Ahad, 25 November 2012

02 di gurun kedah - Google Blog Search

02 di gurun kedah - Google Blog Search


blues anak <b>kedah</b>....: <b>gurun</b> sahara-<b>gurun</b> terbesar <b>di</b> dunia..

Posted: 02 Nov 2012 06:18 AM PDT


Sahara adalah nama sebuah padang pasir terbesar di dunia. Nama "Sahara" diambil dari bahasa Arab yang bererti "padang pasir". Bahasa Arab pada gilirannya mengambil dari bahasa Sumeria. Sahara terletak di utara Afrika dan berusia 2,5 juta tahun. Padang pasir ini terbentang dari Samudera Atlantik ke Laut Merah. Dari Laut Tengah di utara sampai ke Sahel di sebelah selatan. Dari Mauritania di sebelah barat ke Mesir di sebelah timur. Padang pasir ini membahagikan benua Afrika menjadi Afrika Utara dan Afrika "yang sejatinya". Kedua bagian benua ini sangat berbeza, baik secara iklim maupun budaya. Luas padang pasir ini sekitar 9.000.000 km2.

Di bahagian utara Benua Afrika ada padang pasir terluas di dunia: Gurun Sahara. Luas padang pasir itu membentang dari Samudera Atlantik ke Laut Merah. Kemudian, dari Laut tengah di Utara Afrika membentang hingga ke Sahel di Selatan Afrika. Bila diukur luasnya mencapai 9 juta km persegi.

 Nama Sahara berasal dari bahasa Arab yang bererti padang pasir. Gurun ini diperkirakan sudah berusia lebih dari 2,5 juta tahun. Sahara juga selama ini dikenal sebagai gurun terpanas di dunia. Suhunya kadang-kadang boleh mencapai 58 darjah celcius.

Dulunya, suhu udara di Gurun Sahara sebenarnya tidaklah panas. Pada zaman ais dahulu, Sahara adalah tempat yang sangat dingin. Bahkan, ketika zaman ais berakhir pada sekitar 10 ribu tahun lalu, iklim di Sahara masih sangat basah. Daerahnya saat itu masih ditutupi padang rumput dan hutan belantara.

Namun, iklim sejuk tapi ekstrem itu mulai berubah 360 darjah sejak sekitar 6.000 tahun lalu. Saat itu iklim di Afrika menjadi sangat kering. Dari situlah, secara perlahan Sahara membentuk diri menjadi gurun pasir yang sangat tandus dan panas.

Sahara memang sangat unik dan ajaib. Persis di tengah padang pasir terdapat pegunungan Ahaggar yang sangat tinggi menjulang. Di sebelah timur laut padang pasir terdapat dataran tinggi berbatu yang terkenal dengan sebutan Tassili. Di sebelah utara dan barat terdapat lautan pasir nan luas bernama Erg.

Salah satu keajaiban Sahara yang hingga kini masih sangat melegenda adalah kewujudan Oasis, daerah yang memiliki tingkat kesuburan tanah sangat tinggi. Terdapat 90 oasis yang tersebar di seluruh penjuru gurun.

Salah satu karakteristik Gurun Sahara yang juga dipunyai oleh 12 gurun utama dunia lainnya, adalah soal curahan hujan. Hampir sepanjang tahun, hujan sangat jarang turun di kawasan tersebut. Suhu siang hari di Sahara  sangat terik, tapi sebaliknya pada malam hari boleh menusuk tulang kerana terlalu dingin.

Kota-kota penting yang ada di sekitar Sahara, diantaranya Nouakchott (ibukota Mauritania), Tamanraset, Ouargla, Bechar, Messoud, Ghardaia, El Oued, Aljazair, Agadez, Niger (Nigeria), Faya-Largeau, dan Chad (Libya). Kota-kota tersebut memiliki peranan yang penting kerana berdekatan dengan Sahara.

Seperti gurun dan padang pasir lain yang ada di dunia, di Sahara terdapat juga binatang khas yang hingga kini masih hidup. Binatang tersebut adalah Unta Dromedarius (Camelus Dromedarius).

Unta Dromedarius adalah satu-satunya unta asli Sahara yang masih bertahan hidup. Meskipun saat ini kewujudan semakin bertambah dan berkembang biak, unta Sahara masih dikembangbiakan di kebun-kebun binatang besar di dunia.

Keistimewaan unta dari Sahara adalah kemampuannya untuk berjalan kaki di atas padang pasir yang tandus dan panas. Dengan kecepatan 13-16 km/jam, unta tersebut boleh berjalan selama berjam-jam tanpa henti dengan membawa beban yang sangat banyak. Unta Dromedarius diperkirakan telah ada di Sahara sejak 4000 hingga 2000 sebelum masehi.

Sahara juga memiliki tumbuhan yang khas, seperti kurma. Pohon kurma di Sahara biasanya tumbuh subur di sekitar Oasis. Selain kerana tanahnya sangat subur, di Oasis juga terdapat sumber air yang boleh menjadi makanan untuk pertumbuhan pohon. Buah kurma dari Sahara terkenal sangat lazat dan baik untuk kesihatan.

Di Sahara juga hidup tumbuhan kaktus, rumput kasar, semak berduri dan rumput dawai. Kaktus akan sangat mudah dijumpai di Sahara karena memang memiliki karakteristik istimewa untuk bertahan hidup. Batang kaktus mampu menyimpan persediaan air sangat banyak.

Sahara juga menyimpan kekayaan alam yang luar biasa. Di dalam perut bumi Sahara, terdapat potensi minyak bumi yang sangat banyak. Potensi itu jugalah yang mampu mengangkat ekonomi negara-negara Arab ke tingkat kemakmuran yang tinggi.

Di Gurun Sahara juga ada penduduknya. Antara lain suku Baduwi, salah satu suku yang ada di tanah Arab. Suku Baduwi biasanya memang tinggal di kawasan padang pasir yang tandus. Mereka bertahan hidup dari oasis yang ada dan cara hidup mereka yang nomaden (berpindah-berpindah).

Di Sahara juga hidup suku Tuareg dan Arabiya yang berkarakter Arab, serta suku Nubians, Zaghawa, Kanuri, Peul (Fulani), Hausmanit dan Songhai, yang berkarakter Afrika dan berkulit hitam.

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


Banjir Kilat <b>Di Baling</b> | MyNewsHub

Posted: 24 Nov 2012 09:27 PM PST

BALING – Lebih 600 keluarga membabitkan kira-kira 5,000 penduduk di beberapa buah kampung di daerah Baling terjejas oleh banjir kilat akibat hujan lebat sejak jam 3 petang semalam.

Kampung yang terbabit ialah Gabus, Telok Pendiat, Pokok Sena Pulai, Raja Kupang, Landak Hilir, Banggol Lahar, Tanjong Merbau, Lubuk Pedati, Cenerai, Kuala Pegang dan Rambong Kupang.

Banjir kilat yang mula melanda pada 6 petang semalam turut menenggelamkan kira-kira 50 hektar tanaman padi di kawasan kampung Landak Hilir, Kupang.
Siti Solehah Awang, 47, dari kampung Telok Pendiat mendakwa punca banjir kilat ialah kerana kegiatan penebangan pokok balak yang berleluasa di beberapa kawasan bukit di daerah itu.

"Sebelum ini kawasan rumah kami tak pernah berlaku banjir kilat seperti ini, tetapi semalam air masuk ke dalam rumah lebih dua kaki dan merosakkan peralatan dalam rumah," katanya.

Che Rohisyam Che Zain, 31, berkata dinding rumahnya retak serta renggang kerana hakisan tanah yang berlaku akibat banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Datuk Azmi Che Husain menasihatkan semua mangsa banjir supaya membuat laporan polis bagi memudahkan siasatan dilakukan ke atas kerugian yang ditanggung. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

UMNO-PAS bersatu <b>di Baling</b>,NIk Aziz mesti &#39;berbulu&#39;. - UtaraNews <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2012 12:00 AM PST

Perbezaan ideologi politik tidak menghalang lima pasangan pengantin melangsungkan persandingan secara serentak di Kampung Ketemba Kememeh di sini, semalam. Pasangan tersebut ialah Khairul Fahmi Abdul Abdul Halim, 25, dan pasangannya Nuradilah Alias, 23; Mohd Hasmizan Hashim, 26, dan Suhada Omar, 23; Mohd Hasrizal Hashim, 24, dan Umi Kalsom Marzuki, 23; Abdul Rahman Ahmad, 27, dan Nurul Aida Aziz, 24; Zulkifli Ahmad, 27 dan Nor Sakinah Shaar, 22 tahun.

 Kesemua pasangan lelaki berasal dari kampung tersebut manakala pasangan perempuan berasal dari Jengka, Pahang; Teloi Timur, Sik; Parit Panjang, Baling; Tasik Gelugor, Pulau Pinang dan Tiak, Baling. Bapa kepada Khairul Fahmi, Abdul Halim Hussin, 56, berkata, kelima-lima pasangan pengantin lelaki itu terdiri daripada latar belakang politik yang berbeza. "Ada yang menyokong kerajaan, ada yang menyokong pembangkang. Namun ia bukan penghalang untuk mereka bersanding sekali. "Malah, setiap perbelanjaan persandingan ini dikongsi bersama," katanya kepada media.


 Menurut Abdul Halim lagi, penduduk di kampung ini tidak pernah melihat kepada perbezaan politik terutama melibatkan soal perkahwinan. "Kami lebih pentingkan perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain. Ideologi politik adalah hak masing-masing," katanya. Menurutnya, persandingan secara serentak itu dapat meringankan perbelanjaan setiap pengantin. "Kita telah menumbangkan tiga ekor lembu, selain menyediakan pelbagai jenis lauk pauk. Kosnya tidak melebihi RM20,000 berbanding kebiasaannya yang mencecah RM10,000 bagi setiap pasangan," katanya.

 Majlis yang berakhir jam 6 petang itu turut dihadiri pemimpin setempat antaranya penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, penyelaras Dun Kupang, Ishak Mat dan Jawatankuasa Umno Bahagian Baling, Noor Azman Ramli.

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


EDtv: Bergambar <b>di</b> sawah padi <b>Yan Kedah</b>!

Posted: 19 Nov 2012 07:55 PM PST

Hai, ED bercuti menulis blog pada minggu lepas kerana ED mahu menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja sekaligus jalan-jalan di Yan Kedah. Ini merupakan kali pertama ED menjejakkan kaki di negeri jelapang padi tersebut. Sebelum ini, ED teringin sangat nak bergambar di hamparan sawah padi yang nun menghijau jika sampai ke Kedah. Bila dah sampai, apa lagi.. ED tak nak melepaskan peluang bergambar di sawah padi. Jom!
 Cantiknya pemandangan di sawah padi.. Lokasi Yan Kedah.
 Sukanya dapat bergambar di sini..
 ED sangkut kamera di ranting pokok, set masa dan bolehlah bergambar dengan semua rakan.. haha..
Maaf, ED jakun sikit nampak sawah padi sebab pertama kali nampak. Haha.. Sampai di Yan Kedah, ada beberapa tempat lagi yang ED pergi selain menghadiri kerja kahwin kawan ED. Teruskan bersama blog EDtv untuk mengetahui destinasi seterusnya. Udada Ubabye!!
ED: saya pencinta alam sekitar.. haha..