (yang comel) yang gitau.

 Adik kata duit tu meragukan sebab xda line kilat2 kat hujungnya.( refer area yg aku letak arrow tu) Tengok2..memang sah duit yang aku bagi...100% xda line kilat2 tu. Nak kata luntur ditelan zaman...tak mungkin sebab kertasnya baru bangat!.

Yang kedua, kat area tengkolok ( btol ke nama benda tu?) ..kat duit palsu tu..ada shading kale purple. Walhal..kat duit ori..nampak merah je semua.

Yang ketiga, Bila kita hala duit palsu tu ke cahaya matahari, semua objek2 yang transparent nampak lagi jelas warnanya (kaler grey) berbanding dgn duit yg ori.

Itula 3 tips yang adik tu share dgn aku. LEpas tu aku pun teruskan misi aku yg seterusnya:

Jam 5.30p.m, Location: Fairy
Aku buat pembayaran menggunakan not RM50 utk roti, Dapat baki RM45.70. Kali ni aku cerdik sikit. Sambil on the phone dengan Mr K, aku check satu persatu not RM10 aku. Aku takde la syak apa2 pun cuma berniat nk apply ilmu baru yg aku belajar dari adik tu. Namun usaha aku tak sia2. Memang ada lagi sekeping not RM10 yang fizikalnya sama macam yg aku dpt dari kedai tudung tu. Aku terus minta adik tu tukar duit lain n inform dia suruh check duit tu dengan pihak berwajib.

Kesimpulannya, terdapat dua kedai di kawasan yang sama ada menyimpan not RM10 yg meragukan. Adakah ini bukti bahawa satu sindikit wang palsu sedang bergerak dengan aktif di Jitra? Apakah modus operandi mereka? Apekejadahnya? Aku hampir rugi RM20 dalam masa 30 minit okey!!!

Pesanan khidmat masyarakat:
Para pelanggan sekalian, sila berhati-hati ketika menerima wang baki dari para peniaga pasaraya, pasar malam dan kiosk2 yang ada disekitar anda.Pe lagi baik korang g bukak purse dan check duit korang tgk.

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


Sampaikan Mesej Raya Anda <b>di Kuala Ketil</b> dot com | Kuala Ketil

Posted: 24 Oct 2012 12:36 PM PDT

Selamat Hari Raya Aidiladha

Posted 27 days ago

Selamat Hari Raya Aidiladha

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan…

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


Konvoi Bermotosikal Kempen Cegah Jenayah <b>Di Yan, Kedah</b>

Posted: 26 Aug 2012 01:06 PM PDT

CAT Yan

YAN – Demi meningkatkan kesedaran di kalangan generasi muda tempatan mengenai jenayah, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Yan dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Parlimen Jerai telah menganjurkan Program Konvoi Bermotosikal Sempena Kempen Crime Awareness Team 2012.

Program yang julung-julung kali diadakan di peringkat daerah tersebut telah mendapat sambutan hangat di mana ia diserta oleh 60 orang peserta dari golongan belia di kawasan terbabit pada 15 Ogos yang lalu.

Selain memberi kesedaran kepada golongan muda memahami dan menyedari betapa pentingkan membanteras jenayah, program itu juga memberi penerangan tentang kesan-kesan buruk sekiranya generasi akan datang itu tidak mempedulikan tentang soal jenayah di kawasan kediaman mereka.

Di dalam program berkenaan, semua peserta memulakan konvoi bersama motosikal masing-masing sejauh kira-kira 25 kilometer bermula dari Pekan Gurun hingga tiba di lokasi akhir program tersebut iaitu di Hospital Daerah Yan, di sini.

Konvoi bermotosikal itu telah diketuai oleh Pengerusi Kelab Rakan Muda, Mohd Azwan Jamaludin, yang begitu banyak memberi sokongan untuk menjayakan program berkenaan.

Turut hadir di program tersebut ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Ku Abdul Rahman Bin Ku Ismail, yang kemudiaannya sudi merasmikan program konvoi tersebut yang diadakan di perkarangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan.

Selain beliau, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Yan, Mohamad Inshar Hj. Man juga meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan program yang memberikan banyak manfaat dan informasi berguna kepada golongan belia di kawasan itu.

Di samping itu, program berkenaan juga turut mendapat kerjasama erat dari pelbagai agensi tempatan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Yan, Pejabat Penerangan Daerah Yan, Inskill Gurun dan Penggerak Perpaduan Masyarakat Parlimen Jerai.



02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


KedahLanie.info: [Bongkar] Duduk Temerloh Undi <b>di Pendang</b> <b>...</b>

Posted: 20 Nov 2012 08:00 PM PST

Mekanik minta SPR siasat status daftar undi isteri
Wartawan Sinar Harian
21 November 2012
TEMERLOH – Seorang mekanik meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat status daftar pemilih isterinya yang didapati mengundi di dua tempat berlainan iaitu di Temerloh dan Pendang, Kedah.
Mazlan Mohd Yasin, 42, berkata dia keliru dengan apa yang dipaparkan di laman web SPR kerana isterinya tinggal di sini bersamanya.
Katanya, masalah itu disedari empat bulan lalu semasa membuat semakan daftar pemilih di laman web SPR.
Isterinya Mariani Said, 37, tidak pernah daftar mengundi sebelum ini dan inilah kali pertama dia mendaftar sebagai pemilih.
Menurutnya, perkara itu menimbulkan kekeliruan dan dia mengesyaki ada dua individu berlainan mempunyai nombor kad pengenalan sama dengan nama yang juga sama.

"Saya syak ada dua individu bernama Mariani Said memiliki nombor kad pengenalan sama iaitu isteri saya dan seorang lagi yang tidak diketahui kerana setahu saya untuk daftar dengan SPR memerlukan kita membawa kad pengenalan.
"Sekiranya benar berlaku kes kesamaan ini, saya khuatir akan timbul masalah dalam urusan pinjaman bank dan sebagainya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya Pulai, di sini.
Mazlan berkata, maklumat yang diperoleh daripada laman web SPR individu berkenaan didaftarkan mengundi di Kampung Penyarom, dalam kawasan Dun Tokai, Parlimen Pendang, Kedah.
Dia kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Temerloh dan anggota bertugas menasihatkan agar dia menukar alamat tempat mengundi.
"Tetapi saya pelik, setelah penukaran alamat dibuat  masih terdapat dua tempat mengundi berbeza pada nama yang sama manakala status permohonan menukar alamat isteri saya pula masih dalam proses," katanya.
Kata Mazlan, dia berharap hasil siasatan SPR itu nanti dapat dimaklumkan kepada dia dan isteri supaya tidak timbul kekeliruan.

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


JELAJAH IQRA BANTU 50 ORANG <b>DI JERAI</b> | Portal UMNO <b>Kedah</b>

Posted: 12 Nov 2012 08:17 AM PST

[unable to retrieve full-text content]JELAJAH IQRA BANTU 50 ORANG DI JERAI. Seramai 50 warga emas dan ibu tunggal di Pondok Hussin Dol Guar Cempedak terpilih menerima bantuan makanan melalui Program Jelajah Iqra di sini semalam. Program anjuran Penggerak ...