Jumaat, 23 November 2012

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Gambar Budak 13 Tahun Kahwin <b>Di Kulim</b> Kedah | melvister.com

Posted: 23 Nov 2012 08:11 AM PST

Panas budak 13 Tahun sudah kahwin dan ini berlaku di Kulim Kedah. Pada zaman sekarang, memang agak pelik jika ada budak yang masih lagi mentah sudah bernikah pada usia yang agak muda. Pasangan pengantin tersebut dikenali sebagai Mohd Fahmi Alias yang berusia 19 tahun manakala isterinya Nor Fariza baru berusia 13 tahun. Menurut bapa Nor Fazira,tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.

Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman lelakinya.

Pasangan ini dikatakan sudah bernikah pada 17 November lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu. Majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina pada 17 November lalu dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500.

Apapun, mungkin adalah langkah terbaik untuk pasangan ini dan dapat menghindari maksiat justeru menjerumus kepada isu pembuangan bayi.

Teruskan Membaca:

  1. Perkahwinan Syafiq (16 Tahun) Dan Yana (14 Tahun) Luar Biasa
  2. Aliff Aziz Kahwin Anne Ngasri Hujung Tahun 2012
  3. Fasha Sandha Dilamar Jejai Dan Kahwin Tahun Ini
  4. Azza Elite Kahwin Pramugara Awal Tahun Depan 2012
  5. Lisa Surihani Dan Yusry KRU Kahwin Awal Tahun 2013
  6. Gambar Seks Budak Sekolah Dalam Kelas

02 di gurun kedah - Google Blog Search

02 di gurun kedah - Google Blog Search


bancuh: Penoreh getah maut ditembak - <b>Gurun</b>, <b>Kedah</b>

Posted: 17 Sep 2012 10:40 PM PDT

SUNGAI PETANI - Seorang wanita yang bekerja sebagai penoreh getah, maut terkena tembakan yang dilepaskan sekumpulan lelaki yang terlibat dalam satu pergaduhan berhampiran rumahnya di Ladang Bukit Lembu, Gurun dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, K. Kalyani, 57, dikatakan sedang berehat di hadapan rumahnya bersama suami dan anggota keluarganya yang lain.
Suami mangsa, M. Thannimalai, 63, berkata dia terdengar deruman enjin motosikal dan kereta memasuki kawasan rumah mereka dan kumpulan lelaki itu turut membuat bising di situ.
"Saya terdengar bunyi tembakan namun tidak menyangka salah satu tembakan itu mengenai isteri saya. Saya hanya menyedari apabila melihat isteri saya, yang berada tidak jauh dari saya, jatuh dan darah mengalir laju membasahi kawasan dia rebah," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, hari ini.
Katanya salah seorang anaknya, Kathiraven, 23, turut cedera akibat ditetak kumpulan itu dan kini masih dirawat di HSAH.
"Kami tiada bermusuhan atau berhutang dengan orang dan saya memang tidak menyangka kejadian ini akan berlaku sehingga menyebabkan kematian isteri saya.
Selain Kathiraven, kami ada tiga lagi anak berusia 15, 17 dan 18 tahun," katanya.
Dua lagi mangsa cedera akibat ditetak menggunakan senjata tajam dalam kejadian berkenaan, turut dirawat di HSAH.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhubung satu kejadian rusuhan melibatkan sekumpulan 15 hingga 20 individu di Ladang Bukit Lembu pada pukul 11.45 malam.
"Pergaduhan bermula di tepi jalan, dan salah seorang mangsa yang cedera, cuba membantu saudaranya yang terlibat dalam pergaduhan itu namun kereta yang dinaikinya terbabas dan dia ditetak selepas ditarik keluar dari kereta.
"Kumpulan terbabit kemudiannya memasuki kawasan perumahan dan melepaskan tembakan mengenai pipi seorang wanita yang tinggal di situ, selain turut mencederakan anaknya menggunakan senjata tajam," katanya.
Katanya mangsa yang terkena tembakan rebah dan maut di tempat kejadian manakala tiga lelaki yang cedera, dihantar ke HSAH untuk rawatan dengan dua daripadanya dilaporkan dalam keadaan stabil.
"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kita percaya, selain melibatkan kes dadah, ada beberapa perkara lain yang akan kita kenal pasti menerusi siasatan yang akan dibuat.
"Kita percaya ia kumpulan tempatan dan pada dasarnya, kita sudah mengenal pasti beberapa suspek dalam kes ini, berdasarkan keterangan yang diberikan saksi kejadian," katanya.- Bernama

02 di kubang pasu - Google Blog Search

02 di kubang pasu - Google Blog Search


My Kerjaya Online: Kerjaya <b>di</b> MRSM <b>Kubang Pasu</b>

Posted: 20 Nov 2012 05:45 PM PST

Kekosongan di Maktab Rendah Sains Mara Kubang Pasu

2. Guru Sejarah

Tarikh Tutup: 31 November 2012

Klik Untuk Maklumat Lanjut

Jawatan kosong <b>di</b> Maktab Rendah Sains MARA <b>Kubang Pasu</b>

Posted: 21 Nov 2012 12:35 AM PST

Jawatan kosong di Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu

Jawatan kosong 2012Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu atau MRSMKP terletak di utara semenanjung Malaysia adalah antara MRSM yang ditubuhkan hasil daripada RMK 8 dengan kos sebanyak RM38 juta di atas tanah dengan keluasan 44.312 ekar di Jalan Kampung Gelong, Jitra Kedah. Majlis Perletakan Batu Asas MRSM Kubang Pasu telah disempurnakan oleh Y.B Dato' Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 25 Jun 2005.

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan secara SAMBILAN seperti yang diterangkan di bawah ini :

JAWATAN :

Guru Matematik
Guru Sejarah

Tarikh tutup permohonan: 31 Nov 2012

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2012 ini.
———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2012

You can leave a response, or trackback from your own site.

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Projek perkampungan nelayan <b>di Tanjung Dawai</b> mula Februari <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2012 11:57 PM PST

Gambar hiasan:-

Kerajaan Pusat akan membina sebuah perkampungan nelayan di Tanjung Dawai yang akan dilengkapi infrastrukur termasuk perumahan membabitkan kos RM45 juta bagi kemudahan golongan itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Hashim Abdullah berkata, projek itu akan dilaksanakan atas tapak seluas kira-kira 10 hektar dan majlis pecah tanah projek itu dijadualkan pada Februari tahun depan.

"Projek ini mengandungi 300 unit rumah banglo, pelbagai kemudahan antaranya surau, dewan orang ramai, tadika, gelanggang futsal dan unit-unit kedai serta bengkel bagi menempatkan 300 keluarga nelayan.

"Sekarang mereka tinggal di rumah yang dibina atas tanah milik orang lain yang menyukarkan kerajaan memberi bantuan membaik pulih rumah kerana perlu mendapat kebenaran tuan tanah," katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke tapak cadangan projek itu di Sungai Petani, hari ini.

Mohd Hashim berkata, kerajaan sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat terutama golongan yang memerlukan.

Katanya, perkampungan nelayan itu apabila siap kelak dapat meningkatkan aktiviti ekonomi sampingan nelayan dengan mengusahakan projek hiliran seperti keropok dan ikan kering selain membolehkan mereka menjual hasil tangkapan secara terus.

Beliau berkata, menyedari potensi Tanjung Dawai menjadi pusat agro-pelancongan moden, kerajaan bercadang membina jeti baharu di perkampungan itu yang akan memudahkan nelayan mendaratkan hasil tangkapan mereka.

- BERNAMA

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Kisah Separuh Seram : Awal Muharam <b>di Langkawi</b> ~ guliboolat

Posted: 14 Nov 2012 05:35 AM PST

Alhamdulillah..Maka secara rasminya selepas maghrib tadi sudah masuklah tahun baru bagi kita umat islam..Tahun hijrah,1434H.
Katanya tutup buku lama,buka buku baru..Kalau buku yang lama tu penuh amalannya tak pelah.Kalau tak penuh..Tak payah buka yang barulah.Kita guna yang lama je..Erk,gurau je ni ye..=D
KISAH SEPARUH SERAM..? Kenapa separuh je seramnya..? Sebab,cerita ni takdelah seram mana pun. Seram sikit je. Kejadian ni berlaku bukan pada hari yang sama,tapi pada tarikh yang sama iaitu malam awal muharam tahun lepas. Masa tu aku dengan kawan aku,Hashmie,Sarah dan Hafeez pergi trip mengejut ke Langkawi. Ewah,mentang-mentang nak pergi Langkawi dekat,boleh pulak main mengejut kan. Mengejut sebab katakan malam ni terfikir,esok pagi tu terus gerak pergi Langkawi. Dah tu siap plan nak balik hari pulak tu. Dahsyat tak dahsyat pulak kan. Ada ke orang pergi Langkawi pagi balik petang..? Kitorang la tu.. -_-
Dipendekkan cerita kitorang tak dapat balik petang tu jugak sebab rasa macam tak sempat nak kejar feri,jadi ingat nak overnite je la dekat situ. Dapat juga selesaikan bacaan doa akhir dan awal tahun dekat surau yang tak berapa nak ramai penghuninya. Lepas tu kitorang teruskan perjalanan lagi.Tapi suasana Langkawi waktu malam sangatlah pelik sebab keadaan tu sunyi sepi macam takda orang pun yang lalu atas jalanraya tu.Kadang-kadang sebijik 2 je kereta yang lalu. Lepas tu malam-malam ni nak pergi melawat kemana kan. Takkan nak pergi Makam Mahsuri pulak..? So kitorang pergilah makan dekat satu kedai ni.Lepas tu pergilah beli burger sebab ingat nak makan tepi pantai sambil hirup udara malam. Ok,dah masuk pasal pantai.Dah nak sampai tahap seram.. Ni baru permulaan. Lepas dah siap makan dekat kedai tu kitorang pun gerak cari pantai.Jadi aku ni terlalu eksaited nak ke pantai,aku pun cadang lah pergi Tanjung Rhu sebab orang kata sana pantai cantik. Driver kitorang,Sarah pun macam eksaited nak ke pantai teruslah memandu dengan semangatnya mencari jalan ke Tanjung Rhu tersebut berpandukan peta dan signboard jalan..

Cantik tak Pantai Tanjung Rhu ni..? Pergi siang takpa,pergi waktu malam..Haa,jaga-jaga...
Cari punya cari jumpa jugak jalan kesana. Masa masuk jalan tu rasa macam pelik je.Apasal kereta kitorang je yang ada atas jalan ni..? Hurmm,lantaklah. Masa tu fikir nak makan burger,memang kitorang nekad lah nak pergi. Ada lah beberapa hotel yang tersergam indah disepanjang jalan yang agak gelap tu. Lepas dari Hotel 4 Season,rasa lain macam tu makin pelik. Aku dekat seat belakang dengan Hashmie dalam hati ni rasa lain macam je.Jalan tu sebijik tiang lampu pun takda. Masa tu dah start rasa scary semacam. Makin lama Sarah drive,aku rasa jalan tu jadi makin gelap. Hashmie pun dah pandang semacam je dekat aku. Tiba-tiba Sarah kata :
Sarah: Nak pergi jugak ke ni? 
Hafeez: ntah..aku mana tau.
Sarah: Tak payah pergi lah..kita patah balik je. makin gelap je jalan ni..
Lepas sarah dah cakap macam tu,kitorang pun setuju jelah.. Lepas tu Sarah pun cepat-cepat undur balik kereta nak pusing dekat satu kawasan yang terang sikit depan pencawang TNB..Masa nak pusing keluar tu aku rasa saat paling menyeramkan..! Dek kerana seram melampau si Hafeez pun makin kuatkan radio sambil nyanyi lagu yang tengah rancak berkumandang.Kau tau lagu apa..?
''Hijrah itu perjuangan..!Hijrah itu pengorbanan..!Hijrah itu persaudaraan..!Hijrah membentuk perpaduan..!Oleh itu,mari semua,kita sambut Maal Hijrah....!''
Lagu apa lagi.Lagu tema Maal Hijrah la.. Bukan main kuat lagi dia nyanyi..! Nak cover takut la tu.
Aduhai,sabar je lah.Aku ingatkan aku sorang je pikir semacam,rupanya diorang pun sama jugak dah start naik bulu tengkuk beb..! Kau bayangkanlah. Jalan kiri kanan semak samun macam hutan. Suasana dia memang terlalu gelap.Gelap gelita orang cakap.Susah nak gambarkan macam mana gelapnya tu.Jangankan lampu,tiang lampu pun takda..! Masa tu dalam otak ni dah terbayang dah kot la ada benda terbang ke..tetiba muncul keluar dari tepi semak samun ke..Sarah yang drive pun terfikir kalau tetiba je cermin kereta kena lindung..Tak nampak jalan lepas tu terbabas.Macam-macam lagi kisah seram yang dah terbayang dalam otak kitorang ni haa..
 Dah keluar dari jalan tu,rasa lega sangat. Aku lah yang paling terkesan dengan peristiwa tu sebab aku yang cadang pergi Tanjung Rhu malam-malam camtu.Tak silap aku dah dekat pukul 10 kot. Memang gilalah masa tu. Tak pasal-pasal berhadapan dengan situasi mendebarkan,menyeramkan,menakutkan..dan segala kan yang adalah.. Balik dari Langkawi sempat jugak aku dengan Sarah google pasal Tanjung Rhu tu.Hurmm,ada lah jugak kisah seram yang orang lain pernah hadapi masa nak kesana. Macam kisah kitorang jugaklah..Tapi peristiwa tu memang kenangan yang tak dapat aku lupa sampai bila-bilalah terutama bila aku dengar lagu Maal Hijrah. Dengar je lagu tu,mulalah teringat balik peristiwa tu..Kelakar pun ada jugak.
SERAM pun ada..! 
P/S: Salam Maal Hijrah ye kawan-kawan..

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


EDtv: Kembara <b>di</b> Air Terjun Titi Hayun, <b>Yan Kedah</b>

Posted: 21 Nov 2012 01:54 AM PST

Hai, ED nak kongsi lagi kisah percutian ED minggu lepas. Di Kedah, ED telah menginap di chalet Air Terjun Titi Hayun Yan Kedah. Terima kasih kepada pengantin Syida kerana menyediakan penginapan kami. Dah sampai di air terjun, mesti nak mengembara keindahannya kan? Jom kembara bersama ED melihat keindahan alam di Air Terjun Titi Hayun Yan Kedah.
Air Terjun Titi Hayun. Nak pergi ke air terjun, mesti lalu jambatan gantung ni..
Ini jambatan gantungnya..
Inilah chalet penginapan kami.. Ada aircond di dalamnya..
Pagi-pagi lagi ED dah pergi ke air terjun. Muka pun masih mengantuk lagi.. Tapi takpe, tengok kehijauan alam, mesti segar nanti.. Hehe..
Panorama di tingkat bawah air terjun..
ED tak mandi pun cuma nak main air je di sini.. Hehe..
Ada Air Terjun Puteri Mandi di tingkat atas.. ED tak sempat nak pergi..
Jika anda perasan, ED seorang sahaja yang pergi ke sini. Kawan2 ED yang lain tak berpeluang pergi ke sini atas sebab2 tertentu..
Bagaimana? Best kan? Ada lagi persinggahan ED semasa berada di Yan Kedah. Nak tahu? Teruskan membaca blog EDtv. Udada Ubabye!!
ED: Walaupun pergi seorang diri, best jugak.. Hehe..

Corat-coret majlis perkahwinan blogger Cik Ada Mokhtar <b>di Yan</b> - EDtv

Posted: 22 Nov 2012 06:15 PM PST

Hai, hari ini genap seminggu ED pergi ke Yan Kedah. Pada hari Jumaat lepas, ED dan dua orang rakan sekerja telah bertolak ke Yan Kedah. Tujuan utama untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja iaitu Syida. Buat pengetahuan anda, Syida juga merupakan seorang blogger dan dia telah banyak beri tunjuk ajar ED dalam dunia blogger ni. Di blog dia dikenali dengan Cik Ada Mokhtar. Ini dia sedikit sebanyak cerita menarik ED di majlis perkahwinan Syida.
ED dan rakan-rakan sempat pergi majlis pernikahan Syida pada malam Jumaat.
 Lihat ni, bunga telur hasil air tangan pengantin sendiri. Dia buat menggunakan kertas tisu. Kreatifnya...
 Hiasan bilik pengantin juga dibuat sendiri oleh Syida.
 Selepas majlis pernikahan Syida, ED menemankan Hafiz menggubah sirih junjung untuk Syida. Berbakat kawan ED yang sorang ni..
 Yang menggubah Hafiz je, yang dua orang perempuan ni hanya watak pembantu sahaja. Bantu mengelap daun sirih dengan minyak agar berkilat. Hahaha..
 Lihatlah, Hafiz sedang tekun menyiapkan sirih junjung untuk Syida.
 Taraaa... Beginilah hasil gubahan sirih junjung oleh Hafiz. Inilah yang dinamakan cikgu serba boleh.. Hehe..
 ED cuma tolong carik bunga untuk menghasilkan bunga rampai ini je.. Menggubah hantaran pengantin ED tak reti.. hehe..
 Kenapa ni? sedang kami sibuk membantu menyiapkan sirih junjung, tiba-tiba angin bertiup kencang dan hujan lebat. Pelamin pengantin roboh ditiup angin....
 2 pasu kat pelamin pecah.. Cuba teka, apakah yang terjadi pada keesokannya? Adakah pelamin pengantin mempunyai kekurangan?
 Alhamdulillah, segala masalah dapat di selesaikan. Lihatlah pelamin yang didirikan semula pada pagi hari menjelang majlis persandingan. 
 Meja makan damai pengantin.
 Paling banyak2 hantaran, hantaran ini yang paling comel dan kreatif. Cupcake bertemakan dunia sekolah.
 Beza majlis perkahwinan di Johor dan Kedah adalah dari segi muzik iringannya. Di Johor selalunya pengantin diiringi dengan paluan kompang tapi di Kedah pula dengan iringan gendang silat dan serunai.
 Alhamdulillah, majlis perkahwinan Syida berjalan dengan lancar walaupun terdapat halangan-halangan di belakang tabir.
Begitulah sedikit sebanyak cerita ED di Yan Kedah. Semoga catatan hari ini dapat memberikan anda inspirasi. ED akhiri dengan cerita menarik semasa perjalanan pergi balik ke Kedah ye. Udada Ubabye!!
 Masa nak pergi ke Kedah, ada berlaku kemalangan jalan raya yang melibatkan lori telur masin. Habis telur masin tumpah di tepi jalan..
 Masa nak balik pula, ada lori berasap di jalan raya. ED sangkakan jerebu rupanya tidak..
 Saja je nk amek gambar ni.. Hehehe..
ED: Selamat pengantin baharu Syida aka Cik Ada Mokhtar!